Doa adalah salah
satu ibadah yang paling mulia, yang merujuk kepada tauhid seseorang Muslim
kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan doa itu adalah salah satu amalan yang paling hampir
dan disukai Allah, Tuhan sekalian alam.
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ
أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي
لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ} [البقرة: 186]
Maksudnya:
Dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut
seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu
supaya mereka menjadi baik serta betul.
Pengertian doa
Dari segi bahasa
iaitu meminta.
Dari segi syarak
iaitu tawajuh seseorang hamba kepada Tuhannya dalam perkara yang hajatkan bagi
memperbaiki urusan agama dan dunianya.
Allah SWT telah
memerintahkan hamba-hamba-Nya agar bertawajuh kepadanya dalam semua urusan keduniaan
mereka agar mereka dipermudahkan urusan-urusan mereka itu, dalam urusan membangkitkan
mereka bagi mengurangkan bebanan mereka, menerima taubat mereka, dan
membebaskan mereka dari Neraka.
Allah SWT berfirman:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا
يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ *
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا
وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ [الأعراف: 55، 56]
Maksudnya:
Berdoalah kepada
Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan
padanya, dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak
diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki
amalannya.
Bentuk-bentuk doa
Pertama:
Doa adalah
ibadat iaitu mengharap ganjaran pahala dari amal soleh.
Seseorang insan itu memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan berbagai-bagai-bagai
bentuk ibadat sama ada dari jenis qalbiah iaitu seperti takut kepada Allah SWT,
cinta kepadanya, tawakal kepadanya, atau berbentuk badaniah seperti sembahyang,
haji, umrah atau juga berbentuk harta kewangan seperti zakat dan sedekah.
Kedua:
Permintaan
iaitu meminta apa-apa sahaja yang mendatangkan manfaat kepada orang yang berdoa
seperti perkara yang mendatangkan manfaat, menghilangkan mudarat dan meminta
hajat-hajat keperluan.
Ketiga:
Mendoakan
seseorang untuk seseorang yang lain tanpa pengetahuan
orang yang ia mohon doa untuknya.
Sabda Rasulullah
SAW:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
" مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ
الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ ".
رواه مسلم عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رضي الله عنه
Maksudnya:
Tidaklah mana-mana seorang
hamba Muslim itu mendoakan untuk saudaranya ketika dia tidak ada bersamanya, melainkan
malaikat berkata: Dan kamu juga seperti itu.
Doa-doa yang sering
Rasulullah SAW berdoa dengannya:
Rasulullah SAW
menyukai doa yang berbentuk merangkumi maknanya secara umum.
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً،
وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
رواه البخاري عن أنس رضي الله عنه
Maknanya:
Adalah Nabi SAW banyak berdoa:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً،
وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah, wahai
Tuhan kami, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta jauhkan
kami azab neraka.
قَالَ مخبرا عن
النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنْتُ أَسْمَعُهُ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ:
«اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ
وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ»
رواه البخاري عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ
Maksudnya:
Katanya dari apa yang
dikhabarkan dari Nabi SAW, yang aku
banyak dengar dari nabi, baginda bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ
وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari (sifat) gelisah,
sedih, lemah, malas, kikir, pengecut, terlilit hutang dan dari keganasan orang
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي
عَلَى دِينِكَ
فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا
جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا
قَالَ: نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ
أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
Maksudnya:
Daripada Anas RA beliau berkata: Adalah Rasulullah SAW biasa
membaca do'a:
يَا مُقَلِّبَ
الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku
berada di atas agama”
Kemudian aku pun bertanya: Wahai Rasulullah, kami beriman
kepadamu dan kepada apa yang tuan bawakan. Lalu apakah Tuan masih khawatir
kepada kami?"
Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati
manusia berada di antara dua
jari dari jari-jari Allah (Maha Suci Allah bersifat dengan sifat
kekurangan), Dia membolak-balikkan menurut apa yang dikehendaki-Nya.
Alangkah baiknya jika seseorang mukmin itu banyakan doa-doa
yang agung ini. Pada zaman ini banyak hati yang berbolak-balik dan mudah berubah.