Isnin, 25 April 2016

Sajjadah merinduimu....



Sajjadah merinduimu wahai hamba Allah

Sajjadah Solat Meluahkan Isi Hati!!! 
Apa yang dia katakan???

Aku menuju ke katil tidur…aku tidur dengan sangat nyenyak…aku terjaga dari tidur sebelum masuk waktu subuh kerana dahaga yang amat sangat…aku bangun untuk pergi minum air tiba-tiba aku dengar keluhan muncul dari lantai…

Aku toleh memandang sekitarku … lalu lenyap bunyi keluhan itu…lepas itu aku pergi minum air kemudian aku kembali ke katilku…tiba-tiba aku kedengaran bunyi keluhan itu sekali lagi…kali ini bunya agak kuat seolah-olah suara tangisan… Aku meraba-raba dengan tanganku hingga aku tersentuh sajadahku lalu aku pegang…

Aku dalam keadaan pelik: kamukah yang mengeluh wahai sajadahku?
Sajadah: ya…

Aku: kenapa?
Sajadah: kamu terjaga kerana dahaga…kamu minum air hingga hilang dahaga sedangkan aku juga berhajat kepada air tapi tiada seorangpun memberiku air!!

Aku: Adakah kamu hendakkan aku bawakan untuk kau segelas air?
Sajadah: Bukan air itu yang menghilangkan dahagaku…yang menghilangkan dahagaku, air mata seorang hamba Allah dikalangan yang bertaubat…

Aku: Dari mana aku boleh dapatkan air dari jenis ini untuk kau?
Sajadah: Inilah sebabnya aku menangis…wahai hamba Allah bangunlah dan sembahyanglah dua rakaat dalam kegelapan malam…hingga ia dapat menyinari kegelapan kubur dan semua ganjaran dari jenis amalnya…
Tidak ada masa lagi melainkan sedikit sahaja, lepas itu laungan azan akan diluangankan oleh muazzin untuk sembahyang fardhu subuh…

Aku: biarkan aku bersendirian, wahai sajadahku..
Sajadah: Wahai hamba Allah, bangunlah untuk sembahyang fardhu subuh…ianya menghidupkan hati dan rohani…

Sekarang masanya waktu laungan azan oleh muazzin:
  الصلاة خير من النوم !!!
الصلاة خير من النوم !!!
Sembahyang lebih baik dari tidur!!!
Sembahyang lebih baik dari tidur!!!

Kamu menyahut seruan dunia setiap hari dan setiap malam….tapi tidak menyahut seruan Yang Maha Gagah lagi Perkasa?!!

Aku dalam serba-salah: Biarkan aku tidur wahai sajadahku…kau kan melihat aku setiap hari…aku tidak balik ke rumah melainkan aku dalam keadaan penat…

Dia menyerah untuk dikuasai tidur…
kemudian dia ambil bantal diletakan di atas dadanya, terasa kehangatan… 

Sajadah: wahai hamba Allah… adakah kamu beri ruang kepada dunia lebih banyak berbanding ruang untuk agamamu?

Aku dengan tegas: Diam sajadahku! Aku harap kau tidak terus bercakap…aku sangat penat dan aku nak tidur…

Sajadah terdiam sebentar kerana terkesan dengan ucapan hamba Allah itu lalu berkata dengan sedih: aaaahh… wahai lelaki-lelaki dah subuuuuuuh… aaaahh… wahai lelaki-lelaki dah subuuuuuh…

Apakah kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:
عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَنْ يَلِجَ النَّارَ أَحَدٌ صَلَّى قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا يَعْنِي الْفَجْرَ وَالْعَصْرَ
Maksudnya:
Umarah bin Ruaibah daripada bapanya, katanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak sesekali masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, iaitu fardhu subuh dan fardhu maghrib. (Riwayat Muslim)

Apakah kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya:
Daripada Abu Bakr bin abu Musa daripada bapanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang al-Bardain (subuh dan ashar) pasti masuk syurga. (Riwayat al-Bukhari)

Apakah kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:

عَنْ بُرَيْدَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
Daripada Buraidah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Berikan berita gembira kepada orang yang berjalan dalam gelap ke masjid dengan cahaya yang terang di hari kiamat. (Riwayat Abu Daud)

Apakah kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ صَلاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada sembahyang yang terlebih berat ke atas orang-orang Munafik daripada sembahyang Subuh dan Isyak dan jika mereka tahu tentang kedua mereka pasti datang kepada keduanya walaupun dengan keadaan merangkak. (Riwayat al-Bukhari).

Hamba Allah itu terjaga dari kelaliannya.

Aku: Memang betul sembahyang Subuh itu penting…
Sajadah: Bangun wahai hamba Allah

Aku:Esok aku mula In sya Allah…biarkan aku tidur hari ini kerana aku penat…
Sajadah: Menduka-citakan… bagi sesiapa yang tidak tahu ganjaran amal, ia terasa berat dalam semua perkara.

Sajadah: Esok kamu akan tidur di dalam kuburmu wahai hamba Allah…tidur selamanya…

Lalu sajadah tinggalkannya….hamba Allah itu pula terus tidur…dia akan ingat kata-kataku dan nasihatku…

Tetapi itulah tidur yang paling lama dalam hidupnya…ia sebenar telah mati pada waktu itu…

Ya Allah tutupkanlah kehidupan kami ini dengan amal kebaikan…

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتِي فِي الأُمُورِ كُلِّهَا،
 وَأَجِرْنِي مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا،

 وَعَذَابِ الآخِرَةِ،

3 ulasan:

Cucu Laut berkata...

Alhamdulillaah.. terima kasih akhi

Ibnu Omar al-Madani berkata...

cucu laut dah lama tak update blog tuh...

jeman berkata...

Subhanallah...