Terimalah… wahai kekandaku yang dicintai
Pembuka kata:
Daripada adindamu yang sangat kanda cintai, sebagaimana kanda ucapakan kepada adinda suatu masa dahulu..
Daripada adinda yang hidup bersamamu sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun yang telah dilalui bersama-sama…
Dinda hadiahkan coretan ini buat tatapan kanda…
Ini adalah beberapa patah kalimat yang mendorong dinda mencoretnya setelah adinda melihat perubahan pada kanda dengan tujuan agar kanda dapat memperbaikinya dan Allah Ta'ala sahajalah yang lebih mengetahui rahsia adinda...
Suamiku/ kita perlu kepada nasihat-nasihat ini bersama kerana berdiam diri dari keaiban menyebabkan dalam jiwa ini ada perasaan benci.
Dengarlah luahan adinda ini dan bersamalah adinda dengan hati kanda.
Marilah sama-sama merenungi coretan-coretan ini.
Yang ikhlas,
Isterimu
Surat pertama:
Halaqah Menghafaz al-Quran
Kawan baik dinda ada menghubungi dinda, ia memberi tahu bahawa dia telah masuk Darul Tahfiz al-Quran untuk orang-orang perempuan. Dia juga ada memberi tahuku terhadap apa yang ia lihat dan perasaannya terhadap majlis keimanan itu…
Ada bacaan al-Quran…, pertambahan iman…, rasa bahagia dalam dalam diri, dapat menjalin persahabatan kerana Allah, rasa keseronoak yang menakjubkan, pembelajaran berguna dan fatwa-fatwa para ulama kita yang mulia. Dia merasai ada ketenangan dalam hati…
Dan kanda pula berkata pada dinda, "nantilah bila ada masa", dinda ternanti-nanti sehinggalah berlalu halaqah-halaqah itu…
Dinda tidak terus meletakkan gengam telefon. Ia masih di dalam gengaman tangan dinda, di pipi dinda sambil mengangguk-ngangguk kepala dinda... lalu dinda katakan pada diri dinda: Alangkah ruginya... beberapa malam terus berlalu, yang ada hanyalah kata-kata sahaja...
Alangkah sedihnya… masa-masa itu terus berlalu dihabiskan dengan mengikuti fasion dan menonton rancangan-rancangan di televesion.
Dinda muhasabah diri: berapakah surah yang dinda hafaz?
Sembahyang dinda tidaklah sebaiknya bahkan banyak kesalahan...
Apa yang dinda ambil berat semuanya sia-sia…
Manakala dalam majalah baru atau pasar yang adinda berlegar padanya atau perhubungan dengan salah seorang daripada kawan-kawan wanita adinda dan juga perbualan itu hanyalah dalam lingkungan terhadap orang lain...
Malam itu terus berlalu bersama apa yang ada padanya.
Tetapi dinda katakan kepada kanda: Kanda telah berjanji dengan janji ini, kanda mesti pergi dengan dinda untuk mendaftar masuk dalam halaqah-halaqah menghafaz al-Quranul karim…
Jangan kanda menolaknya, dinda sangat mengharapmu...
Cukuplah dengan dosa dan membuang masa selama ini...
Kawan-kawan wanita adinda, di kalangan mereka ada yang telah menghafaz al-Quran tiga puluh juzuk dengan sempurna...
Adinda pula masih di hadapan televesion...
Dengan izin Allah, mereka tidak akan lebih daripada adinda...
Suamiku/ adinda sangat berharap agar kanda dapat memberi semangat kepada dinda terhadap perkara yang penting ini dan janganlah kanda melengah-lengahkan cadangan adinda...
Tentang anak-anak pula, dinda ingin mereka duduk bersama kanda hingga dinda balik dari halaqah itu...
Atau daftarkan mereka dalam halaqah-halaqah menghafaz di masjid yang berhampiran dengan kita...
Janganlah kanda kata, "kanda sibuk sekarang".
Buatlah kerja kanda selepas maghrib...
Bersabarlah kerana dinda hanya duduk dalam majlis al-Quran dan iman...
Janganlah kanda halang dinda daripada mendapat ganjaran pahala....
Esok-esok kita akan kembali insya Allah.
Adinda ucapkan terima kasih banyak-banyak wahai suamiku yang dinda kasihi. Moga-moga Allah memberi ganjaran dalam semua perkara kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan