Ahad, 9 Februari 2014

Jangan tutup semua pintu


Imam Ahmad bercerita: Saya berjalan melalui satu lorong yang biasa saya lalui, tiba-tiba terserempak dengan seorang peragut meragut seseorang.

Pada suatu ketika yang lain pula saya ternampak peragut itu sedang sembahyang di sebuah masjid. Saya pergi kepadanya dan saya berkata: ini bukan kerja yang sesuai bagi seorang hamba Allah. Allah tidak terima sembahyang ini kerana amalan kamu itu.

Peragut itu berkata: Wahai Imam… di antaraku dan Allah ada banyak pintu yang tertutup. Tapi saya ingin membiarkan satu pintu sentiasa terbuka.

Setelah berlalu beberapa bulan saya pergi menunaikan fardhu haji dan pada ketika saya sedang bertawaf, saya terlihat seseorang yang sedang berpaut pada kelambu ka'abah dan ia berkata: Ya Allah! Daku bertaubat kepada Engkau… kasihanilah daku… daku tidak akan ulangi lagi maksiat kepadaMu… saya perhatikan betul-betul orang yang sedang bermunajat kepada TuhanNya itu dan saya dapati orang itu adalah peragut tersebut.

Lalu hati saya berkata: Membiarkan satu pintu sentiasa terbuka menyebabkan semua pintu yang lain terbuka.

Oleh itu jangan sesekali kamu menutup semua pintu di antara kamu dan Allah walaupun kamu seorang ahli maksiat dan melakukan banyak maksiat, moga-moga pintu yang satu itu menyebabkan pintu-pintu yang lain terbuka untuk kamu.