Perkara-perkara
Sunat Puasa
1-
Segera
berbuka: sunat bagi orang yang berpuasa
menyegerakan berbuka puasa apabila matahari benar-benar telah tenggelam
sebagaimana yang diriwayatkan oleh:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لاَ يَزَالُ النَّاسُ
بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ» البخاري ومسلم
Maksudnya:
Daripada Sahal bin Sa'ad t bahawa Rasulullah r bersabda: “Senantiasa
manusia berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka”.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ
النَّاسُ الْفِطْرَ،- أبي داود وابن ماجه بإسند صحيح والبيهقي
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah t dari Nabi r baginda bersabda: “Agama ini akan senantiasa terzahir
selama orang-orang (kaum muslimin) menyegerakan berbuka.
Berbuka segera itu menyalahi perbuatan Yahudi dan
Nasrani, mereka melewatkan berbuka puasa tetapi jika seseorang itu melewatkan
berbuka kerana keuzuran maka ia tidak mengapa. Jika berpendapat lebih afdal
melewatkan berbuka, ia menyalahi apa yang dinyatakan dalam hadis.
2-
Buka
dengan rutub atau kurma: sunat bagi
orang yang berpuasa buka dengan rutub jika tiada boleh buka dengan kurma jika
tiada boleh buka dengan air sahaja sebagaimana dalam riwayat Anas bin Malik t.
عَنْ
أَنَسٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ
يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فَتَمَرَاتٌ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ حَسَا
حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ " رواه أبو داود
والترمذي وقال:حديث حسن والدار قطني وقال: إسناد صحيح
Maksudnya:
Daripada
Anas bin Malik t, beliau berkata: Nabi r selalu berbuka dengan beberapa biji kurma segar sebelum sembahyang, jika baginda tidak
mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan beberapa biji kurma kering dan jika
tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali
teguk.”
عَنْ
سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ الضَّبِّيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: «إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ
فَلْيُفْطِرْ عَلَى مَاءٍ فَإِنَّهُ طَهُورٌ» رواه أبو داود والترمذي
وقال:هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Maksudnya:
Daripada Salman bin Amir t, beliau
berkata: Rasulullah r bersabda: “Jika salah seorang dari kamu
berbuka hendaklah berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya hendaklah
dengan air, sebab ia suci menyucikan”.
3-
Berbuka
dengan rutub atau kurma dengan bilangan ganjil
4-
Berbuka
dengan urutan berikut:
i-
Rutub
ii-
Kurma
iii-
Air
zamzam
iv-
Manisan
yang tidak sentuh api
v-
Manisan
yang sentuh api
5-
Berdoa
ketika berbuka:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى
رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ، ذَهَبَ
الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.
Maksudnya:
Ya Allah, untukMu aku berpuasa,
dan dengan rezekiMu aku berbuka, telah hilang dahaga, dan telah basah
tenggorokan, dan telah tetap pahala insya Allah.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ: «اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى
رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ» رواه أبو داود مرسلا والدار قطني من رواية ابن
عباس
Maksudnya:
Rasulullah SAW, apabila baginda
berbuka puasa, baginda mengungkapkan: “Ya Allah, untukMu aku berpuasa, dan
dengan rezekiMu aku berbuka”
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا أَفْطَرَ قَالَ: «ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ،
وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» رواه
أبو داود
Maksudnya:
Rasulullah SAW, apabila baginda berbuka puasa, baginda
mengungkapkan: “Telah hilang dahaga, dan telah basah tenggorokan, dan telah
tetap pahala insya Allah”.
Begitu juga, sunat bagi orang yang berpuasa berdoa ketika
berbuka kerana doa tersebut mustajab. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Amr bin al-Ash:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ دَعْوَةً لَا تُرَدُّ» رواه ابن ماجه
Maksudnya:
Rasulullah r bersabda: “Seorang yang berpuasa tidak akan
ditolak doanya”.
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، يَقُولُ إِذَا أَفْطَرَ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ
لِي " رواه ابن ماجه
Ibn Amr apabila berbuka, beliau
ucapkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي
وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu dengan
rahmatMu yang meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan daku”.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ، الْإِمَامُ
الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ، حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ.
رواه
الترمذي وقال:حديث حسن وابن ماجه وأحمد
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t beliau berkata: Rasulullah r bersabda: “Ada tiga
orang yang tidak akan ditolak doanya: “Imam yang adil, orang yang berpuasa
hingga berbuka dan doa orang yang teraniaya”. Sunat bagi orang yang berpuasa berdoa
sepanjang hari.
6-
Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
Sunat bagi orang Islam menjemput orang yang berpuasa untuk makan
dan diberikan makanan agar dapat berbuka puasa pada waktu buka puasa. Jika
tidak dapat berbuat demikian, ia boleh menghidangkan sebiji kurma, atau seteguk
air atau segelas susu.
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا
يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا- رواه
الترمذي وابن ماجه والبيهقي
Maksudnya:
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani t berkata: Rasulullah r bersabda: “Sesiapa yang memberi
makan orang yang berbuka, dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi
pahala orang yang berpuasa sedikit pun.”
قَالُوا: لَيْسَ كُلُّنَا
نَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ، فَقَالَ: " يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ، أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ-رواه
ابن خزيمة في صحيح وأبو الشيخ ابن حبان في الثواب
Maksudnya:
Di kalangan sahabat berkata: Bukan semua di kalangan kami
ada sesuatu untuk memberikan kepada orang puasa untuk berbuka. Baginda
bersabda: “Allah memberi ganjaran pahala ini kepada orang yang memberi makanan
kepada orang puasa walaupun sebiji kurma, seteguk air atau seteguk susu”.
7-
Bersahur walau seteguk air
Sahar bermaksud hujung malam. Sahur adalah nama makanan seperti
roti, nasi dan sebagainya. Sunat bagi orang yang berpuasa bersahur pada waktu
sahar sebagaimana yang dinyatakan dalam al-hadis.
Sabda Rasulullah r:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً» رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
“Bersahurlah
kamu kerana pada sahur itu keberkatan.”
Dikatakan berkat kerana pada sahur itu dapat memberi
kekuatan berpuasa, kecergasan, kegembiraan dan kesukaan walaupun panjang waktu
berpuasa. Oleh itu sahur dapat membantu orang yang berpuasa.
Waktunya bermula setelah setengah malam sehingga terbit
fajar waktu subuh. Sahur terhasil sama ada makan banyak atau sedikit walaupun
seteguk air.
8-
Melambatkan sahur
Sunat orang Islam melambatkan sahur sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Aisyah RA. Bahawa Abdullah bin Masoud t menyegerakan berbuka puasa dan melambatkan sahur maka Aisyah
berkata:
كَذَلِك كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يفعل-مسلم
Maksudnya:
“Begitulah
yang dilakukan oleh Rasulullah r”.
Sunat
melambatkan sahur selagi seseorang itu yakin masih malam dan apabila timbul
syak maka yang lebih baik adalah ia tinggalkannya. Iaitu yang dinamakan zaman
sekarang sebagai waktu imsak dengan berhenti makan dan minum ketika hampir
terbit fajar sedikit.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ، وَأَخَّرُوا السُّحُورَ» رواه أحمد
Maksudnya:
“Umatku akan
senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan
mengakhirkan makan sahur”.
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَيْدَ
بْنَ ثَابِتٍ: «تَسَحَّرَا فَلَمَّا فَرَغَا مِنْ سَحُورِهِمَا، قَامَ نَبِيُّ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَصَلَّى»، قُلْنَا لِأَنَسٍ: كَمْ
كَانَ بَيْنَ فَرَاغِهِمَا مِنْ سَحُورِهِمَا وَدُخُولِهِمَا فِي الصَّلاَةِ؟ قَالَ:
«قَدْرُ مَا يَقْرَأُ الرَّجُلُ خَمْسِينَ آيَةً» رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik t beliau berkata bahawa Nabi r dan Zaid bin Tsabit makan sahur bersama.
Setelah keduanya selesai makan sahur, lalu baginda bangkit melaksanakan sembahyang."
Kami bertanya kepada Anas: “Berapa lama waktu antara selesainya makan sahur
hingga keduanya melaksanakan sembahyang?” Anas bin Malik menjawab: “Dalam kadar
waktu seseorang membaca lima puluh ayat.”
9-
Mandi hadas besar sebelum Subuh
Sunat orang Islam mandi junub sebelum waktu Shubuh agar suci dari
awal puasanya. Jika ia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana jenabah tidak
menghalang daripada sah puasa. Yang afdal adalah bersegera mandi sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Aisyah RA dan Ummu Salam RA.
إِنْ كَانَ
لَيُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ غَيْرِ احْتِلَامٍ ثُمَّ
يَغْتَسِلُ، وَيَصُومُ-رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
“Apabila baginda pada pagi hari
dalam keadaan junub sebab jimak dan bukan mimpi basah, maka baginda mandi dan meneruskan
puasanya.”
Begitu juga, sunat orang yang haid
atau nifas mandi sebelum Subuh apabila benar-benar telah kering.
10- Banyakan amalan soleh
Orang yang berpuasa dalam ibadat dan dekat dengan Allah. Oleh itu
sunat ia menambahkan pendekatan dengan amalan-amalan soleh seperti banyakan
sedekah, perbelanjaan mengikut jejak Rasulullah r yang merupa orang yang terbaik dan lebaik lagi dalam bulan Ramadan
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis.
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ
جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ
رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ» البخاري ومسلم
Maksudnya:
Daripada
Ibnu 'Abbas t berkata: bahawa Rasulullah r adalah manusia yang paling baik terutama pada bulan
Ramadan ketika malaikat Jibrail menemuinya, dan adalah Jibrail menemuinya
setiap malam di bulan Ramadan, di mana Jibrail mengajarkan baginda Al-Qur'an.
Sungguh Rasulullah r jauh lebih baik dari pada angin yang berlalu.
Sunat bagi ketua keluarga meluaskan perbelanjaan di bulan
Ramadan, berbuat baik kepada rahim dan jiran tidak terkecuali pada 10 akhir
Ramadan.
Juga banyakan membaca al-Quran, mengulang kaji kerana
Ramadan bulan al-Quran, diturunkan padanya. Rasulullah r banyak membacanya dalam bulan Ramadan dan mengulang kaji
bersama Jibrail
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ
النَّاسِ بِالْخَيْرِ، وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ
عَلَيْهِ السَّلَامُ كَانَ يَلْقَاهُ، فِي كُلِّ سَنَةٍ، فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ،
فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ، فَإِذَا
لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ
بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ»
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas t beliau berkata: “Rasulullah r adalah orang yang paling baik berbuat kebajikan,
terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibrail selalu menemui baginda
tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah r memperdengarkan bacaan Qur'an kepadanya (dan Jibrail
menyemak). Apabila Jibrail menemuinya, baginda lebih giat lagi berbuat
kebajikan melebihi angin yang berhembus.
Sunat banyakan sembahyang sunat dan qiyam Ramadan.
Seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah t:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرَغِّبُ
فِي قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ فِيهِ بِعَزِيمَةٍ، فَيَقُولُ:
«مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ» رواه مسلم ورواه مختصرا البخاري
ومسلم
Maksudnya:
Daripada
Abu Hurairah t beliau berkata: Rasulullah r memberikan motivasi untuk mengerjakan (sembahyang pada
malam) Ramadan dengan tidak mewajibkannya. Baginda bersabda: “Sesiapa yang menunaikan
(sembahyang pada malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap (pahala
dari Allah), maka diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu”.
Sunat juga kepada orang yang berpuasa beriktikaf dalam
masjid bagi mengisi ruang beribadat terutamanya pada sepuluh akhir Ramadan
kerana diharapkan mendapat lailatul Qadar. Lagi pun lailatul itu berada pada
sepuluh akhir Ramadan. Selain itu juga bagi mencontoh nabi r yang bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh akhir
Ramadan.
قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا
يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ-مسلم
Maksudnya:
Aisyah
berkata: “Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah r lebih giat beribadat melebihi hari-hari selainnya."
Lagi pun amalan-amalan soleh pada bulan Ramadan
digandakan ganjarannya.
Secara ringkasnya, antara amalan soleh tersebut
sebagaimana berikut:
i-
Sedekah
ii-
Hubung
rahim
iii-
Hadir
majlis ilmu
iv-
Iktikaf
v-
Mengerjakan
umrah
vi-
Dekatkan
diri kepada Allah dengan hati dan anggota
vii-
Berdoa
dengan doa makthur.
11- Banyakan membaca al-Quran serta
tadabbur
12- Banyakan sembahyang sunat
13- Mandi setiap malam setelah Maghrib agar cergas
14- Memelihara sembahyang tarawih
15- Memelihara sungguh-sungguh sembahyang witir
i-
Berjemaah
ii-
Membaca
dengan nyaring
iii-
Membaca
Qunut setelah lima belas Ramadan
16- Bersungguh-sungguh pada 10 akhir bagi mencari lailatul Qadar
17- Bersungguh-sungguh berbuka puasa dengan yang halal
18- Luaskan belanja untuk ahli keluarga
19- Tinggalkan perkara sia-sia
Perkara-perkara
Makruh Puasa
Makruh bagi orang yang berpuasa melakukan perkara-perkara berikut:
1-
Meninggalkan
perkara-perkara sunat puasa
Makruh meninggalkan sunat-sunat dan adab-adab yang disyariatkan
sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.
2-
Melakukan
perkara yang dilarang
Melakukan larang adalah dilarang pada setiap masa, sama ada haram
atau makruh. Ia lebih dituntut lagi apabila ketika berpuasa. Ia menghilangkan
pahala puasa walaupun puasa tersebut sah. Bagi menyempurnakan kewajipan itu
maka makruh melakukan meninggalkan sunat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ
لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ
يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ-البخاري
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t berkata: Rasulullah r bersabda: “Sesiapa yang
tidak meninggalkan ucapan keji dan berbuat keji, Allah tidak memerlukan orang
itu meninggalkan makan dan minumnya”.
Juga bagi yang berpuasa dikehendaki meninggalkan
caci-maki, dusta, mengumpat, adu domba, memandang wanita dan menurut nafsu
syahwat seperti melayan nyanyian yang melalaikan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ
فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ
فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ-البخاري ومسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t: Bahawa Rasulullah r bersabda: “Puasa itu
benteng, maka (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat kotor (rafats) dan
jangan pula berbuat bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau
menghinanya maka katakanlah: 'aku sedang puasa' baginda mengulang ucapannya dua
kali”.
3-
Berbekam
Makruh bagi orang yang berpuasa berbekam kerana melemahkan dirinya.
عَنْ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الْحِجَامَةِ وَالْمُوَاصَلَةِ وَلَمْ يُحَرِّمْهُمَا
إِبْقَاءً عَلَى أَصْحَابِهِ-رواه أبو داود
والبيهقي
Maksudnya:
Daripada
Abdurrahman bin Abu Laila , telah
menceritakan kepadaku seorang
sahabat Nabi r bahawa Rasulullah r telah melarang dari berbekam serta berpuasa bersambungan
(tidak buka puasa) dan baginda tidak mengharamkannya sebagai belas kasih kepada
para sahabatnya.
Bekam tidak membatalkan puasa kerana ia pernah dilakukan
oleh baginda serta meneruskan puasa.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ-رواه البخاري وأبو داود
Maksudnya:
Daripada Ibnu 'Abbas t bahawa Rasulullah r berbekam dalam keadaan berpuasa.
4-
Merasa
makanan
Makruh bagi yang berpuasa merasa makanan kerana dikhuatiri termasuk
suatu daripada ke dalam rongga. Apabila ada sesuatu yang sampai kepada rongga
menyebabkan batal puasa.
5-
Kucupan
Makruh bagi yang berpuasa mengucup jikalau tidak menaikkan nafsu.
Oleh itu lebih baik ia tinggalkan kerana menaikkan nafsu itu makruh yang sampai
kepada makruh tahrim. Ia tidak ada bezanya sama ada tua atau muda. Dikhuatiri
apabila nafsu yang naik itu membawa kepada inzal.
6-
Puasa
bersambungan
7-
Gosok
gigi setelah masuk waktu zuhur
8-
Banyak
tidur kerana menghilangkan faedah puasa
9-
Mengikut
hawa nafsu dalam perkara yang harus sama ada berkait dengan ciuman, penglihatan
atau pendengaran.
Ibnu Omar
26/4/2020