Jumaat, 12 November 2010

Pengorbanan Menurut Islam

Dari segi bahasa:

قرب- يقرب- قرب- قربانا

Maksudnya dekat. Iaitu melakukan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan meninggalkan kesukaan untuk mendapat ganjaran yang lebih baik daripada Allah.

Pengorbanan dalam Islam menpunyai huraian yang luas. Ia merupakan sifat yang mulia ,yang melambangkan keinginan, ketulenan, kemulusan dan kepaduan serta kekuatan dalam memperkasakan pengalaman dan penghayatan Islam untuk menghadapi keredhaan Allah.

Pengorbanan itu akan dapat dilakukan bila mana seseorang itu mempunyai jalin-gabung yang mengabungkan dalaman di antara fizikal, emosinal, spiritual dan juga mental, ertinya gabungan pemikiran, gabungan fizikal, gabungan agama dan gabungan emosi yang kuat, barulah seseorang itu mampu melakukan ataupun menterjemahkan pengorbanan yang luar biasa seperti mana kita lihat pada para redwanullah alaihim ajmain (orang-orang yang direhai oleh Allah).

Seperti saidina Abu Bakar RA mengorbankan seluruh hartanya di jalan Allah SWT . Kita lihat saidina Osman RA yang mengorbankan hartanya di jalan Allah SWT .Kita juga lihat sahabat-sahabat yang lain. Begitu juga golongan muhajirin dan anshar.

Golongan Muhajirin, iaitu para sahabat-sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah mereka sanggup meninggalkan keluarga yang tercinta, tanah air yang menjadi darah daging kehidupan mereka, segala kecintaan dan harta yang telah mereka bina, mereka tinggalkan dan berhijrah ke Madinah semata-mata kerana agama.

Tanpa ada kesepaduan, kekuatan dan penghayatan yang tinggi, iaitu jalin-gabung daripada keempat-empat perkara tadi seorang itu tidak akan mampu melakukan pengorbanan yang begitu tulen yang begitu luhur yang begitu tulus yang begitu mulus.

Saudara muslimin-muslimat yang dirahmati oleh Allah!

Sekiranya kita lihat golongan Anshar pula, mereka sanggup melakukan pengorbanan yang luar biasa. Mereka sanggup menginfak harta mereka. Membahagikan pendapatan mereka,

Kebun mereka, tempat tinggal mereka dengan golongan Muhajirin.

Begitu juga sehingga Allah merakamkan dalam al-Quran.

وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ -الحشر9

Maksudnya:

9. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Inilah lambang cinta yang tidak dapat difahami oleh pemikiran manusia biasa, dengan mata kasar manusia, ini hanya dapat difahami oleh hati manusia yang ikhlas, tulus kepada Allah.

Pengorbanan merupakan sikap mulia dan perkara yang tinggi nilainya disisi Allah, kerana orang yang mampu melakukan pengorbanan ini, orang yang kuat nuraninya, kuat jasmaninya, kuat nurani, nurani kebaikannya,

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ[1]

Maksudnya:

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.

Kekuatan disini mempunyai pengertian yang luas, Kekuatan ibadah, Kekuatan ikhlas, Kekuatan ihsan.

Apa dia ihsan? Ihsan itu:

Rasulullah SAW bersabda:

مَا الإِحْسَانُ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ[2]

Maksudnya:
Kamu menyembah Allah seolah kamu melihat Allah dan jika kamu tidak melihatNya, Ia melihat kamu.

Kita melakukan ibadah kepada Allah dengan keyakinan kita melihat Allah, kalau kita tidak melihat Allah, kita yakin bahawa Allah melihat kita

Kemudian kekuatan akhlak, tanpa ada kekuatan akhlak yang baik, seseorang itu tidak mampu melakukan kebaikan, lillahitaala- ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kekuatan ilmu, dengan ada ilmu jiwa seseorang itu disuluh oleh kebenaran kerana ilmu itu cahaya, memancarkan kebaikan, ia akan membuka mata nurani sehingga seseorang insan itu terdorong melakukan kebaikan,

Kekuatan ekonomi dan kekuatan pertahanan, semangat dan pengorbanan ini hanya dapat dilakukan dengan kekuatan-kekuatan yang disebutkan tadi.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi oleh Allah!

Kita tahu bahawa Pengorbanan ini akan mengubah watak kehidupan seseorang, akan mengubah cara pemikiran seseorang kerana tanpa ada pengorbanan maka insan tidak akan mencapai apa-apa dalam kehidupannya.

Bila kita inginkan sesuatu maka kita perlu lakukan pengorbanan justeru pengorbanan dalam Islam menyentuh beberapa perkara penting kerana pengorbanan yang dikehendaki itu mestilah pengorbanan yang mendekatkan diri kepada ketakwaan, yang mendekatkan diri kepada keimanan, yang mendekatkan diri kepada petunjuk hidayah Allah, yang mendekatkan kepada diri kepada kehidupan yang dipayungi dengan keredaan Allah.

Kerana Allah berfirman dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحاً فَمُلاقِيهِ -الانشقاق6

Maksudnya:
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). Insyiqaaq:6.

Manusia perlu bertungkus lumus melakukan pengorbanan untuk mendekatkan diri kepada Allah , untuk mendapat keredaan Allah, untuk apa yang kita lakukan ini tidak bertentangan dengan tuntutan ajaran Allah melalui baginda Rasulullah SAW kerana di situ terletaknya kemuliaan insan, sebab itulah melalui perasaan yang hendak kita lakukan. Pengorbanan pemikiran yang ingin kita lakukan. Pengorbanan fizikal yang hendak kita gembelingkan.

Pengorbanan agama yang hendak kita jadikan sebagai asasnya perulah difahami ianya mesti mengikut landasan agama kerana dengan pengorbanan ini akan mengangkat darjat dan kemuliaan manusia.

Seorang yang ingin mengorbankan wang ringgit, mereka tidak akan mampu untuk melakukan, menginfak, mengeluarkan sedekah dalam jumlah yang banyak sekiranya ia tidak ada keimanan banyak, ia tidak ada relusion yang tinggi, justeru itu, Allah menyatakan dalam surah al-Hajj:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ -الحج37

Maksudnya:
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

Jadi, kita faham di sini bahawa konsep pengorbanan menurut Islam sebagaimana ditunjukan oleh Nabi Ibrahim bahawa pengorbanan itu untuk memperkasakan ketakwaan, untuk merasa bahawa diri kita dekat dengan Allah. Apa yang kita lakukan itu adalah kehendak Allah. Kerana dengan itu kehidupan kita akan menjadi cahaya kepada orang lain sebagi jalan ke distinasi muslim terakhir iaitu keredaan Allah


[1] صحيح مسلم - (13 / 142 )

[2] صحيح البخاري - (1 /87 )

Isnin, 7 Jun 2010

Manusia Yang Paling Hebat

Daripada renunganku, Allahu A'alam....
Allah menciptakan makhlukNya.... dalam keadaan beribadat kepadaNya... ada yang berdiri selama-lamanya, ada yang rukuk selama-lamanya dan ada yang sujud selama-lamanya...
Perbuatan ini ada dalam dalam ibadat sembahyang orang mukmin... dan ia adalah rukun-rukun "panjang" dalam sembahyang...

Makhluk Allah yang sejak diciptakannya, ia sentiasa dalam
keadaan berdiri iaitu pokok-pokok...
pokok ini berdiri tegak, patuh kepada perintah Allah, tidak goyah ditolak oleh
makhluk-makhluk lain kecuali ditebang barulah ia tumbang...

Makhluk Allah yang sejak diciptakannya ia dalam
keadaan rukuk selama-lamanya iaitu haiwan-haiwan... teguh dalam keadaan rukuk, tidak mudah tumbang... tulang belakangnya lurus... kepala dan punggungnya sama rata.
menghina diri kepada Allah...

Makhluk Allah yang sejak diciptakannya ia sentiasa
dalam keadaan sujud iaitu gunung-ganang... sangat teguh dalam keadaan sujud...
tanpa mengira keadaan cuaca, hujan, panas, ribut, banjir dan sebagainya...
mereka merendah diri dalam semua keadaan bagi melaksanakan perintah Allah...
tidak apa jua rintang yang datang....


Inilah dia makhluk yang sangat hebat itu.
Mereka ini bukanlah golongan yang mampu untuk menggangkat
bebanan 100kg, atau 180kg atau 60kg atau 200kg....
tetapi mereka mampu untuk menggangkat selimut yang ringan
untuk bangun sembahyang subuh pada waktunya...
Mereka ini gagah dan hebat umpama pokok yang teguh berdiri...
Mereka perkasa umpama binatang yang gagah....
Mereka teguh melaksanakan sujud kepada penciptanya sendiri.... umpama gunung...
Apakah masih ada mukhluk yang lebih hebat daripada ini....


Selasa, 1 Jun 2010

Belajar Dari Seekor Rama-rama




Peringkat pertama: Telor-

awal kejadian setiap makhluk…

mereka datang ke dunia tanpa membawa apa-apa pun

Peringkat kedua:Ulat beluncas-

siang dan malam, makan dan makan dan makan tanpa berhenti itulah kehidupan makhluk untuk hidup perlu kepada makanan agar dapat terus dan kuat beribadat kepada Penciptanya.

Peringkat keempat:Kepompong-

tidak makan dan minum serta terpelihara dari segala aktiviti mungkar.

Inilah kedudukan makhluk yang berpuasa selain tidak makan dan minum, ia juga tidak melakukan aktiviti mungkar agar puasanya mendatangkan kesan yang baik terhadap dirinya.

Peringkat kelima: Seekor rama-rama:

Satu makhluk yang cantik, dalam hidupnya berjasa kepada hidupan lain.

Setelah berpuasa dalam tempoh tertentu, maka berubahlah daripada khidupan sedia ada kepada satu kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Rupa cantik, akhlak cantik, tubuh sihat, dan hidup dengan berjasa kepada yang lain... itulah perubahan daripada puasa, memjadikannya orang yang bertaqwa. Bagaimana pula puasa manusia... ada macam inikah???

Rabu, 13 Januari 2010

Bacalah sebelum dibacakan

Al-Quran adalah kitab yang termulia.
Untuk menjadikan diri anda mulia:

-Bacalah ia setiap hari walaupun ayat
-Beramallah dengannya
-Jauhilah larangannya
-Taatilah perintahnya
-Jadikanlah ia panduan dalam keseluruhan hidup
-Jadikanlah ia zikir setiap masa kerana daripadanya kebahagiaan dunia dan akhirat
-Jangan tinggalkan ia terlalu tinggi sehingga menyukarkan untuk diambil
-Jadikan ia teman dalam setiap keadaan

Amalan ini akan menyeronokan apabila dilakukan dengan penuh perasaan cintakan kepadaNya.