Rabu, 15 Julai 2026

Surat Buat Suami: Untukmu, wahai suamiku...



Pendahuluan

Daripada isterimu yang menyayangimu… sebagaimana yang telah diberitahu kepadaku,
daripada isterimu yang telah hidup bersamamu sepanjang hari, bulan, dan tahun-tahun yang berlalu…
kupersembahkan untukmu surat-surat ini…

Ia adalah kata-kata yang mendorongku untuk menulisnya, kerana apa yang ku lihat daripada perubahan pada mu.
Tujuannya adalah untuk memperbaiki, dan Allah mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hatiku…

Suami ku…
Kita amat memerlukan nasihat-menasihati seperti ini, kerana mendiamkan diri terhadap kekurangan
akan menimbulkan kebencian di dalam hati…

Berikanlah pendengaran mu kepada ku, dan hadirlah bersama ku dengan segenap hatimu.
Marilah kita bersama-sama menelusuri surat-surat ini…

 

Surat Pertama:


Kebahagiaan

Aku sedang membaca salah satu buku, lalu terhentilah aku pada satu soalan ini: "Adakah anda bahagia?"

Aku merenung setiap hurufnya, lalu aku kembali kepada diriku sendiri dan bertanya soalan yang sama:
"Wahai jiwa, adakah engkau merasa bahagia?"

Aku mula bertanya-tanya tentang kebahagiaan…
Kemudian aku berkata kepada diriku: "Ya, aku merasa bahagia. Aku mempunyai pekerjaan, sebuah rumah, dan aku menikmati keindahan diriku. Aku ditemani oleh seorang suami yang mempunyai tempat dan martabat di masyarakat. Aku bahagia — aku mempunyai 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan, kesemuanya mempunyai gaji yang baik, dan mereka sering menghadiahkan aku sesuatu."

Namun hari-hari berlalu, dan perasaan bahagiaku mula berkurang, semakin lama semakin pudar.

Dan tiba-tiba, aku terhenti pada sebuah kisah yang kudengar daripada Imam masjid.

Untukmu, wahai suamiku, kisah ini:

Seorang lelaki datang kepada Imam Ahmad — semoga Allah mencurahkan rahmat ke atasnya — lalu bertanya: "Bilakah seorang hamba itu akan merasai nikmatnya ketenangan?"
Imam Ahmad menjawab: "Pada saat pertama kakinya diletakkan di dalam syurga."

Malam itu aku tidak dapat tidur. Kata-kata itu terus berulang di fikiranku:
"Pada saat pertama kakinya diletakkan di dalam syurga."

Aku kembali kepada diriku…
Aku menatap cermin…
Aku merenung diriku, lalu aku bertanya: "Adakah engkau merasa bahagia?"

Namun tiada jawapan.

Aku merenung pakaianku…
Aku merenung perabot rumahku yang paling mahal…


Suamiku…

Izinkan aku berterus terang kepadamu…
Maafkan aku, kerana kata-kata ini mungkin terasa keras — tetapi ia harus didengar:

"Semua yang engkau berikan kepadaku — tidak membawa kebahagiaan kepada hatiku."

Ya.

Aku berterima kasih atas semua yang telah engkau berikan. Tetapi hatiku — tidak merasai kebahagiaan.
Sesungguhnya kebahagiaan hati dan ketenangan jiwa — tidak terletak pada segala yang aku miliki.

Ya, aku miskin…
Ya, aku miskin…
Tahukah engkau — miskin dari apa?

Aku miskin daripada iman,
miskin daripada al-Quran,
miskin daripada khusyuk,
miskin daripada tawaduk,
miskin daripada rasa mengawasi Allah — Maha Suci dan Maha Tinggi.

Betapa banyak hidangan mahal yang telah engkau hidangkan untukku…
Betapa banyak hadiah berharga yang telah engkau berikan kepadaku…

Tetapi — dengan terus terang —
betapa sedikit nasihat-nasihat keimanan yang telah engkau berikan kepadaku?

Benarlah, engkau telah membelikan aku pakaian yang paling indah,
tetapi engkau lupa akan pakaian yang paling agung — yang tidak pernah engkau hadirkan untukku:

{وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ} [الأعراف: 26]

"Dan pakaian ketakwaan, itulah yang paling baik."
(Surah al-A'raf: 26)

Suamiku…
Di manakah kebahagiaan?
Ya, aku menginginkannya.

Ambillah hartaku…
Ambillah anak-anakku, lelaki dan perempuan…
Ambillah semua milikku…

Tetapi aku mahu merasai kemanisan iman, dan kelazatan petunjuk —
sebagaimana yang telah dirasai oleh mereka yang bertaubat dan kembali kepada Allah.

Tiada ulasan: