Selasa, 8 September 2020

TERIMA KASIH COVID-19

 TERIMA KASIH COVID-19

Dalam kehidupan di alam yang indah ini, manusia sentiasa diuji sepanjang perjalanan hidup yang dilaluinya. Ujian-ujian itu akan memberikan pengajaran yang terbaik untuk kelangsungan hidup dan keutuhan iman di dunia ini. Ia juga mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat yang boleh difahami oleh sebahagia hamba Allah. Perkara ini boleh diperhatikan dalam surah al-Baqarah, ayat 155-157.

Firman Allah SWT:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157)} (البقرة: 155 – 157)

Maksudnya:

 “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya”.

Pada hari ini, dunia dilanda wabak COVID-19 yang berasal dari Wuhan China dan seterusnya merebak ke serata pelosok dunia. Kini ia mengakibatkan jutaan orang mendapat jangkitan dan ribuan orang terkorban. Walaupun begitu, sama ada lambat atau cepat COVID-19 ini akan berakhir. Dari itu, kita perlu mempelajari sesuatu dari COVID 19 yang seolah-olah mengungkapkan kata-kata: “Aku akan beredar meninggalkan kamu semua  sama ada cepat atau lambat tetapi aku ingin katakan kepada kamu semua, pelajarilah sesuatu daripadaku”.

Dari peristiwa COVID 19 ini, banyak iktibar yang boleh dipelajari. Jangkitan virus ini menyerang dengan tidak membezakan antara tua atau muda, kaya atau miskin, kuat atau lemah, lelaki atau wanita  dan sihat atau uzur. Insya Allah, sampai satu masa nanti kita akan mengetahui sebab-sebab pandemiknya, tetapi kita juga tetap perlu ambil pengajaran dan ikbarnya pada sebab-sebab yang tidak dapat dilihat. Ia seolah-olah “wabak telah muncul dan kita perlu kaji secara mendalam kerana banyak perkara yang masih belum diketahui”. Juga kita jangan lupa tentang kepentingan menjaga kebersihan yang telah diperintahkan oleh Islam sejak 1400 tahun yang lalu. Iaitu kebersihan dari hadas besar, hadas kecil dan berwuduk dalam lima kali sehari semalam yang bermula dengan membasuh tangan, berkumur, menghisap air ke dalam hidung dan menghembus buang hingga kesudahannya.

Selain dari itu juga, perlu mengambil pengajaran dari kuarantin dan duduk di rumah agar kita memahami bagaimana keadaan dengan pengurungan mereka yang dihukum kerana kesalahan.

Kedatangan wabak ini diperingkat pandemik, ia mengajarkan kita tentang keperluan bahawa kita berhajat dan bergantung kepada masyarakat secara keseluruhan dan setiap orang perlu patuh kepada arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Manakala sikap tidak ambil kesah menyebabkan masa terbuang, ilmu itu adalah ubat bagi segala penyakit, serta iman dengan Allah itu menenang, menguatkan keazaman dan keinginan jiwa. Manakala yang perlu kita lakukan adalah mengambil sebab tanpa menafikan tawakkal kepada Allah kerana tawakkal yang sebenar perlu ada bersama dengan sebab-sebab. Ini boleh diperhatikan dalam kenyataan Rasulullah r

عن أَنَس بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ: اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ. رواه الترمذي

Maksudnya:

Daripada Anas bin Malik t, beliau berkata: Ada seorang lelaki yang bertanya: “Wahai Rasulullah apakah aku perlu mengikat untaku kemudian bertawakkal atau aku melepaskannya kemudian bertawakkal?” Baginda bersabda: “Ikatlah untamu kemudian bertawakkallah”.

 

Boleh juga diperhatikan:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ شَرِيكٍ قَالَ قَالَتْ الْأَعْرَابُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَتَدَاوَى قَالَ نَعَمْ يَا عِبَادَ اللَّهِ تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ لَهُ شِفَاءً. رواه الترمذي

Maksudnya:

Daripada dari Usamah bin Syarik, beliau berkata: Orang Arab badwi berkata: “Wahai Rasulullah, apakah kami ini berubat (jika sakit)?” Baginda bersabda: “Ya, wahai sekalian hamba Allah, berubatlah sesungguhnya Allah tidak menciptakan suatu penyakit melainkan menciptakan juga ubat untuknya”.

 

Selanjutnya, mari kita perhatikan sebahagian daripada pengajaran COVID-19 agar dapat mengembalikannya kepada Allah SWT:

1-      Pandemik virus ini secara singkatnya menyebabkan kita berfikir tentang rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Juga sebagai amaran Allah agar hamba-hambaNya kembali kepadanya:


{وَمَا نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا} [الإسراء: 59]

Maksudnya:

Dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). Al-Israk:59

 

2-      Pandemik ini memberi isyarat agar kita terus berusaha dengan kuat yang kesudahannya membawa kepada bersabar dengan wabak yang didatangkan oleh Allah.

3-      Ia juga member isyarat agar hamba-hambaNya memeriksa diri dengan sebaik-baiknya dan tinggalkan keburukan.

4-      Penutupan pintu masjid-masjid tidak akan berterusan dalam tempoh yang lama, ini menguatkan kita bahawa rahmat Allah sangat luas meliputi orang yang sembahyang atau tidak sembahyang dan hendaklah kita bersegera melakukan kebaikan di mana sahaja daripada sekarang sehingga pintu-pintu masjid dibuka semula. Manakala yang mengimarahkan masjid-masjid adalah orang-orang yang beriman.

5-      Isyarat bahawa rahmat Allah kepada kita dengan duduk di rumah sehingga dapat memutuskan rangkain Covid 19 dan bukan dengan mendaki gunung seperti yang berlaku pada zaman khalifah al-Faruq ketika diserang dengan wabak penyakit taun. Ini adalah rahmat Allah kepada kita pada zaman ini.

6-      Manusia itu sangat lemah dan dapat dibunuh oleh virus yang sangat lemah.

7-      Memperlihatkan keagungan kekuasaan Allah, dengan virus yang sangat kecil lagi lemah ini menyebabkan manusia terpaksa meninggalkan semua jenis perayaan kerana ia boleh menyebabkan penularan penyakit yang membawa kepada kematian.

8-      Selama ini manusia tenggelam dalam limpahan nikmat Allah dari apa yang mereka inginkan. Kini mereka kehilangan nikmat itu dan akhirnya mereka baru sedar tentang aman, kesihatan, persahabatan, berkumpul, bermusafir, berjemaah di masjid, ketenangan, udara bersih dan sebagainya. Nikmat Allah itu tidak dapat dihitung kerana terlalu banyak.

9-      Suatu ketika dahulu  masjid-masjid dibuka secara percuma untuk kita memperhambakan diri kepada Allah dengan sembahyang, zikir, berdoa, mempelajari ilmu dan sebagainya, kini ia ditutup, apakah kita akan meneruskan lagi ibadat? Dengan datangnya virus Korona ini, kita dapat mengetahui bahawa Allah tidak perlu kepada kita dan tidak perlu kepada ibadat kita.

10-  Ujian Allah kepada hamba-hambaNya menyebabkan manusia terbeza antara satu dengan yang lain. Kata al-Hasan al-Basri: “Manusia sama sahaja ketika sihat tetapi apabila diturunkan bala, mereka akan terbeza”.  Apabila mendapat bala, mereka jadi kedekut dan membenci masyarakat kerana ketakutan dan kejutan disebabkan suatu penyakit yang menimpanya.

11-  Bertambah kesedaran di kalangan masyarakat yang menyebabkan mereka kembali kepada mendirikan haknya seperti menghargai kebersihan, kehormatan, kebebasan, ilmu, kedudukan keluarga, sekolah, umat dan sebagainya.

12-  Prihatin di kalangan kerajaan, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan dan sebagainya memainkan peranan untuk membantu perseorangan atau kumpulan bagi meringankan beban tanggungan.

13-  Bertambah kesedaran terhadap pembacaan kerana besar kepentingannya sama ada perseorangan atau kumpulan tertentu.

14-  Makin bertambah erat pautan kepada Allah SWT dengan berbagai-bagai zikir dan doa. Firman Allah SWT:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ (النمل: 62)

Maksudnya:

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). Al-Naml:62.

15-  Terzahir maqasid syariat pada zaman pandemik seperti tentang kewajipan sembahyang Jumaat, sembahyang berjemaah, merapatkan saf sembahyang, takzir bagi mereka yang meninggalkan sembahyang Jumaat, menutup pusat-pusat perniagaan, menolong yang dalam kesusahan dan sebagainya.

16-  Pandemik ini juga menimbulkan tabiat sifat murni dengan kebiasaan menjaga kebersihan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

17-  Ia juga menzahirkan sifat ihsan dalam kalangan masyarakat yang tampil untuk memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan untuk membendung penularan wabak ini.

 

Inilah sebahagian dari pengajaran yang diperolehi dari pandemik zaman ini. Manakala Bagi setiap orang Mukmin yang sempurna keimanan akan sentiasa mendapat kebaikan dalam semua urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Apabila ditimpa dengan kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT dan apabila dia mendapat nikmat, dia mensyukuri nikmat tersebut dengan menambahkan ketaatan kepada Allah SWT.

عَنْ صُهَيْبٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَ الْمُؤْمِنِ كُلُّهُ خَيْرٌ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ فَشَكَرَ كَانَ خَيْرًا، وَإِنَّ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ فَصَبَرَ كَانَ خَيْرًا ". أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ، مِنْ حَدِيثِ سُلَيْمَانَ بْنِ الْمُغِيرَةِ. رواه البيهقي

Maksudnya:

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

 

Ya Allah, ya Haiyyu, ya Qaiyyum, ya Zal Jalali wal Ikram, ya Rahim, ya Wadud, ya Allah, angkatlah wabak ini daripada kami, peliharalah kami dengan pemeliharaanMu, peliharalah negara kami, keluarga kami dan kesemua negara Muslim secara keseluruhannya dari semua bala dan fitnah. Amin ya rabbal alamin.

 

 

Rabu, 22 Julai 2020

ADA APA DENGAN ZULHIJJAH?


Rahmat Allah SWT terlalu luas kepada hamba-hambaNya. Ia menganugerahkan pada masa-masa tertentu yang Ia pilih dengan ganjaran berlipat ganda berbanding waktu-waktu lain. Dikurniakan dalam masa dua puluh empat jam dipilih waktu satu pertiga malam yang akhir. Dalam seminggu dipilihNya hari Jumaat dan pada hari Jumaat ada suatu masa yang istimewa. Dalam bulanan dipilih bulan Ramadan dan satu malam dipilih daripadanya iaitu malam al-Qadar dan di antara bulan-bulan itu sepanjang tahun dipilih sepuluh hari di bulan Zulhijjah.
Terdapat banyak keistimewaan pada sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah sehinggakan Allah SWT bersumpah dengannya, ini boleh diperhatikan daripada firman Allah SWT:
وَالْفَجْرِ (1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)} -الفجر: 1، 2
Maksudnya:
Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah). Al-Fajr:1-2.

Kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah sepuluh hari yang pertama dari bulan Zulhijjah.
Sepuluh hari tersebut ada adab-adab dan hukum serta keistimewaannya yang tersendiri, di antaranya:


Pertama: Keistimewaan sepuluh hari di bulan Zulhijjah.
Iaitu malam dan harinya adalah kemuliaan dan keistimewaan, digandakan ganjaran padanya, disunatkan bersungguh-sungguh beribadat dan menambahkan amal kebaikan dengan berbagai-bagai jenis.
Amalan sholeh pada hari-hari berkenaan lebih istimewa dari amal sholeh yang dikerjakan pada hari yang lain daripadanya sepanjang tahun. Ia dinyatakan oleh baginda SAW:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: «مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ» يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: «وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ» أخرجه أبو داود وابن ماجه وغيرهما.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas t, belau berkata: Rasulullah r bersabda: “Tidak ada hari-hari yang amal sholeh di dalamnya lebih disukai oleh Allah kecuali hari-hari ini, yakni sepuluh hari (di bulan Zulhijjah),”.  Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, tidak juga dengan jihad di jalan Allah!”. Baginda bersabda: “Tidak juga dengan jihad di jalan Allah, melainkan seorang laki-laki yang keluar dengan harta dan jiwanya, lalu tidak ada yang kembali lagi”.


Kedua:  Hukum puasa lapan hari pertama dari bulan Zulhijjah.
Disunatkan berpuasa lapan hari yang pertama dari bulan Zulhijjah. Puasa ini bukan kerana ia puasa sunat tetapi ia sunat kerana termasuk dalam amal sholeh secara umum pada hari-hari berkenaan. Walaubagimana pun puasa ini tidak ada warid dari nabi r puasa secara khusus pada hari-hari tersebut. Yang jelasnya, puasa ini termasuk dalam jumlah amal sholeh yang digalakan oleh nabi r sebagaimana yang baginda r nyatakan dalam hadis Ibnu Abbas di atas.

Ketiga: Puasa hari Arafah.
Puasa hari Arafah adalah sunat dari perbuatan dan perkataan baginda r. Dari perkataan baginda r yang memberi motivasi agar berpuasa ini boleh diperhatikan, iaitu:
عن أبي قتادة رضي الله تعالى عنه أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: «صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ» أخرجه مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Dardak t, beliau berkata, bahawa Rasulullah r bersabda: “Puasa hari Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.
Oleh itu, sunat berpuasa bagi mereka yang tidak berada di dalam ihram untuk mengerjakan ibadat haji iaitu pada hari yang kesembilan di bulan Zulhijjah dan puasa pada hari berkenaan dapat menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun. Puasa ini adalah puasa sunat yang dikhususkan sebagaimana dinyatakan dalam hadis di atas.
Selain daripada berpuasa pada hari yang kesembilan Zulhijjah, disunatkan juga bertakbir mengiringi tiap-tiap sembahyang iaitu bermula pada Subuh hari berkenaan hingga Ashar terakhir pada hari yang ketiga belas Zulhijjah.
Manakala bermula waktu Maghrib iaitu malam yang kesepuluh pula disunatkan bertakbir pada setiap keadaan sehingga memulakan sembahyang hari Raya Korban atau Idul Adha pada keesokannya.
Bentuk takbir tersebut iaitu:
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلّهِ الحَمْدُ  (3 kali)  

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah adalah hari yang penuh keberkatan, digandakan pahala terhadap sesuatu amalan dan diberi keampunan dari kesalahan-kesalahan. Dinyatakan juga oleh Rasulullah r bahawa ia adalah sebaik-baik hari  bagi dunia ini.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: "كَانَ يُقَالُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ بِكُلِّ يَوْمٍ أَلْفٌ، وَيَوْمُ عَرَفَةَ عَشْرَةُ آلَافِ يَوْمٍ". يَعْنِي فِي الْفَضْلِ- رواه البيهقي والأصبهاني
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Dikatakan pada sepuluh hari yang pertama ini, sehari adalah seribu dan pada hari Arafah adalah sepuluh ribu”.

Iaitu berkait dengan keistimewaan hari-hari tersebut.


Keempat: Antara amalan-amalan yang disunatkan.
Pada sepuluh hari yang pertama Zulhijjah ini, antara amalan yang afdal dilaksanakan adalah zikir dan doa. Ini boleh diperhatikan di dalam hadis berikut:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّحْمِيدِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَالتَّهْلِيلِ. رواه البيهقي وأحمد والطبرني
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar t daripada Nabi r, baginda bersabda: “Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada pula hari yang lebih Dia sukai untuk beramal daripada sepuluh hari ini, maka perbanyaklah tahlil (لا اله الاّ الله), takbir (الله أكبر) dan tahmid (الحمد لله).

Kata imam al-Bukhari: Adalah Ibnu Umar t dan Abu Hurairah t pergi ke pasar pada sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah. Mereka berdua bertakbir dan disambut oleh orang ramai dengan takbir mereka berdua. Kata beliau lagi: Umar t bertakbir di Mina lalu didengari oleh orang ramai yang berada di masjid dan di pasar-pasar, lalu mereka turut bertakbir sehingga bergema Mina dengan takbir tersebut.

Mengerjakan haji dan umrah bagi yang mampu:
Kedua-dua ibadat ini adalah yang terafdal pada sepuluh Zulhijjah apabila dikerjakannya sebagaimana yang dituntut oleh Allah. Manakala ganjarannya adalah syurga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ. رواه البخاري
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t, katanya bahawa Nabi r bersabda: “Dari satu umrah ke satu umrah berikutnya menjadi penghapus dosa antara keduanya dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan syurga.

Haji yang mabrur adalah haji menepati petunjuk Nabi r yang tiada bercampur dengan perkara-perkara dosa, riyak, sum’ah, fasik, keji serta menjaga kebaikan dan amal sholeh.


Korban:
Selain daripada syiar Islam, berkorban juga merupakan ibadat yang afdal dilakukan oleh mereka yang berkemampuan bagi mencontohi perbuatan Rasulullah r. Baginda menzahirkan  penyembelihan binatang korban pada hari berkenaan berbanding dengan ibadat yang lain.
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا» روى الترمذي وابن ماجه
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA, kata beliau bahawa Rasulullah r bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Nahr (Idul Adha) yang lebih disukai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban) akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Sesungguhnya, darah tersebut akan sampai kepada (redha) Allah sebelum titisan darah tersebut jatuh ke bumi, maka bersihkanlah jiwa kamu dengan berkorban.


Sembahyang:
Sembahyang adalah ibadat yang teragung dan terafdal, yang wajib ke atas setiap orang Islam menjaganya. Ia dikerjakannya secara berjemaah bagi menzahirkan syiar Islam. Selain dari sembahyang fardu, memelihara sembahyang-sembahyang sunat juga merupakan seafdal-afdal cara mendekatkan diri kepada Allah SWT.
وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ... رواه البخاري
Maksudnya:
Jika hambaKu terus menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunat, maka Aku mencintai dia.


Sedekah:
Ia termasuk dalam jumlah amalan sholeh yang disunatkan memperbanyakkannya pada hari-hari tersebut. Ia digalakkan Allah sebagaimana firmanNya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ (254) [البقرة: 254]
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Baqarah:254.

Manakala Rasulullah r memberi jaminan bahawa sedekah itu tidak mengurangkan harta. Sabda baginda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ. رواه مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t dari Rasulullah r bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta”.


Amalan-amalan lain:
Membaca dan mengajar al-quran, beristighfar, berbakti kepada ibu bapa, hubung rahim dengan kerabat, menyebarkan salam, memberi makan, mendamaikan manusia, mengajak perkara makruf, mencegah kemungkaran, menjaga lidah, menjaga kemaluan, berbaik dengan jiran, muliakan tetamu, membelanjakan harta pada jalan Allah, menghilangkan gangguan jalan, menafkahkan isteri serta keluarga, menjaga anak yatim, melawat orang sakit, menunaikan hajat saudara-mara, selawat ke atas nabi r, tidak mengganggu orang Islam, berhubung dengan sahabat-handai, berdoa untuk saudara-mara, menunaikan amanah, menunaikan janji, berbakti kepada sanak-saudara, menjaga mata dari perkara haram, menyempurnakan wuduk, berdoa antara azan dan iqamah, baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, berulang-alik ke masjid, memelihara sembahyang berjemaah, memelihara sunat rawatib, sembahyang sunat raya secara berjemaah, zikir setiap kali setelah sembahyang, mengerjakan usaha secara halal, mengembirakan orang Islam, menyantuni orang lemah, berbuat kebaikan, menunjukan kebaikan, berlapang dada, tidak kedekut, mengajar anak-anak, membantu orang Islam dalam perkara kebaikan, menghidupkan malam, menghidupkan malam raya dan lain-lain lagi yang tidak mampu disebutkan di sini.

Oleh itu, sama-samalah kita menyambutnya dengan:
1-      Taubat dengan benar kepada Allah:
Secara amnya, setiap orang Islam dikehendaki menyambut musim ketaatan dengan taubat yang benar dan berazam untuk kembali kepada Allah kerana taubat seseorang hamba itu adalah kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [النور: 31]
Maksudnya:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Al-Nur:31


2-      Menguatkan azam.
Hendaklah setiap orang Islam memelihara dengan sungguh-sungguh sepanjang umurnya terutama pada sepuluh hari yang pertama bulan Zulhijjah ini dengan melakukan amalan-amalan dan ucapan-ucapan baik serta berazam untuk mendapat pertolongan Allah dengan mengadakan sebab-sebabnya yang membolehkan ia mendapat pertolongan bagi sempurnakan amalan tersebut. Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ  [العنكبوت: 69]
Maksudnya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. Al-Ankabut:69.


3-      Menjauhi segala maksiat.
Ketaatan adalah sebab mendekati Allah SWT, manakala maksiat adalah sebab menjauhi dari Allah SWT dan menjauhi rahmatNya. Boleh jadi seseorang itu dihalang dari mendapat rahmatNya dengan maksiat yang ia lakukan. Oleh itu, seseorang yang ingin mendapat keampunan dan bebas dari neraka hendaklah ia menjauhi maksiat terutama pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah ini.

Rebutlah peluang yang dilalui pada sepuluh hari di awal bulan Zulhijjah ini agar tiada kesesalan di masa akan datang.


Semoga kebaikan yang kita lakukan diterima oleh Allah.