Segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa alam
yang menganugerahkan sembahyang lima waktu. Ia sebesar-besar nikmat bagi mereka
yang melaksanakannya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
Sebagaimana tercatat dalam kitab suci, Muhammad
SAW adalah hamba Allah
yang dipilih untuk menjadi Rasul akhir zaman serta memiliki ketinggian
kehambaan. Perjalanan dakwah baginda melalui pelbagai rintangan yang perlu
dihadapi. Dari itu, Allah memperjalankannya dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa.
Kemudian, Allah membimbingnya untuk menuju Sidratul Muntaha iaitu suatu tempat
yang tidak dapat ditembusi oleh mana-mana makhluk melainkan di kalangan hamba-hamba
pilihanNya. Di tempat tersebut, Rasulullah SAW mendapatkan banyak maklumat
tentang keadaan umat-umat terdahulu. Di situ
juga baginda menerima perintah ibadat sembahyang bagi diri baginda dan umat. Peristiwa
ini ada disebutkan dalam al-Quran iaitu di dalam surah Bani Israil yang
terkenal sebagai peristiwa Israk dan Mikraj.
Pengenalan Israk dan Mikraj:
Israk dari segi bahasa berjalan waktu
malam. Al-Sakhawi menyatakan dalam tafsir ia bermakna malam. Israk tidak
terjadi melainkan waktu malam kerana tempoh israk itu tidak kurang daripada
empat puluh malam tanpa putus lalu diputuskan hanya satu malam sahaja. Maka
maknanya: Maha suci yang memperjalankan hambaNya pada satu malam dari sekian
tempat ke sekian tempat. Inilah yang menakjubkan, jadi satu malam dari beberapa
malam kerana itu mereka mengatakan perjalanan satu malam. Ada juga menyatakan
malam iaitu pada waktu malam. (Taj al-Arus: السرى).
Pendapat lain:
Al-Israk: Perjalanan musafir Rasulullah SAW di
muka bumi dengan kekuasaan Allah daripada Mekah ke Baitul Muqaddis.
Al-Mikraj: Perjalanan Rasulullah SAW ke langit
dengan kekuasaan Allah dari Baitul Muqaddis ke lapisan langit yang tertinggi
hingga ke Sidratul Muntaha.
Pendapat lain lagi:
Al-Israk: Perjalanan musafir Rasulullah SAW di
muka bumi iaitu pergerakan yang ajaib apabila dibandingkan dengan manusia. Yang
berlaku dengan kekuasaan Allah SWT dari Masjid Haram ke Masjid al-Aqsa dengan
kelajuan yang di luar khayalan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Israk
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ
مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ-الإسراء: 1
Maksudnya:
“Maha Suci
Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid
Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
(al-Israk:1).
Manakala Al-Mikraj: Perjalanan Rasulullah SAW menuju
ke peringkat tinggi dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha
dan kembali semula setelah itu ke Masjid Haram sebagaimana yang disebutkan
dalam surah al-Najm iaitu:
{وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى
(14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى
(16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ
الْكُبْرَى (18)} [النجم: 13 - 18]
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah
melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi
"Sidratul-Muntaha"; Yang di sisiNya terletak syurga
"Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang
asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi
oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan
(Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan
pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari
sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan)
Tuhannya. (Al-Najm:13-18).
Keadaan Rasulullah SAW Sebelum Israk dan Mikraj:
Rasulullah SAW telah menyeru manusia di Mekah
dalam tempoh yang lama tetapi penerimaannya tidak ramai, dari itu baginda ingin
membuka ruang untuk berdakwah di tempat lain. Baginda ke Taif dengan berjalan
kaki dalam jarak yang sangat jauh. Apabila tiba di sana baginda terus menyeru
penduduk Taif kepada Allah. Disebabkan
kejahilan mereka sama ada di kalangan golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak,
mereka menyambut ketibaan Rasulullah SAW dengan melontar batu ke arah baginda
sehingga berdarah kaki baginda yang memaksa baginda keluar dari Taif. Baginda
kembali semula dalam keadaan sedih yang amat sangat. Ketika itu datang Jibril
AS bersamanya malaikat gunung lalu berkata sebagaimana dalam riwayat
al-Bukhari:
عَنْ عُرْوَة، أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهَا، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَدَّثَتْهُ
أَنَّهَا قَالَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ أَتَى
عَلَيْكَ يَوْمٌ كَانَ أَشَدَّ مِنْ يَوْمِ أُحُدٍ، قَالَ: "لَقَدْ لَقِيتُ
مِنْ قَوْمِكِ مَا لَقِيتُ، وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ
العَقَبَةِ، إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ
كُلاَلٍ، فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ، فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ
عَلَى وَجْهِي، فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا وَأَنَا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ
رَأْسِي، فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي، فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا
جِبْرِيلُ، فَنَادَانِي فَقَالَ: إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ،
وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ، وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ
بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ، فَنَادَانِي مَلَكُ الجِبَالِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ، ثُمَّ
قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، فَقَالَ، ذَلِكَ فِيمَا شِئْتَ، إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ
عَلَيْهِمُ الأَخْشَبَيْنِ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلاَبِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ
وَحْدَهُ، لاَ يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا "
Maksudnya:
Daripada Urwah bahawa Aisyah RA, istri Nabi SAW bercerita
kepadanya bahawa Dia pernah bertanya kepada Nabi SAW: “Apakah tuan pernah mengalami peristiwa yang lebih berat dari kejadian
perang Uhud?” Baginda menjawab: "Sesungguh aku sering mengalami peristiwa
tentangan dari kaummu. Dan peristiwa yang paling berat yang pernah aku alami
dalam menghadapi mereka adalah ketika peristiwa Al-Aqabah, ketika aku
menawarkan diriku kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abdu Kulal agar membantuku namun
dia tidak mahu memenuhi keinginanku hingga akhirnya aku pergi dengan wajah
gelisah dan aku tidak tenang kecuali ketika setelah berada di Qarnu Ats-Tsa’aalib
(Qarnul Manazil). Aku mendongakkan kepalaku ternyata aku berada di bawah awan
yang memayungiku lalu aku melihat ke arah itu dan terlihat malaikat Jibril, ia
kemudian memanggilku sambil berkata: “Sesungguhnya Allah mendengar ucapan
kaummu terhadapmu dan apa yang mereka lakukan kepadamu. Allah telah mengutuskan
kepadamu malaikat gunung yang bersedia menurut perintahmu”. Maka malaikat
gunung memanggilku dan memberi salam kepadaku kemudian berkata: “Wahai Muhammad”.
Dia berkata: “Apa yang kamu inginkan katakanlah! Jika kamu mengkehendaki, aku
timpakan kepada mereka dua gunung ini”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak. Bahkan
aku berharap Allah akan memunculkan dari anak keturunan mereka orang yang
menyembah Allah satu-satunya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun.” (al-Bukhari)
Setelah itu baginda
kembali semula ke Mekah dalam keadaan hati berselubung dengan kesedihan dan
dukacita. Dalam masa yang sama buah hati baginda telah kembali ke rahmatullah
begitu juga dengan bapa saudara baginda yang terbaik, malah para sahabat
baginda di Mekah dan Habsyah juga tidak mampu baginda berikan pertolongan.
Bahkan baginda sendiri menjadi buruan. Harapan agar penerimaan dakwah kepada
Allah SWT di tanah subur Taif telah hilang lenyap. Walau bagaimana pun
kesedihan ini berakhir juga, bagaikan kegelapan malam yang panjang berakhir
dengan munculnya fajar pagi menyingsing. Dari peristiwa yang menyayat hati ini,
terjadi suatu peristiwa yang besar sebagai hiburan yang mengagumkan
menghapuskan kesedihan dan dukacita baginda.
Allah telah memendekkan
jarak sehingga baginda dapat melihat keindahan yang tidak terhingga pada suatu
malam berkenaan tentang penciptaanNya di langit yang terdiri daripada
planet-planet, bintang-bintang, syurga, neraka…
Mukjizat kurniaan Allah
SWT ini untuk NabiNya sebagai imbalan dari kesedihan dan kedukacitaan baginda
dalam tempoh panjang perjalanan dakwah. Seolah-olah Allah SWT berfirman: Jika
penduduk Mekah dan penduduk Taif tidak menerimamu, ketahuilah bahawa Tuhan
langit dan bumi menerima dan menjemputmu. Bangkitlah wahai yang terpilih untuk
mengembara dari alam bumi ke alam langit. Allah SWT meninggikan baginda
kepadaNya dan meletakkannya dikedudukan keredaan yang melenyapkan semua
dukacita dan kesedihan.
Kisah Israk dan Mikraj:
Firman Allah SWT:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ
مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ-الإسراء: 1
Maksudnya:
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui. (Al-Israk:1).
Dan Firman Allah SWT:
{وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى
(1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ
هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) ذُو مِرَّةٍ
فَاسْتَوَى (6) وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَى (7) ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى (8)
فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى (9) فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى
(10) مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى (11) أَفَتُمَارُونَهُ عَلَى مَا يَرَى (12)
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14)
عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16) مَا
زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى
(18)} [النجم: 1 - 18]
Maksudnya:
Demi bintang semasa ia menjunam, -rakan kamu (Nabi Muhammad yang
kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang
benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak
memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis)
tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya. Wahyu itu (disampaikan
dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -lagi yang
mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi
Muhammad) dengan rupanya asal, -sedang ia berada di arah yang tinggi (di
langit); kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia
berjuntai sedikit demi sedikit, sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan
Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; lalu
Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat jibril)
apa yang telah diwahyukanNya. Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang
dilihatnya. Jika demikian, Patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang
telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat
(malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi
"Sidratul-Muntaha"; yang di sisiNya terletak syurga
"Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang
asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi
oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan
(Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan
pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas. Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari
sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan)
Tuhannya. (Al-Najm:1-18)
وَعَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ "
أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ - وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ
وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ - قَالَ
فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ - قَالَ - فَرَبَطْتُهُ
بِالْحَلْقَةِ الَّتِى يَرْبِطُ بِهِ الأَنْبِيَاءُ - قَالَ - ثُمَّ دَخَلْتُ
الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِى جِبْرِيلُ
- عَلَيْهِ السَّلاَمُ - بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ
اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ - صلى الله عليه وسلم - اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ، ثُمَّ
عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ
جِبْرِيلُ. قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ
قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِى
وَدَعَا لِى بِخَيْرٍ. ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ. فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ
جِبْرِيلُ. قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ
قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَىِ الْخَالَةِ
عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا
فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِى بِخَيْرٍ. ثُمَّ عَرَجَ بِى إِلَى السَّمَاءِ
الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ. فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ.قِيلَ
وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ - صلى الله عليه وسلم -. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ -
صلى الله عليه وسلم - إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِىَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ
وَدَعَا لِى بِخَيْرٍ. ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ - عَلَيْهِ السَّلاَمُ - قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ
جِبْرِيلُ. قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ.قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ
قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ
وَدَعَا لِى بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ﴿ وَرَفَعْنَاهُ
مَكَانًا عَلِيًّا ﴾ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ. قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ.قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ
قَالَ مُحَمَّدٌ. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ.
فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ - صلى الله عليه وسلم - فَرَحَّبَ
وَدَعَا لِى بِخَيْرٍ. ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ.قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ. قِيلَ وَمَنْ
مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى - صلى الله عليه وسلم -
فَرَحَّبَ وَدَعَا لِى بِخَيْرٍ. ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ
السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ. قِيلَ
وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ - صلى الله عليه وسلم -. قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ. فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا
بِإِبْرَاهِيمَ - صلى الله عليه وسلم - مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ
الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لاَ
يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِى إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا
وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلاَلِ - قَالَ -
فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِىَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ
خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا. فَأَوْحَى اللَّهُ
إِلَىَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَىَّ خَمْسِينَ صَلاَةً فِى كُلِّ يَوْمٍ
وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ مَا فَرَضَ
رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلاَةً. قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ
فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لاَ يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّى قَدْ
بَلَوْتُ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ. قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّى
فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِى. فَحَطَّ عَنِّى خَمْسًا فَرَجَعْتُ
إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّى خَمْسًا. قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لاَ
يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ. - قَالَ-
فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّى تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى -
عَلَيْهِ السَّلاَمُ - حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ
كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلاَةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلاَةً.
وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ
عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا
لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً -قَالَ-
فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى - صلى الله عليه وسلم -
فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ. فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّى
حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ"
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik bahwa
Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah dibawakan Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih
besar dari keledai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya
sehingga perut buraq tersebut mencapai ujungnya”.
Baginda bersabda lagi: “Aku aku segera menungganginya sehingga sampai ke
Baitul Maqdis”.
Baginda bersabda lagi: "Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid
sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke
dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku
terus keluar, tiba-tiba aku dibawakan oleh Jibril dengan membawa semangkuk arak
dan semangkuk susu, aku pun
memilih susu.
Lalu Jibril berkata: “Kamu telah memilih fitrah”.
Lalu Jibril membawaku naik ke langit.
Ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, “Siapakah
kamu?”
Jibril menjawab: “Jibril”.
Ditanyakan lagi: “Siapa yang bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia telah diutus?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutus”. Maka dibukalah pintu untuk
kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Adam, dia menyambutku serta mendoakanku
dengan kebaikan. Lalu aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril lalu minta supaya
dibukakan pintu.
Lalu ditanyakan lagi, “Siapakah kamu?”
Jibril menjawab: “Jibril”.
Jibril ditanya lagi: “Siapa yang bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia telah diutuskan?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutuskan”.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Isa bin
Maryam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku
dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril pun meminta supaya
dibukakan pintu.
Lalu ditanyakan: “Siapakah kamu?”
Jibril menjawab: “Jibril”.
Jibril ditanya lagi: “Siapakah bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia telah diutuskan?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutuskan”.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Yusuf
AS, ternyata dia telah dikaruniakan dengan kedudukan yang sangat tinggi. Dia
terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke
langit keempat. Jibril pun meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: “Siapakah kamu?”
Jibril menjawab: “Jibril”.
Jibril ditanya lagi: “Siapakah bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia telah diutuskan?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah
diutuskan”.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Idris
AS, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Allah berfirman: “(Dan
kami telah menganggkat ke tempat yang tinggi darjatnya)”. Aku dibawa lagi naik
ke langit kelima. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: “Siapakah kamu?”
Jibril menjawab: “Jibril”.
Jibril ditanya lagi: “Siapakah bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia telah diutuskan?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutuskan”.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Harun
AS, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi
naik ke langit keenam. Jibril lalu meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi, “Siapakah kamu?”
Jibril menjawab: “Jibril”.
Jibril ditanya lagi, “Siapakah bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia telah diutuskan?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah diutuskan”.
Pintu pun dibukakan kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Musa,
dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik
ke langit ketujuh. Jibril meminta supaya dibukakan.
Kedengaran suara bertanya lagi, “Siapakah kamu?”
Jibril menjawabnya: “Jibril”.
Jibril ditanya lagi: “Siapakah bersamamu?”
Jibril menjawab: “Muhammad”.
Jibril ditanya lagi: “Apakah dia
telah diutuskan?”
Jibril menjawab: “Ya, dia telah
diutuskan”.
Pintu pun dibukakan
kepada kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, dia sedang
berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari bisa
memasukkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar, mereka tidak kembali lagi
kepadanya (Baitul Makmur).
Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga
gajah dan ternyata buahnya sebesar tempayan."
Baginda bersabda: “Ketika baginda menaikinya dengan perintah Allah, maka
Sidrah Muntaha berubah. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu
menggambarkan keindahannya kerana indahnya. Lalu Allah memberikan wahyu kepada
baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam.
Lalu aku turun dan bertemu Nabi Musa AS, baginda bertanya: “Apakah yang
telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? “
Baginda bersabda: “Sembahyang lima puluh waktu”.
Nabi Musa berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana
umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan
menguji mereka”.
Baginda bersabda: “Aku kembali kepada Tuhan seraya berkata: “Wahai
Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku”.
Lalu Allah SWT mengurangkan lima waktu sembahyang.
Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan berkata: “Allah telah mengurangkan
lima waktu sembahyang
bagiku”.
Nabi Musa berkata: “Umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Kembalilah
kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi”.
Baginda bersabda: “Aku masih berulang-alik antara Tuhanku dan Nabi Musa,
sehingga Allah berfirman: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan lima waktu
sehari semalam. Setiap sembahyang fardu digandakan dengan sepuluh kali ganda.
Maka itulah lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat,
untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu
kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatatkan sepuluh kebaikan baginya.
Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya,
nescaya tidak dicatat baginya sesuatu pun.
Lalu jika dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya”. Aku turun
hingga sampai kepada Nabi Musa, lalu aku memberitahu kepadanya.
Dia masih berkata: “Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan”.
Aku menjawab: “Aku telah banyak kali berulang-alik kepada Tuhanku, sehingga
menyebabkanku malu kepadaNya”.
Imam al-Suyuti berkata: “Hikmah Nabi Adam berada di langit pertama
kerana baginda Nabi yang pertama dan bapa bagi segala manusia. Baginda adalah
asal yang pertama bagi bapa-bapa dan juga kerana bapa Nabi dari segi kenabian.
Isa AS pada langit kedua kerana berdekatan dengan zaman Nabi Muhammad SAW dan
berikutnya Yusuf AS kerana umat Muhammad, mereka masuk syurga dengan rupa
baginda Yusuf AS. Idris AS dikatakan: Baginda orang yang pertama berperang
kerana agama, mungkin juga terdapat padanya keizinan berperang dan diangkat ke
langit sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Maryam yang bermaksud: “(Dan
kami telah menganggkat ke tempat yang tinggi darjatnya)”. Pada langit keempat
dari tujuh langit iaitu yang pertengahan terdapat Harun AS iaitu saudara Nabi
Musa AS. Nabi Musa AS lebih tinggi kedudukan daripada baginda Harun AS dengan
keistimewaan berkata-kata dengan Allah SWT dan Ibrahim AS merupakan bapa
terakhir di kalangan nabi-nabi, kesesuaian baginda memperbaharui pertemuan Nabi
sebelum menerus ke alam yang lain. Juga baginda adalah al-Khalil yang tertinggi
kedudukannya tetapi al-Habib adalah kedudukan yang lebih tinggi daripada itu. Oleh
itu Rasulullah SAW diangkat keperingkat yang lebih tinggi. Beliau juga berkata:
Secara ringkasnya para Nabi digambarkan sebagai hamba sholeh dan mereka
berbahagia kerana kesholehan itu meliputi semua kebaikan. Sebab itu diulang
sebut setiap mereka dengan sifat itu.
al-Qurtubi pula berkata: Hikmah dirujuk kepada Nabi Musa setiap kali
perintah sembahyang, dikatakan baginda ada orang yang pertama bertemu ketika
turun, umat baginda lebih ramai dari umat lain, juga kitab baginda merupakan
kitab besar, yang mulia lagi mengandungi hukum-hukum yang diturunkan sebelum
al-Quran ataupun disebabkan umat Nabi Musa AS telah diperintahkan sembahyang
berbanding umat-umat lain lalu mereka memberatkannya. Dari itu, baginda merasa
balas kasihan terhadap umat Muhammad, ini disokong dalam suatu riwayat dengan
kata-kata baginda: (أنا أعلم بالناس منك) “Aku orang lebih tahu daripada kamu”. Mungkin
ditentukan kefarduan sembahyang pada malam Israk dan Mikraj kerana perjalanan
baginda ke langit malam tersebut adalah bertepatan dengan malam para malaikat
beribadat. Dari itu didapati mereka berdiri tiada duduk, rukuk tiada sujud dan
sujud tiada duduk lalu disatukan oleh Allah untuk baginda dan umat baginda
ibadat itu semua. Ia dapat dilaksanakan oleh seseorang dengan hanya satu rakaat
dengan syarat-syaratnya serta tamakninah dan ikhlas. Dikhususkan kefarduan
sembahyang pada malam berkenaan adalah bagi menerangkan kebesarannya lagi pun
kefarduan sembahyang malam itu tiada perantaraan bahkan dengan berulang-alik
berkali-kali.
Ini bererti Allah SWT mengiginkan perubahan dakwah RasulNya ke peringkat
baru. Peringkat ini seperti yang diperlihat kepada Nabi Musa AS iaitu apabila
baginda melihat tanda kebesaran Allah SWT dalam pertembungan dengan Firaun.
Firman Allah SWT berkenaan peristiwaan itu:
{لِنُرِيَكَ مِنْ
آيَاتِنَا الْكُبْرَى (23) اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (24)}
[طه: 23، 24]
Maksudnya:
"(Berlakunya
yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar. "Pergilah kepada Firaun,
sesungguhnya ia telah melampaui batas". (Taha:23-24)
Nabi
Musa AS bakal menghadapi tentangan Firaun untuk menghina semua kekuatan bumi
dalam keadaan baginda bersama dengan kekuatan Allah SWT. Manakala Rasulullah
SAW pula diperintah bersabar sepanjang tempoh dakwah di Mekah. Setelah baginda
berhijrah ke Madinah, barulah baginda menghadapi tentangan Arab jahiliah. Israk
dan Mikraj terjadi sebelum hijrah baginda dan diperlihatkan kebesaran kekuasaan
Allah SWT itu sebagai persediaan untuk peringkat dakwah baru ini dengan keadaan
tidak ada ramai sahabat di atas muka bumi. Ia dinyatakan dalam surah al-Najm
ayat 18 iaitu:Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar
tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
Pemberitahuan
Kepada Musyrikin
Kata
Ibn Kathir: Abu Jahal apabila melihat Rasulullah SAW di Masjid Haram dalam
duduk kesedihan, ia berkata kepada baginda: Ada apa-apa berita? Baginda
bersabda: Ya. Ia berkata: Apa dia? Baginda memberitahunya: Aku dibawa kepada
waktu malam ke Baitul Muqaddis. Ia berkata: Ke Baitul Muqaddis? Baginda
bersabda: Ya. Ia berkata: Apa pendapatmu kalau aku panggil kaummu untuk kamu
beritahu mereka tentang apa yang kamu beri tahu aku? Baginda bersabda: Ya. Lalu
Abu Jahal mengumpulkan orang-orang Qurasy agar mereka mendengar berita tersebut
dan agar Rasulullah SAW menyampaikannya setelah mereka berkumpul. Abu Jahal
menumpulkan mereka dan berkata: Mari semua orang Qurasy!. Ketika itu mereka sedang berkumpul di kelab mereka.
Setelah semua terkumpul ia berkata: Beri tahulah kaummu apa yang telah engkau
beri tahu aku. Lalu Rasulullah SAW menceritakan apa yang baginda lihat dan
menyatakan bahawa baginda telah balik dari Baitul Muqaddis malam tersebut serta
telah sembahyang di dalamnya. Maka terjadilah di antara di kalangan lemah iman
dan kosong iman mendustakan baginda berkenaan beri itu. Berita ini tersebar di
Mekah lalu orang ramai pergi kepada Abu Bakar dan memberitahu kepadanya bahawa
Muhammad berkata begini-begini. Maka Abu Bakar membalas dengan ungkapan:
Sesungguhnya kamu semua mendustakannya. Mereka berkata: Demi Allah, dia benar-benar
ada mengatakannya. Akhir Abu Bakar berkata: Jika begitu katanya maka baginda
benar.
Setelah
itu beliau pergi kepada Rasulullah SAW yang dikelilingi orang-orang musyrikin
Qurasy. Mereka menanyakan baginda tentang berita tersebut lalu baginda memberitahunya
dan mereka meminta agar memberitahu berkenaan sifat-sifat Baitul Muqaddis
kepada mereka agar membenarkan apa yang baginda katakan kepada mereka.
Dalam
kitab al-Shahih: Menyatakan bahawa musyrikin menanyakan tentang perkara
tersebut. Baginda memberitahu tentang bukti-buktinya, mereka ada beberapa
kekeliruan lalu Allah SWT menjelmakan Bailtul Muqaddis agar baginda melihat
tanpa memikirkannya dan menyatakan sifatnya kepada mereka. Mereka membenarkan
perkara itu dan berkata: Apa yang disifatkan itu benar. Dan dalam riwayat Ibn
Ishak menyatakan, baginda ada memberitahu tentang rombongan dari Syam akan
tiba. Baginda memberitahu mereka rombongan berunta itu akan tiba pada sekian
hari pada waktu matahari terbit. Apabila tiba rombongan itu sebagaimana yang
diberitahu dan mereka melihat dengan mata kepala mereka, mereka menyatakan: Ini
benar-benar sihir.
Allah
SWT telah mendirikan hujah dan mereka terang-terangan menentangnya. Bagi yang
beriman terus beriman dengan keyakinan kepada Allah dan yang kafir terus dalam
kekafiran walaupun hujah telah terdiri atas mereka sebagaimana yang dinyatakan
oleh Allah yang bermaksud: Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam
Mikraj) yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi
manusia. (al-Israk:60). Ini adalah ujian untuk mereka (Sirah Nabi-Ibn Kathir).
Antara
Pengajaran Yang Diperolehi
1-Zikir
kepada Allah SWT dalam setiap keadaan.
Surah al-Israk dimulakan dengan kalimah (سبحان)“subhan” padanya terdapat penyucian, pengagongan dan kebesaran bagi
pemilik mukjizat dari awal hingga akhir. Mukjizat semuanya terjadi atas
kehendak Allah SWT dengan kekuasaanNya. Bagi umat hendaklah menyucikan dan
membesarkan Allah SWT dari segala sifat kekurangan. Sebagaimana yang dinyatakan
dalam firmanNya:
{وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ
بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا
غَفُورًا} [الإسراء: 44]
Maksudnya:
“Dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih
dengan memujiNya. Al-Israk:44.
2-Kemuliaan
kehambaan.
Firman
Allah SWT :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ
مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ-الإسراء: 1
Maksudnya:
Maha suci Allah Yang telah
menjalankan hambaNya (Muhammad). (Al-Israk:1). Ayat ini tidak guna perkataan
dengan Rasul, Nabi, habib atau khalilNya tetapi hambaNya. Milik Allah SWT
adalah semua hamba dan kita semua hamba, di kalangan hamba ada yang taat dan
ada yang derhaka, ada yang mukmin dan ada kafir tetapi yang memperhambakan diri
kepada Allah SWT adalah mereka yang ikhlas serta memilih jalan Allah SWT. Apa
yang diperintahkan, mereka melaksanakan dan apa yang dilarang mereka meninggalkannya.
Dari itu Allah SWT menjanjikan untuk mereka ini dalam firmanNya:
{وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى
لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا
يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ
الْفَاسِقُونَ (55)} [النور: 55]
Maksudnya:
Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(Wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan
menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan
tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang
kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(al-Nur:55.)
3-Pendedahan
Kekuasaan Allah
Allah
SWT berkuasa mencipta alam yang besar ini dan bagiNya amat mudah untuk membawa
manusia ke alam langit dan membawanya kembali ke bumi. Perjalanan kerohanian
ini tidak ketahui oleh manusia bagaimana caranya kerana israk antara tanda
kekuasaanNya yang tidak terhitung lagi terkira. Ia perjalanan yang sangat pelik
sehinggakan kafir Qurasy berdebat panjang dan mempersoalkan banyak perkara.
Jika seseorang hendak ke Johor, ia perlukan kenderaan. Jika dengan menunggang
basikal, ia memakan masa yang lama. Jika dengan kapal terbang, ia hanya memakan
masa yang singkat. Bagi Allah SWT Yang Maha Kuasa, ia amat mudah melakukan yang
demikian itu.
4-Pendedahan
Ciptaan Allah
Pendedahan
kepada manusia tentang keagungan Allah SWT, kekuasaan ciptaanNya yang membawa
kepada ketenangan jiwa, iman dan agama. Kesemua itu tidak lain dan bukan hanya
membawa kepada kebaikan. Ia Maha kuasa ke atas setiap sesuatu.
5-Kedudukan
Masjid al-Aqsa Dalam Islam
Masjid
al-Aqsa mempunyai kedudukan sangat besar dalam Islam dan ada kaitan akidah
sejak permulaan dakwah. Ia kiblat kesemua para nabi sebelum nabi Muhammad SAW
dan juga kiblat pertama baginda sembahyang sebelum bertukar ke kaabah di Mekah.
Hubungan Islam berkait dengan Masjid al-Aqsa pada malam baginda diperjalanakan
Israk dan Mikraj serta baginda mengimamkan para nabi-nabi terdahulu dan juga
tempat baginda naik ke langit untuk menerima sembahyang fardu.
Masjid
al-Aqsa merupakan antara masjid ketiga diberi penekanan untuk mengembara
kepadanya berbanding masjid-masjid yang lain selain masjid Nabi dan Masjid
Haram.
Sabda
baginda:
عن
أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " لا تشد الرحال
إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، ومسجد الرسول صلى الله عليه وسلم، ومسجد
الأقصى ". صحيح البخاري.
Maksudnya:
Jangan
bersungguh-sungguh mengembara melainkan kepada tiga masjid iaitu masjid Haram,
Nabi dan al-Aqsa.
6-Rasulullah
SAW Imam Kepada Para Nabi dan Rasul
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - "
لَقَدْ رَأَيْتُنِى فِى الْحِجْرِ وَقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِى عَنْ مَسْرَاىَ
فَسَأَلَتْنِى عَنْ أَشْيَاءَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَمْ أُثْبِتْهَا.
فَكُرِبْتُ كُرْبَةً مَا كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ قَالَ فَرَفَعَهُ اللَّهُ لِى
أَنْظُرُ إِلَيْهِ مَا يَسْأَلُونِى عَنْ شَىْءٍ إِلاَّ أَنْبَأْتُهُمْ بِهِ
وَقَدْ رَأَيْتُنِى فِى جَمَاعَةٍ مِنَ الأَنْبِيَاءِ فَإِذَا مُوسَى قَائِمٌ
يُصَلِّى فَإِذَا رَجُلٌ ضَرْبٌ جَعْدٌ كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ وَإِذَا
عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ - عَلَيْهِ السَّلاَمُ - قَائِمٌ يُصَلِّى أَقْرَبُ
النَّاسِ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ الثَّقَفِىُّ وَإِذَا إِبْرَاهِيمُ
- عَلَيْهِ السَّلاَمُ - قَائِمٌ يُصَلِّى أَشْبَهُ النَّاسِ بِهِ صَاحِبُكُمْ -
يَعْنِى نَفْسَهُ - فَحَانَتِ
الصَّلاَةُ فَأَمَمْتُهُمْ فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنَ الصَّلاَةِ قَالَ قَائِلٌ يَا
مُحَمَّدُ هَذَا مَالِكٌ صَاحِبُ النَّارِ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ. فَالْتَفَتُّ
إِلَيْهِ فَبَدَأَنِى بِالسَّلاَمِ ".صحيح مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: "Rasulullah SAW
bersabda: "Aku telah melihat diriku sendiri dalam sebuah mimpi ketika di Hijr,
orang-orang quraisy bertanya kepadaku mengenai perjalanan malamku (pada waktu
isra' dan mi'raj). Mereka menanyakan beberapa hal mengenai Baitul Maqaddis yang
belum aku ketahui dengan pasti sehingga aku pun merasakan kesusahan yang sama
sekali belum pernah aku rasakan sebelumnya." Baginda bersabda lagi: "Maka Allah pun
mengangkatnya untukku agar aku dapat melihatnya. Dan tidaklah mereka menanyakan
kepadaku melainkan aku pasti akan menjawabnya. Aku telah melihat diriku bersama
sekumpulan para Nabi. Dan tiba-tiba aku diperlihatkan Nabi Musa yang sedang
berdiri melaksanakan shalat, ternyata dia adalah seorang lelaki yang kekar dan
berambut keriting, seakan-akan orang bani Syanuah. Aku juga diperlihatkan Isa
bin Maryam yang juga sedang berdiri melaksanakan sembahyang. Urwah bin Mas'ud
Ats Tsaqafi adalah manusia yang paling mirip dengannya. Telah diperlihatkan
pula kepadaku Nabi Ibrahim yang juga sedang berdiri melaksanakan sembahyang,
orang yang paling mirip denganya adalah sahabat kamu ini: yakni diri baginda
sendiri. Ketika waktu sembahyang telah masuk, aku pun mengimami mereka semua.
Dan setelah melaksanakan sembahyang, ada seseorang berkata: 'Wahai Muhammad, ini
adalah malaikat penjaga api neraka, berilah salam kepadanya! ' Maka aku pun
menoleh kepadanya, namun ia segera mendahuluiku memberi salam."
Ini sebagai bukti bahawa Islam
agama sejagat dan keumuman risalah Rasulullah SAW, baginda membaca hidayah
kepada semua makhluk dengan amanah dan kekuatan. Baginda melaksanakannya dengan
sebenar-benar secara terbaik kemudian mewariskannya kepada umatnya setelah itu.
Inilah umat yang terbaik sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:
{وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى
النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ
الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ
يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ
هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ
بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (143)} [البقرة: 143]
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah
memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad)
satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan
Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu. (al-Baqarah:143).
7-Asal agama adalah satu iaitu Tauhid:
Para nabi dan Rasul,
Allah SWT utuskan mereka kepada makhlukNya agar mereka kenal Allah SWT dan
bagaimana menyembahNya. Mengajar mereka bahawa hanya Allah SWT sahaja yang
berhak disembah. Firman Allah SWT:
{وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ
أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ (25)} [الأنبياء: 25]
Maksudnya:
Dan Kami tidak mengutus
sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan
kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku". (Al-Anbiyak:25). Ini
bermaksud risalah para nabi adalah satu. Kesemua mereka bersaudara dan
dinyatakan oleh Yunus AS:
قوله
عن نبي الله يونس "أخي كان نبيًّا، وأنا نبي" تفسير القرطبي
Maksudnya:
Saudaraku
adalah nabi dan aku seorang nabi.
Sabda
Rasulullah SAW:
وعن
أبي هريرة قال: قال رسول الله: "أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ
مَرْيَمَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَالأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ لِعَلاَّتٍ،
أُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى، وَدِينُهُمْ وَاحِدٌ" رواه البخاري.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam di dunia dan
akhirat, dan para Nabi adalah bersaudara (dari keturunan) satu ayah dengan ibu
yang berbeda, sedangkan agama mereka satu”.
Begitu juga semasa di langit, baginda disambut oleh para nabi dengan
ucapan:
"مَرْحَبًا
بِالأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ" رواه البخاري.
Maksudnya:
Selamat datang saudara yang sholeh dan nabi yang sholeh.
8-Islam adalah agama fitrah:
Ini boleh perhatikan daripada pilihan Rasulullah SAW semasa diberikan
pilihan minuman dan baginda memilih susu berbanding arak lalu diberitahu oleh
Jibril bahawa baginda telah memilih yang fitrah (هُدِيت
إلى الفطرة).
Juga boleh diperhatikan dengan firman Allah SWT:
{فَأَقِمْ وَجْهَكَ
لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا
تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)} [الروم: 30]
Maksudnya:
(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut
ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.( al-Rom:30.)
9-Keistimewaan dan Kedudukan Saiyyina Muhammad SAW:
Ini
boleh diperhatiakan, semasa baginda naik untuk bertemu dengan Allah SWT ke
kedudukan agung yang tidak ada sesiapa sampai sebelum baginda. Juga naik ke
langit yang ketujuh sehingga sampai ke Sidrah al-Muntaha dan bercakap dengan
Allah SWT.
10- Peningkatan ilmu
dari ilmu yakin kepada ilmu ainul yakin.
Ilmu
yakin iaitu baginda memberitahu tentang syurga, bahawa di dalamnya tiada pernah
mata melihat, tiada telinga yang pernah mendengar dan tiada pernah ada dalam
lintasan hati manusia dan dibenarkan oleh oleh mukmin tetapi kita tidak dapat
melihatnya.
Apabila
diberitahu bahawa baginda telah melihat dengan matanya sendiri, ini adalah
ainul yakin sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
(1) حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2) كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ (3) ثُمَّ كَلَّا
سَوْفَ تَعْلَمُونَ (4) كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ (5)
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ (6) ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ (7) ثُمَّ
لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ (8) -التكاثر: 1 - 8
Maksudnya:
Kamu
telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan
berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda,
anak-pinak pangkat dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali
(bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa
hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap
demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa yang kamu akan hadapi) - dengan
pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang
menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).
(ingatlah) demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak
menjulang. Selepas itu - demi
sesungguhnya! - kamu (Wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya Dengan
penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu,
Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu
telah menikmatinya)! (Al-Takasur:1-8)
11-
Kepentingan sembahyang dan kedudukannya dalam Islam:
Sembahyang
satu-satu ibadat fardu yang difardukan pada malam Israk dan Mikraj di langit
yang ketujuh tanpa perantaraan.
12-
Mengambil kebaikan dari pengalam orang yang terdahulu.
Iaitu
Rasulullah SAW menerima nasihat yang disarankan oleh Nabi Musa AS untuk
mengurang bilang sembahyang kerana ada pengalaman dengan kaumnya.
13-
Keberanian Nabi SAW
Rasulullah
SAW berani menyampaikan berita yang benar secara terang-terangan kepada
musyrikan pada perkara yan g tidak dapat diterima oleh akal mereka.
14-Mukjizat
Rasulullah SAW yang tidak dapat diterima oleh sebahagian akal manusia
Sebahagian
orang mendakwa bahawa perjalanan Israk dan Mikraj berlaku dengan roh sahaja,
ada yang menyatakan secara mimpi sahaja dan jumhur menyatakan bahawa perjalanan
itu dengan jasad dan roh kerana jika hanya mimpi atau roh sahaja pasti tiada
tentang daripada musyrikin.
15-
Adab apabila ke tempat orang
Iaitu
dengan cara memberi salam dan perkenalkan diri apabila diminta perkenalkan diri
dan disambut ucapan selamat datang.
16-
Kesucian hati orang yang sembahyang
Seseorang
mengadap Allah SWT perlu bersih hati ini boleh dilakukan dengan bertaubat terlebih dahulu selain
bersih anggota zahir. Ini boleh diperhatikan Rasulullah SAW dibedah dan
dibersihkan hati sebelum dibawa naik ke langit.