Surat Ketiga:
Suamiku yang
tercinta…
Sering kali aku mendengarmu
bernyanyi-nyanyi dan berkata bahawa suami mempunyai hak-hak, dan "akulah
yang telah melakukan ini dan itu"…
Maka aku katakan kepadamu:
Aku juga mempunyai
hak-hak!
Lalu mengapa engkau menuntut hak-hakmu ke atasku, tetapi melupakan hak-hakku ke
atasmu?
Sesungguhnya hak-hak perkahwinan adalah
antara perkara-perkara asas yang wajib dijaga oleh kedua-dua pihak…
Mengapa tidak kita cuba — setiap seorang
daripada kita — untuk mengenali apa yang diingini oleh pasangannya, lalu
melakukan apa yang termampu?
Suamiku…
Ini sehelai kertas dan sebatang pena…
Tulislah di dalamnya segala apa yang engkau sukai agar aku lakukan demi
keredhaanmu terhadapku.
Ya, aku mahu
keredhaanmu.
Maka tulislah di dalam kertas ini apa yang engkau sukai,
dan aku akan berusaha sedaya upayaku untuk melakukannya.
Maafkan aku, wahai
suamiku…
Dan sekarang, aku akan mengambil pena ini untuk menulis apa yang aku inginkan
daripadamu.
Dan aku berharap agar engkau melakukan apa yang aku sukai daripadamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan