Khamis, 31 Mei 2018

KEHIDUPAN ORANG YANG PUASA

SEHARI DALAM KEHIDUPAN ORANG YANG PUASA
Ketahuilah bahawa para sahabat Nabi SAW, mereka meminta kepada Allah sejak enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadan agar Allah menyampaikan mereka kepada bulan Ramadan. Apabila tiba bulan Ramadan mereka berpuasa dan mendirikannya. Setelah itu mereka meminta kepada Allah selama enam bulan yang lain pula agar Allah menerima puasa mereka di bulan Ramadan yang berlalu. Oleh itu semestinya, seseorang mukmin itu menzahirkan kegembiraan dalam setiap saat di bulan yang penuh berkat ini.

Apabila tiba Ramadan pada keesokannya, bermulalah episod malamnya dengan menghidupkan waktu malam iaitu qiyamullail dan dikerjakannya secara bersungguh-sungguh sepanjang bulan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam riwayat al-Bukhari:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan keikhlasan, maka ia diampunkan dosanya yang telah lalu. Juga Rasulullah SAW menyatakan dalam riwayat Muslim:

مَنْ ذَا الَّذِي يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ، مَنْ ذَا الَّذِي يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ ذَا الَّذِي يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ، فَلَا يَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُضِيءَ الْفَجْرُ
Maksudnya:
Sesiapa yang berdoa kepadaku, aku pasti mustajabkan doanya, sesiapa ada memintaku, aku pasti memberinya dan sesiapa yang memohon keampunanku, aku ampunkannya. Begitulah sehingga terbit fajar waktu shubuh. Peristiwa ini berlaku pada waktu satu pertiga malam akhir.

Membangunkan Ahli Keluarga Daripada Tidur Agar Mendapatkan Doa Nabi SAW
Apabila anda menunaikan sembahyang malam, jangan anda lupakan pasangan dan anak-anak anda dalam melakukan kebaikan ini. Bangunkan isteri dan anak-anak agar anda mendapat ganjaran doa rahmat dari Nabi SAW sebagaimana sabda baginda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " رَحِمَ اللهُ رَجُلًا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ، فَصَلَّى، وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَصَلَّتْ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ، وَرَحِمَ اللهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ، فَصَلَّتْ، وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا، فَصَلَّى، فَإِنْ أَبَى، نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ "
Maksudnya:
Allah mengasihani seseorang lelaki yang bangun malam serta ia sembahyang. Ia membangunkan isterinya agar sembahyang. Jika isterinya enggan bangun, ia memercikkan air ke muka isterinya. Allah mengasihi isteri yang bangun malam serta ia sembahyang lalu ia membangunkan suaminya dan jika ia enggan bangun maka ia memercikkan ke mukanya. (Riwayat Ahmad)

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَا: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ اسْتَيْقَظَ مِنَ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا، كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا، وَالذَّاكِرَاتِ.
Maksudnya:
Sesiapa yang bangun malam dan membangunkan isterinya, lalu keduanya bersembahyang, keduanya itu ditulis termasuk dalam golongan yang banyak berzikir kepada Allah. (Riwayat Abu Daud)

Duduk Seketika Untuk Beristighfar
Setelah melaksanakan qiyamullail duduklah dahulu sebentar, setiap orang beristighfarlah dari dosa dan kecuaian dalam menunaikan hak Allah. Beristighfarlah secara bersendirian untuk setiap orang secara perlahan.  Nikmat istighfar sangat besar kerana Allah SWT menggambarkan hamba-hambaNya yang muttaqin iaitu orang yang masuk ke dalam syurga dengan sifat yang indah. Firman Allah SWT:
   إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (18)
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). Az-Zariyat:15-18

Rasulullah SAW menjelaskan tentang kelebihan beristighfar, baginda bersabda:
سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ بُسْرٍ يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طُوبَى لِمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيفَتِهِ اسْتِغْفَارًا كَثِيرًا.
Maksudnya:
Berbahagialah sesiapa yang dalam buku catatannya tercatat banyak istighfar. (Riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah SAW:
عَنِ الزُّبَيْرِ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَنْ أَحَبَّ أَنْ تَسُرُّهُ صَحِيفَتُهُ فَلْيُكْثِرْ فِيهَا مِنَ الِاسْتِغْفَارِ "
Maksudnya:
Sesiapa yang ingin mendapat kegembiraan apabila menerima buku catatannya, hendaklah ia perbanyakan istighfar. (Riwayat al-Bahaqi)

Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ، فَقَالَ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي.
Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan berkata: demi kemuliaanMu wahai Tuhanku, aku tidak hamba-Mu selagi roh mereka berada pada jasad lalu Allah SWT berfirman: demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku tetap memberi keampunan kepada mereka selagi mereka meminta keampunan. (al-Mustadrak alal Shahihain lil Hakim)

Sahur
Setelah itu anda dan keluarga bersahur iaitu; ia bermula setelah setengah malam tetapi jika dilewatkan sehingga lebih kurang kadar 50 ayat bacaan al-Quran sebelum masuk waktu Shubuh ia lebih baik. Makanlah bersama keluarga dalam satu hidangan agar mendapat berkat. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana dalam Shahihain:
عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ السَّحُورَ بَرَكَةُ.
Maksudnya:
“Sahurlah kamu semua kerana pada sahur itu keberkatan”. (Musnad Abi Daud al-Tayalisi)

Rasulullah SAW juga ada sabda:
عَنْ أَبِي الْوَلِيدِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّ نَفَرًا، مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا: تَسَحَّرُوا وَلَوْ بِجَرْعٍ مِنْ مَاءٍ
Maksudnya:
“Sahurlah kamu semua walaupun dengan seteguk air” (Mushannif Abdul Razak al-Shana’i). Jangan terlalu sibuk dengan berbagai-bagai jenis makanan sehingga menyebabkan kamu tidak sibuk dengan qiyamullail, istighfar dan sembahyang Shubuh…Sahur sedikit sudah memadai..dan berkat itu daripada Allah SWT.

Solat Subuh Berjemaah
Kemudian anda ke rumah Allah untuk sembahyang Shubuh secara berjemaah. Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Muslim:
عَنْ أَبِي بَكْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Maksudnya:
“Sesiapa yang sembahyang al-Bardain ia pasti masuk syurga”, iaitu sembahyang Shubuh dan Ashar. (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat Muslim:
عَنْ أَنَسِ بْنِ سِيرِينَ، قَالَ: سَمِعْتُ جُنْدَبًا الْقَسْرِيَّ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ...
Maksudnya:
“Sesiapa yang sembahyang Shubuh maka ia dalam jaminan Allah…” (Riwayat Muslim)

Duduk Dalam Masjid Berzikir Hingga Terbit Matahari
Setelah itu anda duduk dalam masjid dan bacalah zikir-zikir waktu pagi…berteduhlah di dalam masjid untuk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, setelah itu anda sembahyang dua rakaat agar mendapat ganjaran haji dan umrah.
Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ»، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَامَّةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ».
Maksudnya:
Sesiapa yang sembahyang Shubuh secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari lalu ia sembahyang dua rakaat maka untuknya ganjaran pahala seperti haji dan umrah, baginda sabda lagi: Sempurna! Sempurna! Sempurna! (Syarah al-Sunah lil Baghawi)

Berselawat Ke atas Nabi Agar Dapat Syafaat
Hendaklah anda ketahui, bahawa selawat ke atas Nabi SAW merupakan perintah Allah, firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Al-Ahzab:56.

Kita berselawat ke atas Nabi SAW kerana kita mencintai baginda dan sebagai mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan kecintaan tersebut. Apabila kita berselawat ke atas Nabi SAW, kita akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Sabda Rasulullah SAW seperti dalam riwayat Muslim:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى الله عَلَيْهِ عَشْرًا
Maksudnya:
Sesiapa yang berselawat ke atasku satu kali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali. (Riwayat Muslim)
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ حِينَ يُصْبِحُ عَشْرًا وَحِينَ يُمْسِي عَشْرًا أَدْرَكَتْهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Maksudnya:
Sesiapa yang berselawat ketika Shubuh sepuluh kali dan ketika petang sepuluh kali, ia pasti mendapat syafaatku pada hari kiamat. (Riwayat Abu Ashim)

Solat Duha…Dan Bina Istana Dalam Syurga
Setelah anda duduk di tempat sembahyang, berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW, hendaklah juga anda sembahyang Dhuha agar mendapat sebuah istana dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى الضُّحَى أَرْبَعًا، وَقَبْلَ الْأُولَى أَرْبَعًا بُنِيَ لَهُ بِهَا بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Sesiapa yang sembahyang Dhuha empat rakaat dan sebelumnya empat rakaat, dibinakan untuknya satu istana dalam syurga.(al-Mu’jam al-Awsat)

Rehat Sebentar…Persediaan Keluar Kerja
Setelah itu balik ke rumah, pujilah Allah kerana menjadikan anda seorang yang dapat melakukan ketaatan itu. Rehatlah sekejap di rumah kemudian bertawakkallah kepada Allah untuk keluar bekerja. Ikhlaskan niat dari selangkah ke selangkah untuk melakukan pekerjaan kerana anda lakukan demikian hanya kerana memuliakan anak isteri anda daripada meminta-minta dari manusia dan juga sebagai untuk mendapatkan sesuap rezeki yang halal. Dengan demikian, menjadikan pekerjaan anda itu sebagai ketaatan kepada Allah SWT.

Bawa Misi Dakwah
Apabila anda pergi bekerja, atau ke sekolah, atau ke kuliah bawalah misi dakwah sebagaimana firman Allah SWT:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Yusuf:108. Apabila anda mengikut perjalanan nabi SAW maka hendaklah anda menyeru manusia kepada apa yang diseru oleh Nabi SAW.

Oleh itu, apabila anda pergi bekerja, atau sekolah atau ke kuliah bawalah bersama kaset-kaset ceramah, buku-buku kecil yang bermanfaat untuk diagihkan kepada teman-teman anda, atau diberikan sebagai pinjaman. Dengan demikian, mungkin ia sebagai sebab bagi seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ , إِلَّا أَنَّهُ قَالَ: «وَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِهُدَاكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ»
Maksudnya:
Demi Allah! Disebabkan kamu Allah memberi hidayah seorang lelaki, ia lebih baik untuk kamu dari unta yang terbaik. (Sunan Said bin Mansur).

Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا، وَحَتَّى الْحُوتَ فِي الْبَحْرِ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ»
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya termasuk semut dalam sarangnya dan juga ikan di lautan pasti mendoakan ke atas orang yang mengajarkan manusia kebaikan.(Riwayat al-Tabrani)

Juga sabda Rasulullah SAW:
الدَّالِّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ
Maksudnya:
Yang menunjukkan kebaikan seperti yang melakukannya (Riwayat Ahmad)

Ajak Saudara Anda Solat Zuhur
Apabila anda di tempat kerja atau di sekolah atau di kuliah sedangkan masa itu telah hampir masuk waktu Zuhur. Kumpulkan saudara-saudara anda di masjid dan peliharalah sembahyang Zuhur secara berjemaah. Setelah sembahyang, bacakan kepada mereka walaupun satu hadis berkenaan kelebihan bulan Ramadan ataupun berkenaan kelebihan melakukan amal sholeh.

Bagaimana Persediaan Mengajak Solat Berjemaah
Apabila anda ingin mengajak mereka sembahyang berjemaah, anda hendaklah menggunakan cara menarik minat dan penerangan ganjaran pahala sembahyang berjemaah. Iaitu mulakan dengan memberi penerangan kebaikan yang mungkin boleh didapati setiap kali setelah sembahyang. Bermula dengan azan dan berkesudahan dengan zikir-zikir yang dibaca selepas sembahyang fardu.
Sebagai contoh, katakan kepada mereka: Perhatikan kebaikan ini yang boleh kamu peroleh setelah azan ketika anda mengungkap kalimah-kalimah dan doa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam riwayat Muslim:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللَّهِ رِبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَالْإِسْلَامِ دِينًا غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ"
Maksudnya:
Sesiapa yang membaca ketika mendengar azan:
وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللَّهِ رِبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَالْإِسْلَامِ دِينًا
Diampunkan dosanya yang telah lalu.(Riwayat Ahmad).


Sabda Rasulullah SAW juga:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ: " اللهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي أَنْتَ وَعَدْتَهُ، إِلَّا حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
Sesiapa membaca ketika mendengar azan:
اللهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي أَنْتَ وَعَدْتَهُ
ia halal mendapat syafaat pada hari Kiamat. (Riwayat Ahmad)


Perhatikanlah kebaikan ini yang anda boleh rebut peluangnya pada ketika berwuduk. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ رَفَعَ نَظَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ، فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، فُتِحَتْ لَهُ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ "
Maksudnya:
Sesiapa yang berwuduk dengan wuduk yang terbaik lalu memandang ke langit dan membaca:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Maka dibukakan untuknya lapan pintu syurga dan ia boleh masuk ikut mana-mana pintu yang ia suka. (Riwayat Ahmad)

Teruskan Pemberian
Setelah itu balik ke rumah selepas bekerja…tanyakan isteri anda berkenaan anak-anak, adakah mereka sudah sembahyang zuhur untuk memastikan mereka telah sembahyang. Anda boleh rehat sekejap kemudian berwuduk dan membuat persediaan untuk menyampaikan satu topik pendek setelah sembahyang Ashar. Apabila kedengaran azan waktu Ashar pergilah ke masjid untuk sembahyang secara berjemaah kemudian duduk bersama jemaah bagi menyampaikan ilmu dari mana-mana kitab fiqah berkenaan puasa. Boleh juga menyampaikan kepada mereka dari sebuah kitab berkenaan gambaran syurga agar masing-masing bersungguh-sungguh dalam mentaati Allah SWT. Setelah itu anda balik ke rumah dan hidupkan bacaan zikir-zikir waktu petang dan membaca wirid dari ayat al-Quran. Berusahalah sekuat kemampuan untuk membanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan. Jika anda ada masa, bantulah isteri anda untuk menyediakan makanan. Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik kepada anda. Sabda Rasulullah SAW:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Maksudnya:
Sebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang terbaik terhadap ahli keluarganya dan aku adalah yang terbaik terhadap ahli keluargaku. (Sunan Ibnu Majah)

Jadilah Orang Berlumba Menuju Kepada Semua Kebaikan
Sebelum masuk waktu maghrib dalam setengah jam, seboleh-bolehnya bawalah satu plastik berisi kurma dan agihkannya kepada orang yang berada di sekitar anda sama ada di jalan-jalan atau di padang, agar anda beroleh ganjaran pahala orang yang berbuka dengan kurma yang anda berikan itu. Atau anda turut serta bergotong royong menyediakan makanan berbuka bersama-sama pihak yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا، كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الصَّائِمِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya:
Sesiapa memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa maka ia mendapat ganjarannya tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.(Riwayat Ahmad).

Apabila anda mendengar azan maghrib, bersegeralah anda berbuka walaupun dengan hanya beberapa biji kurma dan jika tiada maka bukalah walaupun teguk air. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ، وَأَخَّرُوا السُّحُورَ»
Maksudnya:
Umatku sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melambatkan bersahur. (Riwayat Ahmad)

Kemudian anda sembahyang maghrib secara berjemaah di masjid setelah itu balik semula ke rumah untuk makan malam bersama anak isteri ataupun ibu bapa anda. Jangan lupa juga bahawa orang yang berpuasa doanya mustajab. Dari itu, doalah untuk diri anda dan saudara anda seagama begitu juga untuk umat keseluruhannya agar diberi kemenangan dan keteguhan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ: دَعْوَةُ الصَّائِمِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ "
Maksudnya:
Tiga golongan yang mustajab doa mereka, iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang musafir dan doa orang yang dizalimi. (Riwayat al-Baihaqi)

Apabila selesai berbuka maka pujilah Allah atas nikmat tersebut. Kemudian bersedialah untuk sembahyang isyak dan terawih di masjid. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ، فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ.
Maksudnya:
Sesiapa sembahyang isyak secara berjemaah, ia seperti orang yang mendirikan setengah malam dan sesiapa yang sembahyang shubuh secara berjemaah, ia seperti orang mendirikan yang mendirikan malam keseluruhannya. (Riwayat Ahmad)

Setelah itu balik semula ke rumah untuk tidur lebih awal supaya boleh bangun pada satu pertiga malam yang akhir bagi sembahyang malam. Tetapi dalam masa yang masa jangan lupa terhadap zikir-zikir untuk tidur. Peliharalah diri agar tidur dalam keadaan bersuci dan zikir kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " طَهِّرُوا هَذِهِ الْأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللهُ، فَإِنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَبِيتُ طَاهِرًا إِلَّا بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ لَا يَنْقَلِبُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا "
Maksudnya:
Sucikanlah jasad ini pasti Allah sucikan kamu, kerana tiada seseorang hamba itu tidur dalam keadaan suci melainkan ia tidur bersama satu malaikat kerana tandanya, ia tidak berganjak walau sesaat pada waktu malam itu melainkan ia berkata: Ya Allah! Ampunkanlah hamba-Mu kerana ia tidur dalam keadaan bersuci. (al-Mu’jam al-Kabir Tabrani)

Bacalah setelah itu surah al-Kafirun kerana sesiapa membacanya ketika tidur, ia terpisah dari syirik. Sabda Rasulullah SAW:
«إِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ فَأَقْرَأْ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، ثُمَّ نَمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنَ الشِّرْكِ»
Maksudnya:
Apabila kamu berbaring, baca (surah al-Kafirun) kemudian tidur setelah baca habis kerana ia pemisah dari syirik. (Riwayat Ahmad).

Setelah itu baca pula surah al-Mulk dan peliharalah dengan sungguh-sungguh kerana ia di antara penyebab mendapat keampunan dan terlepas dari azab kubur. Bahkan ia di antara penyebab masuk syurga. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ قَالَ: " إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ، ثَلَاثُونَ آيَةً، شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ، وَهِيَ: {تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ} [الملك: 1] "
Maksudnya:
Sesungguhnya ada satu surah dari al-Quran, mengandungi 30 ayat, ia memberi syafaat untuk seseorang sehingga diampunkan bagi pembacanya iaitu: Surah al-Mulk. (Riwayat Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW juga:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سُورَةٌ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هِيَ إِلَّا ثَلَاثُونَ آيَةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ الْجَنَّةَ، وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ
Maksudnya:
Satu surah dari al-Quran, ia mengandungi 30 ayat, ia mempertahankan pembacanya sehingga dimasukkan ke dalam syurga iaitu surah Tabarak (al-Mulk). (al-Mu’jam al-Awsat).

Bacalah surah al-Ihklas dan al-Muauwizatain untuk memusnahkan penyakit hasad dengan izin Allah SWT. Dalam Shahihain daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ: " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ. يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ "
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidur, baginda menadah kedua tangannya, lalu menghembus pada keduanya, dibacakan padanya surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas. Setelah itu baginda menyapu kedua tangannya pada tubuhnya sekadar yang dapat dicapai tangan. Baginda memulakannya pada kepala, muka dan yang dapat dicapai dari tubuhnya. Baginda melakukan demikian sebanyak tiga kali.

Baca juga ayat al-Kursi agar dipelihara oleh Allah daripada syaitan. Syaitan berkata kepada Abu Hurairah RA: Apabila kamu berbaring pada tempat tidur, bacalah ayat al-Kursi

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
(surah al-Baqarah, ayat 255) hingga habis ayat itu kerana anda dipelihara oleh satu malaikat Hafazah dan syaitan tidak akan mendekatinya sehingga shubuh. Lalu baginda bersabda: Benar kamu sedang ia bohong (syaitan itu). (Riwayat al-Bukhari).

Baca dua akhir terakhir dari surah al-Baqarah. Dalam Shahihain, daripada Abu Masoud al-Anshari RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَنْ قَرَأَ الْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya:
Sesiapa membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah pada malam nescaya memadailah keduanya.

Terakhir
Apabila tiba 10 akhir bulan Ramadan, disunatkan kita mengikut perjalanan Nabi SAW iaitu iktikaf dalam masjid jika ada kesempatan untuk melakukannya. Dalam Shahihain daripada Aisyah RA, katanya bahawa Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 akhir daripada bulan Ramadan.

Dalam riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA, beliau menyatakan bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap bulan Ramadan 10 hari, manakala pada tahun kewafatan, baginda beriktikaf 20 hari. Demikian itu kerana untuk mendapatkan lailatul Qadar sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qadar. Begitu juga sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Sesiapa yang mendirikan lailatul Qadar dengan keimanan dan keikhlasan nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

Usahakan juga untuk memberikan senyuman, kebahagiaan serta kegembiraan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim melalui sumbangan harta daripada orang-orang berada kemudian diserahkan kepada mereka dalam bentuk makanan atau hamper. Serahkan kepada mereka agar mereka merasa bahagia manakala anda pula akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعَهُمْ لِلنَّاسِ، وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٍ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دِينًا، أَوْ تُطْرَدُ عَنْهُ جُوعًا….
Maksudnya:
Orang yang paling disukai oleh Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia, amalan yang paling disukai oleh Allah adalah menggembirakan orang Islam, atau menghilangkan kesusahan, atau melangsaikan hutang atau menghilangkan kelaparan mereka…(Riwayat al-Tabrani)


Semoga puasa Ramadan ini dan seterusnya membolehkan kita mendapat taqwa sebagai benteng dalam kehidupan di dunia ini.

Isnin, 16 April 2018

Menyambut Ramadan


Dengan apa kita menyambut Ramadan? Apakah persediaan untuk menyambut Ramadan? Dengan beli berbagai-bagai jus dan minuman? Dengan berjimat cermat dengan berbagai-bagai jenis makanan? Menyediakan dapur dan meja makan? Mengambil cuti kerja untuk tidur? Apakah ada cara-cara yang baik untuk menyambut bulan Ramadan?

Sepatutnya bagi seseorang Muslim itu,  jangan ia ketinggalan dalam merebut peluang untuk melaksanakan ketaatan pada musimnya. Hendaklah ia berlumba-lumba dan bersaing bagi mendahului yang orang lain.
Sebagaimana firman Allah SWT:
وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Maksudnya:
Dan untuk (memperoleh nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; (Surah al-Mutaffifin:26)

Sabda Rasulullah SAW:
افْعَلُوا الْخَيْرَ دَهْرَكُمْ، وَتَعَرَّضُوا لِنَفَحَاتِ رَحْمَةِ اللهِ، فَإِنَّ لِلَّهِ نَفَحَاتٍ مِنْ رَحْمَتِهِ يُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ، وَسَلُوا اللهَ أَنْ يَسْتُرَ عَوْرَاتِكُمْ، وَأَنْ يُؤَمِّنَ رَوْعَاتِكُمْ
Maksudnya:
Kamu semua buatlah kebaikan sepanjang masa
(Al-Mu’jam al-Kabir: al-Tabrani)


Menyambut Ramadan Dengan Perkara Berikut:
Pertama: Berdoa agar dapat berada dalam bulan Ramadan.
Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ
Sesungguhnya doa itu adalah ibadat. (al-Baihaqi: Syu’abul Iman)

Orang-orang terdahulu di kalangan orang soleh, mereka berdoa kepada Allah SWT agar mereka disampaikan kepada Ramadan setelah itu mereka berdoa agar amalan mereka diterima oleh Allah. Oleh itu, apabila tiba bulan Ramadan dan nampak anak bulan, hendaklah anda baca sebagaimana yang dibaca oleh Rasulullah SAW iaitu:
اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
Maksudnya:
Ya Allah, munculkanlah anak bulan kepada kami dengan kebaikan, iman, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah.(Musnad Abi Yakla)

Kedua: Memuji dan bersyukur kepada Allah atas kedatangan Ramadan.
Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Azkar: Ketahuilah bahawa sesungguhnya, disunatkan bagi sesiapa yang baru mendapat nikmat secara nyata atau yang terlepas dari bala secara nyata, agar ia sujud sebagai tanda syukur kepada Allah Taala atau ia memuji dengan kebaikan yang ia dapat.
Berapa ramai yang sembahyang di sebelah kita ketika bertarawih pada tahun yang lalu, sekarang ia terbaring di dalam tanah menantikan doa kebaikan untuknya. Jikalau kita tanya mereka inginkan? Semestinya mereka katakan, inginkan satu masa di bulan Ramadan, oleh itu bagaimana pula dengan anda berbandingan mereka?

Ketiga: Keriangan serta gembira
Telah dinyatakan dari Rasulullah SAW bahawa baginda menghebahkan kepada para sahabatnya dengan gembira berita kedatangan bulan Ramadan. Baginda bersabda:
قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ، افْتَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ...
Maksudnya:
Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan penuh berkat, difardukan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka Jahim… (Musnad Ahmad).

Begitulah keadaan orang terdahulu daripada kita dari kalangan para sahabat dan orang yang mengikut mereka dengan baik, mereka sangat mengambil berat dengan bulan Ramadan dan mereka gembira dengan kedatangannya. Manakah kegembiraan yang lebih besar dari berita hampir kedatangan bulan Ramadan? Sedangkan ia merupakan musim yang penuh dengan kebaikan dan rahmat. Bayangkanlah, ada tetamu anda yang dimuliakan, anda telah lama tidak berjumpa dengannya sejak setahun yang lalu, tiba-tiba ia datang berjumpa dengan anda. Apakah anda akan lakukan terhadapnya? Begitu juga lah tetamu anda bernama Ramadan, ia datang kepada anda. Bagaimana anda menyambutnya dengan amal soleh?

Keempat: Tanamkan azam yang benar untuk merebut serta mengimarahkan setiap masanya dengan amal soleh.
Sesiapa yang benar kerana Allah, Dia pasti menolong dan membantunya untuk melakukan ketaatan dan memudahkan untuknya jalan-jalan kebaikan.
Firman Allah SWT:
فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
Maksudnya:
Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka. (Muhammad:21).

Perhatikanlah para sahabat yang ikat perjanjian dengan Nabi SAW agar mendapat bahagian dalam perkara ini lalu diberi bahagian itu oleh Allah SWT kerana mereka jujur terhadap Allah. Bagaimana pula dengan anda terhadap Allah?

Kelima: Mempelajari ilmu dan berusaha memahami hukum-hukum berkait dengan Ramadan.
Diwajibkan berilmu ke atas setiap orang mukmin dalam beribadat kepada Allah SWT, tidak boleh seseorang itu berada dalam keadaan jahil terhadap fardu-fardu yang difardukan oleh Allah SWT. Demikian juga dengan puasa Ramadan, seseorang Muslim itu perlu mempelajari masalah-masalah dan hukum-hukumnya sebelum tiba masanya, agar puasa yang dilakukan itu betul serta diterima oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
Maka bertanyalah kamu kepada “Ahluz Zikri” jika kamu tidak mengetahui. (Al-Ambiyak:7).

Jangan anda lupa bahawa manusia itu ada tiga golongan iaitu orang alim, penuntut dan yang binasa. Oleh itu, di manakah kedudukan anda daripada golongan tersebut?

Keenam: Azam meninggalkan dosa, kejahatan, taubat yang benar dari semua dosa, tanggalkan ia daripadanya serta tidak kembali melakukannya semula.
Ramadan adalah bulan taubat, sesiapa yang tidak bertaubat padanya bila lagi ia akan bertaubat? Firman Allah:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur:31)

Ketujuh: Melakukan persediaan sebaik mungkin untuk berdakwah kepada Allah SWT di bulan ini, antaranya:

1-Sampaikan beberapa patah perkataan atau panduan dengan persediaan yang baik untuk disampaikan kepada para jemaah di masjid atau di tempat kerja. Jadilah diri anda sebagai seorang menyeru kepada Allah secara berilmu dan bukan sebagai seorang yang menyampaikan dengan keadaan jahil.

2- Edarkan buku-buku kecil, risalah-risalah ringkas, risalah-risalah fikah berkait dengan Ramadan kepada para jemaah yang hadir sembahyang dan juga masyarakat setempat.

3-Sediakan (sebagai hadiah bulan Ramadan), jika mampu gunakan sampul surat dan letakkan dalam sampul itu kesat-kesat ceramah atau buku-buku kecil dan tuliskan pada sampul itu “Hadiah Ramadan”.

4-Berikan tazkirah kepada fakir dan miskin dan hulurkan sumbangan untuk mereka sama ada hadiah, sedekah atau zakat.

Kelapan: Memulakan Ramadan dengan buku catatan peribadi yang bersih lagi mulia kepada Allah SWT dengan taubat yang benar.
Anda boleh perhatikannya melalui beberapa ayat al-Quran berikut ini: firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri. Al-Baqarah:222

Serta firman Allah SWT:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ
Maksudnya:
 “Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”. Tahrim:8.

Juga dalam firman Allah SWT:
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولَئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya:
 “Sesungguhnya penerimaan taubat itu di sanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. An-Nisak”17.

Dan juga melalui firman Allah SWT:
وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَنْ تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا
Maksudnya:
 “Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya”. An-Nisak:27.

Dalam melakukan lambaran baru bulan Ramadan ini, bolehlah anda memerhatikan beberapa hadis ini dan turut serta bersama dengan hamba-hamba Allah yang lain.

a-Daripada Qatadah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
إِنِّي لَأَتُوبُ فِي الْيَوْمِ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya:
Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari 70 kali. (Sunan al-Kubra  Lin Nasa’i)

Dan juga melalui sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَالَ:أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ثَلَاثًا، غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُهُ، وَإِنْ كَانَ فَارًّا مِنَ الزَّحْفِ
Maksudnya:
Sesiapa yang mengungkapkan:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Sebanyak tiga kali maka pasti diampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama dosa orang yang lari dari medan perang. ( al-Mustadrik ala as-Shahihain  lil Hakim).

b-Mulakan lambaran baru bersama Rasulullah SAW dengan melaksanakan ketaatan baginda sebagaimana  yang diperintahkan serta meninggalkan apa yang dilarang sama sekali.

c- Memulakan lambaran baru bersama ibu bapa, kaum kerabat, yang ada hubungan rahim, isteri, anak pinak dengan kebajikan dan hubungan.

d-Memulakan lambaran baru bersama masyarakat sekitar sehingga menjadi sebagai hamba yang soleh dan bermanfaat. Sabda Rasulullah SAW:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang lebih memberikan manfaat terhadap manusia. (Musnad as-Syihab al-Qadhāī)

Kesembilan: Puasa dengan penuh keikhlasan kerana Allah.
Firman Allah SWT:
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Maksudnya:
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". Al-Kahfi:110.

Dari maksud ayat di atas, ikhlas adalah roh kepada ketaatan dan kunci kepada penerimaan Allah ialah tiada sebarang kesyirikan dalam mengerjakan amal soleh. Ikhlas juga merupakan antara sebab seseorang itu mendapat pertolongan dan taufiqNya. Kekuatan niat, ikhlas, benar terhadap Allah SWT serta keinginan kebaikan merupakan pertolongan Allah kepada hambanya yang mukmin.


Kesepuluh: Berlapang dada terhadap sesama orang Islam.
Hendaklah jangan ada di antara anda dan orang Muslim yang lain permusuhan serta benci-membenci sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيْلَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ؛ إِلَّا مُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya:
Allah SWT menilik kepada semua makhluknya pada malam nisfu Syaaban lalu diampunkan untuk mereka semua kecuali orang yang musyrik atau orang yang bermusuhan. (As-Sunah Ibn Abi Ashim).

Kesebelas: Ambil berat terhadap kewajipan-kewajipan yang diwajibkan seperti sembahyang Subuh berjemaah dan juga kewajipan lain agar tidak berkurangan ganjaran pahala di bulan Ramadan dan berusahalah dengan kesungguhan agar mendapat ganjaran pahala dari kewajipan yang dilaksanakan sekuat kemampuan.

Kedua belas: Membiasakan diri dengan melakukan sembahyang malam, berdoa, dan membaca Al-Quran secara rutin setiap hari agar kita tidak menjadi lemah pada pertengahan bulan Ramadan. Sebagai tambahan lagi, peruntukan waktu-waktu tertentu untuk al-Quran sama ada selepas sembahyang lima waktu atau sebelumnya, atau pilih waktu di antara sembahyang Maghrib dan Isyak, atau pada waktu yang lain daripada itu sejak dari bulan Syaaban lagi, bulan Ramadan dan setelah Ramadan dengan izin Allah SWT. Ibn Abbas RA berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ
Maksudnya:
“Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahan baginda semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. Baginda didatangi Jibril pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran. Keadaan Rasulullah SAW ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, iaitu lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang”. (al-Bukhari & Muslim).

Ketiga belas: Bermuhasabah diri atas kecuaian yang dilakukan dalam membenarkan dua kalimah syahadah atau kecuaian dalam melakukan kewajipan begitu juga kecuaian dalam tidak meninggalkan apa yang diingini syahwat dan subahat. Dari situ, anda boleh membaiki kekurangan dalam menjalani ibadat di bulan Ramadan dengan keimanan yang tinggi. Iman itu bertambah dan berkurang. Ia bertambah dengan sebab ketaatan dan berkurang dengan sebab maksiat. Ia boleh bertambah membesar bagaikan gunung dan boleh berkurang sehingga tiada tinggal sesuatu apa pun (Ibnu Uyainah).

Keempat belas: Hati hendaklah sejahtera daripada syirik, kekufuran, bidaah dan inginkan yang berkualiti.
Firman Allah SWT:
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Maksudnya:
 "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Al-Syu’arak:88-89).

Dan firman Allah SWT:
وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ (83) إِذْ جَاءَ رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (84)
Maksudnya:
Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim, ketika ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni. Al-Shaffat:83-84.

Kelima belas: Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، إِلَّا أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ
Maksudnya:
Sesiapa yang memberi makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dituliskan untuknya ganjaran seumpamanya tanpa mengurang pahala orang yang berpuasa. (Sunan al-Darimi).
Dalam masa yang sama jangan anda melupakan orang-orang fakir miskin apabila melakukan amalan-amalan yang disukai oleh Allah iaitu dengan memasukkan kegembiraan dalam hati orang Islam. Tidak diragukan lagi, bahawa menggembirakan orang-orang fakir miskin di bulan Ramadan merupakan amalan yang disukai oleh Allah SWT.


Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang diberikan hidayah untuk beramal dengannya.