Rahmat Allah SWT terlalu luas
kepada hamba-hambaNya. Ia menganugerahkan pada masa-masa tertentu yang Ia pilih
dengan ganjaran berlipat ganda berbanding waktu-waktu lain. Dikurniakan dalam
masa dua puluh empat jam dipilih waktu satu pertiga malam yang akhir. Dalam
seminggu dipilihNya hari Jumaat dan pada hari Jumaat ada suatu masa yang
istimewa. Dalam bulanan dipilih bulan Ramadan dan satu malam dipilih
daripadanya iaitu malam al-Qadar dan di antara bulan-bulan itu sepanjang tahun
dipilih sepuluh hari di bulan Zulhijjah.
Terdapat banyak keistimewaan pada
sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah sehinggakan Allah SWT bersumpah
dengannya, ini boleh diperhatikan daripada firman Allah SWT:
وَالْفَجْرِ
(1) وَلَيَالٍ عَشْرٍ (2)} -الفجر: 1، 2
Maksudnya:
Demi waktu fajar dan malam yang
sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah). Al-Fajr:1-2.
Kebanyakan ahli tafsir menyatakan
bahawa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah sepuluh hari yang pertama dari
bulan Zulhijjah.
Sepuluh
hari tersebut ada adab-adab dan hukum serta keistimewaannya yang tersendiri, di
antaranya:
Pertama: Keistimewaan sepuluh hari
di bulan Zulhijjah.
Iaitu
malam dan harinya adalah kemuliaan dan keistimewaan, digandakan ganjaran
padanya, disunatkan bersungguh-sungguh beribadat dan menambahkan amal kebaikan
dengan berbagai-bagai jenis.
Amalan sholeh pada hari-hari
berkenaan lebih istimewa dari amal sholeh yang dikerjakan pada hari yang lain
daripadanya sepanjang tahun. Ia dinyatakan oleh baginda SAW:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قال: قال
رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: «مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ
فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ» يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ،
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: «وَلَا
الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ
يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ» أخرجه أبو داود وابن ماجه وغيرهما.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas t, belau berkata:
Rasulullah r bersabda: “Tidak ada hari-hari yang amal sholeh di dalamnya lebih
disukai oleh Allah kecuali hari-hari ini, yakni sepuluh hari (di bulan Zulhijjah),”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah,
tidak juga dengan jihad di jalan Allah!”. Baginda bersabda: “Tidak juga dengan
jihad di jalan Allah, melainkan seorang laki-laki yang keluar dengan harta dan
jiwanya, lalu tidak ada yang kembali lagi”.
Kedua: Hukum puasa lapan hari pertama dari bulan
Zulhijjah.
Disunatkan berpuasa
lapan hari yang pertama dari bulan Zulhijjah. Puasa ini bukan kerana ia puasa
sunat tetapi ia sunat kerana termasuk dalam amal sholeh secara umum pada
hari-hari berkenaan. Walaubagimana pun puasa ini tidak ada warid dari nabi r puasa
secara khusus pada hari-hari tersebut. Yang jelasnya, puasa ini termasuk dalam
jumlah amal sholeh yang digalakan oleh nabi r sebagaimana yang baginda r nyatakan
dalam hadis Ibnu Abbas di atas.
Ketiga:
Puasa hari Arafah.
Puasa hari
Arafah adalah sunat dari perbuatan dan perkataan baginda r. Dari
perkataan baginda r yang
memberi motivasi agar berpuasa ini boleh diperhatikan, iaitu:
عن أبي قتادة رضي الله تعالى عنه أن النبي
صلى الله عليه وآله وسلم قال: «صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ
أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ» أخرجه
مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Dardak t, beliau berkata, bahawa Rasulullah r bersabda: “Puasa hari Arafah
-saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan
juga tahun sesudahnya.
Oleh itu, sunat berpuasa bagi mereka yang
tidak berada di dalam ihram untuk mengerjakan ibadat haji iaitu pada hari yang
kesembilan di bulan Zulhijjah dan puasa pada hari berkenaan dapat menghapuskan
dosa-dosa selama dua tahun. Puasa ini adalah puasa sunat yang dikhususkan
sebagaimana dinyatakan dalam hadis di atas.
Selain daripada berpuasa pada hari yang kesembilan Zulhijjah,
disunatkan juga bertakbir mengiringi tiap-tiap sembahyang iaitu bermula
pada Subuh hari berkenaan hingga Ashar terakhir pada hari yang ketiga belas
Zulhijjah.
Manakala bermula waktu Maghrib iaitu malam yang kesepuluh pula
disunatkan bertakbir pada setiap keadaan sehingga memulakan sembahyang
hari Raya Korban atau Idul Adha pada keesokannya.
Bentuk takbir tersebut iaitu:
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلّهِ الحَمْدُ (3 kali)
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ
أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلّهِ
كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً،
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ
كَرِهَ الكَافِرُونَ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ
وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ
الأَحْزَابَ وَحْدَهُ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah adalah
hari yang penuh keberkatan, digandakan pahala terhadap sesuatu amalan dan
diberi keampunan dari kesalahan-kesalahan. Dinyatakan juga oleh Rasulullah r bahawa ia adalah sebaik-baik hari bagi dunia ini.
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ:
"كَانَ يُقَالُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ بِكُلِّ يَوْمٍ أَلْفٌ، وَيَوْمُ عَرَفَةَ
عَشْرَةُ آلَافِ يَوْمٍ". يَعْنِي فِي الْفَضْلِ-
رواه البيهقي والأصبهاني
Maksudnya:
Daripada
Anas bin Malik, beliau berkata: “Dikatakan pada sepuluh hari yang pertama ini,
sehari adalah seribu dan pada hari Arafah adalah sepuluh ribu”.
Iaitu
berkait dengan keistimewaan hari-hari tersebut.
Keempat: Antara amalan-amalan yang disunatkan.
Pada sepuluh hari yang pertama Zulhijjah ini, antara amalan yang afdal
dilaksanakan adalah zikir dan doa. Ini boleh diperhatikan di dalam hadis
berikut:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ
اللهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ
الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّحْمِيدِ، وَالتَّكْبِيرِ،
وَالتَّهْلِيلِ. رواه البيهقي وأحمد والطبرني
Maksudnya:
Daripada Ibnu
Umar t daripada Nabi r, baginda bersabda: “Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah
dan tiada pula hari yang lebih Dia sukai untuk beramal daripada sepuluh hari ini, maka perbanyaklah tahlil
(لا اله الاّ الله), takbir (الله أكبر) dan tahmid (الحمد لله).”
Kata
imam al-Bukhari: Adalah Ibnu Umar t dan Abu Hurairah t pergi ke pasar pada sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah. Mereka
berdua bertakbir dan disambut oleh orang ramai dengan takbir mereka berdua.
Kata beliau lagi: Umar t bertakbir di Mina lalu didengari oleh orang ramai yang berada di masjid
dan di pasar-pasar, lalu mereka turut bertakbir sehingga bergema Mina dengan
takbir tersebut.
Mengerjakan
haji dan umrah bagi yang mampu:
Kedua-dua
ibadat ini adalah yang terafdal pada sepuluh Zulhijjah apabila dikerjakannya
sebagaimana yang dituntut oleh Allah. Manakala ganjarannya adalah syurga.
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا
بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ. رواه البخاري
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t, katanya bahawa Nabi r bersabda: “Dari satu umrah ke satu umrah berikutnya menjadi penghapus
dosa antara keduanya dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan syurga.”
Haji yang mabrur adalah haji menepati petunjuk Nabi
r yang tiada bercampur dengan
perkara-perkara dosa, riyak, sum’ah, fasik, keji serta menjaga kebaikan dan
amal sholeh.
Korban:
Selain daripada syiar Islam, berkorban
juga merupakan ibadat yang afdal dilakukan oleh mereka yang berkemampuan bagi
mencontohi perbuatan Rasulullah r. Baginda menzahirkan penyembelihan binatang korban pada hari berkenaan
berbanding dengan ibadat yang lain.
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ
النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي
يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ
لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا
بِهَا نَفْسًا» روى الترمذي وابن ماجه
Maksudnya:
Daripada
Aisyah RA, kata
beliau bahawa Rasulullah r bersabda:
“Tidak ada amalan yang
dilakukan oleh anak Adam pada hari Nahr (Idul Adha) yang lebih disukai oleh
Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan
korban) akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Sesungguhnya,
darah tersebut akan sampai kepada (redha) Allah sebelum titisan darah tersebut
jatuh ke bumi, maka bersihkanlah jiwa kamu dengan berkorban.
Sembahyang:
Sembahyang adalah ibadat yang teragung
dan terafdal, yang wajib ke atas setiap orang Islam menjaganya. Ia
dikerjakannya secara berjemaah bagi menzahirkan syiar Islam. Selain dari
sembahyang fardu, memelihara sembahyang-sembahyang sunat juga merupakan seafdal-afdal
cara mendekatkan diri kepada Allah SWT.
وَمَا
يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ... رواه البخاري
Maksudnya:
Jika hambaKu terus menerus mendekatkan diri
kepadaKu dengan amalan sunat, maka Aku mencintai dia.
Sedekah:
Ia termasuk dalam jumlah
amalan sholeh yang disunatkan memperbanyakkannya pada hari-hari tersebut. Ia
digalakkan Allah sebagaimana firmanNya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا
رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ
وَلَا شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ (254) [البقرة: 254]
Maksudnya:
Wahai
orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami
berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli
padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula
pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang
zalim. Al-Baqarah:254.
Manakala
Rasulullah r memberi jaminan bahawa sedekah itu tidak mengurangkan harta. Sabda
baginda:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ. رواه مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t dari
Rasulullah r bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta”.
Amalan-amalan lain:
Membaca dan mengajar al-quran, beristighfar, berbakti kepada ibu bapa,
hubung rahim dengan kerabat, menyebarkan salam, memberi makan, mendamaikan
manusia, mengajak perkara makruf, mencegah kemungkaran, menjaga lidah, menjaga
kemaluan, berbaik dengan jiran, muliakan tetamu, membelanjakan harta pada jalan
Allah, menghilangkan gangguan jalan, menafkahkan isteri serta keluarga, menjaga
anak yatim, melawat orang sakit, menunaikan hajat saudara-mara, selawat ke atas
nabi r, tidak mengganggu orang Islam, berhubung dengan sahabat-handai, berdoa
untuk saudara-mara, menunaikan amanah, menunaikan janji, berbakti kepada
sanak-saudara, menjaga mata dari perkara haram, menyempurnakan wuduk, berdoa
antara azan dan iqamah, baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, berulang-alik ke
masjid, memelihara sembahyang berjemaah, memelihara sunat rawatib, sembahyang
sunat raya secara berjemaah, zikir setiap kali setelah sembahyang, mengerjakan
usaha secara halal, mengembirakan orang Islam, menyantuni orang lemah, berbuat
kebaikan, menunjukan kebaikan, berlapang dada, tidak kedekut, mengajar
anak-anak, membantu orang Islam dalam perkara kebaikan, menghidupkan malam,
menghidupkan malam raya dan lain-lain lagi yang tidak mampu disebutkan di sini.
Oleh itu, sama-samalah kita
menyambutnya dengan:
1-
Taubat
dengan benar kepada Allah:
Secara
amnya, setiap orang Islam dikehendaki menyambut musim ketaatan dengan taubat
yang benar dan berazam untuk kembali kepada Allah kerana taubat seseorang hamba
itu adalah kejayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ
الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [النور: 31]
Maksudnya:
Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya. Al-Nur:31
2-
Menguatkan
azam.
Hendaklah setiap orang Islam
memelihara dengan sungguh-sungguh sepanjang umurnya terutama pada sepuluh hari
yang pertama bulan Zulhijjah ini dengan melakukan amalan-amalan dan
ucapan-ucapan baik serta berazam untuk mendapat pertolongan Allah dengan
mengadakan sebab-sebabnya yang membolehkan ia mendapat pertolongan bagi
sempurnakan amalan tersebut. Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ
جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ
الْمُحْسِنِينَ
[العنكبوت: 69]
Maksudnya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. Al-Ankabut:69.
3-
Menjauhi
segala maksiat.
Ketaatan
adalah sebab mendekati Allah SWT, manakala maksiat adalah sebab menjauhi dari
Allah SWT dan menjauhi rahmatNya. Boleh jadi seseorang itu dihalang dari
mendapat rahmatNya dengan maksiat yang ia lakukan. Oleh itu, seseorang yang
ingin mendapat keampunan dan bebas dari neraka hendaklah ia menjauhi maksiat
terutama pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah ini.
Rebutlah peluang
yang dilalui pada sepuluh hari di awal bulan Zulhijjah ini agar tiada kesesalan
di masa akan datang.
Semoga kebaikan
yang kita lakukan diterima oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan