Sajjadah merinduimu wahai hamba Allah
Sajjadah Solat
Meluahkan Isi Hati!!!
Apa yang
dia katakan???
Aku menuju ke katil
tidur…aku tidur dengan sangat nyenyak…aku terjaga dari tidur sebelum masuk
waktu subuh kerana dahaga yang amat sangat…aku bangun untuk pergi minum air
tiba-tiba aku dengar keluhan muncul dari lantai…
Aku toleh memandang
sekitarku … lalu lenyap bunyi keluhan itu…lepas itu aku pergi minum air
kemudian aku kembali ke katilku…tiba-tiba aku kedengaran bunyi keluhan itu
sekali lagi…kali ini bunya agak kuat seolah-olah suara tangisan… Aku
meraba-raba dengan tanganku hingga aku tersentuh sajadahku lalu aku pegang…
Aku dalam keadaan pelik:
kamukah yang mengeluh wahai sajadahku?
Sajadah: ya…
Aku: kenapa?
Sajadah: kamu terjaga
kerana dahaga…kamu minum air hingga hilang dahaga sedangkan aku juga berhajat
kepada air tapi tiada seorangpun memberiku air!!
Aku: Adakah kamu hendakkan aku bawakan untuk kau segelas air?
Sajadah: Bukan air itu
yang menghilangkan dahagaku…yang menghilangkan dahagaku, air mata seorang hamba
Allah dikalangan yang bertaubat…
Aku: Dari mana aku boleh
dapatkan air dari jenis ini untuk kau?
Sajadah: Inilah sebabnya
aku menangis…wahai hamba Allah bangunlah dan sembahyanglah dua rakaat dalam
kegelapan malam…hingga ia dapat menyinari kegelapan kubur dan semua ganjaran dari
jenis amalnya…
Tidak ada masa lagi
melainkan sedikit sahaja, lepas itu laungan azan akan diluangankan oleh muazzin
untuk sembahyang fardhu subuh…
Aku: biarkan aku
bersendirian, wahai sajadahku..
Sajadah: Wahai hamba
Allah, bangunlah untuk sembahyang fardhu subuh…ianya menghidupkan hati dan
rohani…
Sekarang masanya waktu
laungan azan oleh muazzin:
الصلاة خير من النوم !!!
الصلاة خير من النوم !!!
Sembahyang lebih baik dari
tidur!!!
Sembahyang lebih baik dari tidur!!!
Sembahyang lebih baik dari tidur!!!
Kamu menyahut seruan dunia setiap hari dan
setiap malam….tapi tidak menyahut seruan Yang Maha Gagah lagi Perkasa?!!
Aku dalam serba-salah: Biarkan aku tidur wahai
sajadahku…kau kan
melihat aku setiap hari…aku tidak balik ke rumah melainkan aku dalam keadaan
penat…
Dia menyerah untuk dikuasai tidur…
kemudian dia ambil bantal diletakan di atas
dadanya, terasa kehangatan…
Sajadah: wahai hamba Allah… adakah kamu beri
ruang kepada dunia lebih banyak berbanding ruang untuk agamamu?
Aku dengan tegas: Diam sajadahku! Aku harap kau
tidak terus bercakap…aku sangat penat dan aku nak tidur…
Sajadah terdiam sebentar kerana terkesan dengan
ucapan hamba Allah itu lalu berkata dengan sedih: aaaahh… wahai lelaki-lelaki
dah subuuuuuuh… aaaahh… wahai lelaki-lelaki dah subuuuuuh…
Apakah kamu tidak dengar baginda sabda Nabi
SAW:
عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَنْ
يَلِجَ النَّارَ أَحَدٌ صَلَّى قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا
يَعْنِي الْفَجْرَ وَالْعَصْرَ
Maksudnya:
Umarah bin Ruaibah daripada bapanya, katanya ia
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak sesekali masuk neraka seseorang yang
sembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, iaitu fardhu subuh
dan fardhu maghrib. (Riwayat Muslim)
Apakah
kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ
الْجَنَّةَ
Maksudnya:
Daripada Abu Bakr bin abu Musa daripada bapanya,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sembahyang al-Bardain (subuh dan
ashar) pasti masuk syurga. (Riwayat al-Bukhari)
Apakah
kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:
عَنْ بُرَيْدَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ
بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
Daripada Buraidah, daripada Nabi SAW, baginda
bersabda: Berikan berita gembira kepada orang yang berjalan dalam gelap ke
masjid dengan cahaya yang terang di hari kiamat. (Riwayat Abu Daud)
Apakah
kamu tidak dengar baginda sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ صَلاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Tiada sembahyang yang terlebih berat ke atas orang-orang Munafik
daripada sembahyang Subuh dan Isyak dan jika mereka tahu tentang kedua mereka
pasti datang kepada keduanya walaupun dengan keadaan merangkak. (Riwayat
al-Bukhari).
Hamba Allah itu terjaga dari kelaliannya.
Aku: Memang betul sembahyang Subuh itu penting…
Sajadah: Bangun wahai hamba Allah
Aku:Esok aku mula In sya Allah…biarkan aku tidur hari
ini kerana aku penat…
Sajadah: Menduka-citakan… bagi sesiapa yang tidak tahu
ganjaran amal, ia terasa berat dalam semua perkara.
Sajadah: Esok kamu akan tidur di dalam kuburmu wahai
hamba Allah…tidur selamanya…
Lalu sajadah tinggalkannya….hamba Allah itu pula terus
tidur…dia akan ingat kata-kataku dan nasihatku…
Tetapi itulah tidur yang paling lama dalam hidupnya…ia
sebenar telah mati pada waktu itu…
Ya Allah tutupkanlah kehidupan kami ini dengan amal
kebaikan…
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتِي فِي الأُمُورِ كُلِّهَا،
وَأَجِرْنِي مِنْ
خِزْيِ الدُّنْيَا،
وَعَذَابِ الآخِرَةِ،
3 ulasan:
Alhamdulillaah.. terima kasih akhi
cucu laut dah lama tak update blog tuh...
Subhanallah...
Catat Ulasan