Memadam
dosa-dosa dengan amalan yang mudah, iaitu dengan adat-adat yang biasa
dilakukan, ini adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang
mengingatinNya.
1-Padam dosa:Tiga Kalimah Suci
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا
عَلَى الْأَرْضِ أَحَدٌ يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِلَّا كُفِّرَتْ عَنْهُ خَطَايَاهُ
وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin 'Amr, ia
berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada seorang pun di muka bumi yang
mengucapkan;
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
(Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, dan Allah Maha Besar, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan Allah), melainkan diampuni dosa-dosanya walaupun seperti buih
lautan." (Riwayat Tarmizi, Ahmad, Nasai)
2-Padam dosa: Selepas menikmati
makanan
عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ
بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَكَلَ طَعَامًا ثُمَّ قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي
أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا
قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ ...
Maksudnya:
Daripada Sahl bin Mu'adz bin Anas dari
Bapanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa makan makanan kemudian
membaca doa;
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ
مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
(Segala puji bagi Allah yang telah
memberikan makanan ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan
dariku). ' Maka akan diampuni dosanya yang lalu dan yang akan
datang....(Riwayat Abu Daud)
3-Padam dosa: Doa pakai pakaian
...قَالَ وَمَنْ لَبِسَ ثَوْبًا فَقَالَ:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ
حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا
تَأَخَّرَ
.....Dan barangsiapa memakai baju
lalu membaca doa;
الْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ
قُوَّةٍ
(Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini
kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku). ' Maka akan diampuni dosanya yang lalu dan yang akan
datang." (Riwayat Abu Daud)
4-Padam
dosa: Dengan ucapan tasbih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ
وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ
مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengucapkan
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha
suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya)' sehari seratus kali, maka
kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan." (Riwayat Bukhari)
5-Padam dosa: Selepas sembahyang
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي
دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا
وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ
وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا
شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah dari Rasulullah SAW beliau bersabda: "Sesiapa bertasbih (سبحان الله) kepada Allah sehabis shalat sebanyak 33
kali, dan bertahmid (الحمد لله) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (الله أكبر) kepada Allah 33 kali, hingga semuanya
berjumlah 99, -dan baginda menambahkan- dan mencukupkannya seratus adalah
membaca
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ
(Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Tunggal, Yang tiada Sekutu,
bagiNya kerajaan, baginya kepujian dan Dia Maha Kuasa Berkuasa ke atas semua
benda) maka kesalahan-kesalahannya akan diampuni walau sebanyak buih di
lautan."
6-Padam dosa dengan: Sebelum tidur
عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من
قال حين يأوي إلى فراشه : لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد
وهو على كل شيء قدير ، لا حول ولا قوة إلا بالله ، سبحان الله والحمد لله ولا إله
إلا الله والله أكبر ، غفر الله ذنوبه أو خطاياه - شك مسعر - وإن كان مثل زبد
البحر»
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Siapa ketika menuju tempat
tidurnya mengucapkan
لاَ إِلهَ إلا
اللهُ وحدَه لاَ شَرِيكَ لهُ، له المُلْكُ، وَ لَهُ الحمدُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيءٍ
قَدِيرٌ، لاَحَوْلَ وَلاَ قُوةَ إلاَّ باللهِ، سُبْحَانَ اللهِ، وَالحمدُ للهِ،
ولاَ إلهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أكبرُ
(Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, Yang tunggal, Yang
tiada Sekutu, bagiNya kerajaan, bagiNya kepujian dan Dia Maha Kuasa terhadap
kesemua benda, tiada daya upaya melainkan dengan Allah, Maha suci Allah, segala
pujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar ) maka
kesalahan-kesalahannya akan diampuni walau sebanyak buih di lautan."
(Shahih
Ibnu Hibban)
7-Padam dosa: Ketika dengar
Azan
عنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً
وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ
Maksudnya:
Daripada Sa'ad bin Abi Waqqash
dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda, "Sesiapa membaca ketika
mendengar muadzdzin,:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ
رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا
'(Saya bersaksi bahwa tidak ada
tuhan (yang berhak disembah) selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya, dan
bahwa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, saya ridha Allah sebagai Rabb, dan
Muhammad sebagai rasul, serta Islam sebagai agama), ' nescaya dosanya diampuni." (Riwayat
Muslim)
8-Padam dosa: Istighfar
عن بِلال بْنَ يَسَارِ بْنِ زَيْدٍ مَوْلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي سَمِعَ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ
Maksudnya:
Daripada Bilal bin Yasar bin
Zaid bekas hamba (yang telah dimerdekakan oleh) Nabi SAW telah menceritakan
kepadaku ayahku dari datukku, dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesiapa
mengucapkan;
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ
الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
(Aku
memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia,
yang Maha hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) serta aku bertaubat
kepada-Nya) Maka (dosa-dosanya) akan di ampuni walaupun sebesar kesalahan lari dari
medan perang." (Riwayat Tarmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan