Ahad, 16 Januari 2011

Saat-saat yang paling susah dalam sebuah penghidupan

Saat-saat yang paling susah dalam kehidupanmu:

Ketika kamu kehilangan orang yang kamu cintai tanpa sempat kamu meluahkan kepadanya bahawa… kamu mencintainya


Saat-saat yang paling susah dalam kehidupanmu:

ketika kamu melihat air mata orang yang kamu cintai berguguran… kamu hanya mampu berdiri tanpa dapat menahannya.


Saat-saat yang paling susah dalam kehidupanmu:

ketika kamu tertawa ria dalam kehidupan dan kamu kata: Sesungguhnya kesengsaraan pasti memisahkan kamu juga akhirnya, dan tiba-tiba kamu hilang penghormatan daripada manusia terhadap kamu.


Saat-saat yang paling susah dalam kehidupanmu:

ketika kamu menangis dan terus menangis hingga berlalu beberapa jam dan kamu masih menangis dan akhirnya… tiada siapa sesiapa pun yang perasan tentang kamu..


Saat-saat yang paling susah dalam kehidupanmu:

ketika kamu buka mata mencari sinaran cahaya yang ada disekeliling kamu bagi memulakan penghidupan baru tetapi kamu mendapatinya dihujung jari orang-orang yang membenci kamu.


Saat-saat yang paling susah dalam kehidupanmu:

Ketika dunia dipenuhi kebahagiaan dan kegembiraan tiba-tiba kamu ditikam dari belakang oleh orang yang menyebabkan kebahagiaan ini.