SEHARI DALAM
KEHIDUPAN ORANG YANG PUASA
Ketahuilah bahawa para sahabat Nabi SAW, mereka
meminta kepada Allah sejak enam bulan sebelum ketibaan bulan Ramadan agar Allah
menyampaikan mereka kepada bulan Ramadan. Apabila tiba bulan Ramadan mereka
berpuasa dan mendirikannya. Setelah itu mereka meminta kepada Allah selama enam
bulan yang lain pula agar Allah menerima puasa mereka di bulan Ramadan yang berlalu.
Oleh itu semestinya, seseorang mukmin itu menzahirkan kegembiraan dalam setiap
saat di bulan yang penuh berkat ini.
Apabila tiba Ramadan pada keesokannya, bermulalah episod
malamnya dengan menghidupkan waktu malam iaitu qiyamullail dan dikerjakannya
secara bersungguh-sungguh sepanjang bulan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
dalam riwayat al-Bukhari:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ
مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan
dan keikhlasan, maka ia diampunkan dosanya yang telah lalu.
Juga Rasulullah SAW menyatakan dalam riwayat Muslim:
مَنْ ذَا
الَّذِي يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ، مَنْ ذَا الَّذِي يَسْأَلُنِي
فَأُعْطِيَهُ، مَنْ ذَا الَّذِي يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ، فَلَا يَزَالُ
كَذَلِكَ حَتَّى يُضِيءَ الْفَجْرُ
Maksudnya:
Sesiapa
yang berdoa kepadaku, aku pasti mustajabkan doanya, sesiapa ada memintaku, aku
pasti memberinya dan sesiapa yang memohon keampunanku, aku ampunkannya.
Begitulah sehingga terbit fajar waktu shubuh.
Peristiwa ini berlaku pada waktu satu pertiga malam akhir.
Membangunkan Ahli Keluarga Daripada Tidur Agar Mendapatkan
Doa Nabi SAW
Apabila anda menunaikan sembahyang malam, jangan
anda lupakan pasangan dan anak-anak anda dalam melakukan kebaikan ini.
Bangunkan isteri dan anak-anak agar anda mendapat ganjaran doa rahmat dari Nabi
SAW sebagaimana sabda baginda:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "
رَحِمَ اللهُ رَجُلًا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ، فَصَلَّى، وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ،
فَصَلَّتْ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ، وَرَحِمَ اللهُ
امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ، فَصَلَّتْ، وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا، فَصَلَّى،
فَإِنْ أَبَى، نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ "
Maksudnya:
Allah
mengasihani seseorang lelaki yang bangun malam serta ia sembahyang. Ia
membangunkan isterinya agar sembahyang. Jika isterinya enggan bangun, ia
memercikkan air ke muka isterinya. Allah mengasihi isteri yang bangun malam
serta ia sembahyang lalu ia membangunkan suaminya dan jika ia enggan bangun
maka ia memercikkan ke mukanya. (Riwayat
Ahmad)
عَنْ أَبِي
سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَا: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ اسْتَيْقَظَ مِنَ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ،
فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا، كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا،
وَالذَّاكِرَاتِ.
Maksudnya:
Sesiapa
yang bangun malam dan membangunkan isterinya, lalu keduanya bersembahyang,
keduanya itu ditulis termasuk dalam golongan yang banyak berzikir kepada Allah.
(Riwayat Abu Daud)
Duduk
Seketika Untuk Beristighfar
Setelah melaksanakan qiyamullail duduklah dahulu
sebentar, setiap orang beristighfarlah dari dosa dan kecuaian dalam menunaikan
hak Allah. Beristighfarlah secara bersendirian untuk setiap orang secara
perlahan. Nikmat istighfar sangat besar
kerana Allah SWT menggambarkan hamba-hambaNya yang muttaqin iaitu orang yang
masuk ke dalam syurga dengan sifat yang indah. Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15)
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ
(16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ
يَسْتَغْفِرُونَ (18)
Maksudnya:
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga,
dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa
menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka.
Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka
tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Az-Zariyat:15-18
Rasulullah SAW menjelaskan tentang kelebihan
beristighfar, baginda bersabda:
سَمِعْتُ
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ بُسْرٍ يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: طُوبَى لِمَنْ وَجَدَ فِي صَحِيفَتِهِ اسْتِغْفَارًا كَثِيرًا.
Maksudnya:
Berbahagialah
sesiapa yang dalam buku catatannya tercatat banyak istighfar.
(Riwayat Ibn Majah)
Sabda Rasulullah SAW:
عَنِ
الزُّبَيْرِ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "
مَنْ أَحَبَّ أَنْ تَسُرُّهُ صَحِيفَتُهُ فَلْيُكْثِرْ فِيهَا مِنَ
الِاسْتِغْفَارِ "
Maksudnya:
Sesiapa
yang ingin mendapat kegembiraan apabila menerima buku catatannya, hendaklah ia
perbanyakan istighfar. (Riwayat al-Bahaqi)
Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي
سَعِيدٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: " إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ لَا
أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ، فَقَالَ
الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَزَالُ أَغْفِرُ
لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي.
Maksudnya:
Sesungguhnya
syaitan berkata: demi kemuliaanMu wahai Tuhanku, aku tidak hamba-Mu selagi roh
mereka berada pada jasad lalu Allah SWT berfirman: demi Kemuliaan dan
KebesaranKu, Aku tetap memberi keampunan kepada mereka selagi mereka meminta
keampunan. (al-Mustadrak alal Shahihain lil Hakim)
Sahur
Setelah itu anda dan keluarga bersahur iaitu; ia
bermula setelah setengah malam tetapi jika dilewatkan sehingga lebih kurang kadar
50 ayat bacaan al-Quran sebelum masuk waktu Shubuh ia lebih baik. Makanlah
bersama keluarga dalam satu hidangan agar mendapat berkat. Sabda Rasulullah SAW
sebagaimana dalam Shahihain:
عَنْ
أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ السَّحُورَ بَرَكَةُ.
Maksudnya:
“Sahurlah kamu semua kerana pada sahur itu keberkatan”.
(Musnad Abi Daud al-Tayalisi)
Rasulullah SAW juga ada sabda:
عَنْ أَبِي
الْوَلِيدِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ الْأَنْصَارِيِّ، أَنَّ نَفَرًا، مِنْ
أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا: تَسَحَّرُوا
وَلَوْ بِجَرْعٍ مِنْ مَاءٍ
Maksudnya:
“Sahurlah kamu semua walaupun dengan seteguk air”
(Mushannif Abdul Razak al-Shana’i). Jangan terlalu sibuk dengan berbagai-bagai
jenis makanan sehingga menyebabkan kamu tidak sibuk dengan qiyamullail,
istighfar dan sembahyang Shubuh…Sahur sedikit sudah memadai..dan berkat itu
daripada Allah SWT.
Solat Subuh Berjemaah
Kemudian anda ke rumah Allah untuk sembahyang
Shubuh secara berjemaah. Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Muslim:
عَنْ أَبِي
بَكْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
قَالَ: مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Maksudnya:
“Sesiapa yang sembahyang al-Bardain ia pasti masuk syurga”,
iaitu sembahyang Shubuh dan Ashar. (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat Muslim:
عَنْ
أَنَسِ بْنِ سِيرِينَ، قَالَ: سَمِعْتُ جُنْدَبًا الْقَسْرِيَّ، يَقُولُ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ
فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ...
Maksudnya:
“Sesiapa
yang sembahyang Shubuh maka ia dalam jaminan Allah…”
(Riwayat Muslim)
Duduk Dalam Masjid Berzikir Hingga Terbit Matahari
Setelah itu anda duduk dalam masjid dan bacalah
zikir-zikir waktu pagi…berteduhlah di dalam masjid untuk berzikir kepada Allah
sehingga terbit matahari, setelah itu anda sembahyang dua rakaat agar mendapat
ganjaran haji dan umrah.
Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ
أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ
صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ
الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ»،
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَامَّةٍ،
تَامَّةٍ، تَامَّةٍ».
Maksudnya:
Sesiapa
yang sembahyang Shubuh secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit
matahari lalu ia sembahyang dua rakaat maka untuknya ganjaran pahala seperti
haji dan umrah, baginda sabda lagi: Sempurna! Sempurna! Sempurna!
(Syarah al-Sunah lil Baghawi)
Berselawat Ke atas Nabi Agar Dapat Syafaat
Hendaklah anda ketahui, bahawa selawat ke atas
Nabi SAW merupakan perintah Allah, firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya:
Sesungguhnya
Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Al-Ahzab:56.
Kita berselawat ke atas Nabi SAW kerana kita
mencintai baginda dan sebagai mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan
kecintaan tersebut. Apabila kita berselawat ke atas Nabi SAW, kita akan mendapat
kebaikan di dunia dan di akhirat. Sabda Rasulullah SAW seperti dalam riwayat
Muslim:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ
صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى الله عَلَيْهِ عَشْرًا
Maksudnya:
Sesiapa
yang berselawat ke atasku satu kali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh
kali. (Riwayat Muslim)
عَنْ أَبِي
الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ حِينَ يُصْبِحُ عَشْرًا وَحِينَ يُمْسِي عَشْرًا أَدْرَكَتْهُ
شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Maksudnya:
Sesiapa
yang berselawat ketika Shubuh sepuluh kali dan ketika petang sepuluh kali, ia
pasti mendapat syafaatku pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Ashim)
Solat Duha…Dan Bina Istana Dalam Syurga
Setelah anda duduk di tempat sembahyang, berzikir
kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW, hendaklah juga anda sembahyang
Dhuha agar mendapat sebuah istana dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW
عَنْ أَبِي
مُوسَى قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ
صَلَّى الضُّحَى أَرْبَعًا، وَقَبْلَ الْأُولَى أَرْبَعًا بُنِيَ لَهُ بِهَا
بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya:
Sesiapa
yang sembahyang Dhuha empat rakaat dan sebelumnya empat rakaat, dibinakan
untuknya satu istana dalam syurga.(al-Mu’jam
al-Awsat)
Rehat Sebentar…Persediaan Keluar Kerja
Setelah itu balik ke rumah, pujilah Allah kerana
menjadikan anda seorang yang dapat melakukan ketaatan itu. Rehatlah sekejap di
rumah kemudian bertawakkallah kepada Allah untuk keluar bekerja. Ikhlaskan niat
dari selangkah ke selangkah untuk melakukan pekerjaan kerana anda lakukan
demikian hanya kerana memuliakan anak isteri anda daripada meminta-minta dari
manusia dan juga sebagai untuk mendapatkan sesuap rezeki yang halal. Dengan
demikian, menjadikan pekerjaan anda itu sebagai ketaatan kepada Allah SWT.
Bawa Misi Dakwah
Apabila anda pergi bekerja, atau ke sekolah, atau
ke kuliah bawalah misi dakwah sebagaimana firman Allah SWT:
قُلْ هَذِهِ
سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya:
Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,
menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan
bukti yang jelas nyata. Yusuf:108. Apabila
anda mengikut perjalanan nabi SAW maka hendaklah anda menyeru manusia kepada
apa yang diseru oleh Nabi SAW.
Oleh itu, apabila anda pergi bekerja, atau sekolah
atau ke kuliah bawalah bersama kaset-kaset ceramah, buku-buku kecil yang
bermanfaat untuk diagihkan kepada teman-teman anda, atau diberikan sebagai
pinjaman. Dengan demikian, mungkin ia sebagai sebab bagi seseorang itu mendapat
hidayah daripada Allah. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ
سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ ,
إِلَّا أَنَّهُ قَالَ: «وَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِهُدَاكَ رَجُلًا
وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ»
Maksudnya:
Demi Allah! Disebabkan kamu Allah memberi hidayah
seorang lelaki, ia lebih baik untuk kamu dari unta yang terbaik. (Sunan Said bin Mansur).
Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي
أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ
اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا، وَحَتَّى الْحُوتَ فِي
الْبَحْرِ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ»
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya termasuk
semut dalam sarangnya dan juga ikan di lautan pasti mendoakan ke atas orang
yang mengajarkan manusia kebaikan.(Riwayat al-Tabrani)
Juga sabda Rasulullah
SAW:
الدَّالِّ
عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ
Maksudnya:
Yang menunjukkan kebaikan seperti yang melakukannya (Riwayat Ahmad)
Ajak Saudara Anda Solat Zuhur
Apabila anda di tempat kerja atau di sekolah atau di
kuliah sedangkan masa itu telah hampir masuk waktu Zuhur. Kumpulkan saudara-saudara
anda di masjid dan peliharalah sembahyang Zuhur secara berjemaah. Setelah
sembahyang, bacakan kepada mereka walaupun satu hadis berkenaan kelebihan bulan
Ramadan ataupun berkenaan kelebihan melakukan amal sholeh.
Bagaimana Persediaan Mengajak Solat Berjemaah
Apabila anda ingin mengajak mereka sembahyang
berjemaah, anda hendaklah menggunakan cara menarik minat dan penerangan
ganjaran pahala sembahyang berjemaah. Iaitu mulakan dengan memberi penerangan
kebaikan yang mungkin boleh didapati setiap kali setelah sembahyang. Bermula
dengan azan dan berkesudahan dengan zikir-zikir yang dibaca selepas sembahyang
fardu.
Sebagai contoh, katakan kepada mereka: Perhatikan
kebaikan ini yang boleh kamu peroleh setelah azan ketika anda mengungkap
kalimah-kalimah dan doa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam
riwayat Muslim:
أَنَّ
رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ
وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللَّهِ رِبًّا
وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَالْإِسْلَامِ دِينًا غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ"
Maksudnya:
Sesiapa yang membaca ketika mendengar azan:
وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ
لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللَّهِ رِبًّا
وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَالْإِسْلَامِ دِينًا
Diampunkan dosanya yang telah lalu.(Riwayat Ahmad).
Sabda Rasulullah SAW
juga:
قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ
النِّدَاءَ: " اللهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ
الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا
مَحْمُودًا الَّذِي أَنْتَ وَعَدْتَهُ، إِلَّا حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
Sesiapa membaca ketika mendengar azan:
اللهُمَّ
رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا
الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي أَنْتَ
وَعَدْتَهُ
ia
halal mendapat syafaat pada hari Kiamat.
(Riwayat Ahmad)
Perhatikanlah kebaikan ini yang anda boleh rebut
peluangnya pada ketika berwuduk. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ
تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ رَفَعَ نَظَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ،
فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ،
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، فُتِحَتْ لَهُ ثَمَانِيَةُ
أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ "
Maksudnya:
Sesiapa yang berwuduk dengan wuduk yang terbaik
lalu memandang ke langit dan membaca:
أَشْهَدُ
أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Maka dibukakan untuknya lapan pintu syurga dan ia
boleh masuk ikut mana-mana pintu yang ia suka. (Riwayat Ahmad)
Teruskan Pemberian
Setelah itu balik ke rumah selepas
bekerja…tanyakan isteri anda berkenaan anak-anak, adakah mereka sudah
sembahyang zuhur untuk memastikan mereka telah sembahyang. Anda boleh rehat
sekejap kemudian berwuduk dan membuat persediaan untuk menyampaikan satu topik
pendek setelah sembahyang Ashar. Apabila kedengaran azan waktu Ashar pergilah
ke masjid untuk sembahyang secara berjemaah kemudian duduk bersama jemaah bagi
menyampaikan ilmu dari mana-mana kitab fiqah berkenaan puasa. Boleh juga
menyampaikan kepada mereka dari sebuah kitab berkenaan gambaran syurga agar
masing-masing bersungguh-sungguh dalam mentaati Allah SWT. Setelah itu anda
balik ke rumah dan hidupkan bacaan zikir-zikir waktu petang dan membaca wirid
dari ayat al-Quran. Berusahalah sekuat kemampuan untuk membanyakkan bacaan
al-Quran pada bulan Ramadan. Jika anda ada masa, bantulah isteri anda untuk
menyediakan makanan. Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik kepada anda.
Sabda Rasulullah SAW:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: خَيْرُكُمْ
خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
Maksudnya:
Sebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang
terbaik terhadap ahli keluarganya dan aku adalah yang terbaik terhadap ahli
keluargaku. (Sunan
Ibnu Majah)
Jadilah Orang Berlumba Menuju Kepada Semua
Kebaikan
Sebelum masuk waktu maghrib dalam setengah jam,
seboleh-bolehnya bawalah satu plastik berisi kurma dan agihkannya kepada orang
yang berada di sekitar anda sama ada di jalan-jalan atau di padang, agar anda
beroleh ganjaran pahala orang yang berbuka dengan kurma yang anda berikan itu.
Atau anda turut serta bergotong royong menyediakan makanan berbuka bersama-sama
pihak yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ
زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: " مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا، كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الصَّائِمِ،
مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya:
Sesiapa memberi makanan berbuka
kepada orang yang berpuasa maka ia mendapat ganjarannya tanpa mengurangkan
pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.(Riwayat Ahmad).
Apabila
anda mendengar azan maghrib, bersegeralah anda berbuka walaupun dengan hanya
beberapa biji kurma dan jika tiada maka bukalah walaupun teguk air. Sabda
Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي
ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا
تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ، وَأَخَّرُوا السُّحُورَ»
Maksudnya:
Umatku sentiasa dalam kebaikan
selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melambatkan bersahur. (Riwayat Ahmad)
Kemudian
anda sembahyang maghrib secara berjemaah di masjid setelah itu balik semula ke
rumah untuk makan malam bersama anak isteri ataupun ibu bapa anda. Jangan lupa juga
bahawa orang yang berpuasa doanya mustajab. Dari itu, doalah untuk diri anda
dan saudara anda seagama begitu juga untuk umat keseluruhannya agar diberi
kemenangan dan keteguhan.
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
" ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ: دَعْوَةُ الصَّائِمِ، وَدَعْوَةُ
الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ "
Maksudnya:
Tiga golongan yang mustajab doa
mereka, iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang musafir dan doa orang
yang dizalimi.
(Riwayat al-Baihaqi)
Apabila
selesai berbuka maka pujilah Allah atas nikmat tersebut. Kemudian bersedialah
untuk sembahyang isyak dan terawih di masjid. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ عُثْمَانَ
بْنِ عَفَّانَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ
صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ، فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ
صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ.
Maksudnya:
Sesiapa sembahyang isyak secara
berjemaah, ia seperti orang yang mendirikan setengah malam dan sesiapa yang
sembahyang shubuh secara berjemaah, ia seperti orang mendirikan yang mendirikan
malam keseluruhannya. (Riwayat Ahmad)
Setelah
itu balik semula ke rumah untuk tidur lebih awal supaya boleh bangun pada satu
pertiga malam yang akhir bagi sembahyang malam. Tetapi dalam masa yang masa
jangan lupa terhadap zikir-zikir untuk tidur. Peliharalah diri agar tidur dalam
keadaan bersuci dan zikir kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
عَنِ ابْنِ
عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: " طَهِّرُوا هَذِهِ الْأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللهُ، فَإِنَّهُ لَيْسَ
عَبْدٌ يَبِيتُ طَاهِرًا إِلَّا بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ لَا يَنْقَلِبُ
سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فَإِنَّهُ
بَاتَ طَاهِرًا "
Maksudnya:
Sucikanlah jasad ini pasti Allah
sucikan kamu, kerana tiada seseorang hamba itu tidur dalam keadaan suci
melainkan ia tidur bersama satu malaikat kerana tandanya, ia tidak berganjak
walau sesaat pada waktu malam itu melainkan ia berkata: Ya Allah! Ampunkanlah
hamba-Mu kerana ia tidur dalam keadaan bersuci. (al-Mu’jam al-Kabir Tabrani)
Bacalah
setelah itu surah al-Kafirun kerana sesiapa membacanya ketika tidur, ia
terpisah dari syirik. Sabda Rasulullah SAW:
«إِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ
فَأَقْرَأْ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، ثُمَّ نَمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا
فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنَ الشِّرْكِ»
Maksudnya:
Apabila
kamu berbaring, baca (surah al-Kafirun)
kemudian tidur setelah baca habis kerana ia pemisah dari syirik.
(Riwayat Ahmad).
Setelah itu baca pula surah al-Mulk dan
peliharalah dengan sungguh-sungguh kerana ia di antara penyebab mendapat
keampunan dan terlepas dari azab kubur. Bahkan ia di antara penyebab masuk
syurga. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ قَالَ:
" إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ، ثَلَاثُونَ آيَةً، شَفَعَتْ لِرَجُلٍ
حَتَّى غُفِرَ لَهُ، وَهِيَ: {تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ} [الملك: 1]
"
Maksudnya:
Sesungguhnya ada satu surah dari al-Quran,
mengandungi 30 ayat, ia memberi syafaat untuk seseorang sehingga diampunkan
bagi pembacanya iaitu: Surah al-Mulk. (Riwayat Ahmad).
Sabda Rasulullah SAW juga:
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: سُورَةٌ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هِيَ إِلَّا ثَلَاثُونَ آيَةً، خَاصَمَتْ
عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ الْجَنَّةَ، وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ
Maksudnya:
Satu surah dari al-Quran, ia mengandungi 30 ayat,
ia mempertahankan pembacanya sehingga dimasukkan ke dalam syurga iaitu surah
Tabarak (al-Mulk). (al-Mu’jam al-Awsat).
Bacalah surah al-Ihklas
dan al-Muauwizatain untuk memusnahkan penyakit hasad dengan izin Allah SWT.
Dalam Shahihain daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ
عَائِشَةَ: " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا
أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا،
فَقَرَأَ فِيهِمَا: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ،
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ
جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ
جَسَدِهِ. يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ "
Maksudnya:
Sesungguhnya
Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidur, baginda menadah kedua tangannya,
lalu menghembus pada keduanya, dibacakan padanya surah al-Ikhlas, al-Falaq dan
al-Nas. Setelah itu baginda menyapu kedua tangannya pada tubuhnya sekadar yang
dapat dicapai tangan. Baginda memulakannya pada kepala, muka dan yang dapat
dicapai dari tubuhnya. Baginda melakukan demikian sebanyak tiga kali.
Baca juga ayat al-Kursi agar dipelihara oleh Allah
daripada syaitan. Syaitan berkata kepada Abu Hurairah RA: Apabila kamu
berbaring pada tempat tidur, bacalah ayat al-Kursi
اللَّهُ لَا
إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ
إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا
يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ
الْعَظِيمُ
(surah
al-Baqarah, ayat 255) hingga habis ayat itu kerana anda dipelihara oleh satu
malaikat Hafazah dan syaitan tidak akan mendekatinya sehingga shubuh. Lalu baginda
bersabda: Benar kamu sedang ia bohong (syaitan itu).
(Riwayat al-Bukhari).
Baca dua akhir terakhir dari surah al-Baqarah.
Dalam Shahihain, daripada Abu Masoud al-Anshari RA, daripada Nabi SAW, baginda
bersabda:
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: " مَنْ قَرَأَ الْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ
كَفَتَاهُ
Maksudnya:
Sesiapa
membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah pada malam nescaya memadailah
keduanya.
Terakhir
Apabila tiba 10 akhir bulan Ramadan, disunatkan
kita mengikut perjalanan Nabi SAW iaitu iktikaf dalam masjid jika ada
kesempatan untuk melakukannya. Dalam Shahihain daripada Aisyah RA, katanya
bahawa Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 akhir daripada bulan Ramadan.
Dalam riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA,
beliau menyatakan bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap bulan Ramadan 10 hari,
manakala pada tahun kewafatan, baginda beriktikaf 20 hari. Demikian itu kerana
untuk mendapatkan lailatul Qadar sebagaimana firman Allah SWT dalam surah
al-Qadar. Begitu juga sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Sesiapa
yang mendirikan lailatul Qadar dengan keimanan dan keikhlasan nescaya
diampunkan dosanya yang telah lalu.
Usahakan juga untuk memberikan senyuman,
kebahagiaan serta kegembiraan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim melalui
sumbangan harta daripada orang-orang berada kemudian diserahkan kepada mereka dalam
bentuk makanan atau hamper. Serahkan kepada mereka agar mereka merasa bahagia
manakala anda pula akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah
SAW:
فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى
اللَّهِ أَنْفَعَهُمْ لِلنَّاسِ، وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٍ
تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ، أَوْ تَكْشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنْهُ
دِينًا، أَوْ تُطْرَدُ عَنْهُ جُوعًا….
Maksudnya:
Orang yang paling disukai oleh Allah
adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia, amalan yang paling disukai
oleh Allah adalah menggembirakan orang Islam, atau menghilangkan kesusahan,
atau melangsaikan hutang atau menghilangkan kelaparan mereka…(Riwayat al-Tabrani)
Semoga
puasa Ramadan ini dan seterusnya membolehkan kita mendapat taqwa sebagai
benteng dalam kehidupan di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan