TERIMA KASIH COVID-19
Dalam kehidupan di alam yang indah ini, manusia sentiasa
diuji sepanjang perjalanan hidup yang dilaluinya. Ujian-ujian itu akan memberikan pengajaran yang terbaik untuk kelangsungan
hidup dan keutuhan iman di dunia ini. Ia juga mempunyai maksud yang tersirat
dan tersurat yang boleh difahami oleh sebahagia hamba Allah. Perkara ini boleh
diperhatikan dalam surah al-Baqarah, ayat 155-157.
Firman Allah SWT:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ
مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ
عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
(157)} (البقرة: 155 – 157)
Maksudnya:
“Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang
dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan
mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya”.
Pada hari ini, dunia dilanda wabak COVID-19
yang berasal dari Wuhan China dan seterusnya merebak ke serata pelosok dunia.
Kini ia mengakibatkan jutaan orang mendapat jangkitan dan ribuan orang
terkorban. Walaupun begitu, sama ada lambat atau cepat COVID-19 ini akan
berakhir. Dari itu, kita perlu mempelajari sesuatu dari COVID 19 yang
seolah-olah mengungkapkan kata-kata: “Aku akan beredar meninggalkan kamu
semua sama ada cepat atau lambat tetapi
aku ingin katakan kepada kamu semua, pelajarilah sesuatu daripadaku”.
Dari peristiwa COVID 19 ini, banyak iktibar
yang boleh dipelajari. Jangkitan virus ini menyerang dengan tidak membezakan
antara tua atau muda, kaya atau miskin, kuat atau lemah, lelaki atau
wanita dan sihat atau uzur. Insya Allah,
sampai satu masa nanti kita akan mengetahui sebab-sebab pandemiknya, tetapi
kita juga tetap perlu ambil pengajaran dan ikbarnya pada sebab-sebab yang tidak
dapat dilihat. Ia seolah-olah “wabak telah muncul dan kita perlu kaji secara
mendalam kerana banyak perkara yang masih belum diketahui”. Juga kita jangan
lupa tentang kepentingan menjaga kebersihan yang telah diperintahkan oleh Islam
sejak 1400 tahun yang lalu. Iaitu kebersihan dari hadas besar, hadas kecil dan
berwuduk dalam lima kali sehari semalam yang bermula dengan membasuh tangan,
berkumur, menghisap air ke dalam hidung dan menghembus buang hingga
kesudahannya.
Selain dari itu juga, perlu mengambil
pengajaran dari kuarantin dan duduk di rumah agar kita memahami bagaimana
keadaan dengan pengurungan mereka yang dihukum kerana kesalahan.
Kedatangan wabak ini diperingkat pandemik, ia
mengajarkan kita tentang keperluan bahawa kita berhajat dan bergantung kepada
masyarakat secara keseluruhan dan setiap orang perlu patuh kepada arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa. Manakala sikap tidak ambil kesah menyebabkan
masa terbuang, ilmu itu adalah ubat bagi segala penyakit, serta iman dengan
Allah itu menenang, menguatkan keazaman dan keinginan jiwa. Manakala yang perlu
kita lakukan adalah mengambil sebab tanpa menafikan tawakkal kepada Allah
kerana tawakkal yang sebenar perlu ada bersama dengan sebab-sebab. Ini boleh
diperhatikan dalam kenyataan Rasulullah r:
عن أَنَس بْنَ مَالِكٍ
يَقُولُ قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ قَالَ:
اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ. رواه
الترمذي
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik
t, beliau berkata: Ada seorang lelaki yang bertanya: “Wahai Rasulullah
apakah aku perlu mengikat untaku kemudian bertawakkal atau aku melepaskannya
kemudian bertawakkal?” Baginda bersabda: “Ikatlah untamu kemudian
bertawakkallah”.
Boleh juga diperhatikan:
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ شَرِيكٍ
قَالَ قَالَتْ الْأَعْرَابُ يَا
رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نَتَدَاوَى قَالَ نَعَمْ يَا عِبَادَ اللَّهِ تَدَاوَوْا
فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ لَهُ شِفَاءً. رواه الترمذي
Maksudnya:
Daripada dari Usamah
bin Syarik, beliau
berkata: Orang Arab badwi berkata: “Wahai
Rasulullah, apakah kami ini berubat (jika sakit)?” Baginda bersabda: “Ya, wahai
sekalian hamba Allah, berubatlah sesungguhnya Allah tidak menciptakan suatu
penyakit melainkan menciptakan juga ubat untuknya”.
Selanjutnya, mari kita perhatikan sebahagian daripada pengajaran
COVID-19 agar dapat mengembalikannya kepada Allah SWT:
1-
Pandemik virus ini secara singkatnya menyebabkan kita berfikir tentang
rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita. Juga sebagai amaran Allah agar
hamba-hambaNya kembali kepadanya:
{وَمَا
نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا} [الإسراء: 59]
Maksudnya:
Dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan
untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka
tidak beriman). Al-Israk:59
2-
Pandemik ini memberi isyarat agar kita terus berusaha dengan kuat yang
kesudahannya membawa kepada bersabar dengan wabak yang didatangkan oleh Allah.
3-
Ia juga member isyarat agar hamba-hambaNya memeriksa diri dengan
sebaik-baiknya dan tinggalkan keburukan.
4-
Penutupan pintu masjid-masjid tidak akan berterusan dalam tempoh yang
lama, ini menguatkan kita bahawa rahmat Allah sangat luas meliputi orang yang
sembahyang atau tidak sembahyang dan hendaklah kita bersegera melakukan
kebaikan di mana sahaja daripada sekarang sehingga pintu-pintu masjid dibuka
semula. Manakala yang mengimarahkan masjid-masjid adalah orang-orang yang
beriman.
5-
Isyarat bahawa rahmat Allah kepada kita dengan duduk di rumah sehingga
dapat memutuskan rangkain Covid 19 dan bukan dengan mendaki gunung seperti yang
berlaku pada zaman khalifah al-Faruq ketika diserang dengan wabak penyakit
taun. Ini adalah rahmat Allah kepada kita pada zaman ini.
6-
Manusia
itu sangat lemah dan dapat dibunuh oleh virus yang sangat lemah.
7-
Memperlihatkan
keagungan kekuasaan Allah, dengan virus yang sangat kecil lagi lemah ini
menyebabkan manusia terpaksa meninggalkan semua jenis perayaan kerana ia boleh
menyebabkan penularan penyakit yang membawa kepada kematian.
8-
Selama
ini manusia tenggelam dalam limpahan nikmat Allah dari apa yang mereka
inginkan. Kini mereka kehilangan nikmat itu dan akhirnya mereka baru sedar
tentang aman, kesihatan, persahabatan, berkumpul, bermusafir, berjemaah di
masjid, ketenangan, udara bersih dan sebagainya. Nikmat Allah itu tidak dapat
dihitung kerana terlalu banyak.
9-
Suatu ketika dahulu masjid-masjid
dibuka secara percuma untuk kita memperhambakan diri kepada Allah dengan
sembahyang, zikir, berdoa, mempelajari ilmu dan sebagainya, kini ia ditutup,
apakah kita akan meneruskan lagi ibadat? Dengan datangnya virus Korona ini,
kita dapat mengetahui bahawa Allah tidak perlu kepada kita dan tidak perlu
kepada ibadat kita.
10-
Ujian Allah kepada hamba-hambaNya menyebabkan manusia terbeza antara
satu dengan yang lain. Kata al-Hasan al-Basri: “Manusia sama sahaja ketika
sihat tetapi apabila diturunkan bala, mereka akan terbeza”. Apabila mendapat bala, mereka jadi kedekut
dan membenci masyarakat kerana ketakutan dan kejutan disebabkan suatu penyakit
yang menimpanya.
11-
Bertambah kesedaran di kalangan masyarakat yang menyebabkan mereka
kembali kepada mendirikan haknya seperti menghargai kebersihan, kehormatan,
kebebasan, ilmu, kedudukan keluarga, sekolah, umat dan sebagainya.
12-
Prihatin di kalangan kerajaan, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan,
persatuan-persatuan dan sebagainya memainkan peranan untuk membantu
perseorangan atau kumpulan bagi meringankan beban tanggungan.
13-
Bertambah kesedaran terhadap pembacaan kerana besar kepentingannya sama
ada perseorangan atau kumpulan tertentu.
14-
Makin bertambah erat pautan kepada Allah SWT dengan berbagai-bagai zikir
dan doa. Firman Allah SWT:
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا
دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ
اللَّهِ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ (النمل: 62)
Maksudnya:
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia
berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu
pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah
sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang
mengingati (nikmat Allah itu). Al-Naml:62.
15-
Terzahir maqasid syariat pada zaman pandemik seperti tentang kewajipan
sembahyang Jumaat, sembahyang berjemaah, merapatkan saf sembahyang, takzir bagi
mereka yang meninggalkan sembahyang Jumaat, menutup pusat-pusat perniagaan,
menolong yang dalam kesusahan dan sebagainya.
16-
Pandemik ini juga menimbulkan tabiat sifat murni dengan kebiasaan
menjaga kebersihan sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
17-
Ia juga menzahirkan sifat ihsan dalam kalangan masyarakat yang tampil untuk memberi bantuan dan sokongan
kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan untuk membendung penularan wabak
ini.
Inilah sebahagian dari pengajaran yang diperolehi dari pandemik zaman
ini. Manakala Bagi setiap orang Mukmin yang sempurna
keimanan akan sentiasa mendapat kebaikan dalam semua urusannya kerana dia
sentiasa bersyukur. Apabila ditimpa dengan kesusahan dia bersabar dengan ujian
tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta
dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT dan apabila dia mendapat
nikmat, dia mensyukuri nikmat tersebut dengan menambahkan ketaatan kepada Allah
SWT.
عَنْ
صُهَيْبٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَ الْمُؤْمِنِ كُلُّهُ خَيْرٌ إِنْ
أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ فَشَكَرَ كَانَ خَيْرًا، وَإِنَّ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ
فَصَبَرَ كَانَ خَيْرًا ". أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ، مِنْ حَدِيثِ
سُلَيْمَانَ بْنِ الْمُغِيرَةِ. رواه
البيهقي
Maksudnya:
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat
menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu
tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang
sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia
bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia
bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Ya Allah, ya Haiyyu, ya Qaiyyum, ya Zal Jalali wal Ikram, ya
Rahim, ya Wadud, ya Allah, angkatlah wabak ini daripada kami, peliharalah kami
dengan pemeliharaanMu, peliharalah negara kami, keluarga kami dan kesemua
negara Muslim secara keseluruhannya dari semua bala dan fitnah. Amin ya rabbal
alamin.