Sebelumku teruskan nota ini: buat para pembaca, saya mohon maaf kerana mungkin anda kecewa disebabkan blog ini dah lama tidak update, ini berlaku kerana kesibukkan saya dalam menjalani kehidupan seharian... surat untuk kekanda; suami yang tercinta akan ada sebanyak 27 pucuk surat oleh itu diharap dapat bersabar... sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
Surat kelapan
Rezeki Yang Halal
Kanda/ Tidak diragukan lagi bahawa semua wanita memang sangat suka pakai pakaian yang terbaik dan tercantik dan ia ingin memperlihatkannya kepada anak-anaknya. Lagi pun ada banyak kemudahan terhadap semua apa yang mereka inginkan daripada kehidupan dunia ini…
Ya! Memang kami sangat sukakan semua itu. Ini adalah fitrah seorang insan.
Firman Allah:
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
Maksudnya:
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! Al-Fajr:20.
Tetapi ia bukan bermaksud kanda mencari harta dari mana sahaja atau dengan cara apa sahaja, tanpa mengambil kira sama ada halal atau haram....
Takutlah Allah wahai kandaku, terhadap apa yang kanda berikan kami makan, dan takutlah Allah dengan apa yang kanda bawakannya masuk ke dalam rumah kita…
Sesungguhnya satu ringgit halal lebih baik daripada yang haram....
Kami memang ingin kesenangan hidup dari saraan hidup dan kemudahannya dengan syarat hendak ianya halal...
Dinda ada terdengar perbualan kanda melalui telefon, bahawa kanda ada menjalankan perniagaan. Dinda juga terdengar dari kanda yang menunjukan ada tanda-tanda kanda akan mengikut jalan yang haram untuk mendapatkannya seperti menipu, bohong dan tipu-helah.
Kandaku/ ingat perkataan ini: Kami mampu bersabar dengan kelaparan dan kami tidak mampu bersabar dengan azab neraka...
Carilah yang halal kerana yang halal baik lagi banyak keberkatan, dan Allah tidak menerima melainkan yang baik sahaja. Kami pula tidak hendakkan kekayaan jika sumbernya syubhah lebih-lebih lagi jika ianya haram...
Mengapa dinda lihat kanda agak cemas dalam mengumpulkan harta sana-sini???
Lama tak lama kanda tetap akan dapat apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kanda... dan mengapa kanda tidak mengangkat kedua belah tangan menadah kepada Allah Ta'ala sebelum kanda membuat keputusan berniaga... kanda berdoa kepada Allah Ta'ala dan minta petunjukNYa.
Janganlah bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki, tetapi bertawakallah kepada Allah dengan sepenuh harapan. Namun, dalam masa yang sama tawakal mestilah disertai dengan ikhtiar menurut keupayaan sendiri. Ikhtiar juga mestilah di dalam batas-batas yang dibenarkan syarak. Kekuatan tawakal dan kegigihan ikhtiar, insya Allah kita tidak akan kecewa kerana Allah yang menghidupkan kita dan Ia menyediakan rezeki untuk kita manakala kita pula perlu menggerakkan anggota kita untuk mendapatkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan