Selasa, 20 Disember 2011

Surat Terbuk Untuk Kanda: Nasihat


Surat kedua:

Nasihat

Suamiku yang dikasihi:

Benarkanlah dinda memulakan sebahagian komen yang dinda lihat pada kanda, ia sedikit sahaja berbanding kebaikan yang seluas lautan kepada dinda…

Tetapi cinta dindalah yang mendorong dinda untuk memberi tahu kanda. Dinda harap kanda dapat menerimanya dengan baik…

Dinda tidak mendakwa bahawa diri dinda ini tidak ada kesalahan tetapi inilah yang diajar oleh nabi kita, baginda bersabda:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدِّينُ النَّصِيحَةُ[1]

Maksudnya:

Agama itu adalah nasihat…

Inilah nasihat-nasihat dinda baut kanda yang dinda kasihi:

Dinda merasa sangat gelisah apabila melihat kanda tidur ketika waktu sembahyang subuh sedangkan orang lain sembahyang di masjid. Dan lebih-lebih lagi dikala dinda melihat melalui tingkap rumah ada seorang lelaki tua yang berumur, ia berjalan dengan bertongkat dalam kesejukan tiupan angin, ketika itu dinda menoleh kepada kanda, dinda lihat kanda masih tidur… air mata dinda berguguran kesedihan terhadap kanda dan kuatir kanda diazab oleh Allah Ta'ala…

Kenapa dengan tidur ini wahai kanda, sedangkan orang lain berlomba-lomba menuju kepada pintu-pintu keampunan?

Dinda rasa sangat pelik seketika, apabila kanda bangun daripada tidur secara cemas, takut terlambat ke tempat kerja...

Subhanallah! Mana keimanan kanda terhadap Allah Ta'ala?

Mana kecintaan kanda kerana Allah Ta'ala?

Adakah kanda takut dihukum oleh bos yang beri kerja?

Tetapi kanda tidak takut hukuman Allah Ta'ala di atas kesalahan dosa dan kemalasan sembahyang?

Adakah kanda lupa janji Allah terhadap orang yang mencuaikan sembahyang?

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Maksudnya:

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Maryam:59.

Suamiku/ adakah kanda tahu apa itu (غيا) ia adalah satu lembah dalam neraka Jahannam, kita mintalah perlindungan Allah daripada neraka Jahannam dan lembah-lembah azabnya.

Suamiku/ adakah kanda lupa firman Allah Ta'ala:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ[2]

Maksudnya:

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Wahai suami dinda yang dikasihi: berusahalah melawan nafsu untuk melaksanakan sembahyang…

Kerana ia amalan yang mula-mula dihitung terhadap seseorang hamba itu pada hari Kiamat…

Sabda Rasulullah SAW:

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلاةُ[3]

Maksudnya:

Amalan-amalan yang pertama dihitung terhadap manusia pada hari Kiamat adalah sembahyang.



[1]صحيح مسلم (1/ 182)

[2] الماعون 4-5

[3] سنن أبي داود (3/ 29)

Tiada ulasan: