Isnin, 9 Januari 2012

Surat Terbuka Untuk Kanda....

Surat kelima:

Pertolongan

Suamiku,

wahai yang berjiwa besar…

Wahai yang kuat tenaga disamping dinda…

Benarkanlah dinda hadiahkan hadis yang mulia ini:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا سُئِلَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَخِيطُ ثَوْبَهُ وَيَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيَعْمَلُ مَا يَعْمَلُ الرِّجَالُ فِي بُيُوتِهِمْ[1]

Maksudnya:

Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW, baginda membuat kerja di rumahnya, katanya lagi, baginda menjahit bajunya, menampal sandalnya. Baginda berbuat kerja sebagaimana lelaki-lelaki yang lain dalam rumah mereka.

Dinda berkata dalam hati, suamiku menyintai Allah, menyintai Rasulullah SAW dan aku yakin kalau suamiku tahu tentang hadis ini pasti dialah di antara orang-orang yang pertama melaksanakannya.

Suami dinda:

Perkhidmatan dinda untuk kanda adalah sebagai jalan bagi dinda masuk Syurga. Inilah yang mendorong dinda untuk berkhidmat kepada kanda tetapi dinda juga berharap agar dapat melihat kanda sekali-sekala dan bukannya selalu, kanda mencuci baju kanda atau menyapu sampah di rumah kanda ini…

Maafkan dinda, dinda tidak maksudkan yang demikian itu sebagai perintah, tidak, tidak sama sekali bahkan terpulanglah kepada kanda…

Tetapi diharapkan kepada kanda, jadikanlah dinda ini seperti cermin, agar dinda rasa kanda dekat dengan dinda dan juga cinta kanda pada dinda..

Apa yang kanda lakukan ini akan mendorong dinda lebih setia lagi melakukan apa yang kanda sukai...

Dinda tidak lupa bahawa kanda juga ada melakukan sebahagian daripadanya itu tetapi dinda cuma ingatkan kanda agar ikhlas mendapat ganjaran pahala…

Kerana semulia-mulia makhluk SAW, baginda juga membantu ahli keluarganya dalam menguruskan rumah tangga.



[1] مسند أحمد (50/ 412)

Rabu, 4 Januari 2012

Surat Terbuka Untuk Kanda....

Surat Keempat

Prabola

Di antara perkara yang menyedihkan dinda bahkan merosakkan dinda ialah set peralatan yang keji itu- (parabola)

Set peralatan keji itulah yang menumbuhkan kesukaan syahwat

Set peralatan keji itulah yang mencetuskan punca kejahatan dalam jiwa dinda

Ya, ia menghilangkan kesucian fitrah dinda yang dibina selama ini

Ya, ia menyebabkan dinda mencuaikan sembahyang kerananya...

Ia menjadikan dinda semakin jauh daripada Allah Ta'ala...

Dinda merasa sempit dada…

Kanda tidak tahu berapa kali dinda didatangi syaitan untuk mengangkat gengam telepon

Mencari orang yang boleh mengisi perasaan cinta dan keasyikannya…

Bahkan demi Allah! Dinda telah dilintasi perasaan untuk keluar dari rumah bagi mencari seorang pemuda agar dinda dapat bersamanya menikmati keseronokan keasyikan yang dinda telah lihat dalam filem itu…

Suami dinda yang dikasihi:

Pernahkah kanda dengar satu kisah anak dara yang keluar dari rumahnya setelah larut malam, selepas ia menonton filem secara percuma…

Dinda lihat seorang pemuda dengan keretanya berhenti lalu anak dara naik bersamanya...

Tetapi kerana nasibnya baik, pemuda itu pula dikalangan orang yang takutkan Allah Ta'ala…

Pemuda itu berkata, aku bawanya bersamaku ke rumahku lalu aku bawakan kepada isteriku kemudian aku tanya dia tentang sebab ia keluar daripada rumahnya…

Ia berkata dalam keadaan air mata berderai mengalir keluar: saya telah menonton satu filem dan saya tidak dapat menahan kesabaran serta tidak mampu mengawal gelora jiwa, lalu saya ingin untuk menemui mana-mana pemuda yang dapat melakukan sebagaimana yang dilakunkan itu…

Lalu pemuda itu mengambil nombor telefon dan menefon ibubapa anak dara itu dan berkata:

Assalamu alaikum, pakcik bapa kepada si fulanah ?

Bapa anak dara: Ya... siapa kamu? Apa yang kamu lakukan dengannya? Adakah pakcik sedang mencarinya?

Saya akan hubungi pakcik dalam beberapa minit lagi.

Si bapa hampir pengsan, betul itu anak saya... saya mencarinya tetapi tidak jumpa.

Setelah beberapa ketika... pemuda itu menghubungi bapa anak dara itu semula. Pakcik dah jumpa dia?

Kata si bapa... siapa kamu? Mana anak saya?

Kata pemuda itu: anak pakcik selamat... tetapi saya tidak akan serahkan anak dara ini melainkan setelah pakcik pecahkan set peralatan prabola itu dahulu.

Kata si bapa: saya akan buat sebagaimana yang kamu mahukan...

Pemuda itu membawa bersama isterinya dan anak dara itu lalu berhenti menunggu di hadapan rumah bapa kepada anak dara itu lalu ia berkata, Assalamu alaikum... anak pakcik tak kena apa-apa, alhamdulillah, pakcik tak perlu risau... yang perlu risau adalah diri pakcik sendiri...

Suami dinda/ dinda adalah perempuan yang lemah, mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan dengar oleh jangan kanda biarkan syaitan merosakkan iman dinda dan merosakkan kehidupan dinda…

Buanglah set peralatan (parabola) itu. Demi Allah, dinda tidak nampak kebaikannya sejak ia dimasukkan ke sini...