Ahad, 6 Oktober 2019

Pengalaman Pertama Kali Ke Sabah

Pengalaman Pertama Kali Ke Sabah (Penerbangan Murah)
Melalui agensi pelancongan

DOA MEMULAKAN PERJALANAN MUSAFIR
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah mengadakan semua ini bagi kami dan kami tidak mampu mengendalikannya sebelum ini. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan dan taqwa dalam pengembaraan kami ini, dan amalan yang Engaku redhai. Ya Allah! Mudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya Allah! Engkaulah Teman dalam perjalanan dan Pengurus bagi ahli keluarga. Ya Allah! Daku memohon perlindunganMu daripada kesulitan perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga.

 Pemandangan dari udara


 Bangunan Yayasan Sabah

 Masjid Bandaraya Sabah

 Warisan Mall


Hari pertama
28 September 2019

Perjalanan dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu
Ahli rombongan berkumpul di aras 3 perlepasan KIia2 pada 4:30 pagi untuk chek in
Berlepas dari Klia2 ke Kota Kinabalu dengan penerbangan Air Asia 7:30 pagi
Tiba di Lapangan Terbang Kota kinabalu dan selepas urusan bagasi perjalanan ke Bandar raya Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam dan 30 minit.
Dibawa untuk makan tengah hari.
Dibawa menuju ke hotel untuk check In.
Dibawa mengelilingi bandar Kota Kinabalu untuk mengenali pada jam 2:30 petang:
              1-Bandaraya Kota Kinabalu Masjid Negeri
              2-Muzium Sabah
              3-Bangunan Yayasan Tun Mustapha
              3-Warisan Shopping Mall

Makan malam di Restoran Tuk Tuk Tomyam
Aktiviti bebas dan aktiviti yang paling sedap adalah tidur sebab dah penat sepanjang hari.
Untuk makluman: perbezaan waktu sembahyang di Sabah adalah sejam mendahului waktu sembahyang di semenanjung.
Selamat malam

Bermain denga Kelah

oleh-olae dari Sabah

 cenderahati Sabah

 Rumah Panjang Kundasang

 Kundasang 


Hari Kedua

Sarapan pagi restoran berhampiran tempat penginapan, setelah itu check out dari Marina Cout dan terus akan dibawa ke Kundasang. Perjalanan  ke sana di dapati banyak gereja di kiri-kanan jalan dan di tepi-tepi jalan ada dijual sinalau (babi salai), bak ku teh dan lain-lain oleh masyarakat kristian.
Tiba di Kundasang

Dibawa melawat :

  1. Pekan Nabalu / Pasar Kundasang (Gerai di rumah panjang harga agak murah apabila dilakukan aktiviti  tawar-menawar).
  2. Singgah  di Timpohon Gate ( Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu )
  3. Dibawa untuk makan tengahari  dan solat jamak-qasar di Restoran Puteri Nabalu
  4. Tukar kenderaan bas dengan menaiki van menuju ke Desa Cattle Farm ( ladang ternakan lembu tenusu),
  5. Melawat Taman Kinabalu
  6. Sanctuary Ikan Kelab.

Selepas itu dibawa balik ke K. Kinabalu dan tiba di Bandar raya Kota Kinabalu setelah masuk waktu Isyak.
Tiba di Kota Kinabalu dibawa untuk makan malam di Restoran Tuk tuk Tomyam
Kemudian check in hotel.
Malam Acara bebas melawat Pasar Malam dan bermalam di Klagen Hotel Kota Kinabalu
Selamat malam


 Pulau Manukan

 Pasar Basah

 Laluan Ke Gunung Kinabalu

 Ladang Ternakan Lembu Tenusu

 Kundasang

 Kumdasang

 Taman Kinabalu

Hari Ketiga

Sarapan pagi di hotel
Selepas sarapan pagi dibawa ke Jeti untuk menaiki Bot ke Pulau Manukan
Di Pulau Manukan di adakan aktiviti Snorkeling
Makan tengah hari di Pulau Manukan (Katering).
Dibawa balik ke Kota Kinabalu pada 2:30 petang
Tiba di Kota Kinabalu lalu dibawa balik ke hotel dan membeli-belah secara bersendirian.
           1-Kedai Kristal & Mutiara Jamilah
           2-Pasar Filipin
3         3-Pasar ikan masin
4         4-Pasar Kraf tangan (semuanya berdekatan antara satu dengan yang lain)
5         
      Dibawa untuk makan malam
Selamat malam


Laluan menuju ke gunung Kinabalu

 Taman warisan

Selamat Pulang

Hari Keempat

Sarapan pagi di hotel
Selepas sarapan pagi
Acara bebas untuk membeli-belah untuk kali yang terakhir di sekitar hotel

       1-Pasar Filipin
       2-Pasar ikan masin
       3-Pasar Kraf tangan
4     4-Warisan Square

Pukul 10:50 pagi Check out dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang K.Kinabalu untuk urusan pendaftaran bagi penerbangan ke KLIA2.
Berlepas dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu ke KLIA2
Tiba di KLIA2 —Tour End dan masing-masing membawa diri dan kenang dari Sabah.

DOA KEMBALI DARIPADA MUSAFIR
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan Yang telah mengadakan semua ini bagi kami dan kami tidak mampu mengendalikannya sebelum ini. Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan dan taqwa dalam pegembaraan kami ini, dan amalan yang Engaku redhai. Ya Allah! Mudahkanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya Allah! Engkau Teman dalam perjalanan dan pengurus bagi ahli keluarga. Ya Allah! Daku memohon perlindunganMu daripada kesulitan perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga. Kami kembali dengan bertaubat dan memperhambakan diri kepada Tuhan kami, untuk Tuhan kami segala puji-pujian[1]



[1]   (رواه مسلم 2/978)




Nasihat saya bagi yang pertama kali ke Sabah:

1-Apabila masuk ke pusat perniagaan bacalah doa yang diajar Rasulullah SAW agar apa yang dibelikan nanti bermanfaat iaitu:

DOA MASUK PASAR
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa Yang tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian, Yang menghidupkan, Yang mematikan. Dialah Maha Hidup, tiada Ia mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia Maha berkuasa ke atas setiap sesuatu[1].

2-Apabila membeli sesuatu barangan, buatlah penawaran dengan penjual serendah yang mungkin, mintalah tawaran sehingga bawah 80 peratus seperti ikan bilis dilebalkan dengan harga RM 75.00 untuk setengah kilogram mintalah dengan harga RM 12.50, harga yang dilebalkan memang mencekik darah tapi jika pandai dan manis mulut harga boleh dikundur. (Belum tentu seseorang yang manis mulut dengan perempuan boleh melembutkan hati peniaga).

3-Pastikan barang yang telah dibeli diperiksa dengan betul. Dikira dan lihat dengan betul apabila dimasukkan ke dalam plastik atau kotak.

4-Kalau boleh, kiralah jumlah harga barangan yang telah dibeli dengan sendiri, jangan dibiarkan peniaga mengira harga ikut suka hati mereka dan juga jangan terlalu memberi kepercayaan kepada peniaga.

5-Jika boleh, pergilah membeli pada waktu awal pagi ketika pasar baru buka. Sebab para peniaga sama ada mereka ini Islam atau bukan Islam, mereka percaya apabila “buka muka” itu mudah maka urusan perniagaan pada hari berkenaan dimudahkan mendapat rezeki. Dari itu mereka memudahkan urusan perniagaan apabila “buka muka”, dan pembeli mudah buat urusan dalam membuat penawaran kerana peniaga bertolak ansur.
Ini menepati sabda Rasulullah SAW apabila peniaga dan pembeli bertolak ansur diberikan keberkatan.

saya juga mendapati peniaga amat bertolak ansur apabila saya berurus niaga di pasar-pasar berkenaan di awal pagi

6-PASTIKAN jangan sesekali dihilangkan resit yang dicap oleh imigresen ketika masuk Sabah jika anda tidak menggunakan pasport. Jika ditakdirkan hilang resit tersebut, anda dikehendaki membuat laporan di balai polis. Silap hari bulan boleh terlepas penerbangan.

Untuk maklumat tambahan pembaca, apabila anda telah membeli-belah dari pasar dan sebagainya jangan sesekali anda membuat perbandingan harga belian dengan kawan-kawan anda kerana ia boleh menyebabkan anda menghantakkan kepala ke dinding hotel.

Semoga anda semua membawa pulang kenangan yang indah dari Sabah…



[1]  Apabila seseorang itu membacanya, Allah menuliskan untuknya sejuta kebaikan dan memadamkan sejuta keburukan dan mengangkatnya  sejuta darjat. حسن (صحيح الترمذي 3/152)


Isnin, 9 September 2019

HARI ASYURA


Kemurahan Allah SAW ke atas hamba-hambaNya yang taat dengan mengurniakan ganjaran-ganjaran yang besar pada waktu-waktu tertentu yang dilalui sepanjang tahun seperti hari Asyura.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ.. رواه مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa di bulan Allah al-Muharram..

Apabila ditanya tentang puasa hari Asyura, baginda bersabda:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ-رواه مسلم
Maksudnya:
Kemudian baginda ditanya tentang puasa pada hari Asyura, baginda bersabda: "Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu."

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ-رواه مسلم
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW sampai di kota Madinah, lalu baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura. Maka baginda pun bertanya kepada mereka: "Hari apakah ini, hinggakan kamu berpuasa?" Mereka menjawab: "Hari ini adalah hari yang agung, hari ketika Allah memenangkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir'aun serta kaumnya. Sebab itu, Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, maka kami pun melakukannya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Kami lebih berhak dan lebih layak untuk memuliakan Musa daripada kamu." kemudian baginda pun berpuasa dan memerintahkan berpuasa di hari itu.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ-رواه مسلم
Maksudnya:
Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya tahun hadapan aku masih hidup, nescaya saya akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram”(.

Iaitu puasa bersama dengan hari yang kesepuluh sebagaimana pada lafaz:
صوموا يوما قبله أو يوما بعده خالفوا اليهود
Maksudnya:
Puasalah sehari sebelumnya atau sehari selepas agar menyalahi orang Yahudi.

Disebutkan dalam riwayat yang lain pula:
صوموا يوما قبله ويوما بعده[1]
Maksudnya:
Puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.

Dari itu, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah berpuasa tiga hari iaitu hari yang kesembilan, hari yang kesepuluh dan hari yang kesebelas agar mendapat seberapa banyak manfaat sebagaimana berikut:
1.       Dituliskan ganjaran pahala sebulan penuh kerana satu kebaikan dibalas sepuluh seumpamanya. Manakala Rasulullah SAW biasa puasa tiga hari setiap bulan dan baginda menyuruh pula berbuat demikian.
2.       Puasa bulan ini lebih baik setelah puasa bulan Ramadan sebagaimana kenyataan hadis yang di atas.
3.       Menyalahi perbuatan Yahudi dengan berpuasa pada 9, 10 dan 11 Maharram.
4.       Ikut contoh Rasulullah SAW. Baginda berpuasa dan baginda menyuruh berpuasa sebagaimana baginda berpuasa seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas.
5.       Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu. Yang dimaksudkan adalah dosa-dosa kecil dengan syarat tidak melakukan dosa-dosa besar.

Sebagaimana yang kita telah ketahui bahawa puasa itu ganjarannya tidak terhad. Ini ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali. Allah SWT berfirman: 'Kecuali puasa, kerana puasa itu adalah bagi-Ku dan Akulah yang akan memberinya pahala.

Atas sebab puasa itu adalah kesabaran dan Allah SWT telah menyatakan bahawa kesabaran itu pahalanya tidak terkira banyaknya.
Firman Allah:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ -الزمر: 10
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

Puasa pada musin sejuk atau musim hujan merupakan bonus tiada penat dan puasa pada musin panas adalah sebaik-baik amalan

Kisah Musa dan Firuan
Secara ringkasnya, nabi Musa AS apabila Firaun dan tenteranya keluar serta bertembung. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Ketika itu nabi Musa dan kaumnya terkepung antara laut dan Firaun serta tenteranya.
Sahabat nabi Musa AS berkata: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”.
Lalu Allah SWT mewahyukan nabi Musa AS agar memukul laut dengan tongkatnya. Nabi Musa AS terus memukul laut dan terbelahlah laut kepada 12 laluan sebanyak kumpulan kaum nabi Musa AS.
Apabila nabi Musa AS berjalan masuk bersama kaumnya dan keluar melepasi laut dengan selamat maka Firaun serta tenteranya ikut jejak nabi Musa AS dan kaumnya melintasi laut. Apabila kesemua mereka berada dalam  dasar laut maka laut yang tinggi bagaikan gunung yang tinggi terus runtuh lalu mencantum semula menutupi laluan menyebabkan Firaun dan tenteranya mati tenggalam dalam laut kesemuanya.
Jasad-jasad mereka itu tenggalam dalam laut dan roh-roh mereka menjadi bahan bakar neraka. Firman Allah SWT:
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ- غافر: 46
Maksudnya:
Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”[2]

Peristiwa ini menjadi iktibar bagi sesiapa yang ingin mengambil iktibar bahawa inilah akibatnya dosa dan maksiat kepada Allah.

Firman Allah SWT:
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ- يونس: 90
Maksudnya:
Dan Kami bawakan bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".

Lalu dikatakan kepada Firaun:
آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ * فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ * -يونس: 91- 92
Maksudnya:
 (Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?. "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".

Lafaz mati ini selepas Firaun berkata dengan bangganya:

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى- النازعات: 24
Maksudnya:
Dengan berkata: "Akulah Tuhan kamu, Yang tertinggi".

Juga ia berkata:
مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي- القصص: 38
Maksudnya:
Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang Tuhan yang lain daripadaku;

Inilah akibat yang diperolehi oleh mereka yang melakukan kezaliman di dunia dan azab di akhirat lebih dasyat lagi. Na’uzubillahi zalik.

Dalam kitab Shahihain:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ :مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau  berkata: “Tidak pernah aku melihat Nabi r sengaja berpuasa pada suatu hari yang baginda istimewakan dibandingkan hari-hari lainnya kecuali ini iaitu hari Asyura.

Hari Asyura mempunyai keistimewaan yang agung dan penghormatan sejak sekian lamanya manakala puasa padanya diterkenal di kalangan para nabi AS.
Puasa pada hari berkenaan dilakukan oleh nabi Nuh AS dan Musa AS, juga oleh ahli kitab dan Quraisy pada zaman Jahiliyyah.

Manakala Rasulullah SAW berpuasa dalam empat keadaan.
1.       Baginda berpuasa di Mekah dan baginda tidak menyuruh orang lain berpuasa sebagaimana dalam Shahihain
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُهُ فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA, katanya: Orang-orang Quraisy pada masa Jahiliyyah melaksanakan puasa hari Asyura dan Rasulullah r melaksanakannya juga. Ketika baginda tiba di Madinah baginda tetap berpuasa dan memerintahkan orang ramai untuk melaksanakannya pula. Setelah diwajibkan puasa Ramadan baginda meninggalkannya. Dari itu, siapa yang ingin berpuasa ia boleh puasa dan siapa yang tidak mahu ia boleh meninggalkannya.

2.       Nabi r, apabila tiba di Madinah, baginda melihat ahli kitab berpuasa dan mereka mengagungkannya. Baginda menyukai sebagaimana mereka lakukan pada perkara yang tidak diperintahkannya, lalu baginda berpuasa dan menyuruh orang ramai berpuasa serta mengalakkan mereka berpuasa termasuk kanak-kanak sebagaimana yang dinayatakan dalam Shahihain daripada Ibn Abbas dan lainnya.

3.       Apabila difardhukan puasa Ramadan baginda meninggalkan puasa asyura dan menyuruh para sahabat berpuasa sebagaimana hadis Aisyah RA yang lalu dan kebanyakan para ulama menyatakan sunat puasa padanya.

4.       Nabi r berazam pada akhir hayatnya agar tidak berpuasa pada 10 Muharram sahaja bahkan pausa itu dihimpunkan pada hari yang lain bagi menyalahi perbuatan ahli kitab.

Dari itu, puasa Asyura ada tiga martabat:
a)       Puasa pada 9, 10 dan 11Muharram.
b)       Puasa pada 9 dan 10 Muharram sebagaimana yang terdapat dalam kebanyakan hadis atau pada 10 dan 11 Muharram.
c)       Puasa pada 10 Muharram sahaja.

Di kalangan orang-orang terdahulu, mereka berpuasa hari Asyura walaupun dalam masa perjalanan musafir. Antara mereka itu Ibn Abbas RA dan mereka berkata:
رمضان له عدة من أيام وعاشوراء يفوت
Maksudnya:
“Ramadan ada tempoh beberapa hari (boleh puasa) sedangkan Asyura hanya satu hari boleh terlepas begitu sahaja”.

Ada riwayat juga yang sangat pelik berkenaan hari Asyura iaitu didapati binatang liar, binatang perosak dan semut turut berpuasa.

Pada hari Asyura juga:
Hari Allah terima taubat suatu kaum dan akan terus menerima taubat kaum yang seterusnya sebagaimana dalam hadis yang dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada saiyidina Ali RA daripada Rasulullah SAW.
Juga amat digalakkan memperbaharui taubat nasuha kepada Allah pada hari Asyura dan berharap agar Allah menerimanya. Orang yang bertaubat kepada Allah nescaya Allah menerima taubatnya.

اَللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَوَفِّقْنَا لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
وَصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَى عَبْدِهِ وَرَسُوْلِهِ محمد وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ




[1] رواه أحمد وابن خزيمة وفي سنده ابن أبي ليلي وهو سيء الحفظ. وأخرجه عبدالرزاق من طريقه البيهقي موقوفا على ابن عباس بلفظ: صوموا التاسع والعاشر وخالفوا اليهود-وسنده صحيح
[2] Ini antara dalil bahawa azab kubur itu terdiri daripada nyawa dan badan sekali gus.