Rabu, 11 Julai 2012

Program Harian Bagi Yang Puasa Bulan Ramadhan


Program selepas masuk waktu Subuh

1-Jawab azan subuh dan doa agar memperolehi syafaat:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatannya.

2-Sembahyang sunat subuh di rumah dua rakaat

عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Dua rakaat sembahyang sunat subuh itu lebaik daripada dunia dan isi-isinya.

" و قد قرأ النبي صلى الله عليه و سلم في ركعتي الفجر قل يا أيها الكافرون وقل هو الله أحد

Maksudnya:
Bacaan dalam sembahyang sunat iaitu pada rakaat pertama al-Kafirun dan pada rakaat kedua surah al-Ikhlas.

3-Sembahyang subuh di masjid secara berjemaah bagi lelaki dengan mendatanginya pada awal waktu.
Sabda Rasulullah SAW:

...وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya:
… kalaulah mereka tahu apa yang ada pada sembahyang Isyak dan Subuh pasti mereka akan datang walaupun terpaksa merangkak.

عَنْ بُرَيْدَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya:
Daripada Buraidah katanya Rasulullah SAW bersabda: Berikan berita gembira kepada orang yang berjalan dalam gelap ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari Kiamat.

4-Sibukkan diri dengan doa, zikir, bacaan al-Quran hingga iqamah:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Doa tidak tertolak ketika di antara azan dan iqamah.

5-Duduk di dalam masjid bagi lelaki atau wanita:

- Untuk membaca zikir dan zikir-zikir waktu pagi

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا صَلَّى الْفَجْرَ جَلَسَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ حَسَنًا

Maksudnya:
Daripada Jabir bin Samurah katanya bahawa Rasulullah SAW apabila baginda selesai sembahyang Subuh, baginda duduk di dalam masjid hingga terbit matahari sebaiknya.


- Membaca al-Quran

Firman Allah:

إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Maksudnya:
Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Al-Israk:78.

Duduklah pada satu tempat dalam masjid untuk membaca al-Quran:
- Membaca setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan.
- Membaca satu Hizb bagi yang ingin khatam dua kali dalam bulam Ramadhan
- Membaca astu setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran tiga kali dalam bulan Ramadhan
- Bagi sesiapa yang mampu hendaklah menambah labih daripada itu agar mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah… Insya Allah.

- Selepas terbit matahari hingga segalah, sembahyang dua rakaat dengan penuh perasaan agar mendapat ganjaran pahala dan ganjaran pahala Umrah serta haji yang sempurna.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik katanya, rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang subuh berjamaah kemudian ia duduk sehingga terbit matahari lalu ia sembahyang dua rakaat maka baginya ganjaran haji dan umrah. Anas berkata, Rasulullah sAW bersabda: Sempurna, sempurna, sempurna.

Perhatian: Boleh sunat Isyrak ataupun Dhuha.
Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.


Program selepas keluar masjid
1-Tidur dengan harapan untuk mendapat ganjaran pahala:

قال معاذ بن جبل رضي الله عنه : " إني لأحتسب في نومتي كما أحتسب في قومتي".

Maksudnya:
Kata Muaz bin Jabal: Aku tidur dengan harapan mendapat pahala sebagaimana aku tidak tidur

2-Melaksanakan sembahyang sunat Dhuha walaupun hanya dua rakaat:


عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Maksudnya:
Daripada Abu Zaar katanya, Rasulullah SAW bersabda: Pada pagi, setiap sendi dari kalangan kamu perlu diberikan sedekah, setiap tasbih adalah satu sedekah, setiap satu tahmid adalah satu sedekah, setiap satu tahlil adalah satu sedekah, setiap satu takbir adalah satu sedekah, menyuruh pada satu perkara makruf adalah satu sedekah dan mencegah satu perkara mungkar adalah satu sedekah. Dan diberikan ganjaran yang demikian itu dengan dua rakaat Dhuha.

3-Pergi bekerja atau belajar dengan mengharapkan pahala padanya:

عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

Maksudnya:
Daripada al-Miqdar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Seseorang itu tidak sesekali makan makanan yang lebih baik melainkan makan makanan daripada pekerjaan tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud baginda makan dengan hasil usaha tangannya sendiri.

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Maksudnya:
Sesiapa yang melalui satu jalan pada menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya satu jalan ke Syurga.

4-Sibukkan diri dengan zikir kepada Allah sepanjang hari:
Firman Allah:

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya:
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'adu:28.

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ، قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى؟ قَالَ:"أَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطْبٌ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ"

Maksudnya:
Daripada Muaz bin Jabal RA katanya, aku tanya Rasulullah SAW: Mana satu amalan yang lebih disukai oleh Allah? Rasulullah SAW bersabda: iaitu bahawa kamu mati sedang lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah.


Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.

Program selepas masuk waktu zohor
1-Jawab azan dan doa serta melaksanakan secara berjemaah di masjid.
2-Laksanakan sembahyang sunat rawatib zohor empat rakaat sebelum sembahyang zohor dan selepasnya dua rakaat.

أُمَّ حَبِيبَةَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya:
Ummu Habibah RA katanya, aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang dua belas rakaat dalam sehari semalam selain daripada sembahyang fardhu maka dibinakan baginya sebuah mahligai di dalam Syurga.

Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.



Program selepas masuk waktu Ashar
1-Jawab azan dan doa serta melaksanakan secara berjemaah di masjid.
2- Duduklah pada satu tempat dalam masjid untuk membaca al-Quran:

- Membaca setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan.
- Membaca satu Hizb bagi yang ingin khatam dua kali dalam bulam Ramadhan
- Membaca astu setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran tiga kali dalam bulan Ramadhan
- Bagi sesiapa yang mampu hendaklah menambah labih daripada itu agar mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah… Insya Allah.

3-Mendengar kuliah di masjid (biasanya pada waktu Subuh ada kuliah):
Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ:"مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ".

Maksudnya:
Sesiapa yang ke masjid, ia tidak inginkan apa-apa melainkan untuk belajar kebaikan atau untuk mengetahuinya maka baginya ganjaran haji yang sempurna yang telah ia hajikannya.

4- Adakan satu masa rehat secara sedarhana dengan niat yang baik:
Sabda Rasulullah SAW:

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " وإن لبدنك عليك حق " .

Maksudnya:
Sesungguhnya pada badan kamu itu ada hak

Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.


Program hampir masuk waktu Maghrib

1-Laksanakan beberapa perkara berikut secara agersif:


- Ambil berat urusan rumah tangga dan keluarga
- Ulangkaji
- Hafaz beberapa ayat al-Quran
- Dengar rakaman khutbah, cermah, nasihat, motivasi dan lain-lain.
- Tolong-menolong dalam menyediakan juadah buka puasa di masjid

2-Sibokan diri dengan doa:
Sabda Rasulullah SAW:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الدعاء هو العبادة "

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Doa itu adalah ibadat.

Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.


Program selepas terbenam matahari

1-Jawab azan dan doa.
2- Buka puasa dengan berberapa biji kurma segar atau kurma kering atau air sahaja dengan harapan mengikut sunnah diikuti dengan doa buka puasa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ: ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya:
Adalah Rasulullah SAW apabila baginda membuka puasa, baginda membaca:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

(Telah hilang dahaga dan telah betul urat dan mendapat ganjaran insya Allah).

3-Laksanakan sembahyang secara berjemaah di masjid bagi lelaki.
4-Laksanakan sunat rawatib dua rakaat Maghrib
5-Berkumpul dengan ahli keluarga pada makanan untuk berbuka bagi menyukuri nikmat Allah di atas kesempurnaan puasa hari berkenaan.
6-Baca zikir-zikir waktu petang.
7- Bersedia untuk melaksanakan sembahyang Isyak serta terawih dengan berwuduk dan memakai bau-bauan harum (bagi lelaki sahaja) lalu melangkahkan kaki ke masjid seboleh-boleh dengan berjalan jika masjid dekat:


Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ الأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

Maksudnya:
Daripada al-Asy'ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana perempuan yang memakai minyak wangi dan ia lalu pada satu kumpulan lelaki dan mereka tercium baunya maka ia ada penzina.

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الآخِرَةَ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana perempuan yang mengasapkan asap wangi maka jangan ia sembahyang Isyak bersama kami.

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلْيَخْرُجْنَ تَفِلاتٍ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Jangan larang wanita-wanita ke masjid-masjid Allah dan pastikan mereka tidak berwangi-wangian.

Rasulullah SAW bersabda:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian ia berjalan ke salah satu daripada rumah Allah untuk melaksanakan satu daripada fardhu-fardhu Allah maka baginya selangkah dihapuskan dosa dan selangkah lagi diangkat darjat.

Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.

Program selepas masuk waktu Isyak

1-Jawab azan dan doa serta melaksanakan sembahyang Isyak secara berjemaah di masjid.
2- Laksanakan sunat rawatib isyak dua rakaat
3- Laksanakan sembahyang terawih secara berjemaah hingga habis di masjid

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ".

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang bersama imam sehingga selesai maka dituliskan baginya pahala Qiyamullail

4-Duduklah pada satu tempat dalam masjid untuk membaca al-Quran:
- Membaca setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan.
- Membaca satu Hizb bagi yang ingin khatam dua kali dalam bulam Ramadhan
- Membaca astu setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran tiga kali dalam bulan Ramadhan
- Bagi sesiapa yang mampu hendaklah menambah labih daripada itu agar mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah… Insya Allah.

5-Laksanakan salah satu perkara berikut dengan beberapa yang boleh:
- Duduk dengan keluarga
- Hubung silaturrahim
- Berbual-bual berkaitan dengan ramadhan yang ada matlamat
- Dengar khutbah
- Dengar nasihat
- Dengar tazkirah
- Berdakwah melalui internit atau sebagainya
- Ulangkaji
- Hafaz al-Quran

Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.

Program Apabila satu pertiga malam yang akhir
1- Melaksanakan sunat Tahajjud dengan memanjangkan rukuk serta sujud dan melaksanakannya secara berjemaah pada sepuluh akhir ramadhan.
2- Melaksanakan sembahyang sunat witir sekiranya tidak sembahyang secara berimam.

Sabda Rasulullah SAW:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ".

Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang bersama imam sehingga selesai maka dituliskan baginya pahala Qiyamullail

3- Membaca al-Quran:
- Membaca setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan.
- Membaca satu Hizb bagi yang ingin khatam dua kali dalam bulam Ramadhan
- Membaca astu setengah Hizb bagi yang ingin khatam al-Quran tiga kali dalam bulan Ramadhan
- Bagi sesiapa yang mampu hendaklah menambah labih daripada itu agar mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah… Insya Allah.

4-Sahur dengan niat memperhambakan diri kepada Allah dan melaksanakn sunnah:

أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bersahurlah kamu kerana padanya ada keberkatan

5-Duduk untuk berdoa dan istighfar sehingga azan Subuh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Allah menurunkan rahmatNya setiap malam ke langit dunia ketika satu pertiga malam yang terakhir. Sesiapa yang berdoa padaKu pasti dimustajabkannya, sesiapa yang memintaKu pasti diberi dan sesiapa yang meminta keampunan pasti diampunkan padanya.

Ingatan: Hadirkan niat untuk melakukan kebaikan yang banyak sepanjang Ramadhan.

Tiada ulasan: