Isnin, 16 September 2013

Perbezaan di antara kamu dan Rasulullah SAW

Perbezaan di antara kamu dan Penghulu manusia SAW
‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏
Adakah kamu telah kehilangan salah seorang daripada kedua ibubapa?
Rasulullah SAW hidup dalam keadaan yatim-piatu tanpa ibu bapa.

Adakah kamu telah kematian anak-anak lelaki?
Rasulullah SAW telah kehilangan kesemua anak lelaki.

Adakah kamu pernah dituduh secara terangan?
Rasulullah SAW dituduh secara terangan terhadap isteri baginda Aisyah RA dan Allah telah melepaskan tuduhan tersebut dalam surah (An-Nur:4 – 5) 

Adakah kamu termasuk dalam golongan berhutang?
Rasulullah SAW wafat sedangkan ketika itu baju besi baginda masih dalam gadaian pada seorang Yahudi.

Adakah kamu merasa kesempitan kerana tiada makanan suatu hari?
Rumah Rasulullah SAW pernah beberapa bulan tidak berasap

Adakah kerabat kamu pernah diceraikan?
Kedua anak perempuan Rasulullah SAW diceraikan.

Adakah kamu menjadi orang asing di kampung secara suka rela atau terpaksa?
Rasulullah SAW dipulaukan oleh kaumnya.

Adakah kamu pernah mendapat cubaan bunuh secara terang-terangan? 
Rasulullah SAW pernah mendapat cubaan bunuh secara terang-terangan daripada Yahudi dan kafir musyrik, dan yang terakhir baginda diracun sehingga membawa kepada kewafatan baginda.

Adakah kamu pernah diganggu oleh jiran-jiran?
Rasulullah SAW sentiasa diganggu oleh jirannya seorang Yahudi dan baginda melawatnya ketika ia sakit.

Adakah kamu tidak diikuti oleh orang yang kamu sayangi dan ia ikut kata orang yang memusuhi kamu?  
Rasulullah tidak diikuti oleh bapa saudaranya Abu Talib dan ia ikut kata Abu Jahal.

Adakah kamu pernah dihina secara terang-terangan oleh seseorang?
Rasulullah SAW dihina oleh kaumnya dan mereka meletakkan najis unta di atas belakang baginda.

Adakah kamu pernah merasa kesempitan rezeki dan dipulau oleh orang-orang disekitar kamu?
Rasulullah Saw dipulau oleh kaumnya di kawasan kediaman selama tiga tahun.
 
Adakah kamu pernah menanggung pekerjaan yang sangat penting dalam sesuatu urusan?
Rasulullah SAW menanggung urusan yang sangat penting iaitu dakwah dan risalah daripada Allah.

Adakah kamu pernah dibohongi dan ditolak perkataan kamu?
Rasulullah SAW dibohongi kaumnya dan mereka menolak perkataannya.

Adakah kamu pernah merasa sakit gigi?
Rasulullah SAW pernah patah gigi geraham ketika perang Uhud.

Adakah kamu pernah dituduh dengan suatu perkara yang kamu tidak lakukannya?
Rasulullah SAW dituduh dengan melakukan sihir dan orang gila.

Adakah kamu merasa penat kerana beribadat kepada Allah?
Rasulullah SAW mengalami pecah kedua belah tumitnya kerana terlalu lama berdiri dalam sembahyang. 

Mungkin ada dikalangan kamu yang mengalami satu daripada kesusahan ini lalu menanggung deritanya... bagaimana pula jika ia menanggung kesemua derita ini? 
Tetapi Rasulullah SAW merasa sangat bahagia kerana mendapat kerehatan dalam ketaatan terhadap Tuhannya. Baginda bersabda:
يَا بِلَالُ أَقِمْ الصَّلَاةَ أَرِحْنَا بِهَا 
Maksudnya:
Kita telah mendapat kerehatan daripada sembahyang itu wahai Bilal.