Khamis, 31 Mei 2012

Surat terbuka buat kanda

Surat Kesembilan:

Ibu mana ayah?

Kandaku/ dinda hadiahkan kisah ini….

Kanda bacalah sebelum masuk tidur, lepas itu dinda tidak jangkakan kanda akan boleh tidur…


Kandaku:

Ada satu keluarga hidup dalam lingkungan tertutup dan tenang, tetapi ayahnya seorang yang sibuk berusaha mencari rezeki. Si ayah itu tidak pulang ke rumah kecuali setelah larut malam. Pada suatu malam dia di datangi syaitan lalu berkata mengapa kamu tidak berikan anak-anak kamu parabola agar mereka mengisi masa lapang mereka… mungkin mereka juga merasa bosan sebab berjauhan daripada kamu?

Lalu disambutnya cadangan syaitan itu dan di sediakan parabola perosak itu untuk keluarganya yang terpelihara.

Mulalah babak-babak siaran parabola memasukan jarum racunnya di rumah yang penghuninya berhati bersih dari kotoran-kotoran.

Lalu bangkitlah naluri yang ada pada salah seorang daripada anak perempuannya, menyalalah nafsu syahwatnya, lalu ia mula mencari teman agar dapat bertukar-tukar perasaan cinta dan keasyikan...

Mulalah ia mengangkat gengaman telefon sebagai perantaraan dan tenggelamlah ia dalam dunia manusia yang buas…

Aku cinta padamu dan sang lelaki pun mencintainya... aku asyik padanya dan dia asyik padanya… setelah itu berlakulah pertemuan yang tidak dapat ditahankan lagi…

Bapanya menghantarnya ke kuliah dan meninggalkannya.. bapanya meninggalkannya tanpa mengetahui bahawa ia telah membiarkan anaknya suci yang ditatang bagaikan menatang air penuh… ketika itu bauya darat sedang menantikan mangsanya…

Ia naik kereta bersamanya sedangkan syaitan adalah yang ketiga… apa yang akan kamu sangka kesudahannya…?

Mulalah babak-babak drama yang mengaibkan, memalukan, menanggalkan, kecintaan… tanpa pertimbangan…

Kereta dipandu ke rumah- (untuk memuaskan keinginan yang memalukan)

Pintu dibuka… ia masuk bersamanya sesudah menanggalkan semua sifat malu, agama, dan ketakutannya kepada Allah Tuhan sekalian alam…

Berlakulah perkara yang sebelum ini tidak pernah berlaku padanya…

Selepas itu ia terdiam… menangis… mengalir air yang dari hati dan bukan dari matanya...

Alangkah memalukan… alangkah azabnya neraka… tiba-tiba… tenanglah saying, aku akan kahwin denganmu secepat yang mungkin, dalam beberapa hari lagi…

Sang buaya itu menipunya dan dia tertipu… ia kembali dengan membawa dosa yang besar…

Mana dia cinta yang mengasyikkan itu, mana cinta yang mendalam itu, wahai yang tertipu??

Setelah ia masuk rumah… hari-hari terus berlalu… kini ia merasa sakit..

Bapanya menjenguk...

Katanya: saya sakiiiit.. lalu dibawakan ke hospital...

Darah analisis...

Datang jururawat terus kepada sang bapa... tahiah anak anda telah hamil...

Anak saya hamil... oh! Tidaaaaakkk...

Bagaikan kilat sang bapa itu terkejut… sang bapa terus menangis dan memukul anaknya itu…

Kalau nak diikutkan hati ia ingin membunuh anak atau membunuh janinnya… tetapi ia tidak mati…

Bertalu-talu pukulan menyebabkan janin hampir terkeluar...

Dimasukan ke hospital dan setelah berlalu beberapa ketika.. janin keluar.. keluar yang memalukan.. tapi sebenarnya yang keluar itu adalah kesalahan..

Skandal muncul..

Si ibu masuk lalu berkata anaknya.. wahai ibuku, mana ayah?

...............................


Kandaku/ inilah kisah yang ingin dinda ceritakan pada kanda...

Cukuplah berlari di belakang puting beliuang, cukup mengajar harta sedangkan ia menyebabkan kami celaka…

Kandaku...

Jika kisah ini ada maka ingatkanlah kami agar kami tidak termasuk dalam orang yang ada dalam cerita ini...

Kandaku… kami inginkan kamu bukan harta kamu… kami inginkan kamu bukan rumah kamu... kami inginkan kamu bersama kami di rumah... mana dia kasih sayang kamu pada kami...???

kami tidak melihatnya.......

anak-anak kamu, mereka mengadu kerana kamu banyak keluar... kalaulah kamu tahu betapa banyak musibah yang berlaku ketika kamu tiada di rumah, pasti kamu tahu betapa berharganya kamu duduk di rumah.

Dinda harap kanda fikirlah dengan sebaik-baiknya dalam menjaga, berada di rumah bersama kami... sebelum kanda mendengar berita yang tidak menyeronokan kanda....

Rabu, 30 Mei 2012

Untuk kanda

Sebelumku teruskan nota ini: buat para pembaca, saya mohon maaf kerana mungkin anda kecewa disebabkan blog ini dah lama tidak update, ini berlaku kerana kesibukkan saya dalam menjalani kehidupan seharian... surat untuk kekanda; suami yang tercinta akan ada sebanyak 27 pucuk surat oleh itu diharap dapat bersabar... sikit-sikit lama-lama jadi bukit..


Surat kelapan



Rezeki Yang Halal

Kanda/ Tidak diragukan lagi bahawa semua wanita memang sangat suka pakai pakaian yang terbaik dan tercantik dan ia ingin memperlihatkannya kepada anak-anaknya. Lagi pun ada banyak kemudahan terhadap semua apa yang mereka inginkan daripada kehidupan dunia ini…

Ya! Memang kami sangat sukakan semua itu. Ini adalah fitrah seorang insan.

Firman Allah:

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Maksudnya:

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! Al-Fajr:20.

Tetapi ia bukan bermaksud kanda mencari harta dari mana sahaja atau dengan cara apa sahaja, tanpa mengambil kira sama ada halal atau haram....

Takutlah Allah wahai kandaku, terhadap apa yang kanda berikan kami makan, dan takutlah Allah dengan apa yang kanda bawakannya masuk ke dalam rumah kita…

Sesungguhnya satu ringgit halal lebih baik daripada yang haram....

Kami memang ingin kesenangan hidup dari saraan hidup dan kemudahannya dengan syarat hendak ianya halal...



Dinda ada terdengar perbualan kanda melalui telefon, bahawa kanda ada menjalankan perniagaan. Dinda juga terdengar dari kanda yang menunjukan ada tanda-tanda kanda akan mengikut jalan yang haram untuk mendapatkannya seperti menipu, bohong dan tipu-helah.

Kandaku/ ingat perkataan ini: Kami mampu bersabar dengan kelaparan dan kami tidak mampu bersabar dengan azab neraka...

Carilah yang halal kerana yang halal baik lagi banyak keberkatan, dan Allah tidak menerima melainkan yang baik sahaja. Kami pula tidak hendakkan kekayaan jika sumbernya syubhah lebih-lebih lagi jika ianya haram...

Mengapa dinda lihat kanda agak cemas dalam mengumpulkan harta sana-sini???

Lama tak lama kanda tetap akan dapat apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kanda... dan mengapa kanda tidak mengangkat kedua belah tangan menadah kepada Allah Ta'ala sebelum kanda membuat keputusan berniaga... kanda berdoa kepada Allah Ta'ala dan minta petunjukNYa.

Janganlah bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki, tetapi bertawakallah kepada Allah dengan sepenuh harapan. Namun, dalam masa yang sama tawakal mestilah disertai dengan ikhtiar menurut keupayaan sendiri. Ikhtiar juga mestilah di dalam batas-batas yang dibenarkan syarak. Kekuatan tawakal dan kegigihan ikhtiar, insya Allah kita tidak akan kecewa kerana Allah yang menghidupkan kita dan Ia menyediakan rezeki untuk kita manakala kita pula perlu menggerakkan anggota kita untuk mendapatkannya.