Ahad, 26 Februari 2012

Surat Terbuka Buat Kanda

Surat ketujuh:

Percutian

Kekandaku:

Kanda tidak tahukah berapa bilangan hari cuti tahunan yang membolehkan untuk kita meluangkan masa bersama?? Saat-saat cuti itu dapat membantu mencambahkan lagi kecintaan di antara kita…

Saat-saat bagi melupakan rutin harian rasmi, ianya saat-saat yang dinanti-nantikan, saat-saat yang dapat membantu kanda tenggelam dalam erti cinta dan penghargaan.

Tetapi di sini dinda akan berikan beberapa garis panduan pada kanda untuk difikirkan sebelum memulakan percutian:

- anak-anak kita telah berjaya dengan cemerlang, apa kata kalau kita belikan sedikit hadiah sebagai memberi semangat kepada mereka?

- Apa pandangan kanda kalau kita pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat umrah sedangkan ibadat umrah itu ada keistimewaannya tersendiri.

- Apa kata kalau kita buat bajet untuk musafir dari sekarang agar tidak hilang begitu sahaja perbelanjaan kita?

- Dinda cadangkan bagaimana kalau kita bawa bersama peralatan memasak supaya kita dapat makan daripada masakan dengan tangan kita sendiri kerana makanan daripada restoran-restoran kebanyakannya mendatangkan mudharat dari segi kesihatan dan ia juga menjimatkan belanja lagi pun kita sangat perlukan kewangan sebagaimana kanda tahu.

- Ketahuilah kanda, hubungan silaturrahim lebih afdhal daripada kerja… apa kata kalau kita pergi menziarahi ahli keluarga dinda dan ahli keluarga kanda??

- Adakah kanda benarkan dinda belikan hadiah untuk ibubapa dinda dan adik-adik dinda yang kecil?

Terima kasih kepada kanda di atas apa yang berlaku... wahai kanda yang ada kesungguhan dan kemuliaan.

- dinda juga cadangkan agar kita bawa bersama kaset-kaset nasyid untuk kita ambil manfaatnya semasa dalam perjalanan itu.

- kanda tutuplah radio nyanyian yang haram itu, apa yang akan terjadi kalau tiba-tiba malaikat maut datang sekarang ini sedangkan kanda dalam keadaan demikian.

- kita kembali daripada perkelahan kita…

terima kasih kanda di atas percutian ini…

dinda merasa seronok dengan percutian ini…

Ahad, 12 Februari 2012

Surat Terbuka Untuk Kanda....

Surat keenam

Tiada puji-pujian


Dinda ini seorang perempuan, dinda sangat inginkan sepatah pujian…

Ia satu perkataan yang mudah dan pendek... tetapi kesannya dalam hati cukup besar….

Kadang-kala Rasulullah SAW juga mengguna kaedah pujian terhadap para sahabat yang mulia….

Bahkan pujian terhadap isteri-isteri baginda...

Sebenarnya pujian itu mempunyai kesan yang sangat besar dalam jiwa dinda.

Suami dinda:

Susah sangatkah kanda ucapkan perkataan yang mendorong dinda agar lebih ambil berat terhadap rumah ini, atau lebih ambil berat terhadap makanan atau lebih ambil berat terhadap diri dinda sendiri?

Mungkin kanda masuk rumah ini lalu terlihatnya tersusun, dan berbau harum kenapa kanda tidak ungkapkan ucapan,

Wah cantiknya rumah ini!

Wah kemasnya!

Wah menariknya:… kemudian kanda lambaikan tangan kanda kepada dinda: Moga Allah pelihara dinda buat kanda.

Terus terang katakan…

Adakah kanda ingat masa dinda bersolek untuk kanda dan dinda memakai haruman agar kanda mencium bau harum... tetapi kanda buat-buat tak tahu tentang itu dan berbuat-buat tidak nampak pada dinda, kanda sibukkan diri dalam urusan kanda??

Peliklah kanda ini:

Adakah kanda tahu, kalau kanda pandang pada dinda dengan satu pandangan kasih sayang kemudian kanda ungkapkannya dalam sepatah perkataan memuji dinda, sebenarnya apa yang kanda lakukan itu membuatkan dinda bertambah sayang kepada kanda dalam hati dinda...

Renungkanlah... adakah dinda akan dapat mendengar dari kanda pada masa-masa akan datang??