Pengalaman
Pertama Kali Ke Sabah (Penerbangan Murah)
Melalui agensi
pelancongan
DOA MEMULAKAN PERJALANAN MUSAFIR
اللهُ
أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ
الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى
رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ
مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ
هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ
وَالأَهْلِ.
Maksudnya:
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah mengadakan semua
ini bagi kami dan kami tidak mampu mengendalikannya sebelum ini. Sesungguhnya
kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon
kepadaMu kebaikan dan taqwa dalam pengembaraan kami ini, dan amalan yang Engaku
redhai. Ya Allah! Mudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya
Allah! Engkaulah Teman dalam perjalanan dan Pengurus bagi ahli keluarga. Ya
Allah! Daku memohon perlindunganMu daripada kesulitan perjalanan, pemandangan
yang menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga.
Pemandangan dari udara
Bangunan Yayasan Sabah
Masjid Bandaraya Sabah
Warisan Mall
Hari pertama
28 September
2019
Perjalanan dari Kuala
Lumpur-Kota Kinabalu
Ahli rombongan berkumpul
di aras 3 perlepasan KIia2 pada 4:30 pagi untuk chek in
Berlepas dari
Klia2 ke Kota Kinabalu dengan penerbangan Air Asia 7:30 pagi
Tiba di Lapangan
Terbang Kota kinabalu dan selepas urusan bagasi perjalanan ke Bandar raya Kota
Kinabalu mengambil masa 2 jam dan 30 minit.
Dibawa untuk
makan tengah hari.
Dibawa menuju ke
hotel untuk check In.
Dibawa
mengelilingi bandar Kota Kinabalu untuk mengenali pada jam 2:30 petang:
1-Bandaraya
Kota Kinabalu Masjid Negeri
2-Muzium
Sabah
3-Bangunan
Yayasan Tun Mustapha
3-Warisan Shopping Mall
Makan malam di
Restoran Tuk Tuk Tomyam
Aktiviti bebas
dan aktiviti yang paling sedap adalah tidur sebab dah penat sepanjang hari.
Untuk makluman: perbezaan
waktu sembahyang di Sabah adalah sejam mendahului waktu sembahyang di
semenanjung.
Selamat malam
Bermain denga Kelah
oleh-olae dari Sabah
cenderahati Sabah
Rumah Panjang Kundasang
Kundasang
Hari Kedua
Sarapan pagi restoran
berhampiran tempat penginapan, setelah itu check out dari Marina Cout dan terus
akan dibawa ke Kundasang. Perjalanan ke
sana di dapati banyak gereja di kiri-kanan jalan dan di tepi-tepi jalan ada
dijual sinalau (babi salai), bak ku teh dan lain-lain oleh masyarakat kristian.
Tiba di
Kundasang
Dibawa melawat :
- Pekan Nabalu / Pasar Kundasang (Gerai di rumah panjang harga agak murah apabila dilakukan aktiviti tawar-menawar).
- Singgah di Timpohon Gate ( Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu )
- Dibawa untuk makan tengahari dan solat jamak-qasar di Restoran Puteri Nabalu
- Tukar kenderaan bas dengan menaiki van menuju ke Desa Cattle Farm ( ladang ternakan lembu tenusu),
- Melawat Taman Kinabalu
- Sanctuary Ikan Kelab.
Selepas itu
dibawa balik ke K. Kinabalu dan tiba di Bandar raya Kota Kinabalu setelah masuk
waktu Isyak.
Tiba di Kota
Kinabalu dibawa untuk makan malam di Restoran Tuk tuk Tomyam
Kemudian check
in hotel.
Malam Acara
bebas melawat Pasar Malam dan bermalam di Klagen Hotel Kota Kinabalu
Selamat malam
Pulau Manukan
Pasar Basah
Laluan Ke Gunung Kinabalu
Ladang Ternakan Lembu Tenusu
Kundasang
Kumdasang
Taman Kinabalu
Hari Ketiga
Sarapan pagi di
hotel
Selepas sarapan
pagi dibawa ke Jeti untuk menaiki Bot ke Pulau Manukan
Di Pulau Manukan
di adakan aktiviti Snorkeling
Makan tengah hari
di Pulau Manukan (Katering).
Dibawa balik ke
Kota Kinabalu pada 2:30 petang
Tiba di Kota
Kinabalu lalu dibawa balik ke hotel dan membeli-belah secara bersendirian.
1-Kedai Kristal
& Mutiara Jamilah
2-Pasar
Filipin
3 3-Pasar ikan
masin
4 4-Pasar Kraf
tangan (semuanya berdekatan antara satu dengan yang lain)
5
Dibawa untuk makan malam
Dibawa untuk makan malam
Selamat malam
Laluan menuju ke gunung Kinabalu
Taman warisan
Selamat Pulang
Hari Keempat
Sarapan pagi di
hotel
Selepas sarapan
pagi
Acara bebas
untuk membeli-belah untuk kali yang terakhir di sekitar hotel
1-Pasar
Filipin
2-Pasar ikan
masin
3-Pasar Kraf
tangan
4 4-Warisan
Square
Pukul 10:50 pagi
Check out dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang K.Kinabalu untuk urusan
pendaftaran bagi penerbangan ke KLIA2.
Berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu ke KLIA2
Tiba di KLIA2
—Tour End dan masing-masing membawa diri dan kenang dari Sabah.
DOA KEMBALI DARIPADA MUSAFIR
اللهُ
أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ
الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى
رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ
مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ
هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ
وَالأَهْلِ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ.
Maksudnya:
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan Yang telah mengadakan semua
ini bagi kami dan kami tidak mampu mengendalikannya sebelum ini. Sesungguhnya
kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon
kepadaMu kebaikan dan taqwa dalam pegembaraan kami ini, dan amalan yang Engaku
redhai. Ya Allah! Mudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya
Allah! Engkau Teman dalam perjalanan dan pengurus bagi ahli keluarga. Ya Allah!
Daku memohon perlindunganMu daripada kesulitan perjalanan, pemandangan yang
menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga. Kami
kembali dengan bertaubat dan memperhambakan diri kepada Tuhan kami, untuk Tuhan
kami segala puji-pujian[1]
Nasihat saya
bagi yang pertama kali ke Sabah:
1-Apabila masuk
ke pusat perniagaan bacalah doa yang diajar Rasulullah SAW agar apa yang
dibelikan nanti bermanfaat iaitu:
DOA MASUK PASAR
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan
Allah Yang Maha Esa Yang tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya
kepujian, Yang menghidupkan, Yang mematikan. Dialah Maha Hidup, tiada Ia mati,
di tanganNya segala kebaikan dan Dia Maha berkuasa ke atas setiap sesuatu[1].
2-Apabila
membeli sesuatu barangan, buatlah penawaran dengan penjual serendah yang
mungkin, mintalah tawaran sehingga bawah 80 peratus seperti ikan bilis
dilebalkan dengan harga RM 75.00 untuk setengah kilogram mintalah dengan harga
RM 12.50, harga yang dilebalkan memang mencekik darah tapi jika pandai dan
manis mulut harga boleh dikundur. (Belum tentu seseorang yang manis mulut
dengan perempuan boleh melembutkan hati peniaga).
3-Pastikan
barang yang telah dibeli diperiksa dengan betul. Dikira dan lihat dengan betul
apabila dimasukkan ke dalam plastik atau kotak.
4-Kalau boleh, kiralah
jumlah harga barangan yang telah dibeli dengan sendiri, jangan dibiarkan
peniaga mengira harga ikut suka hati mereka dan juga jangan terlalu memberi
kepercayaan kepada peniaga.
5-Jika boleh,
pergilah membeli pada waktu awal pagi ketika pasar baru buka. Sebab para
peniaga sama ada mereka ini Islam atau bukan Islam, mereka percaya apabila “buka
muka” itu mudah maka urusan perniagaan pada hari berkenaan dimudahkan mendapat
rezeki. Dari itu mereka memudahkan urusan perniagaan apabila “buka muka”, dan
pembeli mudah buat urusan dalam membuat penawaran kerana peniaga bertolak ansur.
Ini menepati sabda
Rasulullah SAW apabila peniaga dan pembeli bertolak ansur diberikan keberkatan.
saya juga mendapati peniaga amat bertolak ansur apabila saya berurus niaga di pasar-pasar berkenaan di awal pagi
6-PASTIKAN
jangan sesekali dihilangkan resit yang dicap oleh imigresen ketika masuk Sabah
jika anda tidak menggunakan pasport. Jika ditakdirkan hilang resit tersebut,
anda dikehendaki membuat laporan di balai polis. Silap hari bulan boleh
terlepas penerbangan.
Untuk maklumat
tambahan pembaca, apabila anda telah membeli-belah dari pasar dan sebagainya
jangan sesekali anda membuat perbandingan harga belian dengan kawan-kawan anda kerana
ia boleh menyebabkan anda menghantakkan kepala ke dinding hotel.
Semoga
anda semua membawa pulang kenangan yang indah dari Sabah…
[1] Apabila seseorang itu
membacanya, Allah menuliskan untuknya sejuta kebaikan dan memadamkan sejuta
keburukan dan mengangkatnya sejuta
darjat. حسن (صحيح الترمذي 3/152)