Khamis, 24 Januari 2019

Zikir Harian al-Imam al-Ghazali

10 zikir pagi dan petang
al-Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayah al-Hidayah
Waktu bacaan: Sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari
Bilangan bacaan: 10/70/100 kali (sekurang-kurang 10 kali setiap satu zikir)
Rujukan: Kitab Hidayah as-Salikin fi Suluki Maslak al-Muttaqin

Pertama:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ(Riwayat al-Tarmizi)

Kedua:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ (Riwayat Abu Naim al-Ashbahani)

Ketiga:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا، الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ(Riwayat Ibn Hibban)

Keempat:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (Riwayat Muslim)



Kelima:
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ (Riwayat Ahmad)

Keenam:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (Riwayat al-Bukhari)

Ketujuh:
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ وَأَسْأَلُهُ التَّوْبَةَ وَالْمَغْفِرَةَ (Majmak al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid)

Kelapan:

اللهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ (Riwayat al-Baihaqi)

Kesembilan:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Kesepuluh:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (Riwayat al-Bukhari)

Rabu, 2 Januari 2019

Tawaran Istimewa: Ganjaran Haji Dengan Kos Paling Murah




TAWARAN ISTIMEWA!
GANJARAN HAJI DENGAN KOS PALING MURAH

Setiap orang Islam mempunyai impian untuk mengerjakan haji di Baitullah setiap tahun kerana ganjaran ibadatnya sangat besar dan gandaan ganjaran pahala berlipat berkali ganda ibadat di tanah suci. Bagi haji mabrur ganjaran disediakan adalah syurga Allah yang penuh nikmat sebagaimana yang nyatakan oleh Rasulullah r:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةَ.رواه الطبراني
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas t katanya bahawa Rasulullah r bersabda: Haji yang mabrur itu tiada ganjaran yang dapat diberikan melainkan syurga.

Oleh itu, semesti setiap orang Islam akan mencari peluang untuk ke sana. Persoalan yang dilontarkan kepada anda, Adakah anda ingin ganjaran haji tanpa pergi haji? Adakah anda inginkan ganjaran haji sedangkan anda tiada harta? Adakah anda ingin setaraf jemaah haji sedangkan anda tidak ada cara untuk ke sana melaksanakan haji?
Jika keinginan itu benar-benar datang daripada hati anda, maka anda boleh melakukan amalan berikut dengan mengharapkan keredaan Allah. Dengan ini, pasti anda akan memperoleh apa yang anda inginkan dan keinginan itu diketahui oleh Yang Maha Mengetahui perkara ghaib.

Sama ada benar atau tidak:
·         Mungkin dengan beramal dalam masa tiga minit menyebabkan anda dituliskan ganjaran pahala haji.
·         Mungkin dengan beramal dalam masa suku jam lalu dituliskan untuk anda ganjaran pahala haji.
·         Mungkin dengan beramal dalam masa sejam lalu dituliskan untuk anda ganjaran pahala haji.
·         Mungkin dengan beramal dalam masa dua jam lalu dituliskan untuk anda ganjaran pahala haji.

Sekarang mari kita perhatikan beberapa amalan untuk dilaksanakan agar mendapat apa yang impikan iaitu ganjaran pahala haji tanpa haji dengan izin Allah Yang Maha Pemurah, iaitu:

Pakej Pertama: Berjalan Kaki ke Tempat Sembahyang Untuk Sembahyang Berjemaah
Ganjaran disediakan ada ganjaran haji.
Sabda Rasulullah r:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، قَالَ: «مَنْ مَشَى إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فِي الْجَمَاعَةِ، فَهِي كَحَجَّةٍ، وَمَنْ مَشَى إِلَى صَلَاةِ تَطَوُّعٍ فَهِي كَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ» رواه أحمد وأبوداود والبيهقى والطبرانى وحسنه الألبانى فى صحيح الجامع (6556)
 Maksudnya:
Daripada Abu Umamah t katanya bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang berjalan kaki kepada tempat sembahyang fardu untuk berjemaah maka ia diberikan ganjaran haji dan sesiapa yang berjalan kaki untuk pergi sembahyang sunat maka ia diberikan ganjaran umrah.
Dengan ini, boleh dikatakan bahawa sekali sembahyang fardu berjemaah diberikan ganjaran satu haji dan kalau ia melaksanakan sembahyang fardu yang lima waktu secara berjemaah maka diberikan ganjaran pahala lima kali haji dengan izin Allah. Begitu juga, kalau ia sembahyang fardu sehari semalam secara berjemaah, pastinya ia mendapat ganjaran pahala 150 kali haji dalam sama sebulan dan dalam masa setahun ia akan mendapat ganjaran pahala 365 kali haji. Begitulah ganjran hari-hari seterusnya sepanjang umur anda dengan ganjaran pahala haji dan Allah akan mengandakannya lagi bagi sesiapa yang Ia kehendaki, Allah Maha Luas Ilmu PengetahuanNya. Oleh itu, bagaimanakah seseorang itu boleh tercicir dari melaksanakan sembahyang secara berjemaah sedang ganjarannya besar dan hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja?

Pakej Kedua: Sembahyang Shubuh Berjemaah dan Berzikir Sehingga Terbit Matahari Setelah Itu Sembahyang Sunat Dua Rakaat.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ»، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ» رواه الترمذي وقال الألبانى فى صحيح الترغيب (464): حسن لغيره
Maksudnya:
Daripada Anas t katanya bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa Shubuh berjemaah lalu ia duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, setelah itu ia sembahyang dua rakaat (setelah habis waktu larangan) maka untuknya ganjaran haji dan umrah. Kata Anas t, Rasulullah r bersabda: Sempurna! Sempurna! Sempurna! (haji dan umrah yang sempurna-penulis). Lafaz hadis ini adalah secara umum dan ia meliputi lelaki dan perempuan. (Syarah Riyadhus Shalihin-Khutaib:76)
Mungkin seseorang itu boleh mendapat ganjaran pahala satu kali haji dan satu kali umrah setiap hari walaupun ia tidak dapat menggugurkan haji dan umrah Islam yang wajib ke atas setiap orang Islam seumur sekali. Tetapi dari segi ganjaran pahala adalah sama dengan ganjaran pahala haji dan umrah. Tetapi berapa ramai yang tercicir tanpa sebab? Sebagai orang mukmin, ia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan ganjaran pahala sekuat kemampuan selain dari mencontohi teladan daripada Rasulullah r yang tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah. Manakala masa yang diambil untuk melakukannya dalam lingkungan dua jam dan ganjarannya sangat besar.

Pakej Ketiga: Bertasbih, Bertakbir dan Bertamid Setelah Sembahyang.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جَاءَ الفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَقَالُوا: ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ الأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ العُلاَ، وَالنَّعِيمِ المُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي، وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا، وَيَعْتَمِرُونَ، وَيُجَاهِدُونَ، وَيَتَصَدَّقُونَ، قَالَ: أَلاَ أُحَدِّثُكُمْ بأمر إِنْ أَخَذْتُمْ به أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ، وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَاخْتَلَفْنَا بَيْنَنَا، فَقَالَ بَعْضُنَا: نُسَبِّحُ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَنَحْمَدُ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَنُكَبِّرُ أَرْبَعًا وَثَلاَثِينَ، فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ: تَقُولُ: (سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، حَتَّى يَكُونَ مِنْهُنَّ كُلِّهِنَّ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ) أخرجه البخاري (843)، ومسلم (595)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t katanya, datang orang-orang fakir kepada Rasulullah r lalu mereka berkata: Orang-orang kaya pasti mendapat ganjaran pahala dan kedudukan yang tinggi disebabkan harta mereka, juga sentiasa dalam nikmat yang berkekalan (dalam syurga). Mereka sembahyang seperti kami sembahyang, berpuasa seperti kami puasa, dengan ada lebihan harta mereka menunaikan haji, mengerjakan umrah, mereka berjihad dan bersedekah. Baginda r bersabda: Mahukah aku tunjukan pada kamu suatu perkara, jika kamu mengambilnya kamu boleh mendahului mereka dan tiada sesiapa yang dapat mengalahkan kamu dan kamu adalah yang terbaik di kalangan orang yang berada di antara dua lembah ini melainkan orang yang bermal sepertinya iaitu kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir setiap kali selepas sembahyang (fardu) sebanyak 33 kali. Kami berselisih pandangan, ada di kalangan kami berkata: tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali lalu saya balik semula kepadanya lalu baginda r bersabda: (سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ) hingga 33 kali kesemuanya (dan ditutup dengan tahlil).
Amalan ini boleh dilakukan dalam masa tiga minit sahaja dengan ganjaran yang besar iaitu seumpama mengerjakan haji, umrah dan bersedekah.

Pakej Keempat: Pergi Masjid Untuk Mempelajari Kebaikan atau Mengajarnya

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ: مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرِيدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ .رواه الطبراني وقال الألبانى فى صحيح الترغيب (86): حسن صحيح
Maksudnya:
Daripada Abu Umamah t katanya, bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang pergi ke masjid dengan tiada sebarang keinginan melainkan hanya untuk mempelajari kebaikan atau mengajarnya nescaya untuknya ganjaran haji yang sempurna yang ia kerjakannya.
Apabila anda dalam perjalanan ke masjid, ia seolah-olah sedang sembahyang kerana berwuduk. Apabila anda duduk dalam masjid, ia seolah-olah sedang dalam sembahyang. Apabila selesai sembahyang anda menunggu sembahyang berikutnya anda didoakan oleh para malaikat. Apabila anda hadir kerana menuntut ilmu syarak maka ia umpama mengerjakan haji, ganjaran ini untuk penuntut dan pengajar ilmu. Mereka umpama orang pergi mengerjakan haji dan balik dengan membawa ganjaran pahala haji yang sempurna tanpa kurang sedikit pun. Alangkah bagusnya bagi yang pergi ke masjid untuk hafal al-Quran, pelajari ilmu yang disampaikan, mendengar ilmu atau khutbah dan mereka balik rumah dengan membawa ganjaran haji yang sempurna dengan izin Allah. Dan amalan dapat dilakukan dalam masa sejam sahaja.

Mungkin anda sudah faham apa yang saya maksudkan:
·         Dalam masa tiga minit bertasbih, bertahmid dan bertakbir setelah sembahyang fardu boleh ganjaran haji.
·         Dalam masa suku jam sembahyang berjemaah boleh perolehi ganjaran pahala haji.
·         Dalam masa sejam mendengar ilmu membolehkan dapat ganjaran haji.
·         Dalam masa dua jam sembahyang Shubuh berjemaah, duduk zikir hingga terbit matahari dan sembahyang sunat dua membolehkan ia mendapat pahala haji.

Kejutan!
Adakah anda sudah tahu bagaimana mendapatkan ganjaran pahala 7 haji dalam sehari semalam
·         Berwuduk dari rumah dan sembahyang lima waktu berjemaah menghasilkan 5 kali ganjaran pahala haji.
·         Sembahyang Shubuh berjemaah, duduk zikir hingga terbit matahari kemudian sembahyang dua rakaat menghasilkan ganjaran sekali haji dan sekali umrah. Ini berjumlah 6 kali haji.
·          Hadir masjid bagi mendapatkan ilmu dan kembali semula ke rumah dengan mendapat ganjaran pahala sekali haji. Jumlah kesemua sekali adalah 7 kali haji dalam sehari semalam dengan izin Allah.

Secara ringkas:
Sehari semalam dengan ganjaran =7 kali haji
Sebulan dengan ganjaran =210 kali haji
Setahun dengan ganjaran =2555 kali haji

Inilah ganjaran pahala yang besar bagaikan gunung Uhud.
Apakah anda masih ingin tercicir daripada?

Panjang x Lebar dalam
7km x 4km


Selasa, 1 Januari 2019

Kenapa Rasulullah Tidak Pernah Melaungkan Azan



 Kenapa Rasulullah Tidak Pernah Melaungkan Azan

Mungkin kita tertanya-tanya dengan soalan ini. Setelah diteliti didapati tiada dalil menyatakan bahawa Rasulullah melaungkan azan untuk sembahyang. Juga tidak di dapati sebab yang jelas tentang perkara ini. Oleh itu, di sini dinyatakan beberapa sebab dan tafsirannya sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama mengenai kenapa Rasulullah tidak pernah melaungkan azan sepanjang hidup baginda.

Di kalangan para ulama menyatakan sebabnya bahawa azan adalah seruan panggilan dan wajib bagi pendengar menyahutnya secara segera agar tidak termasuk dalam dosa kerana panggilan Rasulullah wajib disahut dengan segera tanpa ada pilihan sebagaimana firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا (36)- الأحزاب: 36
Maksudnya:
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Oleh itu wajib menyahut panggilan Rasulullah apabila baginda melaungkan:
Marilah Sembahyang: (حي على الصلاة)
Marilah menuju kepada kejayaan: (حي على الفلاح)
Seruan ini jelas dan sesiapa yang mengabaikannya menyebabkan jadi pelaku masiat, berdosa dan mungkin membawa kepada kekufuran. Lagi pun baginda ada bersabda:
في الحديث الشريف “كلكم تدخلون الجنه إلا من أبي، قالوا: ومن يأبي يارسول الله ؟ قال: من أطاعني دخل الجنه ومن عصاني فقد أبي”رواه البخاري
Maksudnya:
Kamu semua akan masuk syurga melainkan orang yang enggan. Lalu para sahabat bertanya: Siapa orang yang enggan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Orang yang mentaatiku pasti ia masuk syurga dan orang yang menderhakaiku nescaya ia termasuk dalam kalangan orang yang enggan.

Di antara mereka juga menyatakan:
Baginda terlalu sibok dalam urusan dakwah yang tidak memberi ruang untuk baginda melaungkan azan lima waktu dalam sehari semalam dan dalam waktu tertentu secara tepat. As-Syaukani berkata dalam kitab Nail al-Awtar dalam perbincangan perbezaan pendapat ulama “yang manakah lebih afdhal, azan atau imam” lalu beliau berkata: Rasulullah serta Khulafa al-Rashidin dan mereka yang selepasnya tidak melaungkan azan tetapi mereka hanya menjadi imam sahaja, begitulah juga perjalanan para fuqaha dan ulama.

Ada juga menyatakan:
Rasulullah diutuskan sebagai pendakwah menyeru manusia. Sekiranya baginda melaungkan azan dan menyebutkan kalimah: (أشهد أن محمدا رسول الله) dan menyebut pula: (حي علي الصلاه حي علي الفلاح) menjadikan seolah-olah baginda menyeru kepada diri sendiri. Dalam perkara ini, tidak dibenarkan dalam hak kemuliaan baginda, yang mana bagindalah makhluk paling mulia.

Ada juga menyatakan:
Muazzin adalah orang kepercayaan kerana manusia mengikuti mereka dan ikuti perjalanan azannya di serata pelosok dunia. Jikalau baginda azan, menyebabkan baginda terus melaungkan azan secara berterusan sedangkan baginda banyak lagi urusan lain dalam masalah dakwah dan masalah urusan orang Islam.

Ada juga menyatakan:
Apabila baginda melaungkan: (أشهد أن محمدا رسول الله) seolah-olah di sana ada nabi yang lain selain daripada baginda dalam zaman baginda atau zaman selepas baginda. Sedangkan azan  termasuk dalam amanah dan baginda tidak dilarang mewakilkan kepada para sahabatnya agar menjalankan bersama-sama baginda. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi iaitu:
الإمام ضامن والمؤذن أمين
Maksudnya:
Imam itu bertanggungjawab dan muazzin itu kepercayaan.

Kesimpulan:

Ada banyak sebab yang menyebabkan Rasulullah tidak melaungkan azan. Mungkin tidak ada satu sebab pun dan mungkin juga sebab-sebab ini yang menyebabkan Rasulullah tidak melaungkan azan dan membiarkan para sahabat melakukannya.