Allah Subhanahu wa
taala memberikan kepada hamba-hambaNya pada bulan Ramdhan hadiah yang sangat
mahal
Iaitu khazanah yang
dipenuhi permata-permata yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit yang
meliputi dunia dan isi-isinya di bulan Ramdhan serta ibadat orang-orang Islam
padanya…
Hadiah-hadiah itu…
1: Rahmat
2:Keampunan
3:kebebasan dari api neraka
Dalam masa yang sama ada ada pencuri-pencuri, perompak-perompak dan
pembuat agenda jahat untuk mengambil hadiah-hadiah yang berhara itu… mereka
adalah…
- Televisyen
Ini adalah pencuri yang sangat bahaya
kerana ia boleh merosakan pahala puasa orang yang berpuasa dan mengurangkan
ganjaran pahala mereka. Padanya ada rancangan-rancangan, nyanyian, program-program
dan perkara-perkara yang temeh-temeh berbanding dengan penurunan rahmat Allah
ke atas anda dan kemurkaanNya. Kita mohon perlindungan daripada Allah terhadap
perkara tersebut.
- Pusat
membeli-belah, bazaar ramadhan dan lain-lain.
Ini adalah pencuri secara khusus untuk mencuri duit dan masa
dengan tidak terkira oleh itu hadkan dan tentu tujuan anda apabila turun ke
tempat membeli belah agar anda tidak kerugian daripada mendapatkan keuntungan
dalam bulan Ramadhan..dan jangan lupakan doa masuk ke tempat membeli-belah dan
zikir-zikir kepada Allah…
Kata pepatah moden: "Beli setelah itu belah dan jangan
selepas beli masuk pula kedai sebelah".
Doa Masuk tempat
membeli-belah:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ
لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ
لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (مسند أبي داود الطيالسي)
- Buka
Ini pencuri yang hebat disaat-saat waktu berbuka dengan melewatkan
waktu sembahyang dan tidak melaksanakannya tidak berjemaah… pada hal yang
sebaiknya makan sedikit dahulu lepas tu sembahyang dan setelah sembahyang
disambung semula untuk makan…yang disunatkan adalah berbuka puasa dan bukannya
makan malam.
- Sahur
Ini adalah pencuri yang masa sangat mahal terutama apabila
bersahur di luar rumah. Terutama di tempat-tempat yang di sediakan jualan
sahur…sahur apakah ini??? Ini adalah pencuri yang mencuri dari seseorang hamba
itu daripada tahajjud dan istighfar serta taubat pada satu pertiga malam yang
akhir.
- Dapur memasak
Ini pencuri yang
mencuri waktu yang lama agar anda melakukan kerja dengan menyediakan berbagai jenis makanan
dan minuman yang banyak, yang hampir-hampir berlainan antara satu dengan lain
sedangkan makanan itu hanya terasa pada lidah sesaat sahaja dan ia terus hilang
apabila melalui kerongkong ke dalam perut.
- Telefon
Bermula dari angkat gengam telefon sehingga terjerumus dalam
dosa… mengumpat, adu-domba, bohong, puji diri sendiri atau orang lain…menyebar
rahsia, berbalah, berdebat tanpa hak dan tiada ilmu dan banyak kecacatan pada
lidah…
- Handfon yang
canggih la sangat..
Pencuri yang ini lagi dahsyat… macam-macam ada dalamnya…
instagram, wassappk, facebook, weChat, telegram, silap-silap gambar lucah pun
ada… setiap masa direnunginya.. sejak dari bangun pagi hingga ke
malam…sehinggakan lepas sembahyang terus direnungnya sebelum zikir lepas
sembahyang… dari mula dari pegangnya handfon itu dah boleh terjerumus dalam
dosa… fitnah, mengumpat, adu-domba, bohong, puji diri sendiri atau orang
lain…menyebar rahsia, berbalah, berdebat tanpa hak dan tiada ilmu dan banyak
kecacatan pada jari-jemari…
- Majlis
yang tiada zikir kepada Allah
Ini pencuri yang menyebabkan berduka cita di akhirat, kita
mohon kepada Allah dari sedemikian.
Sabda Rasul SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا
لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ، وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ، إِلاَّ كَانَ
عَلَيْهِمْ تِرَةً، فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ. (سنن الترمذي)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya,
bahawa Nabi SAW bersabda: Tiada suatu kaum yang duduk di dalam satu majlis,
yang tidak mengingati Allah di dalamnya, tidak selawat ke atas nabi mereka
melain mendapat kedukaan, jika dikehendakiNya maka Dia mengazab mereka dan jika
dikehendakiNya diampunkan mereka.
Oleh itu, marilah kita melakukan apa
yang diperintahkan oleh Allah SAW sebagaimana firmanNya:
{فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا
وَعَلَى جُنُوبِكُمْ} [النساء: 103]
Maksudnya:
Maksudnya:
Ingatlah kamu semua kepada Allah
dalam keadaan berdiri, duduk dan keadaan baring.
- Kebakhilan
Sedekah membantu terlepas dari
neraka, sebaik-baik sedekah dalam bulan Ramdhan…oleh itu teruskan sedekah sama
ada secara tersembunyi atau secara terang-terangan…jauhkan diri daripada
kedekut, bakhil, tangkai jering tanpa uzur terhadap orang-orang fakir.
10. Derhaka terhadap ibubapa
Ini pencuri yang tiada balas kasihan…termasuk yang paling
bahaya… menyebabkan doa tidak mustajab… oleh itu wahai saudaraku… oleh itu
jagalah keduanya dan senyumkanlah kedua selalu pada muka mereka berdua sehingga
keduanya adalah orang yang paling kamu kasihi.
- Riyak
Ini pencuri terbesar…riyak (memperlihatkan amalan kepada
orang lain)…seperti melakukan tangisan dalam sembahyang terawih agar dikatakan
khusyuk…ketahuilah bahawa diterima sesuatu amalan itu adalah kerana ia
melakukannya secara ikhlas dan betul, sama ada secra tererangan ataupun secara
tersembunyi..
Wahai saudaraku…
berwaspadalah kamu apabila menzahirkan persediaan dan
keazaman untuk melakukan ketaatan sebagai ibadat di bulan Ramadhan…jangan
sesekali kamu lupa bahawa terlaksananya sesuatu amalan itu adalah atas kehendak
Allah dan izinNya oleh itu mintalah pertolongan dari Allah, betulkan niat dan
yakinlah bahawa anda seorang yang sangat berhajat, yang lemah, yang tidak mampu
melakukan sesuatu ketaatan itu melainkan kamu termasuk di dalam golongan yang
tertentu ditentukan oleh Allah (pada hakikatnya). Insya Allah, kamu akan
mendapat pertolongan.