Imam Ahmad bercerita: Saya berjalan melalui satu lorong yang biasa saya
lalui, tiba-tiba terserempak dengan seorang peragut meragut seseorang.
Pada suatu ketika yang lain pula saya ternampak peragut itu sedang
sembahyang di sebuah masjid. Saya pergi kepadanya dan saya berkata: ini bukan
kerja yang sesuai bagi seorang hamba Allah. Allah tidak terima sembahyang ini
kerana amalan kamu itu.
Peragut itu berkata: Wahai Imam… di antaraku dan Allah ada banyak pintu
yang tertutup. Tapi saya ingin membiarkan satu pintu sentiasa terbuka.
Setelah berlalu beberapa bulan saya pergi menunaikan fardhu haji dan
pada ketika saya sedang bertawaf, saya terlihat seseorang yang sedang berpaut
pada kelambu ka'abah dan ia berkata: Ya Allah! Daku bertaubat kepada Engkau…
kasihanilah daku… daku tidak akan ulangi lagi maksiat kepadaMu… saya perhatikan
betul-betul orang yang sedang bermunajat kepada TuhanNya itu dan saya dapati
orang itu adalah peragut tersebut.
Lalu hati saya berkata:
Membiarkan satu pintu sentiasa terbuka menyebabkan semua pintu yang lain terbuka.
Oleh itu jangan sesekali kamu
menutup semua pintu di antara kamu dan Allah walaupun kamu seorang ahli maksiat
dan melakukan banyak maksiat, moga-moga pintu yang satu itu menyebabkan
pintu-pintu yang lain terbuka untuk kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan