Isnin, 4 April 2011

KAEDAH LIMA MINIT

CUBALAH…..

Anda perhatikanlah dalam kebanyakan pekerjaan kita… dalam ibadat kita… dalam kewajipan kita… dalam pengulangkaji kita… dalam pembacaan kita… dalam janji kita… dalam masa ziarah kita.. dalam menangguhkan sebahagian pekerjaan penting kita… dan sebagainya… anda akan dapati kebanyakannya tidak terlepas daripada merancang dan melaksanakannya kerja itu… lebih daripada 5 minit…

Saya harap dapat memanfaatkan dari kaedah yang sesuai ini… yang dinamakan KAEDAH 5 MINIT.

Keistimewaan kaedah ini:

Ia membolehkan anda melakukan banyak kerja yang penting, terpenting dan kurang penting… dalam masa tidak lebih dari 5 Minit.

Jika kamu cuba digagalkan oleh syaitan… atau jika kamu diperkecilkan oleh nafsu yang menyuruh kepada kejahatan… atau jika kamu ditundukkan oleh hawa nafsu… atau jika kamu dilemahkan oleh perasaan malas… maka hendaklah kamu terus berkata kepada hati kamu: "CUMA 5 MINIT SAHAJA!"

Caranya:

Kaedah ini bukan bermakna Cuma melakukan kerja pada masa ini sahaja, tetapi ia juga tindak balas yang baik bagi menjinakkan hati, bersegera melakukan ketaatan, menyelasaikan kerja dan menangguhkan.

Contoh:

Bersegera kepada sembahyang sebelum azan atau ketika azan… dan katakan: CUMA 5 MINIT SAHAJA. (Agar boleh kita tinggalkan apa yang sedang kita lakukan).

Ketika kamu tetapkan jam untuk perkara yang tertentu "untuk sembahyang atau sebagainya" lalu loceng jam berbunyi sebelum masa tersebut, kamu katakana: CUMA 5 MINIT SAHAJA. ( 5 minit ini tidak faedah untuk tidur atau melewatkannya).

Kamu ingin bersegera keluar masjid... kamu katakan: CUMA 5 MINIT SAHAJA. (lalu kamu duduk untuk baca Quran atau berzikir).

Jika kamu malas membaca al-Quran… hendaklah kamu bersegera beredar untuk membacanya, kamu katakana: CUMA 5 MINIT SAHAJA.

Jika kamu cuba digagalkan oleh syaitan daripada zikir-zikir yang disyariatkan. Kamu katakana: CUMA 5 MINIT SAHAJA. Lalu bersegera berzikir.

Jika kamu jemu membaca buku ilmiah, hendaklah kamu ubah diri kamu untuk membacanya. Kamu katakan: CUMA 5 MINIT SAHAJA.

Jika sangat ingin menyegerakan sesuatu kerja… bergeralah melakukannya sekarang hingga selesai dan kamu katakana: CUMA 5 MINIT SAHAJA.

Jika kamu ingin ke rumah atau pejabat atau ke kereta untuk menyusun dan mengemas… lakukanlah dengan bersegera daripada sekarang dan kamu katakan: CUMA 5 MINT SAHAJA.

Jika kamu beriltizam dengan janji tertentu. Usahakanlah untuk bersegera sampai lebih awal dan kamu katakan: CUMA 5 MINIT SAHAJA.

Jika kamu sedang memandu laju, kamu katakana: CUMA 5 MINIT SAHAJA. (katakanlah semasa kamu memandu laju, atau dalam keadaan tenang kebiasaannya)

Ketika ingin menangguh dari menziarah orang yang kamu mesti ziarahnya, lalu timbul kesibukan sedangkan ia tidaklah penting sangat dan hati kamu ingin menziarahnya. Kamu katakana:
CUMA 5 MINIT SAHAJA, kemudian segera lakukan ziarah itu.

Ketika kamu rasa cuai terhadap hak kaum kerabat kamu, ambillah telefon sekarang dan terus hubung mereka. Kamu katakan: CUMA 5 MINIT SAHAJA... biasanya semasa membuat panggilan.

Ketika kamu rasa diri kamu gemuk sedangkan kamu mesti deit dari makanan. Kamu katakan: CUMA 5 MINIT SAHAJA dan terus tinggalkan makanan itu.

Ia pasti menakjubkan kamu dengan kaedah 5 MINIT ini … kamu katakan: ia tidak memudharatkan pun... aku dah buat... CUMA 5 MINIT SAHAJA (untuk kamu baca artekal ini….). selamat mencuba….

Tiada ulasan: