Kemurahan
Allah SAW ke atas hamba-hambaNya yang taat dengan mengurniakan
ganjaran-ganjaran yang besar pada waktu-waktu tertentu yang dilalui sepanjang
tahun seperti hari Asyura.
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ..
رواه مسلم
Maksudnya:
Daripada Abu
Hurairah
RA, beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa
di bulan Allah al-Muharram..
Apabila ditanya tentang puasa hari Asyura,
baginda bersabda:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ
عَاشُورَاءَ فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ-رواه
مسلم
Maksudnya:
Kemudian
baginda ditanya tentang puasa pada hari Asyura, baginda bersabda: "Ia akan
menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu."
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ
الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى
اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ
مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَنَحْنُ أَحَقُّ
وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ-رواه
مسلم
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW sampai di kota Madinah, lalu
baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura. Maka baginda pun
bertanya kepada mereka: "Hari apakah ini, hinggakan kamu berpuasa?"
Mereka menjawab: "Hari ini adalah hari yang agung, hari ketika Allah
memenangkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir'aun serta kaumnya. Sebab
itu, Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, maka kami pun
melakukannya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Kami lebih berhak dan
lebih layak untuk memuliakan Musa daripada kamu." kemudian baginda pun berpuasa
dan memerintahkan berpuasa di hari itu.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ
لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ-رواه مسلم
Maksudnya:
Rasulullah
SAW bersabda: “Seandainya tahun hadapan aku masih hidup, nescaya saya akan
berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram”(.
Iaitu
puasa bersama dengan hari yang kesepuluh sebagaimana pada lafaz:
صوموا يوما قبله أو يوما بعده خالفوا اليهود
Maksudnya:
Puasalah
sehari sebelumnya atau sehari selepas agar menyalahi orang Yahudi.
Disebutkan
dalam riwayat yang lain pula:
Maksudnya:
Puasalah
sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.
Dari
itu, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah berpuasa tiga hari iaitu hari yang
kesembilan, hari yang kesepuluh dan hari yang kesebelas agar mendapat seberapa banyak
manfaat sebagaimana berikut:
1.
Dituliskan
ganjaran pahala sebulan penuh kerana satu kebaikan dibalas sepuluh seumpamanya.
Manakala Rasulullah SAW biasa puasa tiga hari setiap bulan dan baginda menyuruh
pula berbuat demikian.
2.
Puasa
bulan ini lebih baik setelah puasa bulan Ramadan sebagaimana kenyataan hadis
yang di atas.
3.
Menyalahi
perbuatan Yahudi dengan berpuasa pada 9, 10 dan 11 Maharram.
4.
Ikut
contoh Rasulullah SAW. Baginda berpuasa dan baginda menyuruh berpuasa
sebagaimana baginda berpuasa seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
Muslim daripada Ibnu Abbas.
5.
Dapat
menghapuskan dosa setahun yang lalu. Yang dimaksudkan adalah dosa-dosa kecil
dengan syarat tidak melakukan dosa-dosa besar.
Sebagaimana
yang kita telah ketahui bahawa puasa itu ganjarannya tidak terhad. Ini ada
dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ
يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ
اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda: "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya.
Satu kebaikan diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali. Allah SWT berfirman: 'Kecuali puasa, kerana puasa itu
adalah bagi-Ku dan Akulah yang akan memberinya pahala.
Atas sebab puasa itu adalah kesabaran dan Allah
SWT telah menyatakan bahawa kesabaran itu pahalanya tidak terkira banyaknya.
Firman Allah:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ -الزمر: 10
Maksudnya:
“Sesungguhnya
orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira”.
Puasa
pada musin sejuk atau musim hujan merupakan bonus tiada penat dan puasa pada
musin panas adalah sebaik-baik amalan
Kisah
Musa dan Firuan
Secara ringkasnya, nabi Musa AS apabila Firaun
dan tenteranya keluar serta bertembung. Masing-masing memandang antara satu
sama lain. Ketika itu nabi Musa dan kaumnya terkepung antara laut dan Firaun
serta tenteranya.
Sahabat
nabi Musa AS berkata: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”.
Lalu
Allah SWT mewahyukan nabi Musa AS agar memukul laut dengan tongkatnya. Nabi
Musa AS terus memukul laut dan terbelahlah laut kepada 12 laluan sebanyak
kumpulan kaum nabi Musa AS.
Apabila
nabi Musa AS berjalan masuk bersama kaumnya dan keluar melepasi laut dengan
selamat maka Firaun serta tenteranya ikut jejak nabi Musa AS dan kaumnya
melintasi laut. Apabila kesemua mereka berada dalam dasar laut maka laut yang tinggi bagaikan
gunung yang tinggi terus runtuh lalu mencantum semula menutupi laluan
menyebabkan Firaun dan tenteranya mati tenggalam dalam laut kesemuanya.
Jasad-jasad
mereka itu tenggalam dalam laut dan roh-roh mereka menjadi bahan bakar neraka.
Firman Allah SWT:
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ- غافر: 46
Maksudnya:
Mereka
didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka
berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan
kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab
seksa api neraka yang seberat-beratnya!”[2]
Peristiwa
ini menjadi iktibar bagi sesiapa yang ingin mengambil iktibar bahawa inilah akibatnya
dosa dan maksiat kepada Allah.
Firman
Allah SWT:
وَجَاوَزْنَا
بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا
حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي
آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ- يونس: 90
Maksudnya:
Dan Kami bawakan bani Israil ke seberang laut
Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan
kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah
ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan
melainkan yang dipercayai oleh bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang
berserah diri (menurut perintah)".
Lalu dikatakan kepada Firaun:
آلْآنَ
وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ * فَالْيَوْمَ
نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ
عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ * -يونس: 91- 92
Maksudnya:
(Allah
berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya
engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari
orang-orang yang melakukan kerosakan?. "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau
(hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan
laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka
mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai
daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".
Lafaz mati ini selepas Firaun berkata dengan
bangganya:
فَقَالَ
أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى- النازعات: 24
Maksudnya:
Dengan berkata: "Akulah Tuhan kamu, Yang
tertinggi".
Juga ia berkata:
مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ
إِلَهٍ غَيْرِي-
القصص: 38
Maksudnya:
Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang
Tuhan yang lain daripadaku;
Inilah akibat yang diperolehi oleh mereka yang
melakukan kezaliman di dunia dan azab di akhirat lebih dasyat lagi.
Na’uzubillahi zalik.
Dalam
kitab Shahihain:
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ :مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا
الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ
Maksudnya:
Daripada
Ibnu Abbas RA, beliau berkata: “Tidak pernah aku melihat Nabi r sengaja berpuasa pada suatu hari yang baginda
istimewakan dibandingkan hari-hari lainnya kecuali ini iaitu hari Asyura.
Hari
Asyura mempunyai keistimewaan yang agung dan penghormatan sejak sekian lamanya manakala
puasa padanya diterkenal di kalangan para nabi AS.
Puasa
pada hari berkenaan dilakukan oleh nabi Nuh AS dan Musa AS, juga oleh ahli
kitab dan Quraisy pada zaman Jahiliyyah.
Manakala
Rasulullah SAW berpuasa dalam empat keadaan.
1.
Baginda
berpuasa di Mekah dan baginda tidak menyuruh orang lain berpuasa sebagaimana
dalam Shahihain
عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِي
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَصُومُهُ فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا
فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ
تَرَكَهُ
Maksudnya:
Daripada
Aisyah RA, katanya: Orang-orang Quraisy
pada masa Jahiliyyah melaksanakan puasa hari Asyura dan Rasulullah r melaksanakannya juga. Ketika baginda tiba di Madinah
baginda tetap berpuasa dan memerintahkan orang ramai untuk melaksanakannya pula. Setelah
diwajibkan puasa Ramadan baginda meninggalkannya. Dari itu, siapa yang ingin
berpuasa ia boleh puasa dan siapa yang tidak mahu ia boleh meninggalkannya.
2.
Nabi r,
apabila tiba di Madinah, baginda melihat ahli kitab berpuasa dan mereka
mengagungkannya. Baginda menyukai sebagaimana mereka lakukan pada perkara yang
tidak diperintahkannya, lalu baginda berpuasa dan menyuruh orang ramai berpuasa
serta mengalakkan mereka berpuasa termasuk kanak-kanak sebagaimana yang
dinayatakan dalam Shahihain daripada Ibn Abbas dan lainnya.
3.
Apabila
difardhukan puasa Ramadan baginda meninggalkan puasa asyura dan menyuruh para
sahabat berpuasa sebagaimana hadis Aisyah RA yang lalu dan kebanyakan para
ulama menyatakan sunat puasa padanya.
4.
Nabi r berazam
pada akhir hayatnya agar tidak berpuasa pada 10 Muharram sahaja bahkan pausa
itu dihimpunkan pada hari yang lain bagi menyalahi perbuatan ahli kitab.
Dari
itu, puasa Asyura ada tiga martabat:
a)
Puasa
pada 9, 10 dan 11Muharram.
b)
Puasa
pada 9 dan 10 Muharram sebagaimana yang terdapat dalam kebanyakan hadis atau
pada 10 dan 11 Muharram.
c)
Puasa
pada 10 Muharram sahaja.
Di
kalangan orang-orang terdahulu, mereka berpuasa hari Asyura walaupun dalam masa
perjalanan musafir. Antara mereka itu Ibn Abbas RA dan mereka berkata:
رمضان له عدة من أيام وعاشوراء يفوت
Maksudnya:
“Ramadan
ada tempoh beberapa hari (boleh puasa) sedangkan Asyura hanya satu hari boleh
terlepas begitu sahaja”.
Ada
riwayat juga yang sangat pelik berkenaan hari Asyura iaitu didapati binatang
liar, binatang perosak dan semut turut berpuasa.
Pada hari Asyura juga:
Hari Allah terima taubat suatu kaum dan akan
terus menerima taubat kaum yang seterusnya sebagaimana dalam hadis yang dikeluarkan
oleh al-Tarmizi daripada saiyidina Ali RA daripada Rasulullah SAW.
Juga
amat digalakkan memperbaharui taubat nasuha kepada Allah pada hari Asyura dan
berharap agar Allah menerimanya. Orang yang bertaubat kepada Allah nescaya
Allah menerima taubatnya.
اَللَّهُمَّ
تُبْ عَلَيْنَا
إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وَاغْفِرْ
لَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَوَفِّقْنَا لِمَا تُحِبُّ
وَتَرْضَى إِنَّكَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ
وَصَلَّى
اللهُ وَسَلَّمَ عَلَى عَبْدِهِ وَرَسُوْلِهِ محمد وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
[1] رواه أحمد وابن
خزيمة وفي سنده ابن أبي ليلي وهو سيء الحفظ. وأخرجه عبدالرزاق من طريقه البيهقي
موقوفا على ابن عباس بلفظ: صوموا التاسع والعاشر وخالفوا اليهود-وسنده صحيح
Tiada ulasan:
Catat Ulasan