Surat kelima:
Pertolongan
Suamiku,
wahai yang berjiwa besar…
Wahai yang kuat tenaga disamping dinda…
Benarkanlah dinda hadiahkan hadis yang mulia ini:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا سُئِلَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَخِيطُ ثَوْبَهُ وَيَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيَعْمَلُ مَا يَعْمَلُ الرِّجَالُ فِي بُيُوتِهِمْ[1]
Maksudnya:
Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW, baginda membuat kerja di rumahnya, katanya lagi, baginda menjahit bajunya, menampal sandalnya. Baginda berbuat kerja sebagaimana lelaki-lelaki yang lain dalam rumah mereka.
Dinda berkata dalam hati, suamiku menyintai Allah, menyintai Rasulullah SAW dan aku yakin kalau suamiku tahu tentang hadis ini pasti dialah di antara orang-orang yang pertama melaksanakannya.
Suami dinda:
Perkhidmatan dinda untuk kanda adalah sebagai jalan bagi dinda masuk Syurga. Inilah yang mendorong dinda untuk berkhidmat kepada kanda tetapi dinda juga berharap agar dapat melihat kanda sekali-sekala dan bukannya selalu, kanda mencuci baju kanda atau menyapu sampah di rumah kanda ini…
Maafkan dinda, dinda tidak maksudkan yang demikian itu sebagai perintah, tidak, tidak sama sekali bahkan terpulanglah kepada kanda…
Tetapi diharapkan kepada kanda, jadikanlah dinda ini seperti cermin, agar dinda rasa kanda dekat dengan dinda dan juga cinta kanda pada dinda..
Apa yang kanda lakukan ini akan mendorong dinda lebih setia lagi melakukan apa yang kanda sukai...
Dinda tidak lupa bahawa kanda juga ada melakukan sebahagian daripadanya itu tetapi dinda cuma ingatkan kanda agar ikhlas mendapat ganjaran pahala…
Kerana semulia-mulia makhluk SAW, baginda juga membantu ahli keluarganya dalam menguruskan rumah tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan