Ahad, 19 Ogos 2018

Rumah Besar Untuk Dijual

Tawaran Istimewa!


RUMAH BESAR UNTUK DIJUAL

Harga: Mampu milik.
Firman Allah SWT:
وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنْطِقُ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Maksudnya:
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. (al-Mukminun:62).
Oleh itu, anda boleh memilih mana-mana pakej yang disediakan bersesuaian dengan kemampuan ataupun memilih kesemua pakej tersebut berserta harganya sebagai aset untuk masa akan datang.

Lokasi: Berhampiran empat punca sungai utama dengan pemandangan yang sangat indah, ia terdiri daripada sungai tawar, susu, arak dan madu. Sebagaimana firman Allah SWT:
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ
Maksudnya:
Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Muhammad:15).

Status: Milik Kekal. Sebagaimana firman Allah di dalam kitabnya yang mulia:
أُولَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا خَالِدِينَ فِيهَا حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
Maksudnya:
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, mereka kekal di dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (al-Furqan:75&76).

Keluasan: Seluas langit dan bumi. Firman Allah SWT
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; ( Aali Imran:133)

Bahan binaan: Emas dan perak.
الجنة بناؤها لبنة من فضة و لبنة من ذهب و ملاطها المسك الأذفر و حصباؤها اللؤلؤ و الياقوت و تربتها الزعفران من يدخلها ينعم لا يبأس و يخلد لا يموت لا تبلى ثيابهم و لا يفنى شبابهم- ( حم ت ) عن أبي هريرة  رضي الله عنه  . قال الألباني : (صحيح) انظر حديث رقم: 3116 في صحيح الجامع.‌ 
Maksudnya:
Bangunan di syurga batu-batunya terdiri daripada perak dan emas. Tanah lapisannya dari kasturi terbaik dan lantainya dari mutiara dan batu permata yakut, tanahnya adalah zakfaran. Siapa yang masuk ke dalamnya akan mendapat nikmat yang menyenangkan, kekal dan tidak mati, pakaian mereka tidak lusuh dan kemudaannya tidak lenyap.” (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi Shahih al-Jaami’ )

Pakej Pertama: Bina Masjid Walaupun Kecil
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ بَنَى لِلَّهِ مَسْجِدًا وَلَوْ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ لِبَيْضِهَا، بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ. رواه (هـ) و البزار وابن حبان في (صحيحه) عن جابر. قال الألباني : (صحيح) انظر حديث رقم: 6128 في صحيح الجامع.‌ 
Maksudnya:
Sesiapa membina masjid kerana Allah walaupun sebesar sarang burung untuk telurnya, nescaya dibinakan oleh Allah untuknya satu mahligai dalam syurga.

Pakej Kedua: Bacaan Surah al-Ikhlas
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَرَأَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ، بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ. (حم) عن معاذ بن أنس . قال الألباني : (صحيح) انظر حديث رقم: 6472 في صحيح الجامع.
Maksudnya:
Sesiapa membaca surah al-Ikhlas 10 kali hingga habis dibinakan oleh Allah untuknya satu mahligai dalam syurga.

Pakej Ketiga: Pujian Dan Tarjik Apabila Mendapat Musibah
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " إِذَا مَاتَ وَلَدُ الْعَبْدِ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلَائِكَتِهِ: قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِي؟، فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، فَيَقُولُ: قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِي؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، فَيَقُولُ: قَبَضْتُمْ ثَمَرَةَ فُؤَادِهِ؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ، فَيَقُولُ: مَاذَا قَالَ عَبْدِي؟ فَيَقُولُونَ: حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ، فَيَقُولُ: ابْنُوا لِعَبْدِي بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَسَمُّوهُ بَيْتَ الْحَمْدِ" (ت) عن أبي موسى  رضي الله عنه  قال الألباني ( حسن ) انظر رياض الصالحين [1 / 362 ]
Maksudnya:
Apabila anak seseorang hamba, Allah berfirman kepada Malaikat: Adakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu? Mereka berkata: Ya. lalu ditanya lagi (Allah Maha Mengetahuinya): Adakah kamu telah cabut nyawa anak hambaKu? Mereka berkata: Ya. Allah berfirman lagi: Adakah kamu telah mencabut nyawa jantung hatinya? Mereka berkata: Ya. Allah berfirman: Apa kata hambaKu itu? Mereka berkata: Dia memujiMu dan mengembalikannya kepadaMu (إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ). Allah berfirman: Kamu binakan untuknya satu mahligai dalam syurga dan namakannya Baitul Hamd.

Pakej Keempat: Zikir Masuk Pusat Perniagaan
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ قَالَ حِينَ يَدْخُلُ السُّوقَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ، وَبَنَى لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ" ( حم ت هـ ك ) عن ابن عمر . قال الألباني (حسن) صحيح الجامع (1/1118)
Maksudnya:
Sesiapa yang masuk pasar lalu baca:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ،
(Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan, bagiNya segala pujian. Dialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dialah Yang Hidup, Dia tidak akan mati. KekuasanNya semua kebaikan dan Dialah Yang Maha kuasa atas segala sesuatu.) Dituliskan untuknya 1,000,000 kebaikan, dihapuskan 1,000,000, diangkatkan 1,000,000 darjat dan dibinakan satu mahligai dalam syurga.

Pakej Kelima: Merapatkan Saf Sembahyang
قال  صلى الله عليه وسلم  مَنْ سَدَّ فُرْجَةً بَنَى اللهُ لهُ بَيْتًا في الجنةِ، و رفعَهُ بِها درجةً. (حم هـ حب ك) عن عائشة. قال الألباني ( صحيح ) السلسلة الصحيحة [4/515]. (حسن) انظر حديث رقم: 1843 في صحيح الجامع.‌ 
Maksudnya:
Sesiapa yang merapatkan saf (sembahyang), nescaya Allah binakan untuknya satu mahligai dalam syurga dan meninggikannya satu darjat.

Pakej Keenam: 12 Rakaat Rawatib
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ السُّنَّةِ، بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ، أَرْبَعٍ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَها، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ، وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ". رواه ابن ماجه قال الألباني ( صحيح ) .صحيح ابن ماجة وصحيح سنن الترمذي.
Maksudnya:
Sesiapa yang memelihara 12 rakaat sembahyang sunat nescaya dibinakan untuknya satu mahligai dalam syurga iaitu empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Shubuh.

Pakej Ketujuh: Iman, Islam Dan Berjuang
قال صلى الله عليه وسلم: أنَا زَعِيمٌ لِمَنْ آمَنَ بِي وأسلَمَ وهَاجَرَ بِبَيتٍ في رَبَضِ الجنةِ ، وبَيتٍ في  وسَطِ  الجنةِ وبَيتٍ في أعْلَى غُرَفِ الجنةِ ، وأنا زَعِيمٌ لِمَنْ آمَنَ بِي وأسْلَمَ وجَاهَدَ  في سَبيلِ اللهِ بِبيْتٍ في رَبَضِ الجنةِ، وبَيتٍ في وسَطِ الجنةِ، وبَيتٍ في أعلى غُرَفِ  الجنةِ،  فَمَنْ فَعلَ ذلِك لَمْ  يَدَعْ لِلخَيرِ مَطْلَبًا ، ولًا من الشَّرِّ مَهْرَبًا ، يَموتُ حيث شاءَ أنْ يَموتَ. ( ن حب ك ) عن فضالة بن عبيد . قال الألباني ( صحيح ) صحيح الجامع [1 / 235 ]
 Maksudnya:
Aku menjamin untuk orang yang beriman, Islam dan berjuang denganku dengan satu mahligai di hadapan syurga, satu mahligai di tengah syurga dan satu mahligai yang teratas di syurga. Aku menjamin untuk orang yang beriman, Islam dan berjuang denganku dengan satu mahligai di hadapan syurga, satu mahligai di tengah syurga dan satu mahligai yang teratas di syurga. Sesiapa yang melakukan demikian, dia tidak meninggalkan kebaikan sebagai tuntutan dan bukan lari dari keburukan. Ia mati ketika ia ingin mati.

Pakej Kelapan: Tinggalkan Perdebatan
قال صلى الله عليه وسلم :أَنا زعيمٌ ببيتٍ في ربَضِ الجنَّةِ لمن ترَكَ المراءَ وإن كانَ محقًّا... (د-ت-جه) قال الألباني ( حسن ) صحيح الترغيب والترهيب [3 / 6 ]
Maksudnya:
Aku menjamin satu mahligai di hadapan syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perdebatan walaupun dia di pihak benar…

Pakej Kesembilan: Tinggalkan Bohong
قال صلى الله عليه وسلم :أنا زعيمٌ ببيتٍ في رَبَضِ الجنةِ لمَن تَرَكَ المِراءَ وإن كان مُحِقًّا، وببيتِ في  وسط الجنةِ لمَن تركَ الكذبَ وإن كان مازحًا(د-ت-جه) قال الألباني (حسن ) صحيح الترغيب والترهيب [3 / 6 ]
Maksudnya:
Aku menjamin satu mahligai di hadapan syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perdebatan walaupun dia di pihak benar, satu mahligai di tengah syurga bagi sesiapa meninggalkan bohong walaupun dalam gurauan…

Pakej Kesepuluh: Baik Akhlak
قال صلى الله عليه وسلم : أنا زعيمٌ ببيتٍ في رَبَضِ الجنةِ لمَن تَرَكَ المراءَ وإن كان مُحِقًّا، وببيتِ  في وسطِ  الجنةِ لمَن تركَ الكذبَ وإن كان مازحًا، وببيتٍ في أعلى الجنةِ لمَن حُسُنَ خلقُه. (د-ت-جه) (د-ت-جه) عن أبي أمامة  رضي الله عنه  قال الألباني ( حسن ) صحيح الترغيب والترهيب [3/6] 
Maksudnya:
Aku menjamin satu mahligai di hadapan syurga untuk sesiapa yang meninggalkan perdebatan walaupun dia di pihak benar, satu mahligai di tengah syurga bagi sesiapa meninggalkan bohong walaupun dalam gurauan dan satu mahligai di syurga yang teratas bagi orang yang baik akhlaknya.

Pakej Tambahan: Untuk Keindahan Pemandangan Dan Kemewahan
Apabila membina mahligai, anda juga memerlukan pokok-pokok tanaman, kurma dan perbendaharaan agar menambahkan lagi keindahan dan kemewahan mahligai tersebut. Oleh itu, disediakan pakej berikut:

Harga Setiap Satu Pokok
Harga yang dicadangkan dalam sehari: Bacalah 10 minit untuk 400 pokok... jika hendak membeli lebih daripada itu, amat dialu-alukan.

Spesies tumbuhan pertama:
عن أبي هريرة  رضي الله عنه  أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم مرَّ به وهو يغرسُ غرسًا فقال: يا أبا هريرةَ ما الذي تغرسُ قلتُ: غراسًا لي قال: ألا أدلُّكَ على غراسٍ خيرٌ لك من هذا قال :بلى يا رسولَ اللهِ  قال :قل سبحانَ اللهِ والحمدُ للهِ ولا إلهَ إلا اللهُ  واللهُ  أكبرُ  يُغرسُ  لك  بكلِّ  واحدةٍ  شجرةٌ  في  الجنةِ. ( هـ ك ) عن أبي هريرة قال الألباني : صحيح
Maksudnya:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu hampiran Abu Hurairah RA ketika beliau sedang berkebun, lalu baginda bersabda: Wahai Abu Hurairah, apa yang kamu tanam? Abu Hurairah RA kata: Tanam tanaman. Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: Mahukah aku tunjukkan tanaman yang lebih baik? Abu Hurairah RA berkata: Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Bacalah:
سُبْحَانَ اللهِ والحَمْدُ للهِ ولاَ إلهَ إلاَّ اللهُ واللهُ أَكْبرُ
 (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar). Ia menumbuhkan untuk kamu setiap satu kali baca dengan satu pokok di syurga.

Spesies tumbuhan kedua:
وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ - صلى اللهُ عليه وسلَّم -:  لَقِيتُ إِبْرَاهِيمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي , فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلَامَ , وَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ الْجَنَّةَ طَيِّبَةُ التُّرْبَةِ , عَذْبَةُ الْمَاءِ , وَأَنَّهَا قِيعَانٌ , وَأَنَّ غِرَاسَهَا: سُبْحَانَ اللهِ , وَالْحَمْدُ للهِ , وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ , وَاللهُ أَكْبَرُ وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ. ( ت) (طب) عن ابن مسعود. قال الألباني : (حسن) انظر حديث رقم: 3460 في صحيح الجامع ‌ عن ابن مسعود. 
Maksudnya:
Aku bertemu Ibrahim AS pada malam Israk, baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu, beritahu mereka bahawa tanah syurga subur, airnya segar serta landai dan menumbuhkannya dengan ucapan:
سُبْحَانَ اللهِ , وَالْحَمْدُ للهِ , وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ , وَاللهُ أَكْبَرُ وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah)

Spesies tumbuhan ketiga:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ غَرَسَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ شَجَرَةً فِي الْجَنَّةِ. قال الألباني (صحيح) أنظر السلسلة الصحيحة (6/890) 
Maksudnya:
Sesiapa membaca:
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
(Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar). Allah tumbuhkan untuknya setiap satu kali baca dengan satu pokok dalam syurga.

Harga Setiap Satu Pokok Kurma
Harga yang dicadangkan dalam sehari: Bacalah 10 minit untuk 500 pokok... jika hendak membeli lebih daripada itu, amat dialu-alukan.
عَنْ جَابِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ، غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الجَنَّةِ. (ت حب ك) عن جابر. قال الألباني : (صحيح) انظر حديث رقم: 6429 في صحيح الجامع.‌ 
Maksudnya:
Sesiapa membaca:
سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan pujian untukNya) Ditumbuhkan untuknya sepokok kurma.

Harga Setiap Satu Perbendaharaan
Harga yang dicadangkan dalam sehari: Bacalah 10 minit untuk 500 bendahara... jika hendak membeli lebih daripada itu, amat dialu-alukan.

Perbendaharaan pertama:

 قال  صلى الله عليه وسلم  يوماً لأبي موسى الأشعري  رضي الله عنه  (أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ؟ قال: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قال: تقول: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (حم ن هـ حب) عن أبي ذر. قال الألباني : (صحيح) انظر حديث رقم: 7820 في صحيح الجامع. ‌وأصله في الصحيحين
Maksudnya:
Apakah kamu mahu aku tunjukkan perbendaharaan syurga? Kata Abu Musa al-Asy’ari: Ya, wahai Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda: Bacalah:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah)

Perbendaharaan kedua:
وقال  صلى الله عليه وسلم أَكْثِرْ مِنْ قَوْلِ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ (هـ) قال الألباني : (صحيح) انظر حديث رقم: 7907 في صحيح الجامع.‌ وعن أبي هريرة  رضي الله عنه  حازم بن حرملة الأسلمي  رضي الله عنه
Maksudnya:
Banyakan membaca:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
(tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung), kerana ia  adalah perbendaharaan syurga.


Ayuh beli segera sebelum terlambat!!!

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (Aali Imran:133).



Tiada ulasan: