Selasa, 22 Julai 2014

Persediaan Menyambut Hari Raya


Amalan Sunnah Menyambut Hari Raya

Di antara perkara yang dinanti-nantikan oleh sesetengah orang iaitu beraya terutama orang yang tidak puasa atau tidak puasa cukup, mereka inilah yang berlebih-lebih menyambut raya walaupun raya itu hanya untuk mereka yang berjaya melaksanakan perintah Allah SWT. Manakala yang berjaya puasa penuh pula bagi mereka raya adalah biasa-biasa sahaja. Terasa pelik bila perkara ini berlaku. Sepatut orang berjaya melaksanakan perintah Allah, mereka inilah yang patut paling gembira dengan melahirkan perasaan kesyukuran kepada Allah SWT. Walaubagaimanapun dalam membuat persediaan menyambut hari raya, Amalan-amalan ini adalah seperti berikut jangan sesekali dipinggirkan sama sekali:-

1) Kita digalakkan berdoa dan bertakbir ketika malam raya.
Ambillah kesempatan berdoa sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. Kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

2)Takbir raya bermula dari terbenam matahari malam raya hingga mula sembahyang raya fitri dan bagi raya adha hingga habis hari Tasyrik. 
Memuji kebesaran Allah SWT setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya sebanyak-banyaknya sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

لحديث عبدالله بن عمر رضي الله عنهما : " أن رسول الله كان يخرج في العيدين .. رافعاً صوته بالتهليل والتكبير .. " ( صحيح بشواهده ، وانظر الإرواء 3/123)
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Umar al-Khattab RA katanya, bahawa Rasulullah SAW, baginda keluar dari rumah pada dua hari raya …baginda meninggikan suara bertahlil dan bertakbir…

وعن نافع : " أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى يأتي الإمام ، فيكبر بتكبيره " أخرجه الدارقطني بسند صحيح .
Maksudnya:
Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar pada pagi raya, sama ada raya fitrah atau raya adha, beliau menginggikan suara bertakbir sehingga sampai tempat sembahyang raya kemudian terus bertakbir sehingga datang imam lalu mereka bertakbir dengan takbirnya.

3)Mandi sunat hari raya sebelum keluar sembahyang raya. 
Disunatkan mandi dan gosok gigi sebelum sembahyang sunat Hari Raya dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dll) supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.
فقد أخرج مالك في موطئه عن نافع : " أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يغتسل يوم الفطر قبل أن يغدو إلى المصلى " وهذا إسناد صحيح . 
Maksudnya:
Bahawa Ibnu Umar RA, beliau mandi pada hari raya sebelum bertolak ke tempat sembahyang.

*Ibnu Umar RA adalah orang yang sangat berpegang dengan sunnah dan beliau mandi hari raya sebelum keluar.


4)Memakai wangi-wangian dan pakaian terbaik. 
Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan sembahyang sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang tercantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.
وثبت عن ابن عمر رضي الله عنهما أيضاً لبس أحسن الثياب للعيدين . قال ابن حجر : " روى ابن أبي الدنيا والبيهقي بإسناد صحيح إلى ابن عمر أنه كان يلبس أحسن ثيابه في العيدين ". ( فتح الباري 2/51 ) .
Maksudnya:
Ibnu Umar memakai pakaian yang terbaik untuk dua hari raya. Kata Ibnu Hajar: riwayat Ibnu Dunia dan Baihaqi dengan sanad shahih, bahawa Ibnu Umar memakai pakaian yang terbaik untuk dua hari raya.


5)Makan sedikit kurma dalam angka yang ganjil sebelum pergi sembahyang sunat idilfitri dan bagi idil adha selepas sembahyang raya. 
Rasulullah SAW memakan sedikit buah tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3, 5 biji atau lebih. Ianya sebagai bukti bahawa kita tidak berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.

لحديث أنس رضي الله عنه قال : " كان النبي صلى الله عليه وسلم لا يغدوا يوم الفطر حتى يأكل تمرات ، ويأكلهن وتراً " أخرجه البخاري .
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW tidak pergi keluar pada hari raya sehinggalah baginda makan beberapa kurma dan baginda memakannya dalam bilangan ganjil.


6)Mengucapkan doa kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan sepanjang hari raya apabila bertemu.
Ucaplah "(تقبل الله منا و منكم صالح الأعمال)" Semoga Allah menerima amal-amal sholeh kami dan kamu, agar Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan.

حديث محمد بن زياد قال : كنت مع أبي أمامة الباهلي وغيره من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ، فكانوا إذا رجعوا يقول بعضهم لبعض : ( تقبل الله منا ومنك ) قال أحمد بن حنبل : إسناده جيد " ( الجوهر النقي 3/320 ).
Maksudnya:
Kata Muhammad bin Ziayad: Saya bersama Abu Umamah al-Bahili dan sahabat nabi yang lain. Mereka apabila kembali, mereka mengucapkan semoga Allah menerima dari kami dan kamu.


7)Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan berjalan kaki. 
Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam di hari mulia itu.

لحديث جابر رضي الله عنه قال : " كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق " أخرجه البخاري .
 Maksudnya:
Daripada Jabir RA katanya, Rasulullah SAW, apabila hari raya baginda berjalan dengan yang berbeza.

لحديث علي رضي الله عنه قال : " من السنة أن يخرج إلى العيد ماشياً " أخرجه الترمذي ، وهو حسن بشواهده .
Maksudnya:
Daripada Ali bin Abi Talib RA katanya, di antara perkara sunnah adalah keluar ke tempat sembahyang raya dengan berjalan kaki.



8)Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya. 
Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan sembahyang ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan sembahyang sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya pada hal bukan lama pun menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan Allah SWT.

9)Ziarah menziarahi. 
Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya insya Allah yang lawan menjadi kawan, yang keras menjadi lembut, yang tertutup hati menjadi buka hati. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya.

10)Puasa 6 hari di bulan Syawal. 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar!

11) Melahirkan perasaan kesyukuran dengan gembira dan kebahagiaan.
فعن أنس رضي الله عنه قال : قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما ، فقال : " ما هذان اليومان ؟ قالوا : كنا نلعب فيهما في الجاهلية ، فقال رسول اله صلى الله عليه وسلم : إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما : يوم الأضحى ، ويوم الفطر " أخرجه أحمد بسند صحيح .
Maksudnya:
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW tiba di Madinah dan penduduk Madinah ada dua hari untuk mereka berseronok padanya lalu baginda bertanya: Ada apa dengan dua hari ini? Kata mereka penduduk Madina: Kami bermain pada sejak zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda: Allah SWT telah gantikan kedua dengan yang lebih baik iaitu hari raya adha dan hari raya fitrah.


12)Disunatkan berkorban dan mengagihkan dagingnya secara mentah kepada fakir miskin dan dihadiahkan kepada orang yang berada pada hari Raya Korban.

و الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله .