[SEBUAH KEMATIAN]
Mafhum firman Allah s.w.t. didalam surah al—Akraf:
”Dan bagi setiap umat ada tempoh(yang telah ditetapkan);
maka apabila datang tempohnya,tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun,dan tidak pula mereka didahulukan”.
Inilah kisah seorang lelaki biasa,
Yang bertindak bertentangan dengan perancangan Allah,
Jika sesiapa memakan ciii dia yang merasa pedas,
Bertaubatlah dan jangan melakukan dosa lagi.
Waktu jam empat dinihari,
Apabila ajal mengetuk pintu bilik tidur,
“Siapakah itu?,teriak orang didalamnya,
“Akulah Malaikat Maut,benarkan aku masuk”,
Serta-merta lelaki itu mula menggigil,
Seperti orang yang berpeluh oleh demam yang tenat,
Dia menjerit kearah isterinya yang sedang lena,
“Jangan biarkan dia mencabut nyawa saya”.
“Tolong pergi dari sini,wahai Malaikat Maut!
Tinggalkan aku sendirian,aku belum lagi bersedia,
Keluargaku masih memerlukan aku,
Berilah aku peluang,Oh,tolong pergi!”
Malaikat Maut mengetuk berulang kali,
“Kawan,Aku akan mencabut nyawamu tanpa kesakitan,
Hanya rohmu yang Allah kehendaki,
Aku datang bukan dengan kemahuanku.”
Lelaki itu menjadi terlalu gementar dan mula menangis,
“Oh Malaikat Maut,aku sangat takut akan kematian,
Aku akan beri kamu emas,dan jadi hamba kamu,
Tetapi janganlah hantarkan aku ke lubang kubur yang gelap itu.•”
“Benarkan aku masuk,Oh Kawan!”kata Malaikat itu,
“Bukalah pintu,bangunlah dari katil kamu,
Jika kamu tidak membenarkan aku masuk,
Aku akan menembusi pintu ini seperti Jin.”
Lelaki itu memegang pistol dengan tangan kanannya,
sedia menentang Malaikat yang sedang mencuba masuk,
“Saya akan halakan muncung pistol ini ke arab kepala kamu,
Kalau kamu berani masuk,aku akan tembak kamu hingga mati.”
Dan kini Malaikat Maut sudah berada didalam bilik,
Katanya,Oh,Kawan! Bersedialah untuk mati,
Lelaki degil,Malaikat Maut tidak mati sebelum semua makhluk mati,
Letakkan pistol kamu dan jangan mengeluh.”
“Mengapa kamu takut! Katakan kepadaku wahai manusia,
Ajal adalah ketentuan Allah,
Marilah dan senyum kepadaku,jangan berduka,
Gembiralah untuk kembali kepada-Nya.
“Kadangkala saya meneguk wain kegemaran saya,
Dengan wanita lacur saya makan bersama,
Oh Malaikat Maut! Aku merayu kepadamu, -
Tangguhkanlah umurku untuk setahun dua.”
“Undang-undang Al-Qur ‘an ,akan aku patuhi,
Saya akan solat,pada han ini juga,
Puasa dan haji akan saya sempurnakan,
Dan menjauhkan daripada mementingkan diri.”
“Saya akan meninggalkan riba,
Dan memanfaatkan semua kekayaan saya kepada kebajikan,
Mentauhidkan ALLAH akan saya saksikan.”
“Kami Malaikat taat perintah ALLAH,
Kami tidak boleh melanggar perintah-Nya,
MAUT telah ditentukan bagi setiap makhluk,
Ayah, ibu,anak, lelaki ,perempuan.”
“Aku bimbang,saat terakhir bagi kamu’
Sekarang beringàtlah,lebih-lebih lagi masa yang telah berlalu’
Aku faham ketakutan kamu,
Tetapi kini telah terlewat untuk sebuah penyesalan.”
“Kamu hidup di dunia selama 40 tahun atau lebih,
Tidak pernah kamu mengasihi manusia,
Ibu bapa kamu,tidak kamu taati,
Peminta sedekah yang lapar,kamu halau.”
“Dua anak perempuan daripada perzinaan kamu,
Di kelab malam mereka menyanyi untuk mencari nafkah,
Sepatutnya kamu melahirkan lebih banyak orang Islam,
Sebaliknya kamu menjadikan anak kamu bukan orang Islam.”
Kamu tidak memperdulikan azan yang berkumandang,
Tidak juga kamu membaca Al-Qur’an,
Sepanjang hidup,kamu- memungkiri janji,
Memukul kawan dan belakang,dan mencetuskan konflik.”
Daripada barang seludup,keuntungan kamu peroleh,
Dan pekerja kamu yang miskin kamu bayar gaji yang rendah,
Kuda dan poker hiburan kamu,
Menambahkan wang sangat kamu cintai.”
Kamu makan vitamin dan menjadi gemuk,
Orang sakit kamu jauhi,
Satu pain darah pun kamu tidak beri,
Yang dapat menyelamatkan seorang bayi.”
Wahai manusia kamu telah melakukan banyak kesalahan,
Kamu membazirkan wang pada perkara yang sia-sia,
Bila petani merayu kepada kamu,
Kamu tidak belas kasihan sedikit pun,memang benar,”
“Wahai malaikat! Saya tunduk kerana malu,
Saya tidak ada masa untuk menyebut nama ALLAH,
Dan pagi hingga senja,saya mengumpul harta,
Hingga terlupa pada kesihatan diri.”
“Perintah ALLAH tidak saya taati,
Tidak juga solat
Ramadan datang dan Ramadan pergi,
Namun tidak pernah saya bertaubat.”
“Haji sudah fardu atas diri saya,
Tetapi saya takut untuk berpisah dengan harta,
Segala amal kebajikan,saya lalaikan,
Mengambil riba, lagi dan lagi.'
Syurga untuk kantu? Aku tidak boleh tentukan,
Tidak syak lagi, nerekalah tempat kamu,
Sudah terlewat untuk kamu bertaubat,
Aku akan ambil nyawa kamu,untuk itu aku datang.”
Akhirul kalam sangat menyedihkan,
Dia menjadi seperti orang gila,.
Dengan jeritan dan tangisan dia melompat dari katil,
Dan tiba-tiba jatuh,lalu MAIl - -
Mafhum firman Allah s.w.t. didalam surah An-Nisa’:
”Di mana sahaja kamu berada,maut akan mendapatkan kamu,
sekalipun kamu berada dalam benteng-yang- tinggi-lagi kukuh.”
Ada empat jenis manusia iaitu:
1] Manusia yang tahu,tetapi-tidak tahu bahawa dia-tahu;.
itulah orang yang lalai. Oleh itu,berilah mereka peringatan
2] Manusia yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu;itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu,tinggalkan mereka.
3] Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang jahil. Oleh itu,ajarlah mereka.
4] Manusia yang tahu dan tahu bahawa dia tahu;itulah orang yang berilmu. Oleh itu,ikutilah mereka.
Al Khalil ibn Ahmad Al-Farahidi.
Tahukah Anda?
Soalan:”Bagaimana anda berkata-kata kepada Allah s.w.t.?
Soalan:”Bagaimana Allah berkata-kata kepada anda?
Jawapan;”Anda berkata-kata kepada Allah s.w.t. semasa anda menunaikan solat.
Jawapan;”Allah berkata-kata kepada anda semasa anda membaca Al-Qur ‘an.