Selasa, 27 Disember 2011

Surat Terbuka Untuk Kanda....


Surat ketiga:

Kemaafan

Kandaku:

Dinda mohon kemaafan terhadap apa yang dinda lakukan sebentar tadi…

Adakah kanda menerima kemaafan?

Memang dinda cuai terhadap kanda...

Dinda sangat menyesal terhadap apa yang berlaku... dinda minta maaf daripada apa yang dinda katakan dan apa yang dinda lakukan.

Kandaku:

Memang benar dinda ada meminta cerai lebih daripada sekali secara terang-terangan…

Dan berkali-kali pada ketika yang lain pula dinda memintanya secara sendiran…

Dinda juga berkata, bawalah dinda balik kepada keluarga dinda...

Dinda minta maaf semua itu, tetapi kanda jangan lupa bahawa kami ini golongan yang kurang akal dan kurang agama.

Kami melanggar beberapa amaran yang kami lupa akibat-akibatnya dan kami juga jahil terhadap apa yang telah berlaku…

Biar dinda berikan contoh: kanda masih ingat masalah apa yang berlaku di antara kita…

Dinda telah tinggikan suara…

Dinda kata pada kanda, "bawalah dinda balik kepada keluarga dinda". Ketika itu dinda berazam tidak akan pulang lagi dan kanda telah bawa dinda pergi. Dinda masuk rumah keluarga dinda.

Setelah berlalu dua hari dan tenang jiwa dinda.

Ayah dinda pergi bekerja.

Ibu dinda pula pergi ke rumah jirannya...

Dinda lihat adik-adik dinda sedang bermain-main dan dinda lihat adik bongsu dinda merangkak-rangkak perlahan-lahan di hadapan dinda.

Terkenang kembali ingatan...

Dinda telah buang kegelisahan itu daripada dihujani kesedihan dan menyesal terhadap punca terjadinya kesedihan dan kekecewaan...

Dinda telah kembali ke rumah dinda yang mula-mula....

Dinda teringat suami dinda... anak-anak dinda.... air mata dinda mula mengalir dari kedua belah mata dinda lalu ia jatuh pada baju yang kanda hadiahkan pada dinda seminggu yang lalu....

Dinda merenung dan kata pada diri dinda: Alangkah bodohnya dinda, siapakah dinda sekarang ini??

Tiada suami yang menemani dan tiada saudara untuk berbual...

Dinda berjanji pada diri dinda dan berjanji pada kanda bahawa dinda tidak akan meminta yang demikian itu lagi lain kali.

Sauamiku/ terimalah kemaafan dinda...

Adakah kanda terima?

Ya, kanda terimalah..

Alangkah indahnya kanda, atas kesabaran kanda itu...

Selasa, 20 Disember 2011

Surat Terbuk Untuk Kanda: Nasihat


Surat kedua:

Nasihat

Suamiku yang dikasihi:

Benarkanlah dinda memulakan sebahagian komen yang dinda lihat pada kanda, ia sedikit sahaja berbanding kebaikan yang seluas lautan kepada dinda…

Tetapi cinta dindalah yang mendorong dinda untuk memberi tahu kanda. Dinda harap kanda dapat menerimanya dengan baik…

Dinda tidak mendakwa bahawa diri dinda ini tidak ada kesalahan tetapi inilah yang diajar oleh nabi kita, baginda bersabda:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدِّينُ النَّصِيحَةُ[1]

Maksudnya:

Agama itu adalah nasihat…

Inilah nasihat-nasihat dinda baut kanda yang dinda kasihi:

Dinda merasa sangat gelisah apabila melihat kanda tidur ketika waktu sembahyang subuh sedangkan orang lain sembahyang di masjid. Dan lebih-lebih lagi dikala dinda melihat melalui tingkap rumah ada seorang lelaki tua yang berumur, ia berjalan dengan bertongkat dalam kesejukan tiupan angin, ketika itu dinda menoleh kepada kanda, dinda lihat kanda masih tidur… air mata dinda berguguran kesedihan terhadap kanda dan kuatir kanda diazab oleh Allah Ta'ala…

Kenapa dengan tidur ini wahai kanda, sedangkan orang lain berlomba-lomba menuju kepada pintu-pintu keampunan?

Dinda rasa sangat pelik seketika, apabila kanda bangun daripada tidur secara cemas, takut terlambat ke tempat kerja...

Subhanallah! Mana keimanan kanda terhadap Allah Ta'ala?

Mana kecintaan kanda kerana Allah Ta'ala?

Adakah kanda takut dihukum oleh bos yang beri kerja?

Tetapi kanda tidak takut hukuman Allah Ta'ala di atas kesalahan dosa dan kemalasan sembahyang?

Adakah kanda lupa janji Allah terhadap orang yang mencuaikan sembahyang?

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Maksudnya:

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Maryam:59.

Suamiku/ adakah kanda tahu apa itu (غيا) ia adalah satu lembah dalam neraka Jahannam, kita mintalah perlindungan Allah daripada neraka Jahannam dan lembah-lembah azabnya.

Suamiku/ adakah kanda lupa firman Allah Ta'ala:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ[2]

Maksudnya:

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Wahai suami dinda yang dikasihi: berusahalah melawan nafsu untuk melaksanakan sembahyang…

Kerana ia amalan yang mula-mula dihitung terhadap seseorang hamba itu pada hari Kiamat…

Sabda Rasulullah SAW:

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلاةُ[3]

Maksudnya:

Amalan-amalan yang pertama dihitung terhadap manusia pada hari Kiamat adalah sembahyang.



[1]صحيح مسلم (1/ 182)

[2] الماعون 4-5

[3] سنن أبي داود (3/ 29)

Isnin, 19 Disember 2011

Surat Terbuka Untuk Kanda....

Terimalah… wahai kekandaku yang dicintai

Pembuka kata:

Daripada adindamu yang sangat kanda cintai, sebagaimana kanda ucapakan kepada adinda suatu masa dahulu..

Daripada adinda yang hidup bersamamu sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun yang telah dilalui bersama-sama…

Dinda hadiahkan coretan ini buat tatapan kanda…

Ini adalah beberapa patah kalimat yang mendorong dinda mencoretnya setelah adinda melihat perubahan pada kanda dengan tujuan agar kanda dapat memperbaikinya dan Allah Ta'ala sahajalah yang lebih mengetahui rahsia adinda...

Suamiku/ kita perlu kepada nasihat-nasihat ini bersama kerana berdiam diri dari keaiban menyebabkan dalam jiwa ini ada perasaan benci.

Dengarlah luahan adinda ini dan bersamalah adinda dengan hati kanda.

Marilah sama-sama merenungi coretan-coretan ini.

Yang ikhlas,

Isterimu



Surat pertama:

Halaqah Menghafaz al-Quran

Kawan baik dinda ada menghubungi dinda, ia memberi tahu bahawa dia telah masuk Darul Tahfiz al-Quran untuk orang-orang perempuan. Dia juga ada memberi tahuku terhadap apa yang ia lihat dan perasaannya terhadap majlis keimanan itu…

Ada bacaan al-Quran…, pertambahan iman…, rasa bahagia dalam dalam diri, dapat menjalin persahabatan kerana Allah, rasa keseronoak yang menakjubkan, pembelajaran berguna dan fatwa-fatwa para ulama kita yang mulia. Dia merasai ada ketenangan dalam hati…

Dan kanda pula berkata pada dinda, "nantilah bila ada masa", dinda ternanti-nanti sehinggalah berlalu halaqah-halaqah itu…

Dinda tidak terus meletakkan gengam telefon. Ia masih di dalam gengaman tangan dinda, di pipi dinda sambil mengangguk-ngangguk kepala dinda... lalu dinda katakan pada diri dinda: Alangkah ruginya... beberapa malam terus berlalu, yang ada hanyalah kata-kata sahaja...

Alangkah sedihnya… masa-masa itu terus berlalu dihabiskan dengan mengikuti fasion dan menonton rancangan-rancangan di televesion.

Dinda muhasabah diri: berapakah surah yang dinda hafaz?

Sembahyang dinda tidaklah sebaiknya bahkan banyak kesalahan...

Apa yang dinda ambil berat semuanya sia-sia…

Manakala dalam majalah baru atau pasar yang adinda berlegar padanya atau perhubungan dengan salah seorang daripada kawan-kawan wanita adinda dan juga perbualan itu hanyalah dalam lingkungan terhadap orang lain...

Malam itu terus berlalu bersama apa yang ada padanya.

Tetapi dinda katakan kepada kanda: Kanda telah berjanji dengan janji ini, kanda mesti pergi dengan dinda untuk mendaftar masuk dalam halaqah-halaqah menghafaz al-Quranul karim…

Jangan kanda menolaknya, dinda sangat mengharapmu...

Cukuplah dengan dosa dan membuang masa selama ini...

Kawan-kawan wanita adinda, di kalangan mereka ada yang telah menghafaz al-Quran tiga puluh juzuk dengan sempurna...

Adinda pula masih di hadapan televesion...

Dengan izin Allah, mereka tidak akan lebih daripada adinda...

Suamiku/ adinda sangat berharap agar kanda dapat memberi semangat kepada dinda terhadap perkara yang penting ini dan janganlah kanda melengah-lengahkan cadangan adinda...

Tentang anak-anak pula, dinda ingin mereka duduk bersama kanda hingga dinda balik dari halaqah itu...

Atau daftarkan mereka dalam halaqah-halaqah menghafaz di masjid yang berhampiran dengan kita...

Janganlah kanda kata, "kanda sibuk sekarang".

Buatlah kerja kanda selepas maghrib...

Bersabarlah kerana dinda hanya duduk dalam majlis al-Quran dan iman...

Janganlah kanda halang dinda daripada mendapat ganjaran pahala....

Esok-esok kita akan kembali insya Allah.

Adinda ucapkan terima kasih banyak-banyak wahai suamiku yang dinda kasihi. Moga-moga Allah memberi ganjaran dalam semua perkara kebaikan.