Sabtu, 30 Mei 2015

Rahsia disuruh membaca surah al-Kahfi pada setiap Jumaat.

  
Sabda Rasulullah SAW:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من قرأ سورة الكهف كما أنزلت ، كانت له نورا يوم القيامة من مقامه إلى مكة ، ومن قرأ عشر آيات من آخرها ثم خرج الدجال لم يسلط عليه ، ومن توضأ ثم قال : سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك كتب في رق ، ثم طبع بطابع فلم يكسر إلى يوم القيامة »
Maksudnya:
Sesiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana diturunkan maka baginya cahaya pada hari Kiamat dari tempatnya hingga ke Mekah. Sesiapa yang membaca 10 ayat dari akhirnya kemudian keluar Dajjal, maka ia tidak akan dikuasainya dan sesiapa yang berwuduk kemudian membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Ditulis baginya dalam lembaran kulit kemudian dicap seta ia tidak rosak hingga hari Kiamat.

الراوي: أبو سعيد الخدري  -  خلاصة الدرجة: إسناده صحيح  -  المحدث: الألباني  -  المصدر: إرواء الغليل  -  الصفحة أو الرقم: 3/94

Sabda Rasulullah SAW:
من حفظ عشر آيات من أول سورة الكهف ، عصم من الدجال
Maksudnya:
Sesiapa yang menghafal 10 ayat pertama dari awal surah al-Kahfi maka ia dipelihara daripada Dajjal.

الراوي: أبو الدرداء  -  خلاصة الدرجة: صحيح  -  المحدث: مسلم  -  المصدر: المسند الصحيح  -  الصفحة أو الرقم: 809


Empat kisah dalam surah al-Kahfi

Ahli Gua

Kisah orang-orang muda yang hidup dalam negera kafir, mereka berazam berhijrah dan melarikan diri bersama agama mereka setelah berhadapan dengan kaum mereka.

Kesudahan cerita:
Mereka dipelihara oleh Allah dengan rahmatNya dan mereka dilindungi matahari. Apabila mereka terjaga daripada tidur, mereka mendapati bahawa penduduk seluruhnya telah beriman.

Cerita ada kaitan dengan fitnah agama dan jalan penyelesaian dengan sahabat-sahabat yang baik.
                

Pemilik kebun

Kisah berkenaan seorang lelaki yang diberi nikmat oleh Allah Taala lalu ia lupa dengan pemberi kurniaan tersebut, lalu tertutup hatinya yang akhir menyebabkan terlucut keimanan dengan sebab mengalir masuk keraguan dan tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan itu walaupun diingatkan oleh temannya.

Kesudahan cerita:
Akhirnya dibinasakan tanaman dan buah-buahannya dan ia tersedar dan menyesal yang mana ketika itu kesesalan tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Nasi sudah jadi bubur.
Cerita ada kaitan dengan fitnah harta dan anak-pinak. Jalan penyelesaiannya pula dengan  mengetahui hakikat dunia ini.

Pada pertengahan surah ini secara umum tiba-tiba muncul kisah Iblis menyelusur masuk dengan memasukan jarum fitnah. Sebagaimana dinyatakan oleh Allah Taala dalam ayat 50:
"أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلا ً"
Maksudnya:
Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidhir

Ketika Nabi Musa ditanya: Siapakah yang lebih mengetahui dikalngan penduduk bumi?
Nabi Musa berkata: Aku… lalu Allah Taala mewahyukan kepada baginda bahawa di sana ada orang yang lebih mengetahui daripadanya.

Kesudahan cerita:
Nabi Musa pergi mengembara untuk mencari orang yang dimaksudkan oleh Allah Taala untuk mempelajari hikmah yang ada pada seseorang itu yang mungkin tidak ada padanya dan orang yang memandunya pastilah sangat bijaksana dalam bidang tersebut. Lalu timbullah kisah Kapal yang dirosakan, anak dibunuh dan dinding yang telah runtuh.

Cerita ada kaitan dengan fitnah ilmu dan jalan penyelesaiannya pula dengan  tawadhuk (merendahkan diri).

Kisah Zul Qarnain

Kisah seorang raja yang agung, yang mempunyai ilmu dan kekuatan. Beliau mengelilingi dunia, menolong manusia dan menyebarkan kebaikan hampir suku dunia.

Kesudahan cerita:
Beliau dapat menyelesaikan masalah berkaitan Yakjuj dan Makjuj dengan membina penghalang dan mampu mempergunakan kekuatan orang yang ia tidak fahami bahasanya sendiri.

Cerita ada kaitan dengan fitnah kekuasaan dan jalan penyelesaiannya pula dengan  ikhlas kepada Allah, menyerukan kepada Allah dan mengingatkan akhirat.


Apa hubungan surah al-Kahfi dengan Dajjah?

Akan muncul Dajjal sebelum Kiamat dengan jenis fitnah:

  • Ia menuntut manusia menyembahnya selain daripada Allah Taala ini ada kaitan dengan fitnah agama.
  • Ia menyuruh langit menurunkan hujan dan mendatangkan fitnah terhadap manusia dengan harta yang ada dalam tangan mereka, ini ada kaitan dengan fitnah harta.
  • Fitnah ilmu dengan apa yang dikhabarkan oleh manusia dari berbagai perkhabaran. Inilah fitnah ilmu lebih-lebih lagi pada golongan yang mengambil zohir ayat al-Quran semata-mata.
  • Ia akan menguasai sebahagian besar daripada dunia ini. Ini ada kaitan dengan fitnah kekuasaan.

Cara penyelesaiannya

1.      Sahabat yang baik, lihat ayat 28:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Maksudnya:
Dan  jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

2.      Mengetahui hakikat dunia, lihat ayat 45:
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا
Maksudnya:
Dan  kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3.      Tawadhak, lihat ayat 69:
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِرًا وَلاَ أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
Maksudnya:
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, In syaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

4.      Ikhlas, lihat pada ayat 110:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
” اللهم نجنا من الفتن ما ظهر منها وما بطن“
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada fitnah yang zahir dan batin

Sebagai penutup:
Sekarang adakah kamu sudah tahu kenapa rahsia surah al-Kahfi perlu dibaca setiap Jumaat?
Bacalah ia agar diperlihat fitnah-fitnah dunia ini dan cara menyelamatkan diri daripadanya.
Adakah kamu tahu tentang kelebihannya yang besar terhadap kita iaitu terpelihara daripada al-Masih al-Dajjah?
Dari itu, tiada alasan untuk kita mencuaikannya daripada membaca setiap Jumaat kemudian berpesan-pesanlah kepada yang lain.

kepada yang lain.ipada membaca setiap Jumaat kemudian beramalra daripada al-Masih al-Dajjah.


Sabtu, 9 Mei 2015

Mari padam dosa-dosa yang lalu dengan adat kebiasaan


Memadam dosa-dosa dengan amalan yang mudah, iaitu dengan adat-adat yang biasa dilakukan, ini adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang mengingatinNya.

1-Padam dosa:Tiga Kalimah Suci
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا عَلَى الْأَرْضِ أَحَدٌ يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِلَّا كُفِّرَتْ عَنْهُ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin 'Amr, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seorang pun di muka bumi yang mengucapkan;
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
 (Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah), melainkan diampuni dosa-dosanya walaupun seperti buih lautan." (Riwayat Tarmizi, Ahmad, Nasai)

2-Padam dosa: Selepas menikmati makanan

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَكَلَ طَعَامًا ثُمَّ قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ ...
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Mu'adz bin Anas dari Bapanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa makan makanan kemudian membaca doa;
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
(Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku). ' Maka akan diampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang....(Riwayat Abu Daud)

3-Padam dosa: Doa pakai pakaian

...قَالَ وَمَنْ لَبِسَ ثَوْبًا فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ
.....Dan barangsiapa memakai baju lalu membaca doa;
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
(Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku). ' Maka akan diampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang." (Riwayat Abu Daud)

4-Padam dosa: Dengan ucapan tasbih

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengucapkan
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya)' sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan." (Riwayat Bukhari)

5-Padam dosa: Selepas sembahyang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW beliau bersabda: "Sesiapa bertasbih (سبحان الله) kepada Allah sehabis shalat sebanyak 33 kali, dan bertahmid (الحمد لله) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (الله أكبر) kepada Allah 33 kali, hingga semuanya berjumlah 99, -dan baginda menambahkan- dan mencukupkannya seratus adalah membaca

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Tunggal, Yang tiada Sekutu, bagiNya kerajaan, baginya kepujian dan Dia Maha Kuasa Berkuasa ke atas semua benda) maka kesalahan-kesalahannya akan diampuni walau sebanyak buih di lautan."

6-Padam dosa dengan: Sebelum tidur

عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من قال حين يأوي إلى فراشه : لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير ، لا حول ولا قوة إلا بالله ، سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ، غفر الله ذنوبه أو خطاياه - شك مسعر - وإن كان مثل زبد البحر»
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Siapa ketika menuju tempat tidurnya mengucapkan
لاَ إِلهَ إلا اللهُ وحدَه لاَ شَرِيكَ لهُ، له المُلْكُ، وَ لَهُ الحمدُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ، لاَحَوْلَ وَلاَ قُوةَ إلاَّ باللهِ، سُبْحَانَ اللهِ، وَالحمدُ للهِ، ولاَ إلهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أكبرُ
(Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, Yang tunggal, Yang tiada Sekutu, bagiNya kerajaan, bagiNya kepujian dan Dia Maha Kuasa terhadap kesemua benda, tiada daya upaya melainkan dengan Allah, Maha suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar ) maka kesalahan-kesalahannya akan diampuni walau sebanyak buih di lautan."
(Shahih Ibnu Hibban)

7-Padam dosa: Ketika dengar Azan

عنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ
Maksudnya:
Daripada Sa'ad bin Abi Waqqash dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda, "Sesiapa membaca ketika mendengar muadzdzin,:
 أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا
'(Saya bersaksi bahwa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan bahwa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, saya ridha Allah sebagai Rabb, dan Muhammad sebagai rasul, serta Islam sebagai agama), '  nescaya dosanya diampuni." (Riwayat Muslim)

8-Padam dosa: Istighfar

عن بِلال بْنَ يَسَارِ بْنِ زَيْدٍ مَوْلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ
Maksudnya:
Daripada Bilal bin Yasar bin Zaid bekas hamba (yang telah dimerdekakan oleh) Nabi SAW telah menceritakan kepadaku ayahku dari datukku, dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesiapa mengucapkan;
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
 (Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang Maha hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) serta aku bertaubat kepada-Nya) Maka (dosa-dosanya) akan di ampuni walaupun sebesar kesalahan lari dari medan perang." (Riwayat Tarmizi)

atuk perangesar kesalahanذِي لَlainkan Allah dan Allah Maha Besar Sekutu, bagiNya kerajaan, bagiNya kepujian dan Dia Maha Kuasa

Jumaat, 6 Mac 2015

Perbezaan tipu daya lelaki dan tipu daya wanita:



Seorang suami merenung pada isterinya lalu ia berkata:
Malam-malam telah berlalu, silih berganti...
sebelum aku tertidur beberapa saat...
ketika itu aku di atas katil...
Aku menoleh kepada isteriku dan aku perhatikan keadaannya yang sedang tidur itu, lalu aku berkata pada diriku sendiri:
Kesiaaaan...setelah bertahun lamanya ia hidup membesar bersama dengan ibu bapa dan keluarganya.
Lalu ia pergi meninggalkan mereka untuk tidur sebelah seorang lelaki yang sangat asing darinya,
ia sanggup tinggalkan rumah ibu bapanya,
ia sanggup tinggalkan jagaan ibu bapanya,
ia sanggup tinggalkan keseronokan keluarganya,
lalu pergi kepada seorang lelaki yang mengajaknya melakukan perkara makruf dan melarangnya melakukan perkara mungkar serta ia sanggup memberikan perkhidmatan yang diredhai Allah...semua itu adalah perintah agama... subhanallah...
lalu aku tertanya-tanya pada diriku sendiri…dengan begitu keadaannya...

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia memukulnya dengan kasar setelah isterinya itu sanggup meninggalkan ibu bapanya semata-mata kerana ingin hidup bersama dengannya.

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia keluar bersama kawan-kawannya dan pergi ke restoran-restoran, ia makan bersama mereka tanpa mempedulikan siapa yang ada di rumahnya.

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia duduk lepak bersama-sama kawan-kawannya di luar rumah lebih banyak daripada ia duduk lepak bersama isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia jadikan rumahnya sebagai penjara bagi isterinya...ia tak dibenarkan keluar dan tidak bergaul bersama dengannya.

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia menyebabkan isterinya tidur dengan perasaan tertekan terhadap suatu perkara dan mengalirkan air mata yang disembunyikannya.

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia bermusafir dengan meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa memperdulikan ke mana arah tuju mereka dalam masa ia ketiadaan di sisi mereka.

Bagaimana sebahagian lelaki-lelaki boleh meremehkan isterinya?
Dengan cara ia membiarkan tanggungjawabnya yang akan ditanya kepadanya nanti sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasul shallahu alai wasallam yang dicintai...

Bagaimana…bagaimana…bagaimana... Bagaimana…bagaimana…bagaimana...

Wahai lelaki-lelaki...
Anda mungkin teragak-agak.....

Firman Allah Taala:
{قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ (28)} [يوسف: 28]
Maksudnya:
Berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; Sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) amatlah besar pengaruhnya.

Pernahkah anda bertanya pada diri anda pada suatu hari....
Apa sebabnya terjadi tipu daya dalam ayat tersebut????
Atas lidah siapa yang sebut perkara itu????
Untuk siapa disebutkannya...???

Sebab terjadi tipu daya....????
Kerana ia cintakan anda.....kerana kekacakan anda......kerana akhlak anda.....kerana malunya anda..... ini tak lain tak bukan kerana wanita dalam keasyikan....

Siapa yang menyebutnya…..????
Al-Aziz, pembesar Mesir yang hidup sezaman dengan nabi Yusuf….

Kepada siapa disebutkannya…..????
Kepada isterinya sendiri (al-Aziz) dan wanita pada zaman itu terhadap Yusuf…

Tetapi……
Pernahkah anda dengar tentang tipu daya orang lelaki pula…..???

Firman Allah Taala:
{قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا} [يوسف: 5]
Maksudnya:
Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu tipu daya (jahat) terhadapmu.


Apa sebabnya terjadi tipu daya dalam ayat tersebut????
Atas lidah siapa yang sebut perkara itu????
Untuk siapa disebutkannya...???

Apa sebabnya terjadi tipu daya dalam ayat tersebut????
Kebencian-Kecemburuan-Hasad dengki-Berlaku kezaliman

Atas lidah siapa yang sebut perkara itu????
Nabi Yaakob Alaihis salam

Untuk siapa disebutkannya...???
Adik-beradik Nabi Yusus alaihis salam…

Adakah kamu tahu tipu daya kamu sebelum disebutkan tipu daya wanita…???

Perbezaan yang jelas antara keduanya:

Tipu daya lelaki: kita tahu tipu daya mereka
Tipu daya wanita: mereka tahu daripada kita

Tipu daya lelaki: disebabkan kebencian
Tipu daya wanita: disebabkan kecintaan

Tipu daya lelaki: dinyatakan oleh nabi Yaakob alaihis salam
Tipu daya wanita: dinyatakan oleh al-Aziz pembesar Mesir masa tersebut.

Yang mana satu lebih berhikmah?
……………………………………………………………………………………………………………