Ahad, 6 Oktober 2019

Pengalaman Pertama Kali Ke Sabah

Pengalaman Pertama Kali Ke Sabah (Penerbangan Murah)
Melalui agensi pelancongan

DOA MEMULAKAN PERJALANAN MUSAFIR
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah mengadakan semua ini bagi kami dan kami tidak mampu mengendalikannya sebelum ini. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan dan taqwa dalam pengembaraan kami ini, dan amalan yang Engaku redhai. Ya Allah! Mudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya Allah! Engkaulah Teman dalam perjalanan dan Pengurus bagi ahli keluarga. Ya Allah! Daku memohon perlindunganMu daripada kesulitan perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga.

 Pemandangan dari udara


 Bangunan Yayasan Sabah

 Masjid Bandaraya Sabah

 Warisan Mall


Hari pertama
28 September 2019

Perjalanan dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu
Ahli rombongan berkumpul di aras 3 perlepasan KIia2 pada 4:30 pagi untuk chek in
Berlepas dari Klia2 ke Kota Kinabalu dengan penerbangan Air Asia 7:30 pagi
Tiba di Lapangan Terbang Kota kinabalu dan selepas urusan bagasi perjalanan ke Bandar raya Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam dan 30 minit.
Dibawa untuk makan tengah hari.
Dibawa menuju ke hotel untuk check In.
Dibawa mengelilingi bandar Kota Kinabalu untuk mengenali pada jam 2:30 petang:
              1-Bandaraya Kota Kinabalu Masjid Negeri
              2-Muzium Sabah
              3-Bangunan Yayasan Tun Mustapha
              3-Warisan Shopping Mall

Makan malam di Restoran Tuk Tuk Tomyam
Aktiviti bebas dan aktiviti yang paling sedap adalah tidur sebab dah penat sepanjang hari.
Untuk makluman: perbezaan waktu sembahyang di Sabah adalah sejam mendahului waktu sembahyang di semenanjung.
Selamat malam

Bermain denga Kelah

oleh-olae dari Sabah

 cenderahati Sabah

 Rumah Panjang Kundasang

 Kundasang 


Hari Kedua

Sarapan pagi restoran berhampiran tempat penginapan, setelah itu check out dari Marina Cout dan terus akan dibawa ke Kundasang. Perjalanan  ke sana di dapati banyak gereja di kiri-kanan jalan dan di tepi-tepi jalan ada dijual sinalau (babi salai), bak ku teh dan lain-lain oleh masyarakat kristian.
Tiba di Kundasang

Dibawa melawat :

  1. Pekan Nabalu / Pasar Kundasang (Gerai di rumah panjang harga agak murah apabila dilakukan aktiviti  tawar-menawar).
  2. Singgah  di Timpohon Gate ( Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu )
  3. Dibawa untuk makan tengahari  dan solat jamak-qasar di Restoran Puteri Nabalu
  4. Tukar kenderaan bas dengan menaiki van menuju ke Desa Cattle Farm ( ladang ternakan lembu tenusu),
  5. Melawat Taman Kinabalu
  6. Sanctuary Ikan Kelab.

Selepas itu dibawa balik ke K. Kinabalu dan tiba di Bandar raya Kota Kinabalu setelah masuk waktu Isyak.
Tiba di Kota Kinabalu dibawa untuk makan malam di Restoran Tuk tuk Tomyam
Kemudian check in hotel.
Malam Acara bebas melawat Pasar Malam dan bermalam di Klagen Hotel Kota Kinabalu
Selamat malam


 Pulau Manukan

 Pasar Basah

 Laluan Ke Gunung Kinabalu

 Ladang Ternakan Lembu Tenusu

 Kundasang

 Kumdasang

 Taman Kinabalu

Hari Ketiga

Sarapan pagi di hotel
Selepas sarapan pagi dibawa ke Jeti untuk menaiki Bot ke Pulau Manukan
Di Pulau Manukan di adakan aktiviti Snorkeling
Makan tengah hari di Pulau Manukan (Katering).
Dibawa balik ke Kota Kinabalu pada 2:30 petang
Tiba di Kota Kinabalu lalu dibawa balik ke hotel dan membeli-belah secara bersendirian.
           1-Kedai Kristal & Mutiara Jamilah
           2-Pasar Filipin
3         3-Pasar ikan masin
4         4-Pasar Kraf tangan (semuanya berdekatan antara satu dengan yang lain)
5         
      Dibawa untuk makan malam
Selamat malam


Laluan menuju ke gunung Kinabalu

 Taman warisan

Selamat Pulang

Hari Keempat

Sarapan pagi di hotel
Selepas sarapan pagi
Acara bebas untuk membeli-belah untuk kali yang terakhir di sekitar hotel

       1-Pasar Filipin
       2-Pasar ikan masin
       3-Pasar Kraf tangan
4     4-Warisan Square

Pukul 10:50 pagi Check out dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang K.Kinabalu untuk urusan pendaftaran bagi penerbangan ke KLIA2.
Berlepas dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu ke KLIA2
Tiba di KLIA2 —Tour End dan masing-masing membawa diri dan kenang dari Sabah.

DOA KEMBALI DARIPADA MUSAFIR
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan Yang telah mengadakan semua ini bagi kami dan kami tidak mampu mengendalikannya sebelum ini. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan dan taqwa dalam pegembaraan kami ini, dan amalan yang Engaku redhai. Ya Allah! Mudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya Allah! Engkau Teman dalam perjalanan dan pengurus bagi ahli keluarga. Ya Allah! Daku memohon perlindunganMu daripada kesulitan perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga. Kami kembali dengan bertaubat dan memperhambakan diri kepada Tuhan kami, untuk Tuhan kami segala puji-pujian[1]



[1]   (رواه مسلم 2/978)




Nasihat saya bagi yang pertama kali ke Sabah:

1-Apabila masuk ke pusat perniagaan bacalah doa yang diajar Rasulullah SAW agar apa yang dibelikan nanti bermanfaat iaitu:

DOA MASUK PASAR
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa Yang tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian, Yang menghidupkan, Yang mematikan. Dialah Maha Hidup, tiada Ia mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia Maha berkuasa ke atas setiap sesuatu[1].

2-Apabila membeli sesuatu barangan, buatlah penawaran dengan penjual serendah yang mungkin, mintalah tawaran sehingga bawah 80 peratus seperti ikan bilis dilebalkan dengan harga RM 75.00 untuk setengah kilogram mintalah dengan harga RM 12.50, harga yang dilebalkan memang mencekik darah tapi jika pandai dan manis mulut harga boleh dikundur. (Belum tentu seseorang yang manis mulut dengan perempuan boleh melembutkan hati peniaga).

3-Pastikan barang yang telah dibeli diperiksa dengan betul. Dikira dan lihat dengan betul apabila dimasukkan ke dalam plastik atau kotak.

4-Kalau boleh, kiralah jumlah harga barangan yang telah dibeli dengan sendiri, jangan dibiarkan peniaga mengira harga ikut suka hati mereka dan juga jangan terlalu memberi kepercayaan kepada peniaga.

5-Jika boleh, pergilah membeli pada waktu awal pagi ketika pasar baru buka. Sebab para peniaga sama ada mereka ini Islam atau bukan Islam, mereka percaya apabila “buka muka” itu mudah maka urusan perniagaan pada hari berkenaan dimudahkan mendapat rezeki. Dari itu mereka memudahkan urusan perniagaan apabila “buka muka”, dan pembeli mudah buat urusan dalam membuat penawaran kerana peniaga bertolak ansur.
Ini menepati sabda Rasulullah SAW apabila peniaga dan pembeli bertolak ansur diberikan keberkatan.

saya juga mendapati peniaga amat bertolak ansur apabila saya berurus niaga di pasar-pasar berkenaan di awal pagi

6-PASTIKAN jangan sesekali dihilangkan resit yang dicap oleh imigresen ketika masuk Sabah jika anda tidak menggunakan pasport. Jika ditakdirkan hilang resit tersebut, anda dikehendaki membuat laporan di balai polis. Silap hari bulan boleh terlepas penerbangan.

Untuk maklumat tambahan pembaca, apabila anda telah membeli-belah dari pasar dan sebagainya jangan sesekali anda membuat perbandingan harga belian dengan kawan-kawan anda kerana ia boleh menyebabkan anda menghantakkan kepala ke dinding hotel.

Semoga anda semua membawa pulang kenangan yang indah dari Sabah…



[1]  Apabila seseorang itu membacanya, Allah menuliskan untuknya sejuta kebaikan dan memadamkan sejuta keburukan dan mengangkatnya  sejuta darjat. حسن (صحيح الترمذي 3/152)