Qiyamullail - Zikir Ketika Bangun Daripada Tidur
- Memulakan daripada pihak kanan dalam setiap perkara yang mulia.
- Berwuduk dan sembahyang dua rakaat secara ringkas
- Qiyamullail: bangun sebelum subuh sejam atau dua jam atau setengah jam bergantung kepada keinginan
- Membangunkan Isteri Untuk Sembahyang Bersama Ketika Qiyamullail
- Beristighfar pada waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh): Apabila selesai sembahyang sunat witir dan masih ada masa yang berbaki sebelum masuk subuh dalam lingkungan sepuluh atau suku jam
- Meletakan niat puasa: Pada hari Isnin dan Khamis
|
Ketika masuk dan keluar tandas - Zikir kepada Allah ketika masuk tandas
- Jangan berzikir dan bercakap semasa dalam tandas
- Zikir ketika keluar daripada tandas
|
Ketika menukar pakaian - Memulakan dari pihak kanan ketika memakai baju
- Doa ketika memakai pakaian
|
Ketika keluar dan masuk rumah - Doa ketika keluar rumah
- Doa masuk rumah
- Mulai dengan bersugi ketika masuk rumah
|
Ketika menaiki kenderaan - Doa Menaiki Kenderaan: kereta, lif, atau apa-apa sahaja
- Doa ketika tergelincir daripada kenderaan: kereta, lif atau lain-lain lagi.
- Doa Ketika Mendaki atau menuju ke arah tinggi: seperti lif, jambatan atau sebagainya
|
Dalam perjalanan - Gerakan lidah dengan berzikir kepada Allah dalam perjalanan: iaitu dengan memilih mana-mana sahaja zikir daripada zikir-zikir ketika berjalan di jalan dan menuju mana-mana arah tempat yang ditujui.
- Menyebar Salam: iaitu apabila menemui orang dikenali dan orang yang tidak dikenali.
- Berjebat tangan apabila bertemu
- Sentiasa menunaikan hak jalan
|
Menunaikan sembahyang di masjid - Doa dalam perjalanan ke masjid: pada setiap kali pergi ke masjid,
- Menunaikan sembahyang di dalam masjid secara berjemaah
- Tanamkan minat serta sentiasa lebih awal ke masjid: Mendengar azan padanya
- Tanamkan minat serta sentiasa menggunakan siwak sebelum sembahyang
- Doa masuk masjid
- Sembahyang sunat dua rakaat bagi menghormati masjid
- Doa dan memohon dengan rendah diri kepada Allah ketika di antara azan dan iqamah
- Sentiasa berada di saf pertama
- Menunaikan sembahyang berjemaah dengan khusyuk (memberi tumpuan) dan merenungi apa yang diucapkan: Memperhatikan kepada ayat al-Quran dengan merenunginya
- Banyakan doa dalam sujud
- Tanamkan minat serta sentiasa melakukan sunat-sunat rawatib: Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang tekun melakukan dua belas rakaat sembahyang sunat, pasti Allah membinakan untuknya sebuah istana dalam syurga iaitu empat rakaat sebelum sembahyang zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas sembahyang Maghrib, dua rakaat selepas sembahyang Isyak dan dua rakaat sebelum sembahyang subuh
- Sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu ashar.
- Zikir-zikir selepas sembahyang
- Duduk di tempat sembahyang selepas sembahyang subuh sehingga terbit matahari kemudian sembahyang sunat dua rakaat
- Doa ketika keluar daripada masjid
|
Zikir-zikir pagi dan petang - Selepas sembahyang subuh jangan terus keluar daripada masjid sehinggalah selesai membaca zikir-zikir waktu pagi begitu juga selepas sembahyang ashar jangan terus keluar daripada masjid sehinggalah selesai membaca zikir-zikir waktu petang. Kata Imam an-Nawawi dalam kitab al-Azkar: Ketahuilah bahawa sesungguhnya dalam bab ini terlalu luas… dari itu sesiapa yang dapat beramal dengan keseluruhannya ia merupakan nikmat dan limpahan kurniaan Allah ke atasnya dan baik untuknya. Sesiapa yang lemah daripada melakukan keseluruhannya, hendaklah ia memendekkannya daripada ringkasan-ringkasan apa yang ia suka walaupun satu zikir sahaja.
- Zikir-zikir pada pagi dan petang
- Zikir-zikir yang diucapkan pada pagi sahaja
- Zikir-zikir yang diucap pada waktu petang sahaja
|
Membaca al-Quran dan mendalami agama - Tentukan wirid sebagai bacaan setiap hari daripada ayat al-Quran, dimestikan membacanya sebelum habis hari tersebut: satu juzuk atau lebih atau kurang daripada itu bergantung kepada kepentingan anda. Sebagai contoh, membacanya sebelum melaksanakan semua sembahyang atau sebelum menunaikannya. Tanamkan minat dan biasakan membaca empat puluh ayat daripada mashaf al-Quran.
- Sentiasa memelihara amalan membaca surah-surah yang diwasiatkan oleh Rasulullah r setiap hari
- Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran: seperti, menghafaz dua atau tiga ayat setiap hari atau ikut kemampuan.
- Bacalah sesuatu daripada hadis-hadis Rasulullah r: Seperti kitab Riyadh as-Shalihin oleh Iman an-Nawawi atau kitab al-Arbain an-Nawawi oleh Imam an-Nawawi atau, Jamek al-Ulum wal Hikam oleh Ibnu Rejab al-Hanbali atau yang lain daripada kitab-kitab yang bermanfaat.
- Bacalah kitab agama Islam yang baru (dalam versi baru) untuk mendalami kefahaman dalam agama anda.
- Tanamkan minat dan sentiasa hadir majlis ilmu: Di masjid yang berhampiran dengan rumah anda walaupun seminggu sekali, atau melalui program keagamaan sama ada pendengaran, menonton atau melalui kaset rakaman.
|
Berkumpul pada makanan - Baca "bismillah" pada makanan: Berkumpul pada makanan apa-apa sahaja. Yang demikian itu pada safrah makanan, ia adalah hamparan yang dibentangkan atas lantai. Ia bukanlah meja hidangan yang diletakan makanan.
- Memuji Allah selepas makan makanan: Sila rujuk dalam bab adab makan.
|
Sebelum azan Zohor - Sembahyang sunat dhuha
- Bertasbih kepada Allah ketika matahari mulai meninggi
|
Dalam pekerjaan · Tundukkan pandangan daripada melihat perkara yang haram. - Kesungguhan kerja dan berniat padanya
- Tidak berjebat tangan dengan perempuan asing (yang halal nikah)
- Tidak berkhalawat dengan mana-mana perempuan dalam satu bilik
- Memelihara lidah dari perkara yang dimurkai Allah daripada mengumpat, mengadu-dumba, menjauhi daripada duduk dalam majlis buruk, meninggalkan marah kepada yang berjiwa, berusaha agar tidak marah melainkan kerana Allah, menghindari takbur, bangga diri kepada yang berjiwa, elakan daripada banyak ketawa dan bergurau.
|
Ketika pergi ke pasar - Zikir kepada Allah ketika masuk pusat membeli-belah
|
Lingkungan seharian - Merenung Ciptaan Allah: ini merupakan ibadat yang sangat luas dalam waktu terluang.
- Merenungan terhadap kedahsyatan mati dan hari Kiamat: iaitu dengan memikir kematian, kubur, begitu juga hari akhirat, kedahsyatannya dan ketakutannya.
- Menangis atau berusaha untuk menangis kerana takut kepada Allah.
- Bersedekah pada jalan Allah: Iaitu dengan bersedekah kepada orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan.
- Berdakwah kepada Allah
- Berbakti kepada ibubapa, menziarahi keluarga dan menghubung rahim
- Berusaha agar dapat melawat orang sakit
- Turut mengiringi jenazah
- Hadiahkan isteri setiap hari dengan satu hadiah
- Banyakan senyuman kepada sesiapa yang dikenali (terutama isteri atau suami): kerana senyuman itu sedekah.
|
Zikir-zikir umum - Bertahlil
- Beristighfar daripada dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hari.
- Berhaulaqah.
- Bertasbih
|
Doa khusus - Gunakan kesempatan pada masa-masa mustajab dan berdoa padanya
- Memohon kepada Allah agar dapat Syurga dan memohon perlindungan daripada neraka
- Memohon kepada Allah dengan benar-benar agar mati syahid
- Memuji Allah di atas nikmat Islam dan lain-lain nikmat
- Doa untuk ahli keluarga, saudara-mara dan semua mereka yang ada hubungan.
- kembalikan ketika menerima musibah dengan ucapan:
- Pisahkan diri daripada syirik yang tersembunyi:
|
Ketika tidur - Biasakan tidur tengahari
- Kurangkan makanan pada waktu makan malam agar mudah bangun untuk qiyamullail dan sembahyang subuh
- Duduk sebentar untuk muhasabah diri sendiri sebelum tidur
- Tulis dan menyemak wasiat yang melibatkan hutang-hutang
- Tidur dalam keadaan bersuci dan berzikir.
|
Ketika selesai majlis - Doa selepas majlis selesai
|