Surat Kelima:
Suamiku yang
tercinta…
Aku berharap agar aku melihat pada
dirimu kegigihan
yang mendalam terhadap agamaku…
Mengapa aku tidak melihatmu menasihatiku?
Dan mengapa engkau tidak duduk bersamaku di saat-saat keimanan —
Di mana aku merasai bahawa kita berada
di majlis zikir
kepada Allah,
yang dinaungi oleh para malaikat,
dan yang disebut oleh Allah di sisi-Nya?
Sesungguhnya aku sangat merindukan saat
—
ketika aku melihatmu masuk menemui kami dengan senyuman yang tulus,
kemudian engkau susuli dengan sesi
bersama — aku dan anak-anakku —
lalu engkau ceritakan kepada kami sebuah kisah daripada kisah-kisah Penghulu Manusia ﷺ,
atau engkau sampaikan kepada kami sebuah cerita yang mengandungi pengajaran dan manfaat,
atau engkau beritahu kami tentang sebahagian
hukum-hukum syariat…
Mungkin engkau akan berkata kepadaku:
"Aku tidak mempunyai
ilmu yang mencukupi untuk melakukan semua itu."
Maka aku katakan:
Cukuplah sekadar
engkau duduk bersama kami, dan menyuruh salah seorang anak-anak kami membaca
sebahagian daripada al-Quran, atau sebahagian daripada perkataan para ulama
Islam.
Sesungguhnya pandangan kami terhadapmu bukanlah
perkara yang remeh.
Engkaulah rahsia
kebahagiaan kami, wahai makhluk yang paling aku kasihi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan