Seorang suami merenung
pada isterinya lalu ia berkata:
Malam-malam telah
berlalu, silih berganti...
sebelum aku tertidur
beberapa saat...
ketika itu aku di atas
katil...
Aku menoleh kepada
isteriku dan aku perhatikan keadaannya yang sedang tidur itu, lalu aku berkata
pada diriku sendiri:
Kesiaaaan...setelah
bertahun lamanya ia hidup membesar bersama dengan ibu bapa dan keluarganya.
Lalu ia pergi
meninggalkan mereka untuk tidur sebelah seorang lelaki yang sangat asing
darinya,
ia sanggup tinggalkan
rumah ibu bapanya,
ia sanggup tinggalkan jagaan
ibu bapanya,
ia sanggup tinggalkan
keseronokan keluarganya,
lalu pergi kepada
seorang lelaki yang mengajaknya melakukan perkara makruf dan melarangnya
melakukan perkara mungkar serta ia sanggup memberikan perkhidmatan yang
diredhai Allah...semua itu adalah perintah agama... subhanallah...
lalu aku tertanya-tanya
pada diriku sendiri…dengan begitu keadaannya...
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia
memukulnya dengan kasar setelah isterinya itu sanggup meninggalkan ibu bapanya
semata-mata kerana ingin hidup bersama dengannya.
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara
ia keluar bersama kawan-kawannya dan pergi ke restoran-restoran, ia makan
bersama mereka tanpa mempedulikan siapa yang ada di rumahnya.
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara
ia duduk lepak bersama-sama kawan-kawannya di luar rumah lebih banyak daripada
ia duduk lepak bersama isteri dan anak-anaknya.
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara
ia jadikan rumahnya sebagai penjara bagi isterinya...ia tak dibenarkan keluar
dan tidak bergaul bersama dengannya.
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara
ia menyebabkan isterinya tidur dengan perasaan tertekan terhadap suatu perkara
dan mengalirkan air mata yang disembunyikannya.
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara
ia bermusafir dengan meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa memperdulikan
ke mana arah tuju mereka dalam masa ia ketiadaan di sisi mereka.
Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara
ia membiarkan tanggungjawabnya yang akan ditanya kepadanya nanti sebagaimana
yang dinyatakan oleh Rasul shallahu alai wasallam yang dicintai...
Bagaimana…bagaimana…bagaimana... Bagaimana…bagaimana…bagaimana...
Wahai
lelaki-lelaki...
Anda mungkin
teragak-agak.....
Firman Allah
Taala:
{قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ
كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ (28)} [يوسف: 28]
Maksudnya:
Berkatalah
ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; Sesungguhnya tipu daya kamu (wanita)
amatlah besar pengaruhnya.
Pernahkah anda bertanya pada diri anda pada
suatu hari....
Apa sebabnya terjadi tipu daya dalam ayat
tersebut????
Atas lidah siapa yang sebut perkara itu????
Untuk siapa disebutkannya...???
Sebab terjadi tipu daya....????
Kerana ia cintakan anda.....kerana kekacakan
anda......kerana akhlak anda.....kerana malunya anda..... ini tak lain tak
bukan kerana wanita dalam keasyikan....
Siapa
yang menyebutnya…..????
Al-Aziz,
pembesar Mesir yang hidup sezaman dengan nabi Yusuf….
Kepada
siapa disebutkannya…..????
Kepada
isterinya sendiri (al-Aziz) dan wanita pada zaman itu terhadap Yusuf…
Tetapi……
Pernahkah
anda dengar tentang tipu daya orang lelaki pula…..???
Firman
Allah Taala:
{قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ
عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا} [يوسف: 5]
Maksudnya:
Bapanya
berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada
saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu tipu daya
(jahat) terhadapmu.
Apa
sebabnya terjadi tipu daya dalam ayat tersebut????
Atas lidah siapa yang sebut perkara itu????
Untuk siapa disebutkannya...???
Apa
sebabnya terjadi tipu daya dalam ayat tersebut????
Kebencian-Kecemburuan-Hasad
dengki-Berlaku kezaliman
Atas lidah siapa yang sebut perkara itu????
Nabi
Yaakob Alaihis salam
Untuk
siapa disebutkannya...???
Adik-beradik
Nabi Yusus alaihis salam…
Adakah
kamu tahu tipu daya kamu sebelum disebutkan tipu daya wanita…???
Perbezaan yang jelas antara keduanya:
Tipu daya lelaki: kita tahu tipu daya mereka
Tipu daya wanita: mereka tahu daripada kita
Tipu daya lelaki: disebabkan kebencian
Tipu daya wanita: disebabkan kecintaan
Tipu
daya lelaki: dinyatakan oleh nabi Yaakob alaihis salam
Tipu
daya wanita: dinyatakan oleh al-Aziz pembesar Mesir masa tersebut.
Yang mana satu lebih berhikmah?
……………………………………………………………………………………………………………