TAWARAN ISTIMEWA!
GANJARAN HAJI DENGAN KOS
PALING MURAH
Setiap
orang Islam mempunyai impian untuk mengerjakan haji di Baitullah setiap tahun
kerana ganjaran ibadatnya sangat besar dan gandaan ganjaran pahala berlipat
berkali ganda ibadat di tanah suci. Bagi haji mabrur ganjaran disediakan adalah
syurga Allah yang penuh nikmat sebagaimana yang nyatakan oleh Rasulullah r:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ
إِلَّا الْجَنَّةَ.رواه الطبراني
Maksudnya:
Daripada
Ibnu Abbas t katanya bahawa
Rasulullah r bersabda: Haji yang
mabrur itu tiada ganjaran yang dapat diberikan melainkan syurga.
Oleh itu,
semesti setiap orang Islam akan mencari peluang untuk ke sana. Persoalan yang
dilontarkan kepada anda, Adakah anda ingin ganjaran haji tanpa pergi haji?
Adakah anda inginkan ganjaran haji sedangkan anda tiada harta? Adakah anda
ingin setaraf jemaah haji sedangkan anda tidak ada cara untuk ke sana
melaksanakan haji?
Jika
keinginan itu benar-benar datang daripada hati anda, maka anda boleh melakukan
amalan berikut dengan mengharapkan keredaan Allah. Dengan ini, pasti anda akan
memperoleh apa yang anda inginkan dan keinginan itu diketahui oleh Yang Maha
Mengetahui perkara ghaib.
Sama ada
benar atau tidak:
·
Mungkin dengan
beramal dalam masa
tiga minit
menyebabkan anda dituliskan ganjaran pahala haji.
·
Mungkin dengan
beramal dalam masa
suku jam lalu
dituliskan untuk anda ganjaran pahala haji.
·
Mungkin dengan
beramal dalam masa
sejam lalu
dituliskan untuk anda ganjaran pahala haji.
·
Mungkin dengan
beramal dalam masa
dua jam lalu
dituliskan untuk anda ganjaran pahala haji.
Sekarang
mari kita perhatikan beberapa amalan untuk dilaksanakan agar mendapat apa yang
impikan iaitu ganjaran pahala haji tanpa haji dengan izin Allah Yang Maha
Pemurah, iaitu:
Pakej Pertama: Berjalan Kaki
ke Tempat Sembahyang Untuk Sembahyang Berjemaah
Ganjaran disediakan ada ganjaran haji.
Ganjaran disediakan ada ganjaran haji.
Sabda
Rasulullah r:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ،
قَالَ: «مَنْ مَشَى إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فِي الْجَمَاعَةِ،
فَهِي كَحَجَّةٍ، وَمَنْ مَشَى إِلَى صَلَاةِ تَطَوُّعٍ فَهِي كَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ» رواه أحمد وأبوداود والبيهقى والطبرانى وحسنه
الألبانى فى صحيح الجامع (6556)
Maksudnya:
Daripada Abu Umamah t katanya bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang berjalan kaki kepada tempat
sembahyang fardu untuk berjemaah maka ia diberikan ganjaran haji dan sesiapa
yang berjalan kaki untuk pergi sembahyang sunat maka ia diberikan ganjaran
umrah.
Dengan ini, boleh dikatakan bahawa sekali sembahyang fardu
berjemaah diberikan ganjaran satu haji dan kalau ia melaksanakan sembahyang
fardu yang lima waktu secara berjemaah maka diberikan ganjaran pahala lima kali
haji dengan izin Allah. Begitu juga, kalau ia sembahyang fardu sehari semalam
secara berjemaah, pastinya ia mendapat ganjaran pahala 150 kali haji dalam sama
sebulan dan dalam masa setahun ia akan mendapat ganjaran pahala 365 kali haji.
Begitulah ganjran hari-hari seterusnya sepanjang umur anda dengan ganjaran
pahala haji dan Allah akan mengandakannya lagi bagi sesiapa yang Ia kehendaki,
Allah Maha Luas Ilmu PengetahuanNya. Oleh itu, bagaimanakah seseorang itu boleh
tercicir dari melaksanakan sembahyang secara berjemaah sedang ganjarannya besar
dan hanya mengambil masa dalam 15 minit
sahaja?
Pakej Kedua:
Sembahyang Shubuh Berjemaah dan Berzikir Sehingga Terbit Matahari Setelah Itu Sembahyang
Sunat Dua Rakaat.
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ
ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى
رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ»، قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ» رواه الترمذي
وقال الألبانى فى صحيح الترغيب (464): حسن لغيره
Maksudnya:
Daripada Anas t katanya bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa Shubuh berjemaah
lalu ia duduk berzikir kepada Allah sehingga
terbit matahari, setelah itu ia sembahyang dua rakaat
(setelah habis waktu larangan) maka untuknya ganjaran haji dan umrah. Kata Anas
t, Rasulullah r bersabda: Sempurna! Sempurna! Sempurna! (haji dan umrah yang
sempurna-penulis). Lafaz hadis ini adalah secara umum dan ia meliputi lelaki
dan perempuan. (Syarah Riyadhus Shalihin-Khutaib:76)
Mungkin seseorang itu boleh mendapat ganjaran pahala satu kali haji
dan satu kali umrah setiap hari walaupun ia tidak dapat menggugurkan haji dan
umrah Islam yang wajib ke atas setiap orang Islam seumur sekali. Tetapi dari
segi ganjaran pahala adalah sama dengan ganjaran pahala haji dan umrah. Tetapi
berapa ramai yang tercicir tanpa sebab? Sebagai orang mukmin, ia dikehendaki
berusaha untuk mendapatkan ganjaran pahala sekuat kemampuan selain dari
mencontohi teladan daripada Rasulullah r yang tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah. Manakala masa
yang diambil untuk melakukannya dalam lingkungan dua
jam dan ganjarannya sangat besar.
Pakej Ketiga: Bertasbih, Bertakbir dan Bertamid Setelah
Sembahyang.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جَاءَ الفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم، فَقَالُوا: ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ الأَمْوَالِ
بِالدَّرَجَاتِ العُلاَ، وَالنَّعِيمِ المُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي،
وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا،
وَيَعْتَمِرُونَ، وَيُجَاهِدُونَ، وَيَتَصَدَّقُونَ، قَالَ: أَلاَ أُحَدِّثُكُمْ
بأمر إِنْ أَخَذْتُمْ به أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ
بَعْدَكُمْ، وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ
عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلاَةٍ
ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَاخْتَلَفْنَا بَيْنَنَا، فَقَالَ بَعْضُنَا: نُسَبِّحُ
ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَنَحْمَدُ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَنُكَبِّرُ أَرْبَعًا
وَثَلاَثِينَ، فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ: تَقُولُ: (سُبْحَانَ اللَّهِ،
وَالحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، حَتَّى يَكُونَ مِنْهُنَّ كُلِّهِنَّ
ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ) أخرجه
البخاري (843)، ومسلم (595)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah t katanya, datang orang-orang fakir kepada Rasulullah r lalu mereka berkata: Orang-orang kaya pasti mendapat ganjaran
pahala dan kedudukan yang tinggi disebabkan harta mereka, juga sentiasa dalam
nikmat yang berkekalan (dalam syurga). Mereka sembahyang seperti kami
sembahyang, berpuasa seperti kami puasa, dengan ada lebihan harta mereka
menunaikan haji, mengerjakan umrah, mereka berjihad dan bersedekah. Baginda r bersabda: Mahukah aku tunjukan pada kamu suatu perkara, jika kamu
mengambilnya kamu boleh mendahului mereka dan tiada sesiapa yang dapat
mengalahkan kamu dan kamu adalah yang terbaik di kalangan orang yang berada di
antara dua lembah ini melainkan orang yang bermal sepertinya iaitu kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir setiap kali selepas
sembahyang (fardu) sebanyak 33 kali. Kami berselisih pandangan, ada di
kalangan kami berkata: tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali lalu
saya balik semula kepadanya lalu baginda r bersabda: (سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ،
وَاللَّهُ أَكْبَرُ) hingga 33 kali kesemuanya (dan ditutup dengan
tahlil).
Amalan ini boleh dilakukan dalam masa tiga
minit sahaja dengan ganjaran yang besar iaitu seumpama mengerjakan haji,
umrah dan bersedekah.
Pakej Keempat:
Pergi Masjid Untuk Mempelajari Kebaikan atau Mengajarnya
عَنْ
أَبِي أُمَامَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ: مَنْ غَدَا
إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرِيدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ
لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ .رواه الطبراني وقال الألبانى فى صحيح
الترغيب (86): حسن صحيح
Maksudnya:
Daripada Abu Umamah t katanya, bahawa Rasulullah r bersabda: Sesiapa yang pergi ke masjid dengan tiada sebarang
keinginan melainkan hanya untuk mempelajari kebaikan
atau mengajarnya nescaya untuknya ganjaran haji yang sempurna yang ia
kerjakannya.
Apabila anda dalam perjalanan ke masjid, ia seolah-olah sedang
sembahyang kerana berwuduk. Apabila anda duduk dalam masjid, ia seolah-olah
sedang dalam sembahyang. Apabila selesai sembahyang anda menunggu sembahyang
berikutnya anda didoakan oleh para malaikat. Apabila anda hadir kerana menuntut
ilmu syarak maka ia umpama mengerjakan haji, ganjaran ini untuk penuntut dan
pengajar ilmu. Mereka umpama orang pergi mengerjakan haji dan balik dengan
membawa ganjaran pahala haji yang sempurna tanpa kurang sedikit pun. Alangkah
bagusnya bagi yang pergi ke masjid untuk hafal al-Quran, pelajari ilmu yang
disampaikan, mendengar ilmu atau khutbah dan mereka balik rumah dengan membawa
ganjaran haji yang sempurna dengan izin Allah. Dan amalan dapat dilakukan dalam
masa sejam sahaja.
Mungkin anda sudah faham apa yang saya maksudkan:
·
Dalam masa tiga minit bertasbih,
bertahmid dan bertakbir setelah sembahyang fardu boleh ganjaran haji.
·
Dalam masa suku jam sembahyang
berjemaah boleh perolehi ganjaran pahala haji.
·
Dalam masa sejam mendengar ilmu
membolehkan dapat ganjaran haji.
·
Dalam masa dua jam sembahyang Shubuh
berjemaah, duduk zikir hingga terbit matahari dan sembahyang sunat dua
membolehkan ia mendapat pahala haji.
Kejutan!
Adakah
anda sudah tahu bagaimana mendapatkan ganjaran pahala 7 haji dalam sehari
semalam
·
Berwuduk dari rumah dan sembahyang
lima waktu berjemaah menghasilkan 5 kali ganjaran pahala haji.
·
Sembahyang Shubuh berjemaah, duduk
zikir hingga terbit matahari kemudian sembahyang dua rakaat menghasilkan
ganjaran sekali haji dan sekali umrah. Ini berjumlah 6 kali haji.
·
Hadir masjid bagi mendapatkan ilmu dan kembali
semula ke rumah dengan mendapat ganjaran pahala sekali haji. Jumlah kesemua
sekali adalah 7 kali haji dalam sehari semalam dengan izin Allah.
Secara ringkas:
Sehari semalam dengan ganjaran =7 kali haji
Sebulan dengan ganjaran =210 kali haji
Setahun dengan ganjaran =2555 kali haji
Inilah ganjaran pahala yang besar bagaikan gunung Uhud.
Apakah anda masih ingin tercicir daripada?
Panjang x Lebar dalam
7km x 4km
Tiada ulasan:
Catat Ulasan