Isnin, 20 April 2020

Satu minit dalam umurmu…apa yang kamu boleh buat?


Wahai saudaraku seIslam! Dalam masa satu minit itu membolehkan kamu melakukan banyak kebaikan. Dalam   seminit sahaja, ia boleh menambahkan umurmu, menambah pemberian kamu, kefahaman kamu dan hafalan kamu. Kesemua itu adalah kebaikan dalam satu minit yang akan dituliskan dalam buku catatan kamu apabila kamu sedar tentangnya.
Cuba kamu perhatikan nilai satu minit sebagaimana berikut:

Dalam satu minit kamu boleh baca surah al-Fatihah 7 kali secara berterusan secara perlahan. Kebaikan yang boleh didapati dari fatihah 1400 kebajikan. Jika dibaca 7 kali, insya Allah akan mendapat lebih dari 9800 kebajikan ini semua hanya dalam seminit.

Dalam seminit kamu boleh baca surah al-Ikhlas 20 kali secara berterusan secara perlahan. Surah al-Ikhlas sekali baca menyamai 1/3 al-Quran. Apabila kamu membaca 20 kali ia menyamai membaca al-Quran 7 kali. Jika kamu membaca dalam sehari satu minit iaitu 20 kali dalam sehari ini bermakna membaca al-Quran 600 kali. kali dalam sebulan dan dalam setahun 7200 kali. Ia menyamai ganjaran membaca al-Quran 2400

Dalam satu minit kamu boleh baca:
لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيءٍ قدير
20 kali dan ganjarannya seumpama memerdekakan hamba 8 orang pada jalan Allah dari keturunan nabi Ismail.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
سبحان الله وبحمده
100 kali dan sesiapa membaca sebanyak demikian dalam sehari maka diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
50 kali dan kedua kalimah ini mudah disebut tapi berat dalam timbangan serta disukai oleh ar-Rahman.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
Lebih dari 80 kali sedangkan Rasulullah menyatakan mengungkapkan kalimah ini lebih baginda sukai daripada terbitnya matahari. Ia kalimah yang disukai oleh Allah.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
لا حول ولا قوة إلا بالله
Lebih dari 40 kali. Ia adalah antara perbendaharaan syurga.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
لا إله إلا الله
Lebih dari 50 kali. Ia adalah seagung-agung kalimah, ia adalah kalimah tauhid.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
صلى الله عليه وسلم
50 kali sebagaimana bentuk di atas. Ia akan dibalas oleh Allah 500 kali kerana sekali selawat dibalas 10 kali ganda.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
Angkat telefon bimbit untuk menghubung rahim.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
Menadah tangan untuk berdoa dengan doa yang merangkumi semua perkara.

Dalam satu minit kamu boleh:
Memberi nasihat kepada saudaramu.

Dalam satu minit kamu boleh:
Membuat nota ringkasan.

Dalam satu minit kamu boleh:
Memberi salam dan berjabat tangan dengan beberapa orang.

Dalam satu minit kamu boleh:
Menolong seseorang membuat kebajikan.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
Berkongsi kesedihan.

Dalam satu minit kamu boleh:
Menyingkir gangguan yang ada pada jalan orang lalu-lalang.

Dalam satu minit kamu boleh baca:
Beberapa helaian buku yang berfaedah yang menambahkan kefahaman.

Saudaraku, hendaklah kamu ikhlas kepada Allah ketika melakukan perkara-perkara di atas. Renungkan lah apa yang kamu lakukan, dan rasailah bahawa Allah sentiasa mendekati diri kamu kerana kadar keikhlasan dan muraqabah menghasilkan ganjaran yang besar dan kebaikan yang banyak dengan pekerjaan yang mudah ini. Ingatlah bahawa Allah menyukai amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun hanya sedikit.


Tiada ulasan: