Selasa, 27 Disember 2011

Surat Terbuka Untuk Kanda....


Surat ketiga:

Kemaafan

Kandaku:

Dinda mohon kemaafan terhadap apa yang dinda lakukan sebentar tadi…

Adakah kanda menerima kemaafan?

Memang dinda cuai terhadap kanda...

Dinda sangat menyesal terhadap apa yang berlaku... dinda minta maaf daripada apa yang dinda katakan dan apa yang dinda lakukan.

Kandaku:

Memang benar dinda ada meminta cerai lebih daripada sekali secara terang-terangan…

Dan berkali-kali pada ketika yang lain pula dinda memintanya secara sendiran…

Dinda juga berkata, bawalah dinda balik kepada keluarga dinda...

Dinda minta maaf semua itu, tetapi kanda jangan lupa bahawa kami ini golongan yang kurang akal dan kurang agama.

Kami melanggar beberapa amaran yang kami lupa akibat-akibatnya dan kami juga jahil terhadap apa yang telah berlaku…

Biar dinda berikan contoh: kanda masih ingat masalah apa yang berlaku di antara kita…

Dinda telah tinggikan suara…

Dinda kata pada kanda, "bawalah dinda balik kepada keluarga dinda". Ketika itu dinda berazam tidak akan pulang lagi dan kanda telah bawa dinda pergi. Dinda masuk rumah keluarga dinda.

Setelah berlalu dua hari dan tenang jiwa dinda.

Ayah dinda pergi bekerja.

Ibu dinda pula pergi ke rumah jirannya...

Dinda lihat adik-adik dinda sedang bermain-main dan dinda lihat adik bongsu dinda merangkak-rangkak perlahan-lahan di hadapan dinda.

Terkenang kembali ingatan...

Dinda telah buang kegelisahan itu daripada dihujani kesedihan dan menyesal terhadap punca terjadinya kesedihan dan kekecewaan...

Dinda telah kembali ke rumah dinda yang mula-mula....

Dinda teringat suami dinda... anak-anak dinda.... air mata dinda mula mengalir dari kedua belah mata dinda lalu ia jatuh pada baju yang kanda hadiahkan pada dinda seminggu yang lalu....

Dinda merenung dan kata pada diri dinda: Alangkah bodohnya dinda, siapakah dinda sekarang ini??

Tiada suami yang menemani dan tiada saudara untuk berbual...

Dinda berjanji pada diri dinda dan berjanji pada kanda bahawa dinda tidak akan meminta yang demikian itu lagi lain kali.

Sauamiku/ terimalah kemaafan dinda...

Adakah kanda terima?

Ya, kanda terimalah..

Alangkah indahnya kanda, atas kesabaran kanda itu...

Selasa, 20 Disember 2011

Surat Terbuk Untuk Kanda: Nasihat


Surat kedua:

Nasihat

Suamiku yang dikasihi:

Benarkanlah dinda memulakan sebahagian komen yang dinda lihat pada kanda, ia sedikit sahaja berbanding kebaikan yang seluas lautan kepada dinda…

Tetapi cinta dindalah yang mendorong dinda untuk memberi tahu kanda. Dinda harap kanda dapat menerimanya dengan baik…

Dinda tidak mendakwa bahawa diri dinda ini tidak ada kesalahan tetapi inilah yang diajar oleh nabi kita, baginda bersabda:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدِّينُ النَّصِيحَةُ[1]

Maksudnya:

Agama itu adalah nasihat…

Inilah nasihat-nasihat dinda baut kanda yang dinda kasihi:

Dinda merasa sangat gelisah apabila melihat kanda tidur ketika waktu sembahyang subuh sedangkan orang lain sembahyang di masjid. Dan lebih-lebih lagi dikala dinda melihat melalui tingkap rumah ada seorang lelaki tua yang berumur, ia berjalan dengan bertongkat dalam kesejukan tiupan angin, ketika itu dinda menoleh kepada kanda, dinda lihat kanda masih tidur… air mata dinda berguguran kesedihan terhadap kanda dan kuatir kanda diazab oleh Allah Ta'ala…

Kenapa dengan tidur ini wahai kanda, sedangkan orang lain berlomba-lomba menuju kepada pintu-pintu keampunan?

Dinda rasa sangat pelik seketika, apabila kanda bangun daripada tidur secara cemas, takut terlambat ke tempat kerja...

Subhanallah! Mana keimanan kanda terhadap Allah Ta'ala?

Mana kecintaan kanda kerana Allah Ta'ala?

Adakah kanda takut dihukum oleh bos yang beri kerja?

Tetapi kanda tidak takut hukuman Allah Ta'ala di atas kesalahan dosa dan kemalasan sembahyang?

Adakah kanda lupa janji Allah terhadap orang yang mencuaikan sembahyang?

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Maksudnya:

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Maryam:59.

Suamiku/ adakah kanda tahu apa itu (غيا) ia adalah satu lembah dalam neraka Jahannam, kita mintalah perlindungan Allah daripada neraka Jahannam dan lembah-lembah azabnya.

Suamiku/ adakah kanda lupa firman Allah Ta'ala:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ[2]

Maksudnya:

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Wahai suami dinda yang dikasihi: berusahalah melawan nafsu untuk melaksanakan sembahyang…

Kerana ia amalan yang mula-mula dihitung terhadap seseorang hamba itu pada hari Kiamat…

Sabda Rasulullah SAW:

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلاةُ[3]

Maksudnya:

Amalan-amalan yang pertama dihitung terhadap manusia pada hari Kiamat adalah sembahyang.



[1]صحيح مسلم (1/ 182)

[2] الماعون 4-5

[3] سنن أبي داود (3/ 29)

Isnin, 19 Disember 2011

Surat Terbuka Untuk Kanda....

Terimalah… wahai kekandaku yang dicintai

Pembuka kata:

Daripada adindamu yang sangat kanda cintai, sebagaimana kanda ucapakan kepada adinda suatu masa dahulu..

Daripada adinda yang hidup bersamamu sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun yang telah dilalui bersama-sama…

Dinda hadiahkan coretan ini buat tatapan kanda…

Ini adalah beberapa patah kalimat yang mendorong dinda mencoretnya setelah adinda melihat perubahan pada kanda dengan tujuan agar kanda dapat memperbaikinya dan Allah Ta'ala sahajalah yang lebih mengetahui rahsia adinda...

Suamiku/ kita perlu kepada nasihat-nasihat ini bersama kerana berdiam diri dari keaiban menyebabkan dalam jiwa ini ada perasaan benci.

Dengarlah luahan adinda ini dan bersamalah adinda dengan hati kanda.

Marilah sama-sama merenungi coretan-coretan ini.

Yang ikhlas,

Isterimu



Surat pertama:

Halaqah Menghafaz al-Quran

Kawan baik dinda ada menghubungi dinda, ia memberi tahu bahawa dia telah masuk Darul Tahfiz al-Quran untuk orang-orang perempuan. Dia juga ada memberi tahuku terhadap apa yang ia lihat dan perasaannya terhadap majlis keimanan itu…

Ada bacaan al-Quran…, pertambahan iman…, rasa bahagia dalam dalam diri, dapat menjalin persahabatan kerana Allah, rasa keseronoak yang menakjubkan, pembelajaran berguna dan fatwa-fatwa para ulama kita yang mulia. Dia merasai ada ketenangan dalam hati…

Dan kanda pula berkata pada dinda, "nantilah bila ada masa", dinda ternanti-nanti sehinggalah berlalu halaqah-halaqah itu…

Dinda tidak terus meletakkan gengam telefon. Ia masih di dalam gengaman tangan dinda, di pipi dinda sambil mengangguk-ngangguk kepala dinda... lalu dinda katakan pada diri dinda: Alangkah ruginya... beberapa malam terus berlalu, yang ada hanyalah kata-kata sahaja...

Alangkah sedihnya… masa-masa itu terus berlalu dihabiskan dengan mengikuti fasion dan menonton rancangan-rancangan di televesion.

Dinda muhasabah diri: berapakah surah yang dinda hafaz?

Sembahyang dinda tidaklah sebaiknya bahkan banyak kesalahan...

Apa yang dinda ambil berat semuanya sia-sia…

Manakala dalam majalah baru atau pasar yang adinda berlegar padanya atau perhubungan dengan salah seorang daripada kawan-kawan wanita adinda dan juga perbualan itu hanyalah dalam lingkungan terhadap orang lain...

Malam itu terus berlalu bersama apa yang ada padanya.

Tetapi dinda katakan kepada kanda: Kanda telah berjanji dengan janji ini, kanda mesti pergi dengan dinda untuk mendaftar masuk dalam halaqah-halaqah menghafaz al-Quranul karim…

Jangan kanda menolaknya, dinda sangat mengharapmu...

Cukuplah dengan dosa dan membuang masa selama ini...

Kawan-kawan wanita adinda, di kalangan mereka ada yang telah menghafaz al-Quran tiga puluh juzuk dengan sempurna...

Adinda pula masih di hadapan televesion...

Dengan izin Allah, mereka tidak akan lebih daripada adinda...

Suamiku/ adinda sangat berharap agar kanda dapat memberi semangat kepada dinda terhadap perkara yang penting ini dan janganlah kanda melengah-lengahkan cadangan adinda...

Tentang anak-anak pula, dinda ingin mereka duduk bersama kanda hingga dinda balik dari halaqah itu...

Atau daftarkan mereka dalam halaqah-halaqah menghafaz di masjid yang berhampiran dengan kita...

Janganlah kanda kata, "kanda sibuk sekarang".

Buatlah kerja kanda selepas maghrib...

Bersabarlah kerana dinda hanya duduk dalam majlis al-Quran dan iman...

Janganlah kanda halang dinda daripada mendapat ganjaran pahala....

Esok-esok kita akan kembali insya Allah.

Adinda ucapkan terima kasih banyak-banyak wahai suamiku yang dinda kasihi. Moga-moga Allah memberi ganjaran dalam semua perkara kebaikan.

Selasa, 31 Mei 2011

Ringkasan Buku: SEHARI DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

Qiyamullail

  • Zikir Ketika Bangun Daripada Tidur
  • Memulakan daripada pihak kanan dalam setiap perkara yang mulia.
  • Berwuduk dan sembahyang dua rakaat secara ringkas
  • Qiyamullail: bangun sebelum subuh sejam atau dua jam atau setengah jam bergantung kepada keinginan
  • Membangunkan Isteri Untuk Sembahyang Bersama Ketika Qiyamullail
  • Beristighfar pada waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh): Apabila selesai sembahyang sunat witir dan masih ada masa yang berbaki sebelum masuk subuh dalam lingkungan sepuluh atau suku jam
  • Meletakan niat puasa: Pada hari Isnin dan Khamis

Ketika masuk dan keluar tandas

  • Zikir kepada Allah ketika masuk tandas
  • Jangan berzikir dan bercakap[1] semasa dalam tandas
  • Zikir ketika keluar daripada tandas

Ketika menukar pakaian

  • Memulakan dari pihak kanan ketika memakai baju[2]
  • Doa ketika memakai pakaian

Ketika keluar dan masuk rumah

  • Doa ketika keluar rumah
  • Doa masuk rumah
  • Mulai dengan bersugi ketika masuk rumah

Ketika menaiki kenderaan

  • Doa Menaiki Kenderaan: kereta, lif, atau apa-apa sahaja
  • Doa ketika tergelincir daripada kenderaan: kereta, lif atau lain-lain lagi.
  • Doa Ketika Mendaki atau menuju ke arah tinggi: seperti lif, jambatan atau sebagainya

Dalam perjalanan

  • Gerakan lidah dengan berzikir kepada Allah dalam perjalanan: iaitu dengan memilih mana-mana sahaja zikir daripada zikir-zikir ketika berjalan di jalan dan menuju mana-mana arah tempat yang ditujui.
  • Menyebar Salam: iaitu apabila menemui orang dikenali dan orang yang tidak dikenali.
  • Berjebat tangan apabila bertemu
  • Sentiasa menunaikan hak jalan

Menunaikan sembahyang di masjid

  • Doa dalam perjalanan ke masjid: pada setiap kali pergi ke masjid,
  • Menunaikan sembahyang di dalam masjid secara berjemaah
  • Tanamkan minat serta sentiasa lebih awal ke masjid: Mendengar azan padanya
  • Tanamkan minat serta sentiasa menggunakan siwak sebelum sembahyang
  • Doa masuk masjid
  • Sembahyang sunat dua rakaat bagi menghormati masjid
  • Doa dan memohon dengan rendah diri kepada Allah ketika di antara azan dan iqamah
  • Sentiasa berada di saf pertama
  • Menunaikan sembahyang berjemaah dengan khusyuk (memberi tumpuan) dan merenungi apa yang diucapkan: Memperhatikan kepada ayat al-Quran dengan merenunginya
  • Banyakan doa dalam sujud
  • Tanamkan minat serta sentiasa melakukan sunat-sunat rawatib: Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang tekun melakukan dua belas rakaat sembahyang sunat, pasti Allah membinakan untuknya sebuah istana dalam syurga iaitu empat rakaat sebelum sembahyang zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas sembahyang Maghrib, dua rakaat selepas sembahyang Isyak dan dua rakaat sebelum sembahyang subuh
  • Sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu ashar.
  • Zikir-zikir selepas sembahyang
  • Duduk di tempat sembahyang selepas sembahyang subuh sehingga terbit matahari kemudian sembahyang sunat dua rakaat[3]
  • Doa ketika keluar daripada masjid

Zikir-zikir pagi dan petang

  • Selepas sembahyang subuh jangan terus keluar daripada masjid sehinggalah selesai membaca zikir-zikir waktu pagi begitu juga selepas sembahyang ashar jangan terus keluar daripada masjid sehinggalah selesai membaca zikir-zikir waktu petang. Kata Imam an-Nawawi dalam kitab al-Azkar: Ketahuilah bahawa sesungguhnya dalam bab ini terlalu luas… dari itu sesiapa yang dapat beramal dengan keseluruhannya ia merupakan nikmat dan limpahan kurniaan Allah ke atasnya dan baik untuknya. Sesiapa yang lemah daripada melakukan keseluruhannya, hendaklah ia memendekkannya daripada ringkasan-ringkasan apa yang ia suka walaupun satu zikir sahaja.
  • Zikir-zikir pada pagi dan petang
  • Zikir-zikir yang diucapkan pada pagi sahaja
  • Zikir-zikir yang diucap pada waktu petang sahaja

Membaca al-Quran dan mendalami agama

  • Tentukan wirid sebagai bacaan setiap hari daripada ayat al-Quran, dimestikan membacanya sebelum habis hari tersebut: satu juzuk atau lebih atau kurang daripada itu bergantung kepada kepentingan anda. Sebagai contoh, membacanya sebelum melaksanakan semua sembahyang atau sebelum menunaikannya. Tanamkan minat dan biasakan membaca empat puluh ayat daripada mashaf al-Quran.
  • Sentiasa memelihara amalan membaca surah-surah yang diwasiatkan oleh Rasulullah r setiap hari
  • Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran: seperti, menghafaz dua atau tiga ayat setiap hari atau ikut kemampuan.
  • Bacalah sesuatu daripada hadis-hadis Rasulullah r: Seperti kitab Riyadh as-Shalihin oleh Iman an-Nawawi atau kitab al-Arbain an-Nawawi oleh Imam an-Nawawi atau, Jamek al-Ulum wal Hikam oleh Ibnu Rejab al-Hanbali atau yang lain daripada kitab-kitab yang bermanfaat.
  • Bacalah kitab agama Islam yang baru (dalam versi baru) untuk mendalami kefahaman dalam agama anda.
  • Tanamkan minat dan sentiasa hadir majlis ilmu: Di masjid yang berhampiran dengan rumah anda walaupun seminggu sekali, atau melalui program keagamaan sama ada pendengaran, menonton atau melalui kaset rakaman.

Berkumpul pada makanan

  • Baca "bismillah" pada makanan: Berkumpul pada makanan apa-apa sahaja. Yang demikian itu pada safrah makanan, ia adalah hamparan yang dibentangkan atas lantai. Ia bukanlah meja hidangan yang diletakan makanan.
  • Memuji Allah selepas makan makanan: Sila rujuk dalam bab adab makan.

Sebelum azan Zohor

  • Sembahyang sunat dhuha
  • Bertasbih kepada Allah ketika matahari mulai meninggi

Dalam pekerjaan

· Tundukkan pandangan daripada melihat perkara yang haram.

  • Kesungguhan kerja dan berniat padanya
  • Tidak berjebat tangan dengan perempuan asing (yang halal nikah)
  • Tidak berkhalawat dengan mana-mana perempuan dalam satu bilik
  • Memelihara lidah dari perkara yang dimurkai Allah daripada mengumpat, mengadu-dumba, menjauhi daripada duduk dalam majlis buruk, meninggalkan marah kepada yang berjiwa, berusaha agar tidak marah melainkan kerana Allah, menghindari takbur, bangga diri kepada yang berjiwa, elakan daripada banyak ketawa dan bergurau.

Ketika pergi ke pasar

  • Zikir kepada Allah ketika masuk pusat membeli-belah

Lingkungan seharian

  • Merenung Ciptaan Allah: ini merupakan ibadat yang sangat luas dalam waktu terluang.
  • Merenungan terhadap kedahsyatan mati dan hari Kiamat: iaitu dengan memikir kematian, kubur, begitu juga hari akhirat, kedahsyatannya dan ketakutannya.
  • Menangis atau berusaha untuk menangis kerana takut kepada Allah.
  • Bersedekah pada jalan Allah: Iaitu dengan bersedekah kepada orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan.
  • Berdakwah kepada Allah
  • Berbakti kepada ibubapa, menziarahi keluarga dan menghubung rahim
  • Berusaha agar dapat melawat orang sakit
  • Turut mengiringi jenazah
  • Hadiahkan isteri setiap hari dengan satu hadiah
  • Banyakan senyuman kepada sesiapa yang dikenali (terutama isteri atau suami): kerana senyuman itu sedekah.

Zikir-zikir umum

  • Bertahlil
  • Beristighfar daripada dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hari.
  • Berhaulaqah.
  • Bertasbih

Doa khusus

  • Gunakan kesempatan pada masa-masa mustajab dan berdoa padanya
  • Memohon kepada Allah agar dapat Syurga dan memohon perlindungan daripada neraka
  • Memohon kepada Allah dengan benar-benar agar mati syahid
  • Memuji Allah di atas nikmat Islam dan lain-lain nikmat
  • Doa untuk ahli keluarga, saudara-mara dan semua mereka yang ada hubungan.
  • kembalikan ketika menerima musibah dengan ucapan:
  • Pisahkan diri daripada syirik yang tersembunyi:

Ketika tidur

  • Biasakan tidur tengahari
  • Kurangkan makanan pada waktu makan malam agar mudah bangun untuk qiyamullail dan sembahyang subuh
  • Duduk sebentar untuk muhasabah diri sendiri sebelum tidur
  • Tulis dan menyemak wasiat yang melibatkan hutang-hutang
  • Tidur dalam keadaan bersuci dan berzikir.

Ketika selesai majlis

  • Doa selepas majlis selesai



[1] Termasuk menyanyi-penterjemah

[2] Semua jenis pakaian yang dipakai dan tidak terbatas pada baju sahaja-penterjemah

[3] Tidak dinyatakan jenis sembahyang sunat ini, ia kemungkinan besar adalah sembahyang sunat Isyrak- penterjemah

Untuk bacaan lebih lengkap sila dapatkan buku:

SEHARI DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

TERJEMAHAN: AHMAD BIN ABDUL RASHID

TERBITAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU