Selasa, 28 Februari 2017

Seratus Sunat Berkait Dengan Sembahyang Mengikut Mazhab asy-Syafi'i Solat


Seratus Sunat Berkait Dengan Sembahyang
Mengikut Mazhab asy-Syafi'i Solat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد الصادق الأمين، وعلى آله وصحبه الميامين ومن تبعهم من التابعين بإحسان إلى يوم الدين
وبعد ..

Sesungguhnya sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya ia telah mendirikan agama. Sembahyang ini jadi lebih mudan penuh nikmat bagi mereka yang cintakan Allah. Ini adalah sebahagian dari sunat-sunat berkait dengan sembahyang, ada yang menghimpunnya sehingga 1000 sunat tetapi di sini hanya dinyatakan 100 sunat yang berkait dengan sembahyang mengikut Mazhab Syafii rahimahullah…saya menghimpunkannya sebagai faedah untuk diri saya sendiri dan untuk sesiapa yang ingin mendapat faedah daripadanya. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sebelum sembahyang, ketika sembahyang dan setelah selesai sembahyang.

Sunat-sunat sebelum sembahyang:

1-       Masuk sembahyang dalam keadaan cegas dan bersemangat.
2-       Mendirikannya pada awal waktu.
3-       Memeliharanya dengan berjemaah. Manakala sembahyang secara berjemaah adalah fardhu kifayah.
4-       Melaksanakannya di masjid
5-       Hadir ke masjid sebelum azan kecuali imam.
6-       Memperbaharui wuduk setiap kali hendak sembahyang bagi yang masih berwuduk.
7-       Sembahyang sunat rawatib qabliah.
8-       Menunggu sembahyang.
9-       Azan adalah sunat kifayah (jika adalah seseorang yang melaungkannya maka gugurlah tuntutan terhadap yang lain) dan jika tiada sesiapa maka ianya sunat ainiah.
10-   Iqamah dan ianya dilakukan oleh orang yang melaungkan azan.
11-   Meluruskan saf dengan berpandu pada kedudukan tumit kaki.
12-   Merapatkan saf.
13-   Menjarakkan antara kedua belah kaki dalam kadar sejengkal (bagi lelaki) dan ibu jari mengadap kiblat.
14-   Melihat tempat sujud (jarak dari tumit dan tempat sujud adalah tiga hasta sendiri bagi lelaki dan bagi perempuan dua hasta setengah).
15-   Menundukkan kepala sedikit.
16-   Siwak.
17-   Menutup kepala.
18-   Membaca ta'awus sebelum memulakannya.
19-   Membaca surah an-Nas dan juga:
رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ * وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
20-   Melafazkan niat.

Sunat-sunat ketika sembahyang:

21-   Mengangkat kedua belah tangan separas cuping telinga serentak dengan lafaz takbir al-ihram.
22-   Cara angkat: Kedua belah tangan dalam keadaan terbuka.
23-   Tapak tangan mengadap kiblat.
24-   Jari-jari tangan ditundukkan sedikit.
25-   Jari-jari tangan bagi lelaki dijarakan sedikit.
26-   Hendaklah hadir hati dan khusyuk.
27-   Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri dan digenggamkan pergelangan tangan kiri @ dua jari (jari telunjuk dan tengah) tangan kanan diletakkan di atas pergelangan tangan kiri dan tiga jari yang lain menggenggam pergelangan tangan kiri dan diletakkan pada kedudukan hati.
28-   Diam dalam kadar sebutan Subhanallah setelah takbir al-Ihram sebelum membaca doa iftitah.
29-   Membaca doa iftitah
30-   Diam dalam kadar sebutan Subhanallah sebelum berta'awus.
31-  Membaca ta'awus, yang afdhal iaitu (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم). Dalam riwayat yang lain iaitu: (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه).
32-   Diam dalam kadar sebutan Subhanallah setelah membaca ta'awus.
33-   Diam dalam kadar sebutan Subhanallah setelah membaca al-Fatihah (bagi imam sunat diam dalam kadar selesai bacaan fatihah makmum) sebelum membaca surah.
34-   Setelah habis membaca fatihah, baca (رب اغفر لي ولوالدي وجميع المسلمين) sebelum membaca amin.
35-   Membaca amin.
36-   Para makmum hendaklah membaca amin serentak dengan bacaan amin imam.
37-   Diam dalam kadar sebutan Subhanallah setelah membaca amin sebelum membaca surah.
38-   Membaca surah atau ayat al-Quran pada rakaat pertama dan kedua.
39-   Para makmum hendaklah diam dan mendengar bacaan imam jika dapat mendengarinya.
40-   Membaca dalam keadaan tadabbur dan fahami maknanya
41-   Membaca seayat-seayat (seayat dalam satu nafas).
42-   Membaca dengan tartil.
43-   Meminta rahmat apabila membaca ayat berkait dengan rahmat:
(رب اغفر وارحم وأنت خير الراحمين).
44-   Minta agar selamat dari neraka apabila membaca ayat berkait dengan azab:
(اللهم أجرني من النار)
45-   Minta agar diberi nikmat apabila membaca ayat berkait dengan nikmat.
46-   Diam dalam kadar sebutan Subhanallah setelah membaca surah sebelum rukuk.
47-   Takbir untuk rukuk.
48-   Mengangkat kedua belah tangan separas cuping telinga serentak dengan lafaz takbir untuk rukuk dan dilanjutkan takbir hingga sampai pada kedudukan rukuk.
49-   Cara angkat: Kedua belah tangan dalam keadaan terbuka.
50-   Tapak tangan mengadap kiblat.
51-   Jari-jari tangan ditundukkan sedikit.
52-   Jari-jari tangan bagi lelaki dijarakan sedikit.
53-   Luruskan separas bagi tulang belakang, leher dan kepala seperti sekeping papan.
54-   Mata lihat tempat setentangan dengan mata.
55-   Membaca tasbih dalam rukuk sekurang-kurang sekali dan afdhal tiga kali iaitu
(سبحان ربي العظيم وبحمده)
56-   Jika sembahyang seorang diri, tasbih hendaklah dibaca lebih dari tiga hingga sebelas kali dalam bilangan ganjil.
57-   Tasmik ketika bangkit untuk iktidal iaitu: ( (سمع الله لمن حمده
58-   Mulakan angkat kepala untuk iktidal.
59-   Mengangkat kedua belah tangan separas cuping telinga serentak dengan angkat kepala dan bacaan tasmik untuk iktidal dilanjutkan hingga berkeadaan diri iktidal.
60-   Cara angkat: Kedua belah tangan dalam keadaan terbuka.
61-   Tapak tangan mengadap kiblat.
62-   Jari-jari tangan ditundukkan sedikit.
63-   Jari-jari tangan bagi lelaki dijarakkan sedikit.
64-   Meletakkan tangan seperti ketika qiyam.
65-   Setelah berdiri betul untuk iktidal, membaca:
ربنا لك الحمد ملء السماوات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد
            Baca juga doa lain yang diwaridkan…
66-   Berdiri untuk membaca doa qunut (sunat ab'ad).
67-   Membaca qunut (sunat ab'ad) dalam sembahyang subuh.
68-   Membaca selawat ke atas nabi dalam qunut (sunat ab'ad).
69-   Mengangkat kedua belah tangan ketika qunut.
70-   Membuka dan menadah kedua belah tapak tangan ke langit.
71-   Jari-jari tangan hendaklah lebih tinggi dari pergelangan tangan.
72-    Mata melihat tapak tangan dalam keadaan menadah kedua belah tangan.
73-   Bagi imam menguatkan bacaan doa qunut.
74-   Para makmum menyebut amin ketika imam berdoa.
75-   Bagi doa qunut nazilah hendaklah dilakukan dalam semua sembahyang fardhu lima waktu pada rakaat terakhir dalam keadaan iktidal.
76-   Tidak menyapu muka setelah doa qunut.
77-   Bertakbir untuk turun kepada sujud tanpa angkat tangan.
78-   Permulaan ucapan takbir untuk sujud hendaklah serentak dengan pergerakan turun kepada sujud dan dilanjutkan bacaan itu sehingga sampai berkeadaan sujud.
79-   Meletakan hidung pada lantai.
80-   Hidung hendaklah terbuka dan tidak beralas.
81-   Meletakkan dahi dan hidung serentak.
82-   Meletakkan anggota sujud secara tertib pada lantai iaitu meletakkan dua lutut setelah itu dua tangan dan akhir sekali dahi serta hidung serentak.
83-   Jarakkan kedua belah kaki sekadar sejengkal bagi lelaki..
84-   Jarakkan perut dari paha bagi lelaki.
85-   Jarakkan siku dari rusuk bagi lelaki.
86-   Tidak merapatkan siku pada lantai.
87-   Hujung jari-jari mengadap kiblat dan diletakkannya separas dagu.
88-   Kedua belah kaki hendaklah terbuka (tidak ditutup dengan pakaian).
89-   Dedahkan kedua kaki dari bawah pakaian bagi lelaki.
90-   Membaca tasbih sekurang-kurang sekali dan afdhal tiga kaki. Jika sembahyang seorang diri hendak baca lebih dari tiga kali hingga sebelas kali.( سبحان ربي الأعلى وبحمده )
91-   Takbir ketika bangkit untuk duduk antara dua sujud.
92-   Takbir hendaklah serentak dengan angkat kepala dan dilanjutkan hingga berkeadaan duduk.
93-   Duduk iftirasy iaitu duduk atas tapak kaki kiri dan kaki kanan didirikan.
94-   Duduk iftirasy iaitu bagi duduk antara dua sujud, duduk untuk sujud sahwi dan duduk tahyat awal.
95-   Letakkan tapak tangan atas paha dan hujung jari separas kepala lutut.
96-   Perut jari-jari kaki kanan pada lantai iaitu jari mengadap kiblat.
97-   Membaca doa setelah dalam keadaan duduk iaitu:     
رب اغفر لي وارحمني واجبرني وارفعني وارزقني وأهدني وعافني واعف عني
98-   Duduk istirahah sebelum bangun berdiri.
99-   Bangun berdiri berserta dengan takbir yang dilanjutkan bacaannya hingga berkeadaan berdiri betul.
100-        Tangan menahan pada lutut apabila bangun.
101-        Kedua tapak tangan pada lantai sebelum diletakkan pada lutut untuk bangun.
102-        Tidak bangun dengan mendahului sebelah kaki ketika bangkit berdiri.
103-    Bertakbir untuk berdiri dan dilanjut takbir sehingga berkeadaan berdiri.
104-    Duduk tahyat awal (sunat ab'ad) iaitu duduk dalam keadaan iftirasy.
105-    Tapak tangan di atas paha.
106-    Hujung jari-jari separas lulut
107-    Digengamkan tangan ketika mulai bacaan tahyat kecuali telunjuk berkeadaan rapat pada paha di hujung lutut.
108-  Jari telunjuk diangkat ketika membaca illallah  manakala mata perlu melihat telunjuk yang diangkat sehingga selesai bacaan syahadah setelah itu mata melihat kembali tempat sujud dan dibiarkan telunjuk dalam keadaan sedemikian sehingga bangun berdiri.
109-    Membaca tahyat awal (sunat ab'ad).
110-    Membaca selawat ke atas nabi dalam tahyat awal (sunat ab'ad).
111-    Bertakbir untuk berdiri serentak dengan bangun berdiri dan dilanjutkan sehingga berkeadaan berdiri.
112-    Mengangkat kedua belah tangan separas cuping telinga apabila berdiri setelah tahyat awal.
113-    Cara angkat: Kedua belah tangan dalam keadaan terbuka.
114-    Tapak tangan mengadap kiblat.
115-    Jari-jari tangan ditundukkan sedikit.
116-    Jari-jari tangan bagi lelaki dijarakkan sedikit.
117-    Meletakkan tangan seperti ketika qiyam.
118-    Duduk tawarruk untuk tahyat akhir. Iaitu duduk di atas lantai, kaki kanan didirikan, perut jari kaki kanan pada lantai, kaki kiri di bawah pergelangan kaki kanan dan lutut kanan rapat pada lantai.
119-    Tapak tangan di atas paha.
120-    Hujung jari-jari separas lulut
121-    Digengamkan tangan ketika mulai bacaan tahyat kecuali telunjuk berkeadaan rapat pada paha di hujung lutut.
122-    Jari telunjuk diangkat ketika membaca illallah dan dibiarkan sedemikian sehingga memberi salam (assalamu alaikum) dan mata hendaklah melihat jari telunjuk yang diangkat itu ketika membaca syahadah setelah itu melihat kembali tempat sujud.
123-    Membaca selawat Ibrahimiah hingga habis.
124-    Baca doa setelah selawat dalam kadar sama panjang dengan bacaan tahyat sebelum memberi salam.
125-    Duduk tawarruk juga bagi duduk setelah sujud sahwi.
126-    Niat keluar sembahyang pada salam pertama.
127-    Memulakan memberi salam dengan muka mengadap kiblat.
128-    Salam kedua.
129-    Berpaling ke kanan sehingga pipi kanan separas bahu kanan.
130-    Mulai berpaling ke kanan pada bacaan alaikum dan selesai salam dengan habis berpaling.
131-    Niat beri salam kepada para malaikat dan mukmin manusia serta jin apabila berpaling ke kanan.
132-    Berpaling ke kanan dan diam seketika sekadar bacaan subhanallah.
133-    Berpaling ke kiri sehingga pipi kiri separas bahu kiri.
134-    Mulai berpaling ke kiri pada bacaan alaikum dan selesai salam dengan habis berpaling.
135-    Niat beri salam kepada para malaikat dan mukmin manusia serta jin apabila berpaling ke kiri.
136-    Berpaling ke kiri dan diam seketika sekadar bacaan subhanallah.
137-    Mengadap kiblat dan meletakkan tangan kanan pada dahi yang atas untuk menyapu muka.
138-     Makmum berniat menjawab salam imam jika ia di sebelah kanan imamnya. 

Sunat-sunat setelah selesai sembahyang:

139-    Berzikir dan doa setelah selesai sembahyang.
140-    Doa dengan tidak memandang ke langit.
141-    Menadah kedua belah tangan.
142-    Menyapu muka setelah berdoa.
143-    Para makmum hendaklah bangkit setelah imam bangun keluar.
144-    Memelihara sembahyang sunat rawatib.

Ini adalah sebagian daripada sunat-sunat yang berkait dengan sembahyang secara ringkas dan ianya adalah banyak lagi apabila anda memperincikannya. Semoga mendapat manfaat dalam memperbaiki sembahyang ke arah sembahyang yang sempurna.

Ahmad bin Abdul Rashid
28 feb 2017-02-27
11.18 mlm.