Ahad, 22 Mei 2022

PUASA ENAM SYAWAL DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA


Rahmat Allah SWT sangat luas dengan mengurniakan puasa Ramadhan kepada umat Islam sebagai satu jalan untuk mendapat taqwa dalam tempoh yang singkat serta ganjarannya yang besar dan setelah itu disunatkan pula agar berpuasa enam hari di bulan Syawal bagi melengkap ganjaran pahala setahun sebagaimana dinyatakan dalam hadis:

«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ»

أخرجه مسلم في صحيحه من حديث أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه

Maksudnya:

“Sesiapa yang telah berpuasa bulan Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka ia seumpama puasa sepanjang masa”.

 

Imam al-Nawawi menyatakan dalam Syarah Muslim: “Ia adalah dalil yang jelas bagi mazhab Syafii, Ahmad, Daud dan mereka yang sepakat dengannya tentang sunat puasa enam hari di bulan Syawal”.

 

Manakala Labib Najib Abdullah pula menyatakan: “Sunat puasa bulan Sya’aban (ada tafsilnya) dan enam hari di bulan Syawal itu bagaikan sunnah Qabliah dan Ba’diah pada sembahyang, Allah Lebih Mengetahuinya”.

 

Makna: (كان كصيام الدهر): “Ia seperti puasa sepanjang masa”.

1-     “Boleh jadi maknanya bahawa sesiapa yang berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah puasa Ramadhan setiap tahun, ia umpama puasa sepanjang masa sebagai puasa fardu tanpa gandaannya tetapi kalau puasa enam hari di bulan Syawal  itu yang ada kalanya dilaksanakan dan ada kalanya ditinggalkan maka puasa enam hari setelah puasa Ramadhan pada tahun tersebut ia umpama puasa setahun dan bagi sesiapa yang tidak berpuasa enam hari di bulan Syawal ia umpama sepuluh bulan sahaja”. Lihat al-Bijairimi ala al-Khatib m/s 2682.

2-     “Makna (الدهر) dalam hadis adalah setahun”. Allah Lebih Mengetahui.

 

Tatkala bulan Ramadhan 29 hari ia tetap mendapat ganjaran sebagaimana dinyatakan dalam hadis. al-Hafiz Ibn al-Mulqin menyatakannya dalam Umdah al-Muhtaj m/s 229/5. Lafaz hadisnya:

«صِيَامُ رَمَضَانَ بِعَشْرِ أَشْهُرٍ، وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بِشَهْرَيْنِ، فَذَلِكَ صِيَامُ سَنَةٍ» يَعْنِي رَمَضَانَ وَسِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ

مسند الروياني عَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه

Maksudnya:

“Puasa Ramadhan umpama sepuluh bulan dan puasa enam hari (Syawal) umpama dua bulan iaitu menyamai puasa setahun”.

 

Dalam hadis ini mengingatkan bahawa sebulan Ramadhan itu sama ada kurang atau cukup 30 hari, ia umpama sepuluh bulan. Ia tidak berganda mengikut kiraan hari.

Oleh itu, apabila seseorang itu berpuasa bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal maka untuknya ganjaran puasa fardu setahun walaupun ia mati sebelum sempurna setahun itu disebabkan ganjaran pahala dan bukan puasanya. Al-Hafiz Ibn al-Mulqin

 

Keutamaan Puasa Ramadhan dan Syawal

Sebagaimana yang telah dinyatakan, jikalau seseorang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ia umpama puasa orang yang berpuasa sepanjang masa secara fardu. Jika ia puasa Ramadhan kemudian diikuti enam hari pada bulan selain Syawal maka baginya pahala puasa sepanjang masa sebagai sunat dengan tiada gandaan. Al-Tuhfah m/s 714/3.

Labib Najib Abdullah menyatakan: Maksud “baginya pahala puasa sepanjang masa sebagai sunat” iaitu puasa enam hari selain Syawal menyamai dua bulan, berbanding puasa Ramadhan ia mendapat ganjaran pahala sepuluh bulan secara fardu. Dari itu, ia dapat ganjaran pahala sebahagian fardu dan sebahagian sunat. Al-Bijairimi fi al-Hasyiah m/s 2683.

Sekiranya seseorang itu berpuasa di bulan lain dan berpuasa enam hari juga bukan di bulan Syawal seperti puasa fardu di bulan Zulkaedah dan enam hari di bulan Zulhijjah maka untuk ganjaran pahala setahun secara sunat.

Begitu juga, jika seseorang bernazar puasa sebulan dan ia melaksanakan puasa nazar itu dan setelah itu ia berpuasa enam hari. Adakah ia mendapat ganjaran pahala sepanjang tahun secara fardu? Jika dilihat pada hadis, pengkhususan ini hanya puasa Ramadhan kerana Ramadhan wajib mengikut asal syarak berbanding puasa lain. Allah Lebih Mengetahui.

 

Qadak Puasa Enam Bagi Yang Tidak Puasa Bulan Syawal

Jika seseorang itu tertinggal puasa Ramadhan lalu ia puasa pada bulan Syawal, ia juga disunatkan berpuasa enam hari di bulan Zulqaedah kerana sesiapa yang tertinggal puasa sunat ratib, sunat ia mengqadakkannya. Al-Tuhfah m/s 714/3.

 

Hukum Orang Yang Tidak Dapat Puasa Ramadhan Dan Enam Hari Di Bulan Syawal.

Seseorang yang tidak mampu puasa pada bulan Ramadhan kerana uzur lalu ia memberi makan kepada tiga puluh enam orang miskin (bagi menggantikan puasa), adakah ia mendapat ganjaran pahala puasa sepanjang masa?

Jawab: secara zahirnya ya, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Allamah al-Tarmisi dalam Hasyiahnya m/s 792/5.

“Orang yang puasa Ramadhan kemudian diikutinya”. Iaitu sama ada puasa sebenar atau secara hukum jika ia berbuka kerana qadak itu seumpama ia berpuasa. Dari sini kita dapati: Sebagai contoh, bahawa orang yang tidak dapat puasa Ramadhan dan ia memberi makan sebagai ganti puasanya lalu ia sembuh pada hari raya lalu ia berpuasa enam hari di bulan Syawal maka ia mendapat ganjaran pahala sebagaimana dinyatakan dalam hadis tanpa halangan, mengikut pandangannya sebagaimana yang  dikatakan oleh al-Izzu bin Abdul Salam, sesiapa memberi makan kepada tiga puluh enam orang maka ia seperti puasa sepanjang masa. Allah Lebih Mengetahui.

 

Adakah Dapat Keistimewaan Orang Yang Puasa Enam Dengan Niat Qadak Atau Nazar Atau Lainnya?

Dalam masalah ini ada dua pendapat dalam mazhab Syafii.

Pertama: Tidak dapat pahala puasa sunat enam hari di bulan Syawal begitu apa yang ia naitkan. Ini dimuktamatkan oleh al-Mashudi dan Ba Mukhamah. Iaitu merujuk apa yang dinyatakan oleh al-Nawawi: “Hendaklah disyaratkan takyin puasa yang ratib seperti puasa hari Arafah, Asyura, hari-hari putih, enam hari di bulan Syawal dan ia sebagaimana disyaratkan pada sembahyang sunat rawatib. Iaitu sebagaimana niat sembahyang Zuhur dan sunatnya, ia dimuktamatkan oleh al-Asnawi. 

 

Kedua: Dapat pahala kerana ia asal sunat dan ganjaran ketaatannya tetapi bukan sebagaimana pahala yang disebutkan dalam hadis tersebut. Ini dimuktamatkan sebagaimana dinyatakan oleh al-Khatib: “Jikalau seseorang itu puasa qadak, nazar atau sebagainya dalam bulan Syawal, adakah ia dapat pahala sunat atau tidak? Beliau menyatakan: Saya tidak berpendapat sebagaimana yang dinyatakan, secara zahir dapat pahala tetapi ia bukan pahala sebagaimana yang disebutkan”.

Dalam Hasyiah al-Bajuri 458/2 : “Dapat pahala sunat bagi yang puasa qadak atau nazar. Dan dalam al-Syarqawi m/s 412/1: “Tetapi tidak dapat pahala yang sempurna”.

Al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami mengaitkan hasil pahala pada asalnya iaitu tidak sempurna dengan apa yang ia niatkan bersama keduanya iaitu sebagai contoh, niat puasa qadak Ramadhan dan niat puasa sunat enam Syawal. Jika ia niat sebahagian maka hasillah apa yang ia niatkan dan gugurlah tuntutan ketaatan yang ia tidak niat itu tetapi tanpa mendapat pahala baginya.

Di sisi al-Allamah al-Ramli: Hasil pahala ketaatan jika ia tidak berniat selagi ia tidak memisahkan niatnya maka tiada hasil baginya demikian itu.

Secara jelas al-Said Muhammad bin Abdul rahman al-Ahdl dalam Umdah al-Mufti wal-Mustafti m/s 204/1 beliau menguatkan pendapat pertama iatu tidak dapat pahala. Lalu beliau berkata: Yang ditunjukkan melalui riwayat al-Nasai dan lainnya dengan sanad hasan dan lafaznya:

«صِيَامُ رَمَضَانَ بِعَشْرِ أَشْهُرٍ، وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بِشَهْرَيْنِ، فَذَلِكَ صِيَامُ سَنَةٍ» يَعْنِي رَمَضَانَ وَسِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ

مسند الروياني عَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه

Maksudnya:

“Puasa Ramadhan umpama sepuluh bulan dan puasa enam hari (Syawal) umpama dua bulan iaitu menyamai puasa setahun”.

 

Oleh itu, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini:

1-     1-Puasa Ramadhan dan puasa enam Syawal ia adalah seumpama puasa sepanjang masa secara fardu.

2-   2-Orang yang luput puasa Ramadhan atau sebahagian hari luput kerana uzur lalu ia puasa pada bulan Zulqaedah dan enam hari pada bulan lain, ia seperti puasa sepanjang masa secara sunat sebagaimana akan datang dalam al-Tuhfah.

3-    3-Puasa qadak Ramadhan dan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal akan hasil baginya pahala enam hari tetapi tidak sempurna sebagaimana yang dimuktamatkan oleh al-Allamah Ibn Hajar.

4-     4-Orang yang ada puasa qadak Ramadhan dan ia berpuasa enam hari di bulan Syawal dengan nait qadak sahaja maka ia tidak dapat pahala sunat enam hari sebagaimana dimuktamat oleh al-Allamah Ibn Hajar tetapi hasil pahala puasa sunat enam hari sebagaimana yang dimuktamatkan oleh al-Allamah al-Ramli. Allah Lebih Mengetahuinya.

 

Disunatkan Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Walaupun Luput Puasa Ramadhan Disebabkan Keuzuran Seperti Musafir Atau Sakit

Kata al-Allamah Ibn Hajar Rahimahullah: “Adapun orang yang tidak dapat berpuasa Ramadhan walaupun uzur maka disunatkan baginya berpuasa sebagaimana pendapat awjah tetapi ia tidak mendapat ganjaran pahala sebagimana yang dinyatakan”. Dalam al-Minhaj al-Qawim Syarah bi afdhal.

Sekiranya dikatakan: Sesungguhnya dalam hadis (ثم أتبعه) ia memberi maksud bahawa orang yang buka puasa Ramadhan dan ia tidak berpuasa. Ia tidak akan dapat ganjaran pahala sebelum ia qadak . Di sini dijawab dengan wajah:

Pertama: Diikuti meliputi secara takdir kerana apabila puasa Ramadhan setelah itu ia juga berlaku sebagaimana sebelumnya secara takdir.

Kedua: Diikuti meliputi secara takkhir sebagaimana sunat bagi fardu-fardu yang mengikutinya. Allah Lebih Mengetahui.

Dalam Fath al-Jauwar m/s 228/1:  “Ini tidak menafikan apa yang telah dinyatakan tentang bahawa sunat berpuasa itu adalah makruh berpuasa bagi orang yang ada qadak puasa Ramadhan. Maksud sunat itu adalah bagi mereka yang tidak dimestikan qadak, ini disebabkan berdosa meninggalkan puasa Ramadhan. Mudah kata: Ia membawa dua maksud, makruh kerana melambatkan qadak puasa Ramadhan dan sunat kerana menghidupkan hari-hari di bulan Syawal dengan puasa enam hari”.

(Menurut mazhab Hanabilah: Tidak boleh puasa sunat bagi orang yang ada meninggalkan puasa fardu serta tidak sah dan pada pandangan kedua, harus dan sah sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Inshaf oleh al-Mardawi m/s 350/3. Dalam Baghyah al-Mustarsidin m/s 96/3 dirajihkan oleh Abu Makhramah, tidak sah puasa enam bagi orang yang kena qadak Ramadhan secara mutlak)

 

Haram puasa sunat enam hari ke atas orang yang tidak puasa Ramadhan tanpa uzur.

Orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur, ia wajib mengqadaknya secara bersegera dan haram ke atasnya puasa sunat enam hari di bulan Syawal kerana diwajibkan bersegera qadak manakala puasa sunat ketika itu menafikan kesegeraan qadak itu. Allah Lebih Mengetahui.

 

Afdhal Bersambung Puasa Enam Dengan Raya Serta Berturutan

Hasil ganjaran pahala puasa sunat tanpa berhubung dengan raya sebagaimana hasil puasa tanpa berturutan  bahkan secara berpisah dalam semua bulan, tetapi yang afdhal dilakukan puasa itu bersambung dengan raya serta berturutan tanpa memisahkannya secara bersegera kerana melakukan amal sholeh berbanding dengan melambatkannya.

Dalam al-Targhib wal Tarhib oleh al-Hafiz al-Munziri

«مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ مُتَتَابِعَةً، فَكَأَنَّمَا صَامَ السَّنَةَ كلها»

رواية الطبراني في الأوسط عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

Maksudnya:

“Sesiapa berpuasa enam hari setelah raya secara berturut-turut, ia seolah-olah puasa setahun penuh”.

 

Al-Allahmah Said Ba Isyan dalam Bisyri al-Karim m/s 447/2

“Yang jelas puasa bersambung dengan hari raya lebih afdhal berbanding puasa hari-hari putih dan puasa hari-hari hitam dan jika dilakukan dengan ketiga-tiga sunah itu. Yang demikian itu ada khilaf yang kuat terutama apabila niat puasa enam Syawal bersama hari-hari putih dan hitam sebagaimana yang dikatakan sebelum ini berkenaan takyin niat dari al-Asnawi bahawa tidak dapat pahala.

Benar, bahawa sesetengah ulama menyatakan makruh puasa bersambung dengan raya kerana menyebabkan orang awam menyangkanya wajib tetapi ini boleh tolak dengan dua perkara.

Pertama: Orang Islam sekarang tidak terkeliru tentang wajibnya.

Kedua: Iktikad sunat sebagai wajib tidak berlaku pada zaman ini”. Allah Lebih Mengetahui.

 

Puasa Wanita Enam Hari Di Bulan Syawal Dengan Kehadiran Suaminya

Haram seseorang isteri berpuasa sunat dengan kehadiran suami tanpa izin daripadanya atau dengan tanpa diketahui redhanya sebagaimana yang dinyatakan dari perkataan nabi SAW:

لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ.

متفق عليه عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

Maksudnya:

“Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa sedangkan suami ada bersama melainkan dengan izinnya”. Dan dalam riwayat Abu Daud: “Selain Ramadhan”.

 

Tetapi haram tersebut dengan syarat:

1-     Suami bukan terhalang setubuh seperti dalam ihram.

2-     Isteri bukan berpenyakit yang menghalangi suami daripada bersetubuh seperti bertulang atau tersumbat dengan daging.

3-     Bukan jenis puasa sunat yang berulang setiap tahun seperti Arafah, Asyura, enam Syawal.

Kata al-Allamah Ibn Qasim dalam Hasyiah al-Tuhfah m/s 332/8: “Seperti Arafah dan Asyura: boleh ia termasuk puasa enam hari di bulan Syawal”.

Dalam al-Bijairimi ala Syarh al-Manhaj: “Bukan (jenis puasa) yang berulang dalam tahunan seperti Arafah, Asyura dan enam hari di bulan Syawal maka ia tidak perlu kepada keizinan suaminya dan jika suami melarangnya maka isteri tidak boleh berpuasa”.

Maksud perkataan “hadir”: Suami berada dalam kampung walaupun pada kebiasaannya ia tiada pada kebanyakan masa pada siangnya berbeza jika suami memang tiada dalam kampung maka isteri tidak haram berpuasa sunat.

Apabila suami mengizinkan isteri berpuasa, atau tahu bahawa suami redha ia berpuasa atau isteri berpuasa sunat yang berulangan secara tahunan kemudian suaminya berhajat kepada isterinya maka suami itu boleh menyetubuhi isterinya kerana itu hak suami secara bersegera. Allah Lebih mengetahui.

 

Membatal Puasa Sunat

Seseorang yang berpuasa secara ketaatan walaupun muakkad sekalipun, ia boleh membatalkannya, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:

الصَّائِمُ الْمُتَطَوِّعُ أَمِيرُ نَفْسِهِ، إِنْ شَاءَ صَامَ، وَإِنْ شَاءَ أَفْطَرَ

رواية الطيالسى، وأحمد، والترمذى، والحاكم، والبيهقى عَنْ أُمِّ هَانِئٍ رضي الله عنها

Maksudnya:

“Orang yang puasa kerana ketaatan mengikut dirinya sendiri, jika nak dia boleh puasa dan jika dia nak buka dia boleh buka”.

 

Adapun dalam firman Allah SWT:

وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ -محمد: 33

Maksudnya:

“Jangan rosakkan amalan kamu”.

Ayat ini menyatakan berkenaan amalan fardu.

Walaupun begitu makruh membatalkannya tanpa uzur. Makruh ini menyebabkan tidak mendapat ganjaran pahala kadar amalan yang telah dilakukan. Ini berbeza jika seseorang itu membatalkannya kerana uzur seperti makan bersama tetamu (merai tetamu) maka ia tidak makruh bahkan ia disunatkan berbuka dan diberi ganjaran pahala apa yang telah lakukan.

Walaupun begitu, disunatkan orang yang membatalkan puasa sunat itu mengqadakkannya agar terkeluar dari khilaf orang yang mewajibkan mengqadaknya. Allah Lebih Mengetahui.

وصلى الله على محمد وآله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين

Tiada ulasan: